Baru ada rasa nak bercerita pasal trip Mac 2018 haritu
Trip kali ini kami beralih arah. Menuju ke Asia saja iaitu Kashmir
Teruja sebab Kashmir kan tengah meletop-letop orang kita pi sana.
Sebelum teruja tuu..mestilah ada drama kan.
Memandangkan ini kali pertama aku kena apply visa sendiri... berdebar-debar laa jugak
Memula ingat nak apply online je. Tapi kawan aku kata takut nanti ada problem kat India
Apa ni... kerja IT tapi meragui online..hehheeh
Makanyaaa...kena la berchenta nak pergi ke KL nun.
Dah laa masa tu sibuk sikit dengan kerja
Asyik laa bertangguh nak terjah India Visa Centre (IVC)
Lagi 2 minggu kami pun terjah IVC.. saja kan...tipical malaysian..suka last min
tinggal kami lagi 2 orang je pun yang tak buat. Kawan kami lagi 2 orang dah settle da
Hari selasa tu..kami berjumpa laa di Masjid Jamek. Sekali ramai giler orang.
Dia buka tepat pukul 9. Dalam tu aku macam lost. Ada kaunter depan sekali..tak tau apa yang orang buat..semua berkerumun..kami join sekali. Macam dia semak je kot apa dokumen yang kita bawak. Rasa macam tak perlu berkerumun kat situ. hahahaha
Kemudian, sambung beratur. Ini untuk dapatkan nombor pulak. Masa ini kami decide amik yang bayar RM20, nanti mereka yang akan isikan. Menunggu laa lagi.. Nanti dia akan jerit-jerit nombor kita (manual okeh). Bila tiba masa, dia pun semak dan key-in maklumat dalam sistem dia. Elok je siap isi semua...Tetiba kawan aku buat drama swasta. Dia baru teringat nak kene terbang ke Indonesia esok. Kan kena tinggalkan passport. Adoiiiii.. Sesia jee.
Lepas dia bermasalah, aku pun sama sakit perut. Ntah kenapa aku pun menyebok sama. Aku pikir sapa nak datang amik visa, nak convert guna online ke... isshh memacam laaa..
Tapi akhirnya aku decide teruskan je laa...alang-alang dah cuti nie. Lepas ambil dokumen tu, beratur lagi sekali untuk buat pembayaran visa. Masa tu RM200++ kot (lupa dah sebab dah lama..hehe). Masa ni memang lama... naik lenguh kaki aku berdiri. Yang peliknya kaunter ada 3 (utk payment ni la aku rasa) tapi awek sorang tu je yang buat. Sesekali ada orang pegi lagi 2 kaunter tu..tengok elok je dia terima. Aku pun buat muka comel..terjah laa kaunter tu. Siap mamat tu cakap sapa kata sini boleh bayar? ehhh aku tanya jee..sebab ada orang yang ko terima..ada yang tak... aku cuma nak tau jee..disebabkan dia macam poyoooo..aku blah laa semula.
Masa beratur tu, aku baca-baca laa kertas2 yang ditampal kat dinding dia tu.. Eh ada perkhidmatan tambahan laa..
Courier Service = RM20
Text Messaging = RM2
Form Filling = RM20 (ni yang aku memula amik tadi)
Masa bayar tu, aku tanya laa awek tu berapa hari courier tu.. Dia kata dalam 5 hari bekerja. Kan tadi aku kusut malas nak ke KL balik. Aku gamble la amik. Lepas bayar kat situ, kena pergi ke kaunter lain untuk buat courier service ni.
Dalam pukul 11 lebih kot..siaplaa semua urusan. Rasa dah nak patah kaki ni. Lapo lagi sebab tak sempat breakfast. Cuma breakfast roti dengan air kotak je. Terus kami ke kedai makan lepas tu. Mencekik nasik kandar.
Patutnya, cadangan awal nak menjongket dengan kawan aku tengok wayang ke apa. Dah dia nak outstation esoknya...kena balik opis nak buat keje. Terpaksa laa aku merayau sesorang kat KL Sentral tu. Tapi akhirnya, aku balik awai jugak setelah mengalami tekanan semasa di dalam IVC tuu..hahahhaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ingat masalah aku dah selesai.. aku buat passport hari Selasa.. Dok suspend menunggu pos laju sampai. Hari kelima tu (selasa juga) aku dah sakit perut tak senang duduk. Baru laa aku kelam kabut cari nombor telefon segala. Nak tau status visa aku acaner. Emmm stress aku dengan Customer Service yang tak pernah angkat phone niee. Sebenarnya aku dah sakit perut dari kemarin lagi. Masa ni menyesal ada...takut ada..ishh semua ada lah
"Courier Service: Applicant do not need to come to the Visa Centre to collect their passports. Passports can be delivered to anywhere in Malaysia.It will take minimum 5 working days from the day we recieved.They are transferred in the most secured and safest way possible by our logistics partner. The price for Courier Service anywhere in Peninsula Malaysia is RM 20.00 only per passport provided documents are in order. Please ensure you fill the address form at the centre. You can ask our receptionist or any of the visa officers across 13 counters. For Payment----Company Name-IVS VMS MALAYSIA SDN BHD.Bank-CIMB. Account No-14670000866059."
Pada hari Selasa petang tu akhirnya surat yang ditunggu-tunggu tiba di atas meja. Ya Allah...terus aku rasa nak sujud syukur. Alhamdulillah..sampai jua ke tangan aku passport dan visa akuuuu... yesssss... Hello Kashmir.....mu tunggu aku datanggggg!!!!!
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*