Showing posts with label Winter 2015. Show all posts
Showing posts with label Winter 2015. Show all posts

Monday, 13 July 2015

Turkiye: Throwback

Tetiba macam nak tulis balik pasal turki
Sebagai kenangan ... apa yang baik apa yang kurang baik di negara orang
Itu la tujuan utama kita bermusafir..tengok dan nilai cara hidup orang
lain orang lain budaya nyaa..lain ragamnya
mana yang baik..kita boleh ikut
mana yang kurang baik..jadikan teladan
tak gituuuuuu

1. Tak boleh lepak surau airport
saya ni jarang melancong ke luar negara
setakat ASEAN dekat-dekat tu adalah..tapi jarang...jarang
so..bila berjalan jauh ni..sampai di airport kamal attarturk di penghujung subuh
rushing solat..lepas tu plannya nak berehat
iye laa..nak check in hotel pun lambat lagi kan
tetapi..rupa-rupanya..harapan hampa
kata laa subuh abis pukul 6 (contoh ye..sebab aku dah lupa segala info pasal timing2 ni.hehhe)
baru nak baring-baring...dah cleaner datang
dia nak kemas surau
aisehhhh..potong stim betul laaa
kalau kita kat malaysia..ko kemas/cuci je laaa
sana tak boleh ko...dia pandang je ko sampai ko blah
hahahhaha
ingatkan nak la buat toya..memang tak de harapan
penyudahnya..kami terpaksa keluar dari surau dia yang memang cantik dan bersih ittewwww
ooh..dalam surau tu jumpa banyak orang malaysia..hehehe
ramainya melancong ke turki ye

2. IstanbulKard
memandangkan terpaksa meninggalkan surau awal..
maka kami mengambil keputusan untuk pergi ke guesthouse awal
nak berjalan pun payah sebab beg berat dan segala bagai
ayoh...ke hotel kita
oooooh mari beli IstanbulKard dulu.
memang ada di airport..
Tapi ingat...PASTIKAN ADA DUIT KECIL (COINS)
jangan jadi macam kami..duit kecik tapi tak de coins
dah kelam kabut kan depan mesin tuuuu
dicampur pula dengan orang yang nak pergi kerja
dicampur lagi dengan ada mamat ni hendak menolong..tapi dengan cara yang agak mencurigakan
issshhhh..dah la baru sampai..
kenapa ko mengganggu gugat kewibawaan aku sebagai pengurus tiket?? hahahhaha
keje senang macam ni pun jadi susah..
nasib baik akhirnya berjaya
**sebenarnya baru nak tune dengan istanbul.. banyak mende panic...nak masukkan kad pun panic. dah la kad dia boleh share lebih dari sorang. tak macam kad kita
Tempat beli Istanbulkard

Dalam train.


3. Sesat
Ikutkan, dari stesten Sultanahmet ke Marmara Guesthouse tu...dalam 1km kot
ke kurang..aku dah lupa
tapi disebabkan 1st time kan..nak baca map pun x berapa lepas
dah tak tau nak menuju ke mana
tanya-tanya orang
di tunjuknye ke sana...tanya orang lain..tunjuk ke situuuu
denggggg
dah la sejuk nak mampssss.... kan snow baru turun
snowflakes tu melekat2 kat baju ioulllsss
siap angin bertiup kencang lagi...kata tepi laut marmara kan
turun bukit naik bukit
dengan seret beg lagi..memang ketara laa ciri2 pelancong sesat...
ntah berapa lama kami sesat pun aku dah lupa..aku rasa lebih sejam kot
akhirnya kami kembali ke stesen tu balik.
agaknya rupa kesesatan kami ni agak ketara
tiba-tiba Allah bukakan hati sesesorang untuk tolong kami dan dia boleh speaking english
fuhhh lega
dia hantar kami selamat sampai ke pintu guesthouse...alhamdulillah
** moral: sila keluarkan alamat hotel jika baru sampai ke sesebuah negara. sebab apa yang keluar dari mulut kita tak sama ngan slang depa kan.
berjalan dalam cuaca sejuk snow dan ujan pun kami dah tak tahuuuuuu


4. Apa jadi kalau sampai hotel/guesthouse awal
kalau kat sini, ko dtg awai kat hotel...nganga laa sampai bilik available kan
kalau nasib baik..dapat masuk awai...kalau dak..tunggu  la sampai pukul 3
kat Turkiye, kami sampai awai sangat
memang sebelum pukul 12 laaaa
sebab dah lepas subuh datang nya kan
ada sekali tu, kami sampai gelap lagi dari Kapadokya ke Istanbul
dah sampai awai..melepak la kat lobi dia yang kecit tuuu
yang bestnya, dia ajak lepak kat cafe
siap ajak makan...fuhh..korang pernah merasa mcm tu kat sini?
aku tak pernah
kat Istanbul cenggitu, kat kapadokya pun sama
dua-dua ajak breakfast sekali
lega sangat..sebab memang lapar kan..hahahha
bilik tu..memang ko kene tunggu sampai available..tak leh nak buat apa laa

5. Senyap
post lepas kan aku citer kene sound pasal bising kat bilik
boleh baca kat SINI
rasanya memang rakyat Turki ni pendiam
kalau korang naik train..semua diam jek
yang bising cuma kami..
waktu kat restoren pun..semua diam diam jek
yang kecoh...cuma kami
pi hospital pun tenang jek..x de yang kecoh
hahha..so aku buat kesimpulan memang mereka pendiam
atau lebih elok dipanggil berhemah



Monday, 25 May 2015

Turkiye: Expect the Unexpected

Tetiba rasa nak tulis pasal Turkiye balik
Sedangkan dah basi dah cerita Turki ni. Saja nak buat kenangan

Masa kami balik dari Gerome ke Istanbul, kami naik bas
Tapi dia memang akan stop kat satu station, lepas tu kena tukar bas
Lupa nama tempat tu.
Masa nak tukar bas tu, macam kalut laaa
Bukan kalut apa, sebab masa tu snow turun
Kita pulak nak meremput ke tempat simpan bag kat bawah tu...
Bukan berebut nak ambik barang..maksud aku laju-laju sebab snow lebat..sejuk namatiiii
adoii memang mencabar tahap ketahanan badan

Tetiba, kawan aku tergelincir masa turun bas tu
Aku tak nampak laa..
Dia cerita, dia kata kaki dia berbunyi 'tupppp'

Dalam bas baru tu, dia kata dia dah start sakit
Kami panic jugak.
Satu sebab dia sakit
Kedua, sure kacau plan yang dah dirancang. Dia dah la masterji itinerary Turkiye ni
Dalam hati berdoa je dia OK.

pung..pang...pung..pang
Kami selamat sampai ke hostel kami di Istanbul, Marmara GuestHouse
Tengok kaki dia time ni dah bengkak
Kami dah la gelandangan masa nie
Sebab sampai sana pagi..pukul 6-7am gitu
Mana boleh checkin
Masa pekerja dia tengok, cepat-cepat dia amik ais/snow dan tempek kat kaki dia
fuhhh..macam magic...cepat surut
Tapi tetap la sakit kakinya

Nasib kami baik, sebab ada bilik kosong dan owner kasi kami lepak situ sementara nak tunggu check-in
Cuma bayar 20 euro. Ok la kan. dapat la baring, mandi setelah penat bergelandangan hampir 24Jam
Akhirnya kawan aku decide nak pergi klinik/hospital, sebab dia dah tak tahan sakit.
Owner cadangkan pergi Hospital A (aku lupa nama dia) dan dia call teksi siap-siap
Dalam teksi, dia heran sebab nak pergi Hospital A..dia kata Hospital A tu mahal dan tutup hari ini.
Fuuuhhh...nasib baik tutup. Isshhhhh...Owner hotel tu selalu bagi kedai/tempat yang high-end..
Ingat kami kaya kot
Teksi tu bawak ke Hospital B. Dia kata ada kedai-kedai sepanjang jalan tu, macam farmasi.
Boleh beli bandage kalau nak
So, kami pun masuk la satu farmasi tu
dan bermula la dramaaaa
Dengan tak reti speaking english nya..adoiii stressss
Dia kata tak boleh beli..kena ada surat doktor
Tetiba ada mamat ni, macam guard/security hospital
Baik bawak sana sini..jumpa doktor bawak pi x-ray bagai..
Kami dah start panic...hebak sangat kot guard sini...
layankan aje..sebab ramai tak pandai speaking english
Dengan kena pindah sana sini..kesian kawan aku..sakit-sakit kaki meredah snow

Akhirnya.....
Dia mintak 200lira...denggggggggg!!!!
Ulat rupanya.
Nasib baik kawan aku cekap..dia kata dia nak surat doc, bill hospital dulu
Baru nak bayar
Waktu ni aku macam lost..sebab kawan aku lagi sorang yang handle...
Time ni kami pun keluar masuk hospital ke farmasi...Giler sejuk

Akhirnyaaa..sekali lagi..
Kami berjaya naik teksi dan cabut semasa guard tu masuk hospital
hahahhahahahaha
Seriussss..macam kerja giler
Tapi memang pening la hospital diaaaa..tak macam hospital kita
Ada pendaftaran segala bagai..
Ini kat sana macam main rempuh jek..aku tak nampak pun rakyat dia register kat mana
Tapi ramai la orang

Pemandangan dari dalam hospital. Sepanjang bangunan tu semua yang berkaitan dengan hospital (klinik, farmasi ect)

Ni pn pemandangan di sekitar hospital

ni la muka abang Guard yang macam superhero. apapun terima kasih kerana membantu kami

Dalam bilik x-ray. ko mampu guard bawak ko sampai ke dalam bilik?

Rontgen Odasi = Bilik XRAY

Layan tv sementara menunggu

Zoom skit. Istanbul Di Bawah Salji...hehhe

Dalam teksi kamii gelak-gelak la juga
Tapi takut pun ada ..kot-kot la kena tangkap ke apaaa
Serius tak tau apa yang jadi..
Kawan aku yang sakit kaki tu..sampai dia kata nak baik dah..sebab asyik merempuh snow

Sampai Sultanahmed..kami beli bandage kat kedai biasa kami lalu tu jek..tak de pun nak surat doktor bagaiiii...
memang pengalaman sungguh.
lepas lepak sana..kami siap jalan-jalan kat Arasta Bazaar
ooo rupanya Arasta tu tempat orang ada-ada..heheh
kami cuci mata jek

Snow turun je sepanjang masa. Ini di Arasta Bazaar

Masa lepak-lepak area Sultanahmed..
baru nampak..rupanya local happy sambut snow..
jenis baling-baling kat tourist yang nak posing kat Blue Mosque dan Aya Sofea tuu
naik geram aku...dia baling dari jauh siut..laju plak tuu
kena memang sakit laa...tapi happy


Kami makan besar hari tuuu

Lady Diana namanyaaaaaa..kemain

Walaupun begitu, cuaca sekejap terang sekejap gelap, Dalam sekelip mata

Masa terang..Subhanallah..cantikan

Ni masa gelap...sangat gloommyyy but stunning kan?


On the way balik hostel, ada OLAF sekor..comeeiiii

Tu la pengalamannya. Masa ini rasa bersyukur sangat
Sebab senang je kat Malaysia nak pi klinik atau hospital
Lain negara lain budayanya.
ke...atau kita yang tak tau kan.
Tapi alhamdulillah..kami bertemu ramai orang Turkiye yang baik-baik...yang sudi membantu
Thank You Allah!!!


Lepas tu balik bilik..abis cerita satu hari..Sekian

Thursday, 2 April 2015

Turkiye: Rezeki Jangan Ditolak

Bila berjalan dan melawat tempat orang, makanan perkara paling penting. hehheeh. Ala...macam kita kalau pi Melaka, mesti google kedai Asam Pedas mana paling best, ikan bakar kat mana popular. Gitu la kan.

Kira bertuah laa pi Turki, negara Islam katanya. So agak senang nak makan. Kurang rasa was-was (**walaupun cuma 5% je yang melaksanakan cara hidup ISLAM). Tapi kami tak la mencari kedai mana yang best ke apa. Cuma ingat nama makanan je. MUST TRY kekdahnya. Lepas tu, jangan masuk kedai yang serve FES (aka arak). Selainnya, kita baca bismillah dan masuk kedai. try je laa. Mostly semua sedap je kat tekak ni..hahah ..ke jenis pemakan. So semuanya sedap je rasa.

Mari tengok apa yang saya makan..kebanyakannya dari hostel je pun. huhu

nyum...nyummm
1. Lempeng kat hostel
2. Menu buffet hostel
3. Kopi kat kedai. Tak sedap. Jangan order kopi kat turki..heheh. Teh boleh layan
4. Maggie..nyummmmmm
5. Iskander Kebab dengan tak ingat nama. Yummeh
6. Cereal ngan roti. Yang kaler merah tu manisan. 


1. Pottery kebab di Kapadokya. Sedap
2. pumpkin soup kot
3. salad di pamukkale. 
4. pancake
5. Kuih muih tempatan. semua tak sedap kecuali yang kuning tu. Ala caramel.
6. Lempeng dan roti. kat pamukkale.


1. Humus kot. Bukan nasik laa di Ihlaya Valley
2. Tea...daun Berrak..hahahah. rasa macam green tea
3. Salad
4. Herbal Tea..nyuummm
5. Breakfast buffet at Taskonak Hotel
6. Yougart
7. Maggie lagiiii...serius seleraaaa
8. Roti












1. Makanan dalam MAS
2. Lupaa. Tapi sedara mara pottery kebab laa
3. pun lupaaaa...lamb ke beef kat Bursa
4. Manisan...dun like..rasa telan gula 25x manis dari gula biasa di Bursa
5. Apa ntah...tapi sedapp
6. Pun lupa namaaa...sedap
7. hahahah lupa jugak..semua lupaaaa (aku bukan jenis ingat food traveler. dapat telan chow...x simpan dalam memori)

Cuma, saya dapati, kebab (yang jenis wrap tu --> ala-ala malaysia punya kebab), sangat la tak sedap. Mungkin sebab daging dia kering sangat dan tak de sos macam kita punya kebab. Sakit tekak mengunyahnya. Dua kali makan...dua kali tak sedap..hahaha. Kalau pergi, korang jangan beli. Tapi kalau nak try, apa salahnya kan. Tekak kan lain-lain.
kebab - ikhsan google.


Lagi satu, toast panggilan namanya. Dia roti biasa tapi ada isi daging sayur sikit. Yang tu sedap. Gambar tak de sebab yang makan tu kawan aku punya. Masa kelaparan..terus je ngap. Macam kat bawah ni rupanya

toast - ikhsan google


Sekian, selamat menjamu mata.

Monday, 30 March 2015

Basic to Turkiye

Assalam

Meh nak cerita serba ringkas pasal trip ke turkiye ni. Tak berapa reti nak terangkan. Harap korang boleh faham la. Sebab aku baca banyak je blog cerita details sangat. Dan sangatlah membantu kan.
Kita mula dengan bajet.

Bajet
Tiket: depend masa beli. Saya kena RM2600. Agak mahal sebab direct flight kot. Masa tu Etihad jual cuma RM1800 tapi ada transit 8jam kot.
Accomodation + Makan Minum + transport + etc : RM3500
Tapi sebab tak naik air hot ballon tu, plus banyak jugak tak masuk muzium ke apa so ada balance lagi RM1k you.
Duit Shopping: RM1.5k
Total around RM7k la belanja sana.

Sukanyaaa...ekonomipun nak tayang
I is JAKUN

Accomodation:
Kami dok hostel bajet je. Satu sebab nak berjimat. Kedua memang plan tak mo dok bilik pun kan. Kata holiday. Kami pi sana 11 hari. 3 malam dah jimat sebab naik bas. Sebenarnya bukan lah sebab nak save sangat. Cuma terlambat beli domestic flight. Harga dah mahal, so pasrah je la. Kami ok je cuma sakit badan sikit laaa..
Kat sana banyak je bajet hotel. Bersih dan siap included breakfast. Cuma kena rajin la surfing, cari info pasal hotel tu. Baca je kat tripadvisor tu. Semua bilik yang kami pilih attached dengan bathroom. Sebab malas nak pikir susah. Biar la belanja lebih sikit asalkan tenang jiwa. Betul tak?

Masa di Istanbul, kami dok kat Marmara Guesthouse. Hotel ni ok je. Cuma nak pi makan kene naik atas sekali. Kata nak tengok pemandangan Laut Marmara...Ambik...kene menapak tiap kali nak pi makan. Dah la curam tangga dia. Tapi, memang berbaloi dapat tengok pemandangan cantik tetiap pagi...rasa bertuah sangat.
Kesimpulannya, tangga hotel kat Turki ni agaknya memang jenis curam dan kecik. Saspend tau nak naik dan turun. Sampai hari-hari terakhir tu, aku sakit lutut...huhuhuhu

1st day sampai. Snow baru turun. Tak nampak apa. Ni kat tempat makan. Roof top
Last day..ada matahari..yesss. Baru nampak laut marmara





Our room - 4 bed

Di Kapakdoya kami dok kat Taskonak Hotel. Best hotel ni. Sebab tuan rumahnya baik sangat. Bilik pun ok. Merasa la dok dalam cave kan.

Our Room

Mengintai dari tirai kamar