Posts

Denai Tiga Puteri, Kota Damansara

Image
Cuti Chinese New Year haritu kami tak kemana. Selain memang selalunya kami tak kemana pun masa CNY sebab malas nak layan jam, toklaki pun tak berapa sehat. Selsema ngan batuk. Disebabkan boring je duduk rumah, jom laa buat aktiviti sikit. Yang simple2 je. Maka, jom laa ke Denai Tiga Puteri di Hutan Simpan Kota Damansara. 
Jalan lengang je dan tempat tu pun agak lengang juga. Semua masih mood bercuti panjang. Elok juga. Aman damai laa kami nanti. Cuma agak seksa nak mencari breakfast sebab semuanya tutup. Pasrah.
Ikut je waze, kompom sampai. Senang je pun direction nak ke sana. Kalau ditakdirkan sesat, cari je Sek. Keb. Seksyen 10, KD. Sebab dia betul-betul depan sekolah nie. Dalam pukul 8 kami dah start. Jalan awal-awal dia macam trail / trekking biasa je. Sila tengok signboard atau tanda-tanda sepanjang jalan tu. Sebab dia ada 2-3 trail/laluan untuk ke puncak. Tapi still menuju ke tempat yang sama. Dalam sejam kami dah sampai puncak.  
Ikut pengalaman aku, Denai 3 Puteri ni kategori…

Menerjah DashBox Cyberjaya

Image
**Laporan Bergambar
Haritu saja laa terjah hotel DashBox nie. Sebab belakang rumah je. Ramai kata best. Maka jom la kita cuci-cuci mata tengok apa yang menarik sangat ni. 
Persekitaran: Menarik lanskap dia. Aku suka. Sebenarnya area dia kecil dia. Bangunan bentul semi-ovul ni ada dua baris. 2 unit bawah dan 1 unit atas. Area lobby ada bilik kontena. Maknanya kalau semua penuh pun, tak de la sesak sangat.
Bilik aku mengadap taman. So dari bilik, lalu je laluan tu ke kolam. Dekat je laa sebab tak besar kan area dia. Kalau aku, aku suka laa facing garden sebab kalau facing pool, aku rasa macam akan bising dan tak berapa privacy. Sebab dekat sesangat. Macam bukak sliding door terus melompat masuk kolam. heheh






Ini pula bilik kami. Kami dapat unit bawah facing garden. Comel je design / ID bilik dia. Masa booking, dia kata free untuk kid. Anak saya sorang je. Tapi, dalam ni cuma 2 single bed. Maka terasa laa agak sempit walaupun aku laki bini selim melim. Hahahaha. Sempit tu bukan laa makna…

Kali Pertama Mencuba OBike

Image
Dah lama Putrajaya ni ada basikal kuning hitam silver ni. Cuma aku tak berkesempatan nak mencuba. Sejak anak aku pandai naik basikal, jom laa kita cycling pusing-pusing putrajaya. 
Rupanya bukan ada satu je tau. Ada Obike, Mobike dan OFO. Aku pun baru tau...dok laa scan tak boleh baca. Sampai stress. Lepas tu baru perasan nama dia lain-lain. Ia adalah sejenis stationless bike sharing.
Kali pertama naik di Taman Tasik Cyberjaya. Lancar je dan free. Mungkin sebab kali pertama. Kali kedua di Putrajaya. Masa ini yang kelakar. Adoiii. Jenuh laa stop bila nampak basikal ni, semua reject. 3-4 tempat reject. Pelik juga sebab masa kat Cyber hari tu ok je. Masa di tasik P4 tu baru ok. Masa ni la baru perasan ada memacam cap dia. Nasib baik masih ada basikal Obike. Malas nak download macam-macam apps dah
Kalau berjaya scan terus lock dia tu terbuka. Dah boleh laa mula mengayuh. Kami pusing satu Putrajaya. Kalau buat satu pusingan dalam 10km gitu. Yang buat aku jatuh chenta dengan Putrajaya ni, …

Pecah Rekod Peribadi - Running 10KM

Image
Heeeee Merajinkan diri menulis pagi ini sebab agak penting. hahaha. Sabtu lepas iaitu bersamaan 13.01.2018 saya telah berjaya menghabiskan 10km buat kali pertama. Adooiii.. penat dia tuhan saja yang tahu. Tapi dalam runkeeper saya set walking je sebab dapat dijangka banyak berjalan dari berlari. Jogging jalan...jogging jalan..Tapi ok la...pace saya paling elok time ni. Selalu lebih 10min/km. Rasanya mungkin faktor cuaca yang ala-ala spring. Saya sukaaaaaaaaaaaaa..

Tahniah kepada diri sendiri!!!


Menerjah Gunung Datuk, Rembau sekali lagi

Image
Minggu lepas dah pergi Angsi, minggu ni ke Gunung Datuk pula. Duluuuu...Datuk ni antara yang memang rasa nak mati bila hiking. Nasib baik laa minggu lepas dah prektis, maka minggu ini tahap kesusahan dia dapat dikawal. Alhamdulillah terasa OK kali ni. Takde la tahap sampai nak mintak nyawa sangat. Naik start pukul 8.55am. Sampai atas dalam pukul 10.50 gitu... dah 11.10 aku dah turun. Sampai bawah ngam-ngam pukul 12.30. Cuma masalah aku memang bila nak turun. Tak confident nak laju-laju...makanya sampai hari ni aku masih sakit kaki sebab menahan kan. Gunung Datuk ni tahap kecuraman dia agak menggila. Tu yang sakit kaki.
Alhamdulillah, masa pergi kali ni tak ramai orang. Maka, aman damai laa di puncak tu. Dan aku sangat best bila tengok tangga depa dah upgrade. Tahniah pada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sebab menggantikan tangga yang lebih stabil. Aku pun konpiden laa nak naik situ. Masa pergi kali pertama tu, aku tak naik puncak dia sebab ramai orang beratur nak panjang campur ag…

[Book Review] Lost in Sekutland oleh Irwan Dahnil

Image
Entah kenapa tiap kali aku sebut nama dia mesti nak tersebut Irwan Danhil (Dunhill). Ingat cap rokok plak aku ni.  Emmm apa nak cerita pasal buku ni ye? Aku beli sebab aku follow ID nye facebook. Tulisan dia di fb aku suka. Selalu ringkas dan focus. Makanya, buku ini pun aku suka sebab bahasanya mudah. Tak terlalu formal. Senang hadam. Buku ini fokus utama dia kepada orang yang nak berhijrah ke luar negara. Apa persiapan dan perkara yang perlu dilakukan, dipertimbangkan sebelum kita melangkah keluar dan berhijrah. Tapi cerita biasa, tentang travel pun ada terselit dalam tu. 
Kekadang ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa semasa travel. Perkara paling mudah contohnya adalah semasa menginap homestay. Kita jangan lah bayangkan homestay tu macam hotel. Ada orang yang akan kemaskan setiap hari atau kita boleh call untuk room service. Bertimbang rasalah sedikit hanya untuk membersihkan pinggan mangkuk ataupun mengumpulkan sampah di tempat yang sepatutnya. Hehehe. rasanya yang i…

Menawan Gunung Angsi Kali Ke-3 (Melalui Bukit Putus)

Image
Asalnya Encik Suami ajak pergi PD. Lepas subuh tu, aku tukar fikiran. Ajak dia hiking laa lagi baik. Sebab aku tengah nak diet ni. Kot laa mau kurus. hahahhaa. Tempat yang senang adalah Gunung Angsi ikut Bukit Putus.
Jom.
Disebabkan ini kali ketiga, takde sebarang persiapan sangat la. Bawak air dengan beli roti je la. Sampai je sana, eeehhh dah lain. Ada tandas. Wowww ini terbaik. Ye laa..Kan Jabatan Perhutanan kutip bayaran RM5 seorang. Apa salahnya tambahkan kemudahan untuk pengguna. Tahniah!!!
Disebabkan lama gilerrr dah tak hiking, rasa nak muntah aku..hahhahah. Dulu rasa kacang giler Angsi ikut Bukit Putus ni. Ini..dah macam nak mintak nyawa jek. Apa pun, alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Masa yang diambil 3 jam setengah. Cuaca elok je.. dan orang pun tak ramai. Aman damai rasanya hiking.
Sekian