Tuesday 31 March 2015

Turkiye: Ada yang terkesan dihati

Assalam

Setiap peristiwa mesti ada yaang melekat dalam ingatan kan? Sepanjang trip ke turkiye ni, ada beberapa perkara yang masih saya ingat.

1. Kelako
1st time dengar pilot bercakap dengan nada berseloroh dan meleweh...macam cakap loghat gitu.
"cuaca diramalkan bersalji. sila pakai baju tebal-tebal. kalau takde baju tebal, turun nanti terus berlari masuk ke dalam terminal. sejuk. Pastikan bawak duit secukupnya kalau nak shopping. Tapi jangan sampai habis duit pulak..."
Ko mampu???... adoiyaaaiii sakit perut menahan gelak masa dia buat announcement. Lagi kelakar, masa dia speaking pun lebih kurang je translation nye..hahhaha. sabo je laa.. Kapten Rosli kot nama diaa... Kapten memang terbaekkk laaa..

2. Terujaaa
Mak kan orang kampung. Tak pernah pergi negara 4 season nie. Belajar pun tak pandai mana. Ke luar negara pun tak pernah jauh-jauh. Ni kira kali pertama lah kan. Tapi mak pernah laa masuk Taman 4 Musim kat Bukit Cerakah Shah Alam tu. Memang la sejuk tapi kecik bebeno. ICT Shah Alam pun tak masuk. Sebab tiket mahal. I kan ala-ala kedekut. Sebenarnya masa nak pi Turkiye, memang risau sangat cuaca sejuk. Takut tak tahan. Dua tiga bulan sebelum pergi, dok la hadap AccuWeather. Cuaca semua antara 2-10 Celcius. Rupa-rupanya Allah nak kasi peluang tengok dan alami salji. Turun je katobang, memang snow yang sambut. Teruja tapi sejuk giler okay. Cakap terus kuar asap dari mulut..hahahhahaha. Bila tengok snow tu...memang snowflakes..sejibik macam cerita Frozen. Oh Myyyy!!! Alhamdulillah. Macam tak pernah terfikir akan jumpa snow. I am the lucky one ;)
Bukan setakat itu, masa di Kapadokya dan balik semua ke Istanbul, snow makin lebat. Abis semua memutih. Walaupun sejuk, kutahan jugak jebat. Thank You ALLAH.
kulihat putiiiih

Olaf cacat...

blue mosque


3. Berani Mati
Macam yang aku cakap sebelum ni, aku kan jakun. Tak pernah rasa snow. Bila sampai je Istanbul memang snow baru turun. Dia punya sejuk...hanya tuhan yang tahu. Sampai-sampai je, terus plan pi shopping barang kelengkapan. huhuhu. Niatnya nak beli winter coat dan kasut boot. Winter coat dapat. Cuma kasut tak jumpa yang berkenan. Pasrah je laa..Aku dah la pakai sport shoe jek. Sib baik la dia jenis water proof. Tapi kalau dah snow setebal alam, kalah la jugeeek kan. Rasa kebas kaki aku. Berdoa je jangan sampai kene potong...*exaggerate..hhahahhaaktuuiii
Tapi alhamdulillah, masih boleh bertahan sampai ke sudah. Balik bilik je terus jemur kat heater. Kompom kering. Tapi sebenarnya, kalau snow saja boleh tahan. Aku lagi tak tahan berangin or hujan. Memang lemah kat sana. Sib baik hujan kene sekali dua je kot. Tu pun gerimis jek.
Tu dia Cik Pinky peneman saya


4. SENTAP!!
Korang kalau holiday ngan kengkawan macam mana? Sure gempak pongpang macam nak runtuh dunia kan. Masalah melanda bila aku perati, orang turki ni...semua jenis senyap sopan jek. Masuk dalam train, semua elok berdiri jek. Yang kedengaran adalah suara AKU jek..deng betoi laaa. Kat bilik lepas berjalan, kami sedap la berborak sakan. Bangun pagi lepas subuh sambung pongpang...pongpang. Sekali....dengan tidak disangka-sangka...weolllsss kene sound!!!! percaya tak? hahahahahah...budak hotel tu cakap elok-elok la tapi dengan muka yang malu-malu kucen. Mintak kami slow kan suara time malam ngan pagi sebab ada guest lain sound. hahahhaah deng sekali lagi. Adoiiiyaaiii...penat giler aku kene tahan suara / napsu untuk tidak bercakap kuat. Tak pe laa..kita belajar adab negara orang kan. Deme masa prepare food, basuh pinggan pun senyap sunyi jek. Giler tertib.

No comments:

Post a Comment