Saturday, 31 May 2014

sayunyaaaa

Assalam..

Sayunya membaca tulisan prof muhd kamil. Korang boleh baca kat link ini:

http://muhdkamil.org/u-mki/2014/05/31/bila-tua/

Bertambah sayu sebab mak ada di sebelah nie..masa aku membaca. Sambil menceritakan yang dia dah tak larat nak solat sunat..puasa sunat.. memang dah start lupa-lupa. Paling menyentap rasa dah membayangkan sisa-sisa hidupnya. Tapi mak tak nak duduk dengan anak-anak. Mengharapkan anak yang tinggal bersama dia di kampung. Masa inilah saya mengharapkan duit berkepuk di mana saya boleh apply cuti tanpa gaji. Ya Allah... ya allah... aku mohon padaMu semoga dipeemudahkan segala urusan mak saya. Semoga saya dapat berbakti kepadanya di hujung hujung usianya ini.

Mode: sedih tapi tak tau nak buat macam mana

Thursday, 29 May 2014

yahooo..kegumbiraan berganda

Assalam

ehem..ehemmm
Baru je tadi stori pasal dapat buku. Tak disangka-sangka sesi petang dapat lagi satu. Ishhh x sabo nak terai nie. Rasa macam terima hadiah je. Walaupun............. duit aku jugak yang ranap. huhuhu.

Apakah...... 

Ok la..nak buat kerja dengan senyuman nie.
Salam Khamis. Malam nie malam jumaat. ehhhh..tetiba

Tata.

***update
Bencik...saiz betoi dah..tapi x selesa kat area lengan ketiak. So...terpaksa pulangkan balik..cisss.. dah la dia x returnkan duit..so yerpaksa shopping mende lain..dah satu hal aku nak memilih...emmmm..bohsan

Emmmm Sedapnya bau buku baru

Assalam

Harini aku macam bz...macam je ye..ntah apa aku bz kan pun tak tau...tetiba jek eh...ternampak bungkusan dalam tray IN. Aku memang tak reti guna tray In OUT KIV nie. Selalu aku pesan apa-apa dokumen semua letak kat keyboard. Sebab meja aku nie... SUPER KEMAS. Selalu aku tak perasan. Kalau depan keyboard ni..sah-sah la nampak sebab nak guna pc kan.

Terus WOW!!!! Bestnya..aku minggu ni ada order dua barang. Ni yang mana satu nie eh. Mengelejat aa aku sambar parcel tu. Pegang je dah tau..sebab berat...hehhee
TQ Pos Laju...TQ MPH sebab pantas menghantar. Order Selasa, Khamis dapat

Dengan rakusnya, aku amik gunting...zasss...zassss.... aaaahhh..Yes...happy nye. Walaupun agak terguris sebab buku tu kemek sikit. Aku ni jenis sayang buku. lipat x leh, bukak beso-beso tak leh. Ni mesti abang posmen tu main campak jek. Meh tengok buku apa yang aku beli.
rupa bukunyaaa

Siap ada otogerap..huhu. Dah siap2 sain byk2 kat MPH la niee

1. Cerita Cinta Ahmad Ammar
2. Bersamamu di Firdaus - Muhd Kamil
3. Rumah Kecil di Jabal Uhud - Roza Roslan.

Aku ada semua buku penulis Muhd Kamil ngan Roza Roslan. Bermula dengan baca blog, lepas tu aku borong semua buku depa. Sebab bahasa dia mudah je. Jenis terus meresap ke jiwa..hehhee. Meresap memang meresap...cuma nak melaksanakan tuuuu..adooiiyaiiii.. Bila la aku nak insaf nie.

Aku order ni thru MHPOnline jek. Mudah Cepat dan Senang..hahahha. Nanti aku dah abis baca, aku kasi review kalau rajin eh.

Petikan dr buku Cerita Cinta Ahmad Ammar "Dunia Biarlah Berpenat, Akhirat Tempat Aku Berehat".

Ok. Tata

Wednesday, 28 May 2014

Setiap yang hidup pasti akan kembali menemui ILAHi

Dimanakah kita?

Assalam

Mati adalah pasti. Semua yang hidup akan mati. Tak cepat sesaat dan takkan lewat sesaat. Cuma bila, di mana, bagaimana adalah rahsia Allah. Ada yang meninggal semasa kecil, ada yang semasa remaja dan ada yang di ujung usia. Kita sebagai hambaNya, kenalah sentiasa bersedia untuk mati pada bila-bila masa. Sebab itu ada hadis yang mengatakan '"Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok, dan berusahalan kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi..."

Pagi ini dikejutkan dengan berita kematian Nenek sebelah husband saya. Nenek yang paling sporting, yang paling best dan semua lah. AlFatihah buat nenek. Semoga aman di sana. Insyaallah, saya tak lupa doakan dan sedekahkan AlFatihah setiap kali selepas solat.

Yang hidup kena teruskan hidup. Solat jangan lupa, jangan lengahkan. Disamping itu, teruskan sedekah kepada si mati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Tata.

Tuesday, 27 May 2014

27 Rejab Isra' Mi'raj

Assalam

27 Rejab merupakan tarikh bersejarah dan istimewa kerana terjadinya Isra' Mi'raj kepada Nabi Muhammad SWA. Pada tarikh tersebut juga diperintahkan syariat solat kepada seluruh umatnya sebanyak 5 waktu sehari semalam.

Solat dalam Islam memiliki kedudukan istimewa berbanding amalan yang lain. Antaranya adalah;

  1. Solat adalah satu-satunya syariat yang diterima Nabi secara langsung dengan Allah
  2. Solat adalah satu-satunya syariat yang diturunkan di langit, bukannya dibumi
  3. Solat adalah satu-satunya syariat yang pertama diturunkan syariat di kota Makkah
  4. Solat adalah satu-satunya yang paling banyak disebut di dalam al-Quran
  5. Solat adalah syariat yang paling banyak di lakukan umat Islam dalam hidup berbanding syariat lain
  6. Solat adalah syariat yang diwajibkan lebih awal pada semua peringkat umur untuk dikerjakan
  7. Solat adalah syariat yang tidak boleh ditinggalkan dalam apa juga keadaan (selagi nyawa di kandung badan)
  8. Solat adalah ibadah yang membezakan antara Islam dan kafir
  9. Solat adalah ibadah yang diwasiatkan Rasulullah sebelum wafatnya
  10. Solat adalah soalan pertama yang akan ditanyakan oleh Allah SWT pada hari akhirat.
Jagalah solat kita dengan 6 perkara:
  1. Jangan mudah meninggalkan solat
  2. Jangan melambat-lambatkan waktu solat dengan kesibukan kerja dan duniawi
  3. Jangan kita melakukan solat di rumah, sebaiknya kerjakan di masjid/surau
  4. Jangan kita solat bersendirian, kerjakan lah dengan berjemaah
  5. Tambahkan solat-solat sunat dalam hidup
  6. Kerjakan solat dengan kusyuk

** copy paste dari Ustaz Sihabuddin Muhaemin

Ya Allah, begitulah pentingnya solat. Semoga kita dapat muhasabah diri di mana tahap kita. Kita sekarang mudah sangat nak tinggalkan solat tanpa rasa berdosa. Demam sikit dah larat nak solat. Banyak keje di pejabat, mulalah niat 'jamak akhir' zohor ngan asar. Astaqfirullah... kita disini merujuk kepada diri saya ye. Kalau korang pun sama, marilah kita cuba ubah sikit2. Cuba solat awal waktu. Yang lelaki, cuba-cuba pi masjid berjemaah. Start solat sunat sebelum dan selepas solat. Insyaallah..kene istiqamah laaa. Lama-lama sure tak rasa terbeban.

Ok. Salam 

Tata

Monday, 26 May 2014

Revolusi DSR Part 2

Assalam...

heheh..sebok nak part 1 part 2 bagai..
saja je aku nak sambung apa yang aku dapat hari tu kat Seminar Revolusi DSR. Kalau otai-otai nie..menda yang dia cakap ni basic jek. Tapi kalau yang baru nak berjinak-jinak tu..berguna la info ni. At least boleh la bukak mata dan plan apa yang patut.

Ok. Berikut adalah perkara yang kita perlu tahu untuk jadi pelabur properties yang berjaya;

  1. Master Plan
    • Kena tau bila nak beli, jual, refinance.
    • kalau pilih option buy-hold-sell (maknanya nak dapatkan duit sewa).
    • Time yang paling sesuai untuk jual bila rumah tu dah berusia 5-8tahun. Baru lah boleh dapat UNTUNG BESAR
  2. Personal Finance
    • duit sewa yang dapat tu WAJIB simpan. Kena disiplin. Jangan gatal-gatal nak guna hala ke lain. Tapi kalau nak guna untuk beli props lain..dibenarkan
    • mesti dapatkan sekurang-kurangnya 3 bank semasa nak buat loan. ini penting untuk buat perbandingan
    • JANGAN sign S&P selagi loan tak approve ye adik-adik sekalian
  3. Banking Strategies
    • Kena fahamkan jenis-jenis loan yang ada mcm Term, Term OD, Flexi dan Semi Flexi
  4. Properties Strategies
    • pastikan ada nilai-nilai berikut: tenantable, resellable, appreciation, cash flow dan location.
  5. Properties Taxation
    • Kena tau kaedah untuk dapatkan pengurangan tax
  6. Properties Law
    • Boleh bukak company IHC Investment Holding Company. 

Korang jangan suh aku explain detail..memang melalak aa aku. aku pun bukannye hadam sangat..hahahaa. ni pun kalau ada fakta aku yang salah, korang ampunkan je la dosa aku siap-siap. nanti pi la sendiri menuntut ilmu ye. Aku ni bukan apa...macam biasa laa..mata ada lali-lali skit (aka tido or melayang) masa mendengo mende ilmiah cenggini. ce dengo gosip ke apa ke..terbeliak bijik mata aku ni haaaa

ok la.. tata

Kecundang Lagi .... ThomasCup2014

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kuciwanya..perassss...sakit jantung aku tengok tv malam tadi. Tapi tak pe laa...dah tak de rijiki. Nak buat camne... aku tengok player2 yang menyakitkan hati tuuu..malam tadi main ok sesangat. So tak la mo la komplen banyak. Mesti depa dah cuba sedaya upayakan. Sapa pulak yang masuk main..dengan niat nak sengaja kalah kan. So..korang tak yah la kutuk lelebih ok. ce kome yang main kat sana? dengan pressure segala bagainya...ntah2 pukul pun tak lepas...

Asalnya aku dah tahap redho ngan pasrah masa single kedua tu... tapi double tu menaikkan semangat semula. Masa 3rd single aku siap masak ngan makan lagi..sebab memang tak menaruh harapan kat dia. Masa 2nd games baru jeling balik..eh...boleh la plak dia bersemangat balik. Ini laa yang kita harapkan. Pantang mengalah sebelum kalah..hehehhe

Ok laa..apapun. Tahniah team piala thomas 2014.

I LOVE MALAYSIA.

tata.

Saturday, 24 May 2014

Atmosphere@eqiune

Assalam

Buat apa korang wiken ni? Jadi ke pi festival belia putrajaya? Keee...still melengko kat umah sebab malas nak keluar

Hari sabtu aku bizi aku. Menyapu..mengemop...mendobi bertrip2..menggosok..menyuci toilet...fuhhhh...segala bagai laaa nak dibuat hati sabtu ni. Abis lenguh satu badan. Tapi memang dah rutin. Kalau x buat hari sabtu...kebarangkalian untuk buat hari ahad sangat la tipiiis.

Dah selesai semua.koje...baru la dapat nk berehat2. Udoh laki aku ngajak keluor puleeek. Malas giler. Tapi layan kan la jugak. Dia nk cari barang. Pusing-pusing satu puchong. Tetiba dh settle elok plak lalu kat equine. Aku pun ajak la pi atmosphere. Kat belakang giant. Dok tengok kat blog ramai yang dah pi. Aku pun teringin la jugak. Ok...tenang..bersih..xde orang...hahahhaa..banyak lagi kosong. Meh jeling apa yang ada kat sana.

Kedai runcit

Kipas gergasi

Lukisan lagiii

Dan lagiiii

Dam ular gergasi

Ohhhh dem cute miaw nieeeeee
Cun kan..giler berbakat orang mesia ni. Sebenonya banyak lagi lukisan. Kene rajin jalan pusing pusing bangunan tu. Dah aku bawak anak...dia berambat sana sini. Snap2 mana yang dan je laaaa.

Maybe tempat ni baru..so shoplot dia banyak kosong. Sib baik.xde ciri2 sarang penagih. Harap pihak berkenaan dapat majukan tempat nie.

Dah penat pusing pusing....ngan anak pun dah start meragam..moh ler balik romah.

Malamnya aku pi dinner kat tappers@shaftbury cyberjaya. First time makan kat tempat ni. Selalu kalau cyber jek mesti saba. Ok laaa..sedap.food dia. Rege pun x la mencekik giler. Nyum2..sampai x sempat nak snap2 gambo.

Dah kenyang moh la kita balik. Mata pun dah kuyu..penat pagi tadi tak abis lagi hoiiiii.

Ok. Nite2.

Tata

festival belia putrajaya 2014

Assalam

Korang buat apa cuti-cuti ni. Haaa..apa??? Melengko ataih katil lagi?? Dah-dah..pi putrajaya ada festival belia. Macam-macam ada kat sana.

Tapi aku suh kome je la pegi. Aku tak kuasa. Penat. Stress semak sebab jam. Banyak jalan tutup lagi satu hal.  Hahahhaa..beria suh orang pi tapi aku pun idok pi.

Tapi sebenonya..tak la teruk mana. Sebab eficient jugak. Ada budak jadi guard...x kasi public masuk parking staff semua. Aku je yang propa lelebih. Sib baik opis aku ujung alam. Kene tempias gitu-gitu je la. Kalau kat tengah macam perbadanan tu...masak laa..

Ok laa..happy wiken korang.
Penat..nak baring sat.

Tata

Fun Walk@Putrajaya

Assalam

Hai korang (eh..ada ke yang baca pung..hahahah syok sendirik je aku)
Takpe laa..meh aku citer yang last week punya cerita.

Aku selalu gak join fun walk kat putrajaya. Dia memang buat pada 3rd week every month. Kalau fun ride plak 4th week. So tengok laa mana-mana yang kami free, kami terjah jek. Mende ni free jek.. tak yah bayo apa-apa. Dah la free, banyak plak cabutan bertuah. Asik ada je beskal utk grand price. Masalahnya labuuuu..nombot mak tak pernah naik. Ehhhh..ko niee nak bersenam ke nak hadiah?? Niat dah terpesong..kwang..kwang..kwang. Oh ya...bukan tu je tau...breakfast ngan makan lepas berjalan pun dapat free. So korang terutama yang dok putrajaya tu..kalau tak tau nak buat apa, sila join xtvt sihat seperti ini. Jangan asek melengko je ngadap tv atau tido wiken tu. Kalau nak tau detail..pi LIKE Perbadanan Putrajaya punya facebook .Korang ada fb kan...ni la gunanya..jgn sebok nak like retis jek..bukak ada pekdah pun.

Minggu lepas spesial skit aku rasa. Jauh skit laluan dia. Dalam 5.8km. Dah la tu...berbukit bukau..semput mak tau...Tapi..berjaya gak mak abiskan..hahaha..walk je pun..kalau tak abis memang kena makan penampo..huhuhu



Haaa..ni la yg menang ikut tema

Pemandangan cun sepanjang walk
**gambar semua cilok dari fb perbadanan putrajaya


Dah lepas berjalan, mak makan la sambil lurus2kan urat keting yang sakit nie..ehhh...tetiba nombot mak naik...hepinya tak terkata...hahahhahaha...tapi mak cuma dapat hamper je...ok laa dari tak dapat langsung. Sebab aku memang payah sangat nak dapat lucky draw. Issshhh semak laa..kejap mak kejap aku. hehe
Anak aku la paling teruja..nak-nak dia nampak air coke. Dan dan tu nak bukak..Tak menyempat.

Minggu lepas temanya bunga. Almaklum laa. Nak menyambut Floria skit lagi ni. Tapi aku tak kuasa la nak mengikut tema. Masa datang tu..ramai yang tak ikut tema. Kalau adapun, tudung bunga..baju bunga. Gitu-gitu je laa....Dalam hati siap menyesal tak ikut tema sebab semalamnya niat nak buat bunga macam Fatin Liyana pakai masa dinner tu..ala..mcm gubahan bunga letak atas kepala. Siap berangan kalau aku buat..sah menang..hahahha..giler perasan tahap gaban macam tu. Masa aku tengah2 walk tu..jumpa plak akak ni..satu family ko. Penuh bunga meriah kat badan dia... omaiiiiiiiiigad... sangat kagum. hahahhaha. Terus kata..sah la ko menang. Tapi..agak-agak laa..dapat hadiah hamper sama cam aku jek..hahahha. Kesian. Kasik la hadiah best skit. bukan senang dia nak buat baju cenggitu.
Memacam.

Ok laa..byee... jangan lupa ya...amalkan hidup sehat. jangan tergolong dalam golongan yang obese tau...

Tata.

Saturday, 17 May 2014

seminar Revolusi DSR

Assalam

Aku ni nama je nak cari pasif income tapi memana seminar tak pernah pi pun. Baca buku..blog rajin la pasal investment ni. Buatnye.....idok.

Tadi kawan aku seponser pi dengo talk DSR ni. Korang kenal ke? Dr Wan Shah Razali.. alaaa tarap2 azizi ali...faizul ridzuan tu..lain orang lain la caranya. Tapi moralnya..nak.melabur kena ada ilmu...nak dapat ilmu ada caranya...gituuuuu

Memandangkan orang dah belanja...moh ler kita. Lagipun kejap dan dekat je...psssss sebenonya aku berjiran ngan dsr ni. Tapiiii aku idok ler kaya cam dia tuuuu..huhuhuhuh. dia ada 81 bijik..aku cuma 2 bijik....adoiiyai..nampak tak perbezaan disitu.

Ok abaikan bab itu.. nanti la aku share skit apa yang aku dapat. Memandangkan aku nk sangat kaut ilmu...pen kertas tak bawak...kakakkah. ko mampu. So tulis nota guna hp ni. Tu yang aku malas nak taip. Esok2 la nooo..

Nite2. Tata


haji bakhilkah anda?

Assalam

La ni kan banyak betoi media social..sampai aku pening. Dengan facebooknya, keek, instagram, twitter dan macam macam lagi. Aku awai awai dulu ngeri je ngan fb. Takut abis semua maklumat aku orang tau. La ni aku dah bijak skit...skit je la tapi....huhu

Keek pun aku ada..tp lama lama aku macam bosan. So dah lama giler x login. Yang active sekarang ni instagram ig. Syok gak folo retis2 ngan kawan2 aku. Tapi ig aku cuma for ladies ye. So memana jejaka tampan nak folo..mak terpaksa rijek. Harap maklum la ye **stmt mcm la ada orang nk folo dia sgt.huhuhu

Baru2 nie aku start folo chefwan..kelako giler dia menceceh. Walaupun kekadang hazab..tapi ada betoinya. Cer kome tgk yang ni
Nampak ke pun bab dia ckp psl haji bakhil tuu
Haaa...nampak ke kome....dia kata jgn jadi haji bakhil untuk rasa pengalaman tu. Rete kita ni bukan boleh bawak matipun..huhuh

Kalau ikut aku..memang aku agak bakhil bab2 makan..mcm sayang bayo mahal2. Kalau x sedap lagiii perasss. Tu la kan..macam kalau holiday..paling takut nak cuba yang bombastik..rela makan magi je kome oiiii

Nanti laaa..aku rasa aku kene tune skit sikap kebakhilan aku. Tapiiiii..kalau kene ngan geng..kurang bakhil aku ni..hehehe *masihcubamembeladiri

Macam best je kan..jalan jalan makan makan..ishh bila la ada duit turun dari langit nie...

Ok laaa..nak berangan dulu. Berangan tak pakai duit.

Tata


when in bali, Day3

Assalam.

Ok yang ni last. Sebab dah nak balik malamnya. Pagi tu..semua bermalas-malasan. Almaklum laa bilik beso..tilam gebusss bantal gebusss...tunggu plak breakfast in bed  katanyaa..makin la malas. Bila food dah sampai, baru makan and lepak-lepak kat tepi pool. Pastu apa lagi...terojon ler kitaaa... sambil mandi sambil sembang sambil makan. Oh sebelum mandi tu, dah call supir. Mintak jemput kami awai...sebab dah tawar hati nak melepak di Seminyak..banyak hati yang terluka...huhu.

Lepas mandi, semua start packing cun-cun. Sebab malam kang dah nak balik. Abis tu checkout awai nak pi mana? sambung soping... yeaaaa..

Supir bawak kami ke Matahari. Haaa..sini lagi aman. dah la ekon, rege pun terkawal. puas hati. Tapi sebab banyak barang dah beli..memendam rasa je la kalau jumpa lagi murah dari yang dibeli sebelum nie. Bertabah je laa. Pastu sambung soping kat tepi-tepi tu..dia panggil central market rasanya. OK. Yang ini korang jangan pergi. Dah la panas sebab tak de sistem pengudaraan yang ok..hahahaha. Tepi pantai dan dia kedai-kedai kecik. Agak kepam laa..pastu rege diaaa...mak datuuukk...pengsan. Korang bayangkan aku beli topi kat Tanah Lot RP30k je lepas tawar. Harga asal rp45k kot. Kat kuta....dia letak 90k!!!!! tercekik aku. Sib baik supir dah sound awal-awal. Dia suh tawar 70% daripada rege asal. Dan aku dah beli topi yang sebijik sebijon kat Tanah Lot. Aku memang tawar sampai dapat rege yang sama. Fuhhh..memang mencabar.

Nak ke SPA seround lagi pun dah tak dan. Terpaksa la menuju ke epot. sobbbsooob..dah nak balik dah. Tak puas la..banyak lagi tempat tak pi. Tak pe laa..kompoi duit bebanyak. Bali...tungguku datang kembali!!

Epot Ngurah Rai ni baru...surau besar bersih. Epot pun best. Kami santai2 je sambil nak tunggu balik. Masa nak menuju ke gate ujung donia tu..siap jumpa jovian mandagie and nina lagi. Tapi tak de kuasa la aku nak bergambo ngan retis. Cuma aku terkejut melintas sebelah depa..hehhehe.

Fuh. Abis gak citer bali nie. Biasa-biasa je. sebab pi pun kejap. abis masa belek barang kat kedai-kedai jek. beli nye tak seberapa..ahahahhahaha. Nak buat camne. Ahlill rombongan cik kiah. Kalau pi ngan laki aku..tak merasa pun nak pegang. dapat jeling je laaaaa..

Ni aku buat summary harga dan tempat yang aku pergi.
Pop Hotel (2days): 656K
Jas Villa (1day): RM395
Tanah Lot (entrance) : rp30k
Airport Tax : rp150k
Smart SPA (Massage n scrub 120m) : rp325k
Supir (1hari) : rp350k (supir fofula pak yanto. dia kata dia paling murah di bali. tapi memang aku rekemen, sebab dia tak berkira sangat walaupun aku sentap sebab dia tak mo bawak kami ke Sukawati....sukatik dia je kannnnn :P)

Ni gambo random kat bali. cuma b*b* guling je tak tergamak nak snap.

kedai ukiran bersepak

patung dia mostly pakai kain pelekat..pemalu kot
kedai tepi jalan. kopi abc tak dan nak merasa

Bye-bye Bali.