Wednesday 4 November 2015

Melaka Maju Fasa II

Assalam

Ni sambungan cerita masa pi Melaka hari tu.
Urusan hotel semua laki mak yang uruskan.
Saja malas nak masuk campur. 
Asalnya dia dah booking bilik 3Inn area MITC
Bila sampai, ada notice kata keluar dan ada nombor henfon
call la kata kita dah sampai
dia kata lagi 5 minit
rupanya 5 minit dia = 30minit
adoiyyaiii
disebabkan jemu menunggu, kami pusing la area tu
ada hotel lain Tasik Utama
emmmm
nampak lagi cantik dan baru renovate
suami tanya nak tukar ke
saya kata tak kisah..ikut laaa

last tak jadi sebab kesian plak kan
walaupun harga beza dalam RM10-15 je pun
ok laa
kami pusing balik ke hotel sebelum ni.
dengan hujan lebatnya...akhirnya pakcik tu sampai
kami pun masuk
errrrkkkk
betul ke rumah tumpangan ni??? 
bau kepam, rupa agak sedey
kami pun terus ke bilik yang diberi
ya allah...memang bau kepam
aku dah x sabo nak ke tandas..meluru ke tandas dulu
depan pintu tandas ada habuk rokok
banyak tauuuu
disambut oleh lipas beso...denggggggg!!!!

aku terus membebel..isshhh
tak boleh laa..sebab memang kepam
kompom tak boleh tido nie
yang anak aku..dia tak peduli..
dok terloncat-loncat atas katil
asal masuk hotel je (tak kira murah ke mahal mesti hepi)
pelik aku..hahahhaha.

sib baik pakcik tu kasi kami keluar
rasa bersalah la juga tapi serius aku tak sanggup
kami terus ke hotel tadi
sib baik dapat bilik
haaaaaaaaa
macam ni la ada napsu nak menumpang tido
tiles cantik (sebab baru reno kan)
yang tadi tu...guna carpet jenis lama tuu
tu pasal macam agak kepam
ok..puas hati laa ngan hotel ni
sesuai dengan harganyaa

oh yeee
tujuan aku bagi tau nama hotel tuuu
bukan nak sabotaj
kalau laa kerabat dia ada baca, boleh laa buat penambahbaikan
sayang je aku rasa
kan ramai orang datang melaka
mana yang tak mampu dok Casa de Rio, mesti nak cari hotel bajet
hehehe...macam aku laaa
hotel bajet bukan bererti kotor, busuk
kena la pandai mainten
aku p turkey semua dok hostel
elok je semua...kena laa ikut mana yang baik
kata negeri maju...heheh


Rupa Hotel Tasik Utama

Tadi kami ke Bukit Katil dulu
ambil goodies bag untuk beskal esok
time balik tu..lalu kat restoren ni..punya la ramai orang
maka..jom laa kita menempel
lapo dah ni
oooh..kedai ni pun pernah masuk JJCM
moh la kita try

Ni la rupa kedai Hjh Rahmah yang ramai sangat orang singgah tu

Menu kami hari tu...

Ini la lauk yang kami amik
emmm rasa diaa..sebenarnya biasa-biasa je
harga boleh tahan
kiranya kalau tak de la napsu sangat nak repeat

Petang tu..lepas solat semua
Kami pi jalan-jalan kat Pantai Klebang
last 2 years kami pergi, bas-bas ni macam tak ready lagi
kali nie..semua dah beroperasi
memang kagum laa aku..layak laa dapat Melaka Maju Fasa II
hehehhehe..kreatif sangat
bas ni jadi kedai, tandas, hotel..ko mampu?
Sebab tu aku marah bila planetarium dia tak menten elok
hat lain elok je kan...issssh
Bas dah jadi kedai

Pantai Klebang

Pantai Klebang yang bersih dan cantik
cuma dia kan pantai buatan
abis kaki aku berdebu sebab pasir nieee
cuaca pun aman je ..tak panas tak sejuk
syok la anak aku berlari sana sini sambil main layang-layang

balik dari Klebang, foursquare kata Keria Antarabangsa
meh singgah...abis pulak..denng
pastu Klebang Coconutshake
singgah laa beli....emmmmm out
tak kena ngan tekak aku
sib baik tak kena beratur panjang

Masa nak balik KL, kami main singgah je kedai Kak Su ni
ok laa..not bad


Kedai Kak SU...so-so..boleh laa


dua tiga hari selepas p melaka tu
aku masak laa asam pedas
En Laki aku cakap... 'tak yah pening-pening cari kedai asam pedas sedap kat melaka. masak sendiri lagi sedap ni'
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ko mampu..melting mak tauuuu
lebiuuuu laa..muah
hahahhahahahha

No comments:

Post a Comment