Unplanned RoadTrip - Utara Part 2

Sambungan dari Part 2

Ya Allah..letihnya badan. Malas giler nak bangun. Tak larat sebenonya. Abis sakit-sakit badan.
Ingat nak keluar awal dari Kulim. pung pang pung pang...dekat tengah hari jugak la keluar rasanya.

Nasib baik adik ipar dah siap-siap masak pagi. Nasik lemak. Sedap plak tu. Rezeki. Kira-kira pukul 10 lebih keluar dari rumah dia. Pagi tu dah fikir nak ke Sedim. Tengok dalam google kata area Kulim. Masa keluar baru bukak waze. Sekali.....waze bawak masuk hutan mana ntah...di kawasan kosong. Adoiiyaii..sentap mak tau. Nasib baik laa tak jauh sangat dari pekan Kulim tu. Kalau tak, buat rugi minyak jek. 

Last-last fed-up. Malas nak ke sana. Call kawan sekolah dulu. Nak dating ngan dia. Kat pekan Kulim. Bestnya jumpa kawan lama. Minum je laa, sebab kenyang lagi. Thank you ye sebab belanja. Dah lepas puas berborak..mari kita teruskan perjalanan. Nak ke mana weh..stress mak enchik tauuuu

Sambil kereta bergerak sambil dok google. Apa yang menarik sepanjang perjalanan nak ke Alor Setar ni. Nak masuk Penang takut jam, sebab esok lusa dah wesak. Penang sambut wesak. Ok..Next.

Emmmm ni yang tak suka kalau tak plan. Tak tau apa nak dituju. Tau je la google dalam kereta. Ada kawasan laju, ada kawasan macam siput sedut. Bikin hati panas.

Last-last ambik keputusan nak ke Lembah Bujang. Apa???? Lembah Bujang!!! hahahha ko mampu?
Tapi memang tak pernah sampai pun ke sana. Kata tempat bersejarah. Maka, mari lah kita mengkaji sejarah tempatan.


Sebenarnya agak jauh dari main road nak ke Alor Setar. Tapi belasah je laaa. Mencuba tempat baru kan. Cuaca kat utara masa tu sangat la panas. memang tak tahan rasanya. Bertabah je  laaa. Akhirnya kami sampai ke Lembah Bujang. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri. Dengan cuaca yang panas, kawasan yang agak terbuka, tak mampu mak nak membaca bahan yang dihidangkan depan mata. Kita cuci-cuci mata je laa..sambil kasi anak main-main kawasan sekitar. Dah la kawasan berbukit. Semput mak. 
Lembah Bujang Uollls


Cun kan sebenarnya area ni. Tapi sebab panas sesangat, tak mampu nak baca dengan lebih lanjut. Sekejap je kami kat sana... Lepas tu ..jom..kita gerak.

Sambil tu otak ligat tengok apa lagi tempat nak singgah. Tengok laluan ada pantai. Moh kita tengok apa yang menarik.

tadaaaaaaaaa!!!!

Pantai Merdeka

"Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh..."




Hahaha. Rasa kelakar sangat. Sebab pantai ini memang tak de apa. Kuangjaq sangat kan statement ko. hahahhaa. Maksud saya, biasa-biasa saja. Mana boleh lawan dengan Pantai Timur. Ok la kan dari tak de langsung. Memang sekejap sangat kat sini sebab panas menggiler. Depan tu Tanjung Dawai. Ajak pi sana kot-kot nak shoping ikan kering ka apa ka. Dah malas katanyaa...pasrah je la.

To be cont.


Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan