Thursday, 20 December 2018

Incredible India - Part 3 - Houseboat

Hello Kashmir!!!

Sambung balik cerita Kashmir setelah sekian lama. Maka, korang jangan percaya sangat fakta yang aku tulis ni. Ntah kan betul entahkan idok.

Kami di sana, siap-siap amik supir aka merangkap owner houseboat. H.B. Gulshan Rose. Sebelum pergi adalah cari-cari rupa houseboat ni. Nampak macam mengerikan. Tapi pasrah je laaa. Kami sampai je, abam X terus sambut kami (aku panggil X sebab serius aku lupa nama dia). Tengok tu bag semua dia campak kat atas jeep. 

Dapatlah kami tengok rupa bandar Srinagar. Memang banyak polisi / tentera di merata tempat. Lepas tu, lawa-lawaaaa sangat rakyat dia.. Mata depa.... fuhhhh karerful ok.

Houseboat depa nampak macam daif tapi ok sebenarnya. Ok tu maksud aku boleh laa. Nak tidur baring. Selesa. Toilet dia pun ada air panas. So jangan risau. Cuma kalau musim sejuk / winter, katanya macam ada catuan elektrik. Dari pukul 6-8mlm, elektrik tak de. Memula macam kusut laa juga. Hari kedua ketiga, kami dah pandai dah adjust time. Bila nak mandi, nak makan, nak charge handphone semua.

Tengok gambar jela ye.. aku malas nak membebel.

Jeep abam X

haaa..ini signboard houseboat dia. Kalau korang nak cari nanti google je nama ni
Ni rupanya..yang belakang tu mak dan pakcik dia duduk

Toilet aku..huhuh

Ini paling mahal.. heater tradisional

Jenuh laa nak campak kayu api memalam

Meja makan..tempat kami melepak hari2

Wall of Fame..hikhik
Lagi satu perkara yang menarik adalah pakcik tu siap tanya kalau ada nak beli apa2 tak. Dia siap ajak peniaga tu datang ke houseboat. Macam-macam dia bawak. Kain baju, perhiasan, dan ntah apa2 lagi. Kira macam beg dia macam beg doraemon. Sebab semua ada. Ko sebut je..diam-diam dia keluarkan laaaa...2 malam dia datang. Dan pakcik tu sangat comel. Layan je kami..bukan nya beli sangat..suka-suka je menyakat dia. Yang penting aku beli 3 cincin. hahahha

Hasil jualan pakcik mana ntah
Ini hasil tangkapan aku pulak..lawo ke idokkkkkk

Aktiviti kat sungai tu. Korek pasir manual. korang mampu?
Ni nampak buruk sebab musim sejuk. Tapi sebenarnya bersih tau

houseboat lagi
Pekan kat depan houseboat
Pakej kami siap breakfast dan dinner. Mak Yusuf yang masakkan. Eh... Mr X = Yusuf hahah baru aku ingat. Sedap-sedap ok masakan dia. Memang kambing je laa memu utama dia. Sayur hijau kurang kelihatan. Sampai aku rindu dendam ngan sayuran. Sebab sayuran depa semua masuk dalam masakan. 





Batang teratai tu sedap

Ini paling TERSEDAP. Macam meatball

Disebabkan pakcik Ahmad tu tak kasi jalan jauh-jauh waktu malam, dia sarankan kami makan aiskrim kat seberang Zero Bridge je. Kami pun terjah laaa. Musim-musim sejuk pun gigih nak makan aiskrim. Nama kedai dia Little Hut. Tapi serius weeeeiiii... sedap nak mati aiskrim dia. Harga berapa ntah. Murah laa yang pasti. Kali kedua kami amik jenis air plak. Adoii dah kurang sedap plak. hahaha. tapi masih ok cuma tak setanding aiskrim

Macam-macam perisa ada

Yam +apa ntah aku amik. Sedap!

Rasa terkawal
Ni rupa houseboat masa hari ke berapa ntah. Masa ni cuaca cantik, cerah. Terus lawa rupa dia. Tapi sebenarnya aku memang kagum. Sebab walaupun depa duduk kat houseboat, makan tido, membuang kat situ, aku tengok elok je bersih persekitaran dia. Serius. Mata aku dok menjeling jugak sekitar luar houseboat tu. Memang elok. So korang jangan risau nak duduk houseboat ni. Bila lagi nak dapat pengalaman cenggini kan.


Zero Bridge









Kesimpulan:
Satu perkara yang aku belajar dan ingat sampai bila-bila masa di Kashmir ni. Sejuk dia kan lain macam. Menyucuk2 semacam tauuu.. Dengan bila balik HB tu, tak de heater macam kat hotel. Walaupun pakcik Ahmad memang dah tau kami balik pukul berapa..dia dah ready dah heater tu. Tapi bila kayu api tu abis, sejuk dia tuhan je tau. Korang tau tak selimut depa macam mana? macam kapet berat dan tebal dia. Hari pertama, aku macam sombong..tak pakai selimut tebal tu..amik selimut biasa. Memang aku x lena tido bila kayu api dah abis. Malam kedua tu, aku pakai laa selimut kapet tu...Dah jadi sesak napas pulak sebab berat sangat. Sakit dada aku. Masa ni..ko memang mensyukuri dapat matahari sepanjang tahun kat Malaysia.

Sekian tazkirah dari aku..hihihik.



No comments:

Post a Comment