Assalamualaikum
Ok. dah lama tak buat book review kan
Maklumat buku:
Tajuk: Tanyalah Diri - Jawapannya ada di dalam hati
Penulis: Roza Roslan
Penerbit: Galeri Ilmu
Cover Buku Tanyalah Diri |
Buku ini mempunyai banyak bab. Setiap bab mempunyai kisah pendek yang amat menyentuh hati. ini kerana setiap kisah tersebut kebiasaannya memang berlaku kepada semua orang. Yang paling menyentuh hati saya adalah di salah satu bab (maaf tak ingat sebab buku tiada kat tangan).
'Buanglah perasaan berputus asa. Teruskan mengajak diri dan mereka yang hampir. Berdoalah, agar mereka yang kita sayangi akan berubah hati. Akhirnya ia urusan Allah.
Berdoalah tanpa mengata. Berharaplah tanpa mencela. Insyaallah...mereka yang kelihatan sayup jauh tiba-tiba berada di sisiNya.'
Ya Allah..betulkan. kita ini selalu perasan diri cukup solat, puasa, bertudung dah cukup bagus. Jika ternampak orang yang tidak menutup aurat..hati cuba mengata. kekadang mengumpat. Alangkah baiknya kita terus berdoa pada Allah semoga dibukakan pintu hati mereka. Dan yang paling penting jangan mengata, mencela, mengumpat dan seangkatan dengannya.
Bagi saya, ini buku terbaik dari Puan Roza. Saya bagiiiiiiii 4.5 Bintang. Korang pun mesti dapatkan buku ini tau. Selain itu, korang boleh baca blog Puan Roza, Prof MKI dan rakan-rakannya di muhdkamil.org. Banyak penulis-penulis yang hebat di sana.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment