Incredible India - Part 2

Kami menaiki AirAsia kali ini..ehemmmm
Sebab dia yang paling murah kan kalau kena pada masanya
Now everyone can fly gituuuu

Disebabkan travel petang iaitu pukul 7 malam, terpaksa laa cuti juga. Pagi tu aku sebok mengemas segala bagai sampai rasa nak pengsan keletihan. Lepas zohor, aku dan kawan aku bergerak ke KLIA2 dengan Grab je. Disebabkan faktor penuaan dan gaya ala-ala santai, aku bawak 3 beg...amekkaw... 1 beg roda, 1 backpack dan 1 backpack kecik.

Segala urusan lancar. Lega takde delay ke apa ke. Tapiiiiiiiiiiiiiii... aku tak tau laa apa jenis manusia yang naik katobang ni. Korang tengok laa gambar tu sendiri kat bawah ni haaaa... adoiiyaiii...depa ni jenis tak reti duduk kat seat memasing. Dok bergayut dan bersembang kat tepi aisle tu. Pastu bersembang agak kuat jugak. Aku perati muka paramugari/paramugara tu masih tenang. Sesekali sound depa supaya duduk. Ye laaa..macam menyesakkan ajee..susah orang nak ke tandas ke apa ke. Yang penting merimaskan orang sekeliling nak tido ke apaaa..sebab dah malam kan. Tapi..nasib baik laa aku dah penat dari pagi tadi mengemas rumah. Selamat je aku tido tanpa rasa gangguan. Kawan aku laa stress sebab kerusi dia kena gegar2..hihihik


bag aku


lagiii....lama tauuu depa bertenggek bersembang kat tengah jalan nie

haaa cenggini gayanyaaaa

Hello delhi


Alhamdullillah...kami sampai New Delhi mengikut jadual pukul 10malam. Besar woooooo airport dia dan bersih. Cantik juga. Semua berjalan lancar kat Immigration tu. Surau yang disediakan besar dan selesa. Best je kami baring-baring dalam tu sebab takde orang lain. Kami solat dan lepas tu ngopi-ngopi sementara nak bergerak ke terminal lain menuju ke Srinagar pukul 7am nanti. 

Oh lagi satu nasihat aku, selagi boleh korang lepak je kat main terminal tu lama-lama. Sebab bila dah masuk ke domestic nye terminal..Memang haru. Maka, drama tidur atas lantai pun berlaku sebab lama giler nak tunggu pagi tuuu. Dan yang ini aku tak sediakan gambar eh..hahaah. 

Kalau panjang umur dan ada kesempatan ke Kashmir lagi, kompom aku book je hotel dekat-dekat airport. Sakit badan baring atas lantai. Ataupun cari flight yang tak transit lama-lama.






cantik kan gambo tangan ni

ngopi2 kat costa dulu

Toilet dia semua ada gambar lelaki dan perempuan india. Unik dan lawo2 model dia

The Surya Namaskar
"Surya Namaskar or Sun Salutation, is a Yoga practice incorporating a sequence of gracefully linked asanas.[2][3] The nomenclature refers to the symbolism of Sun as the soul and the source of all life.[4] Mark Singleton makes the controversial claim that the sun salutation is relatively a modern practice that developed in the 20th century.[5] Many other authors have disproven this, including Joseph Alter, Srivatsa Ramaswami, and Christopher Tompkins. There is evidence to suggest that the sun salutation was used by famous Indian king Shivaji and Marathi yogi Ram Das during the Mughal invasion of India."
Source: wiki

Setelah penat menunggu siang, akhirnya masa yang ditunggu tiba. Domestik punya area macam sengal sikit tau. Korang jangan dok santai-santai je. Sebab kami kena... tulis kat pintu A..tunggu punya tunggu rupanya dia naik kat Pintu B...dah kalut-kalut (walaupun dekat2 je semua tuu). Cuma geram je laa. Yang penting, terus menjerit nampak katobang KABALI...hahahhaah macam laa minat sangat..Tapi fofular kan..haruslah meroyan

Rajini - Kabali kat badan kapal terbang

Sunrise in Delhi
Meroyan untuk kali ke 500

Tak sabarnya nak sampai Kashmir!