Monday, 23 December 2019

Jalan-jalan Cari Pasal ke JEJU

Ini adalah trip gedik dah lama tak menjongket. Walaupun bulan September diramal hujan dan ribut, kami masih kekal bersemangat. Agak boring flight ke Jeju  ni. Cuma ada di awal pagi saja. Nak tak nak kena laa pi airport awal. Nak harap bangun 2-3 pagi lagi bahaya.

Disebabkan aku agak RAJIN, aku buat ringkasan je la pasal trip ini. 

1. Nak senang naik je AirAsia-X direct ke Jeju. Terbang pukul 6.30am. Melainkan korang cuti panjang nak ke Seoul atau Busan, boleh ambil flight lain. Jangan lupa order makanan, kang kome lapo. Hihik.

ehhh dah sampai Jeju. Kalau kaler merah dah tau kapal apa kan

2. Boleh amik pocket wifi di airport. Boleh booking online je sekarang. kkday.com atau trazy.com. Dalam tu macam-macam promo ada, antaranya pocket wifi la. Senang kan nak terus update igs ke fb ke. Yang penting, nak cari info atau berhubung dengan keluarga tersayang.

3. Shuttle Bus ke Lotte Rent-A-Car. Keluar je dari airport, cari shuttle ni ye. Free je. Kalau tak jumpa, jangan segan silu tanya orang airport tu.

Ini rupa shuttle bus dia masa kami sampai.

Haaa tu dah nampak Lotte nyee
4. Lotte Rent-A-Car. Ini antara yang murah dan memenuhi kriteria kami. Dah siap-siap book sebelum datang sini. Bila dah sampai ni, isi sikit form dan boleh terus check kereta. Walaupun bertiga, kami pilih kereta yang sedan sebab bag semua macam mak datin. hahah. Kalau backpack, boleh la amik yang mini. Jangan lupa ambil yang ada GPS in english ye. Tapi kalau tak nak pun ok sebenarnya. Sebab boleh percaya dengan waze dan google maps. Sebelum datang, ramai kata elok install naver dan kakao tapi kami tak guna pun. GPS dan waze insyaallah selamat. Cuma pressure laa dengan gps dia. Semua menda nak bagi tau...hahahhaa. Ada bumper bagitau, ada camera, ada speed trap semua dia memekak..Tapi elok laa..Kita kan di negara orang, sila behave. Nak-nak pulak dia left handed, awal-awal tu agak kepanikan la jugak. 
Lagi satu, kat sini mostly speed dia agak menyakitkan jiwa. Dalam 60-70km/h jek. Asal terlebih sikit memang dia memekak. Awal-awal ok la sebab tak biasa. Bila dah pandai drive, teringin laa nak bawak laju siikit kan.. tutup telinga je laa. hehe

Sila amik nombor dulu

Dimulakan dengan bismillah.

5. O'Sulloc Tea Museum / Innisfree Jeju House
Tempat perhentian pertama. Aku tak tau mana satu muziumnya. Tapi kami pergi laa ladang tea nye. Nasib baik semua tiada entrance free. Masuk Innisfree Jeju House tu, langsung tak de apa yang menarik. Nampak laa depa dok buat sabun ke apa ntah. Tidak menerujakan. Menu yang ditayangkan pun tiada yang menyelerakan. Masa sebelum datang, macam nak try je makanan dalam tu. Nak beli barang pun, kemain mahal. Baik beli atas flight ataupun kat kedai. Lagi murah.

Bersebelahan dengan Innisfree tu adalah O'Sulloc Tea Shop (tak tau sama ke dak ngan museum sebab aku tak nampak ciri museum). Ini best...menu dia macam semua teruja. Tapi memandangkan hari sejuk dan ujan renyai-renyai, tak berani laa nak order macam-macam. Aku try ice-cream green tea dia ni je.. perrrrgghhh terbaik sangat. Korang wajib cuba tau. Harga dia dah lupa. 

Sebenarnya pemandangan di sini cantik. Ada banyak spot-spot yang instaworthy Tapi dah ujan suram muram je, gambar yang aku amik tiada yang memberangsangkan (macam laa selama ni cun sangatkan...kakakah). 

Sedap gilossss

suram dan muram je pemandangan

ala-ala cameron ni
6. Hotel di Seogwipo
Penginapan kami di Seogwipo adalah Rex Hotel. Hotel ni bersebelahan je dengan Olle Market. Aku suka je hotel ni. Sebab kemas/nampak baru dan yang penting, lokasi dia la. Cuma korang tengok situ ada kereta-kereta kat lobi hotel tu. haaaa situ laa parking dia. Nanti lepas check-in, dia akan tanya bila korang nak keluar ke apa. So nanti dia akan tolong parkingkan ikut kesesuaian. Kunci kereta pun sangkut je kat lobi. Macam takde kes kecurian je kat sini. Sebab bukannya ada staf sangat kat reception tu. 

Lobi Rex Hotel, Seogwipo

7. Maeil Olle Market
Indoor market terbesar di sini. Beberapa langkah je dari Rex Hotel. Disebabkan kami sampai dah malam dan esoknya pun sampai malam jugak, aku tak berkesempatan nak round/explore masa hari siang. Jual macam-macam tapi yang menarik perhatian adalah buah-buahan terutamanya oren. 

spot favourite aku
8. Lepak Cafe
Nak merasa bingsu korea. Kat Malaysia ni tak de geng nak merasa. Tapi kesimpulannya, aku bukan fan menda-menda cenggini. Sama macam aku tak berapa gemo ABC. Sejuk-sejuk manis ni bergegar otak aku..heheh. Tapi ok laaaa nak merasa.

Tous Les Jours Cafe
8. Yongmeori Coast
Sebenarnya aku pun konpius pasal Yongmeori Coast ni area mana. Tapi kami memang pergi sepanjang dari Sanbang-san dan Songak-san ni. Ntah kemana-mana kami pergi memula tu. Main singgah je memana yang nampak macam cun. Tempat yang cun ramai orang bergambar tu dekat dengan Sanbang-san / Hamel tu kalau korang nak tau. Disebabkan ujan dan berangin masa kami datang, dia tutup. Kami posing-posing tak tentu hala ke laaa. Mana tak nye, sat pakai raincoat..sat bukak. Sat lebat sat teduh. hahahha. Memang kekusutan tapi tak menghalang kami nak menjenguk semua tempat yang ada. Tapi ada sekali tu lebat sungguh. Kami lepak cafe minum kopi bertahun jugak rasanya (dalam 2jam kot). Kat sini lah kami mendapat berita yang Jeju mungkin kena kesan taufan nanti. Alamak..alamak...alamakkkkkkk

Ini rasanya Sanbang-san


Singgah je tepi-tepi pantai kalau nampak menawan

baru tau nama dia Brothers Island


tak tau laa apa motif batu besar ni

Tempat shooting K-Drama

Haenyeo ada di mana-mana kat jeju ni

langit suram je sepanjang masa


Haenyeo lagi

Hamel's Shipwrecked Site

haaa baru sampai betul Yongmeori Coast tapi tutup plak sebab ujan
10. Jusangjeolli Cliff
Masuk sini kena bayar KW2000 je. Cantik sebenarnya area ni. Tapi disebabkan mendung dan hujan renyai-renyai sepanjang masa, pasrah je laa apa yang ada depan mata ni.
Jusangjeolli

Cerita asal usul kejadian cliff tu 

Platform kukuh disediakan bagi memudahkan pengunjung melihat dari dekat

One of the cliff


11. Cheonjeyeon Waterfalls
Nak masuk sini kena bayar KW2000 juga seorang. Ada 3 waterfalls kat sini. Tapi kalau korang jenis sakit kaki, pergi yang pertama dan kedua je dah cukup. Yang ketiga tu jauh sikit. Dia macam menurun bukit. Masa pergi best laa, masa balik nak menapak naik tu, mengah jugak. Dan yang ketiga tu biasher-biasher je pun. Menapak tu jangan risau, sebab sini semua platform / tangga elok je depa bina. Tak de lopak ke tanah kotor kena tempoh. hihik. 
Dalam perjalanan ke waterfall ke-3 tu, nanti korang akan jumpa jambatan, Seonim Bridge nama dia. Lawa dan tinggi kedudukan dia. Nampak laa pokok-pokok kat bawah tu.


1st Waterfall. cantikkan warna air dia.

Mau pengsan aku baca signboard kat Jeju nie. hahahah

Waterfall ke-2

Waterfall ke-3


Seonim Bridge
12. Fifa World Cup Stadium
Sempat kami singgah sekejap menjeling stadium yang digunakan masa World Cop masa Jepun-Korea jadi tuan rumah haritu. Jeling-jeling dari luar je. Tak pasti boleh masuk ke dak stadium ni. Tapi yang pasti, tak nampak pun orang main ke guna stadium ni. Musim ujan semua baring kot kat rumah. hehe



13. Jeongbang Waterfall
The only waterfall in Asia that water falls direct into the ocean. Oceanside 75-ft. waterfall cascading from a cliff, with its waters flowing into the sea. Haaa...Dia direct terus ke laut. Penuh orang masa ni. Ini pun kena bayar masuk rasanya. Mahal sikit dalam KW2500. 


Maka abis dah hari pertama dan kedua kami di pulau Jeju ini. Sebab naik kereta dan semua pun dekat-dekat, dapatlah kami pergi dengan sesuka hati di area Seogwipo ni.

Wednesday, 13 November 2019

[North Africa & Andalusia] Penginapan Sepanjang Trip Morocco Andalusia

Selalunya aku memang rajin ambil gambar hotel/hostel penginapan. Tapi kali ini macam tak sempat. Tak tau laa kalut pasai apa. Hehe. Mungkin sebab aku acah-acah project manager yang bizi. Selalunya aku follower je. So aku tak fikir apa. Sampai je terus sebok ambil gambo. Makanya, gambar banyak yang tak berapa cun (macam la selama ni cun sangattt kan..hihik). 

1. Dar Bab Guissar, Fez
Dia ada 2 bilik tapi tak berpintu. Ada 1 bilik air dan toilet. Bilik air dia comei sangat. Bila dah berlima, agak memakan masa laa untuk urusan mandi segala bagai. Kerjasama ahli rombongan sangat baik. Tambahan pula ada 2 kategori utama iaitu yang on-time bangun subuh dan yang suka lewat-lewat dan memberi laluan kepada orang lagi..hihi. Maka, tiada konflik toilet di sini.

Di sini dapat free breakfast. Suka aku breakfast style Maroc ni. Penuh meja. Sedap-sedap pulak tu. 

Dia tak de lift ye. Kami dapat pulak tingkat paling atas iaitu tingkat 3. Jenuh laa abang2 tu nak angkat beg. Tangga depa pula kurus dan curam. Memang kena berhati-hati.

Sila pandang ke atas

Nampak x kepala orang tu? tu laa bilik kami

Bilik berdua

Pandang ke bawah pulak. Ni la tempat makan
2. Apartamento Completo Parra de Granada
Antara bilik yang mewah untuk trip kali ini. Sebab dia berupa apartment. Lengkap dengan 3 bilik. 2-2-4 katil dia. Yang 4 tu bunk bed la. Semua bilik ada heater. Maka seronok laa sangat kami ni. Sebab selama ni macam ada tak ada je heater dia sebab tak mau panas. Apartment ni juga ada kitchen lengkap dengan kitchenette. Cuma kami tak laa memasak beria sangat. Ada meja makan juga, ruang tamu. Sama je macam apartment kita kat sini. Cuma..cuma..cumaa..dia tak de free wifi. Rasa masa booking kata ada. Ntah laa.. Malas nak banyak songeh sebab sakit jiwa nak bercakap kat sini. Macam ayam itik. hahahhah. Nak masuk setting semua main password je. Maka korang jangan lupa atau main-main. Kang jenuh nak call sana sini. Dan sekali lagi. Aku syak belah-belah sini memang toilet dia bersekali dengan shower dan ada satu je. Maka kena laa beratur take turn nak ke toilet ye. 

Sedeh bebeno laa ngan gambo yang aku amik niee..kakakah

Ruang tamu

Ruang tamu dan juga tempat makan

Pintu utama nak masuk ke dalam apartment. Maka ada 2 pswd kena ingat
3. Deluxe apartment Arco del Postigo, Seville
Apartment ini paling kusut. Hahahah. Dia sebenarnya 3 tingkat. Ground ada sofa bed, kitchen dan kitchenette dan toilet (tak de shower ye). Juga meja makan yang agak comei. Ada juga tv dan portable heater yang langsung tak panas. Nasib baik laa cuaca di Seville tidak terlampau sejuk dan cuaca tak ujan. Kalau tak, mau terbunuh rasanya. 2 orang tido kat bawah nie.

Naik ke tingkat 1, ada 1 katil queen dan 1 bunk. 3 orang kami tidur di kat sini. Ada Toilet + shower. Orang yang tido bawah, kena naik atas kalau nak mandi..heheh. 

Naik ke tingkat atas lagi, adalah ruang utiliti. Ada washing machine, beranda. Aku naik sekali je masa dia ceritakan pasal apartment dia. Lepas tu tak pernah aku jeling lagi.

Keseluruhan rumah ini kurus dan tinggi. Kalau bawak budak kecik, jangan laa sewa kat sini. Agak kekusutan.

Tapi dari segi lokasi, sangat bagus. Dekat dengan semua main attraction di Sevilla. Boleh walking distance je semua.


Toilet bawah

Bilik kat atas

Toilet kat atas

beranda

Pemandang di luar. 

4. Hotel Atlas. Marrakech
Ini satu-satunya hotel yang tiada bilik berlima. Maka, kami terpaksa booking 2 bilik berasingan. 2 katil dan 3 katil. Bilik kat sini sangat sempit. Nak letak bag pun hazab. Nak solat pun sama hazab. hahaha. Harga dia agak mencengkam jiwa jugak. Mungkin sebab terletak di lokasi yang strategik. Disebabkan kami pun semalam je di sini, maka tak perlu banyak songeh. Menumpang tido je pun. Reception dia baik sangat. Banyak tolong kami dan tak berkira. Hotel ini cantik sebenarnya. Kami sempat juga pusing-pusing kat rooftop.

Abang potter yang bawak ni. Kalau cari sendiri x tau laa jumpa ke dak.

Reception area

Bilik bertiga. Sempit wehhhh

Pandang ke bawah

Lobi
5. rue d'Aix Oasis, Maarif, Casablanca
Ini pun antara hotel yang agak mahal. Dia sebenarnya macam bangunan rumah banglo yang sangat besar. Tuan rumah pun stay dalam ini. Berciri agak mewah juga. Basement ada kitchen dan kitchenette. Boleh share guna peralatan. Dapat free breakfast. Malam tu kami masak maggie dan juga nasik segera. Hahahaha. Berselera laa sikit panas-panas kan. Selalu rendam dalam air panas je (kurang laa sikit feel dia).

Bilik kami kat aras 3 rasanya. Lenguh juga laa kaki turun naik nak pergi ke dapur tu. Akhirnya kami banyak melepek kat bilik je. Nasib baik memang nak balik pun esok pagi nye.

Ok bilik pulak ada 2. Katil bertiga dan berdua. Kami bertentangan. Kami banyak bukak je pintu sebab depan tu macam bilik tuan rumah. Tak pernah nampak pulak dia keluar-keluar. Tapi yang lecehnya kat sini, toilet dia sharing. Disebabkan masih ada pintu bilik tuan rumah kat depan tu, kami kena laa pakai proper jugak nak ke tandas tu. Takut tetiba ada makhluk lain pulak kan. 

Lokasi rumah ni agak jauh dari train station. Jauh tu dalam 1km dan agak mendaki. hahahah. Kami dah malas nak naik teksi sebab konsider dekat laa kan. Subuh-subuh tu kami dah booking teksi untuk terus ke airport. Bag semua dah berat dan kamipun dah penat. Malas nak naik train. Naik teksi senang dan murah.

Lobi Utama

Ada tv. tak terliur langsung..hahaha

Bilik bertiga. Luas dan selesa

Pemandangan dari tepi tingkap

Ini bilik berdua pulak

Ada je sudut ni kat semua tingkat. So nak minum air kosong boleh amik. 

6. Hotel Royal, Tangier
Ehhh ada lagi hotel yang kami dok lain-lain bilik. hahahahha. Ini adalah laporan tidak bergambar. Sebab sampai dah magrib + penat + ujan. Terus mengelupur menguruskan diri. Langsung tak de gambo dalam bilik. Hotel ni simple je cuma dia paling best. Nak tau kenapa? Sebab dia ada water host. hahahahh. Gumbira giler ada host. Cuma harga dia pun agak mahal. Mungkin sebab faktor dekat dengan port kot. Tapi harga makanan laut dan coklat agak murah compare ngan tempat lain. Nak ke tempat makan pun walking distance je pun. Mudah la hotel ni.

Kesemua hotel di atas ni, aku book guna booking.com je. Aku tak berapa pandai nak guna airbnb. Ntah laa..mungkin dah selesa guna booking.com. Cuma macam biasa, kena rajin-rajin survey. Sebab kekadang harga naik, ada masa turun. So aku memang perati menda tu selain location dia ngan train station / poi sesuatu tempat. So far, kawan-kawan aku berpuas hati laaa dengan pilihan aku dan bajet yang telah ditetapkan. hihik.