AIB

Assalamualaikum

Kita kan
kalau buat dosa/salah, mesti cuba nak cover line
sebab malu kalau orang tau...takut mak marah

teringat waktu kecil
waktu puasa..kekadang curi-curi minum masa ambik wuduk
mak tak tau...legaaaa

masa kita kecil..logic laa
sebab kita tak panjang akal lagi
tapi bila dah besar ni
kita masih lagi cuba menutup kesalahan yang kita buat
kekadang kita tipu dengan mereka-reka alasan
kekadang kita cuba tuduh orang lain pula
jika akhirnya tiada siapa yang dapat tahu atau orang melupakan kes itu
kita rasa selamat dan lega
seolah-olah lupa yang Tuhan Maha Melihat Maha Mengetahui

Ya Allah...Ya Allah
Tak boleh nak bayangkan nanti kita di hadapan mahkamah Allah
masa tu mulut dah tak boleh bercakap
anggota badan yang lain yang buat laporan
masa tu jugak...bukan sorang dua je tahu..
abiss semua orang tahu
mana nak sorok muka kan

Bagi kes aib orang pula
haa yang ini terbalik
kalau aib sorang, kemain sibuk kita nak sebarkan
nak kasi semua orang tahu
kononnya kita yang tahu dulu
cuba bayangkan kita yang berada di tempat dia
pasti kita cuba nak rahsiakan
sama la macam dia
so, tak payah la nak kecoh-kecoh pergi heboh satu duniaa
ya...mungkin apa yang dilakukannya salah dan berdosa
jika perlu, pergi la berjumpa dengannnya dan bagitau apa yang perlu
tak perlu pun nak riuh sekampung..tak kan menyelesaikan masalah

Ya Allah, jauhkan lah kami dari siksa api nerakaMu Ya Allah
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu
Aku mohon keampunanMu



** gambar ikhsan encik google.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan