Nikmat Allah

Assalam

Pernah tak korang rasa sedih atas nikmat yang ditarik balik. Terutamanya bila melibatkan nikmat fizikal/material. Contoh paling mudah-WANG. Contoh yang paling mudah: seseorang meminjam kereta anda. Beberapa tahun selepas itu, anda menerima surat cinta daripada PDRM/JPJ di mana anda sangat pasti ianya bukan kesalahan anda. Hendak meminta kepada si peminjam tak sampai hati. Dan anda terasa kesedihan tersebut berhari-hari. Cuba nak redha…tapi tak redhoooooo sangat. Hendak-hendak ianya diterima disaat memang anda kekeringan wang di tangan. Ya…ia berlaku kepada saya. Tapi bukan seperti contoh di atas. Konsepnya sama. Tiap kali teringat, rasa geram, marah bercampur baur. Hari pertama ia berlaku, saya langsung tidak dapat fokus dengan kerja. Cuba nak redho..tapi saya tahu..saya tak berapa redhoooo…

Pada satu hari..selepas solat asar, tetiba saya termenung dan terfikir. Waktu kita ‘Monday blues’ semasa kerja, kenapa tak rasa kecewa, marah ataupun geram. semasa masuk lewat pada hari jumaat selepas bersantai di Alamanda..kenapa tiada rasa bersalah. Ini baru sikit je Allah tarik nikmat kewangan anda, kenapa susah sangat nak redho dan anggap sebagai penghapus dosa sahaja. Allah ya Allah..saya tarik nafas dalam-dalam. Betul. Keluar surau dengan perasaan yang lapang. Sampai sekarang saya lega. Memang ada terkenang tapi ia tidak mengganggu jiwa. cuma membayangkan cara-cara menghadapinya di masa akan datang. Peringatan di atas kealpaan sendiri.


pic: ehsan google


Menambah perisa lagi, semasa pulang dari kerja, ceramah di IKIM bercerita tentang nikmat. Ustaz berkenaan berkata, nikmat terbesar adalah HIDAYAH Allah. Harta, anak pinak, pangkat tu nikmat juga. Maka berdoalah kita agak mendapat Hidayah Allah. Pang……kena lagi muka saya. Iyaaa…harta yang sedikit ditarik, bersedihnya macamkan apa. Cuba bayangkan kita kehilangan rumah sekelip mata..ataupun kehilangan ahli keluarga sekelip mata. Tapi paling menakutkan, kita tidak lagi mendapat HIDAYAH Allah. Nauzubillah.

pic: ehsan google


Semoga hati ini terus ikhlas dan redhooo. Amiiin

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8