when in Bali Day2

Assalam.

Ok kita sambung cuti-cuti bajet ke bali. Semalam dah seharian merayap, mula dah liat nak bangun pagi. Semua berebut nak mandi last. Letih giler rasanya. Hari nie plannya pi spa jek. Pastu free and easy jek.

Dah siap mandi, turun breakfast. Ramai pulak makhluk pagi nie. Tumpang print tix katobang dulu pastu baru gerak. Nak mencarik Smart Spa. Sebelum pergi ada gugel-gugel. Ada yang rekemen SPA tu. Adoiyaiii..jalan punya jalan tak jumpa-jumpa. Sampai dah rasa ujung jalan dah. Tapi Alhamdulillah. Tak sesia menapak jauh. Ketemu jugak ngan SPA tu. Ngam-ngam dia baru bukak. Kira 1st customer la kami ni. Best giler ok spa ni. Dah la murah service pun mantap. Tapi silap kami tak checkout awai-awai hotel pagi tadi. So tak dapat amik package yang gempak skit sebab nak kejo masa.

Dah siap...menapak jauh sekali lagi...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Sampai je hotel terus kemas and check out. Supir pun tak lama pastu datang. Bawak kami makan dulu kat ayam pop. Apa nama kedai dah tak ingat tapi fofular la kat bali ni. Sebenarnya tak da la murah mana tapi memang sedap.



Dendang gendut tali kecapi, kenyang perut..perut pun gendut..huhuhu.. Next destination ke Jas Villa di Seminyak. Dalam perjalanan semua teruja tengok kedai-kedai tepi jalan. Rasa nak melompat keluar nak shopping. Kedai dia nampak grand laaa...Lepas settle check in semua, aku ngan kengkawan dah tak menyabo nak pi terjah kedai-kedai tadi tu. Sib baik villa nie sediakan transport kalau nak ke pantai or ke kedai. Call and terus blah.

Sekitar Jas Villa
Korang nampak tak gubahan hantaran ataih katil tu? Hah..x nampak? Sat aku focus.

haaaa...nampak? bukan terguling kat sepanjang jalan di bali je...sampai kat dalam bilik pun ada you. hihik

Pi pantai apa ntah tak tau nama...biasa-biasa jek. Penuh sesak ngan mat salleh je. Aku tak de la teruja mana. Compare ngan Redang, Mabul...x lawan la pantai tu..huhuhu. Pastu terus masuk ke kedai-kedai sepanjang jalan tu. Rupa-rupanya, indah khabar dari rupa. Orang sini langsung tak friendly. Ok aku buat perumpamaan cenggini ek. Korang pakai selebet-selebet pastu pi pavilion. Masuk plak kedai channel ke prada ke..haaaaa..cenggitu la depa pandang ko..hahahhahahaha. Dia buat dek aje...kiraaaa aku yang jotawan ni memang mati napsu nak membeli. Geng-geng aku pun sama...mati napsu..Masa ni dah start rindu Kuta. Akhirnya tak de pun shopping apa.

Pantai@Seminyak

Singgah plak kedai apa ntah namanya. Sama konsep cam Krishna. Mahal siut compare ngan Krishna. Aku la paling banyak membeli sebab masa kat Krishna aku beli skit jek. Malas nak pikir, aku kebas je memana.

Tadi kaki kotor masa p pantai. Gedix nak buat pedi mani...terjah satu kedai nie. Memang perasan harga agak mahal..bukan agak laa..memang mahal compare ngan Kuta. Tapi sepanjang jalan tu tengok rege lebih kurang sama jek. Tapi sebab nk jugak buat..belasah je laa.... haaaaaaaaaaaaaaaa amikaw. Serius menyesal sepanjang hayat. Aku syak orang Seminyak ni memang nak kasi orang naik minyak kot. hahahhaha. Macam ko langsung tak reti nak buat kuku..hantu raya betul laa.. dah la potong tak cun, kilat pun idak..sental pun ala kadar...x licin tumit aku lepas buat. KESIMPULANNYA AKU PANGKAH SEMINYAK :P

Kami balik villa dengan hati luka berdarah. Kuciwa dengan kedai-kedainya, dengan SPA nye...sooobbsobbb. Tido dengan hati yang berbekas. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

To be cont..

Tata.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya