Assalam
Pernah tak korang rasa sedih atas nikmat yang ditarik balik.
Terutamanya bila melibatkan nikmat fizikal/material. Contoh paling mudah-WANG.
Contoh yang paling mudah: seseorang meminjam kereta anda. Beberapa tahun
selepas itu, anda menerima surat cinta daripada PDRM/JPJ di mana anda sangat
pasti ianya bukan kesalahan anda. Hendak meminta kepada si peminjam tak sampai
hati. Dan anda terasa kesedihan tersebut berhari-hari. Cuba nak redha…tapi tak
redhoooooo sangat. Hendak-hendak ianya diterima disaat memang anda kekeringan
wang di tangan. Ya…ia berlaku kepada saya. Tapi bukan seperti contoh di atas. Konsepnya
sama. Tiap kali teringat, rasa geram, marah bercampur baur. Hari pertama ia berlaku, saya langsung tidak dapat fokus dengan kerja. Cuba nak
redho..tapi saya tahu..saya tak berapa redhoooo…
Pada satu hari..selepas solat asar, tetiba saya termenung dan terfikir. Waktu
kita ‘Monday blues’ semasa kerja, kenapa tak rasa kecewa, marah ataupun geram. semasa
masuk lewat pada hari jumaat selepas bersantai di Alamanda..kenapa tiada rasa bersalah.
Ini baru sikit je Allah tarik nikmat kewangan anda, kenapa susah sangat nak
redho dan anggap sebagai penghapus dosa sahaja. Allah ya Allah..saya tarik
nafas dalam-dalam. Betul. Keluar surau dengan perasaan yang lapang. Sampai sekarang
saya lega. Memang ada terkenang tapi ia tidak mengganggu jiwa. cuma
membayangkan cara-cara menghadapinya di masa akan datang. Peringatan di atas
kealpaan sendiri.
pic: ehsan google |
Menambah perisa lagi, semasa pulang dari kerja, ceramah di
IKIM bercerita tentang nikmat. Ustaz berkenaan berkata, nikmat terbesar adalah
HIDAYAH Allah. Harta, anak pinak, pangkat tu nikmat juga. Maka berdoalah kita
agak mendapat Hidayah Allah. Pang……kena lagi muka saya. Iyaaa…harta yang
sedikit ditarik, bersedihnya macamkan apa. Cuba bayangkan kita kehilangan rumah sekelip
mata..ataupun kehilangan ahli keluarga sekelip mata. Tapi paling menakutkan,
kita tidak lagi mendapat HIDAYAH Allah. Nauzubillah.
pic: ehsan google |
Semoga hati ini terus ikhlas dan redhooo. Amiiin
No comments:
Post a Comment