ok meh sambung.
lepas shopping kat innisfree, kami singgah kat Gwangchingi Beach. Pantai ni dikatakan cantik dengan batu-baju hijau dan berlatar belakangkan Seongsan Ilchulbong. Hijau tu sebab lumut hahaha. Memang lawa laa pemandangan dia. Cuma akan lebih letop kalau langit biru. Ni masa kami sampai sini, renyai-renyai halus. Pasrah je laaa. Sekejap je kami singgah sini pun. Elok sampai sini sebelum 3 petang, sebab nanti air pasang, tenggelamlah batu-batu ni semua.
|
nampak tu semua batu menghijau |
|
bukti kaki mak dah jejak sini..hehe |
|
Seongsan Ilchulbong dari kejauhan |
Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan tu nampak signboard macam pantai / coast gitu laaa. Tak termasuk dalam perancangan kami. Tapi dah macam lalu tu terjah je laaa. Aku pun tak pasti apa nama tempat ni. Tapi rasanya dalam jajahan Woljeongri beach gak kot. Sapa tau ni kat mana? Walaupun tak secantik woljeongri, tapi tetap lah sweet. Masa ni penuh dengan seaweed bertebaran kat pantai. Takde orang pun masa ni. Kami bertiga je menjoyah kat sini. Tak lama kemudian, baru laa ada 4-5 orang pelancong lain.
Ok. Ini destinasi yang memang ada dalam perancangan, iaitu Manjanggul Cave. Masuk sini kena bayar KW4000 ye. Entrance fee paling mahal setakat ni. hahahha. Taman kat luar dia menarik juga. Nampak kemas dan terjaga rapi jek. Lepas bayar tiket, terus turun ke tangga dan masuk gua. Takde apa-apa lagi. Masa nak masuk tu dah heran gak, betul ke ni. Aku perati orang korea pakai selipar, pakai skirt bagai. Masuk je dalam tu terus gelap ye dan sejuk. Dan teruskanlah berjalan. Perjalanan dia sejauh 1km ye tuan/puan. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa board yang penuh dengan informasi. Jangan lupa baca tau sebab dia ni Unesco World Natural Heritage sebab merupakan lava tube terpanjang di dunia. Dalam tu memang gelap walaupun ada lampu. Elok juga kalau korang bawah torchlight. Tak pun bukak je lampu handphone tu. Makin lama makin sejuk dalam ni. Kami terus pakai jaket / raincoat. Sebab ada jugak air menitik-nitik dari atas gua tu. Macam ujan tau. Suhu dalam tu 16C. Patut laa lain macam dia punya sejuk. Masa berjalan tu kawan aku tanya "apa kita nak cari jalan jauh-jauh dalam gua ni?" kakkakakah. Ko ghaser??? nampak benoooo x ambik kesah hal history kawan aku nieee.
Selepas penat berjalan 1km, penghujungnya kita akan bertemu dengan highest column in the world gituuu. Ia setinggi 7.6meter. Memang woww laa menengoknya. Lepas abis jeling, moh kita patah balik.
Gua sini elok je bersih, terjaga dan well maintain. Walaupun gelap, ada je lampu kecil-kecil sepanjang jalan tu. So, korang jangan risau. Takde nye busuk berkuap macam gua kat Malaysia. Faktor cuaca kot. Dan yang penting takde batman ok..hahahhaha
|
monumen kat luar |
|
Beli tiket sini |
|
Tunjuk tiket sini dan masuk |
|
Terus turun tangga dan gelap |
|
Baca jangan tak baca |
|
ni la turtle rock |
|
Map gua nie |
|
Haaaa... ini laa matlamat utamanya. |
|
Ni kedai jual-jual cenderahati, tandas dan gerai |
Dari cave ni, kami terus memecut ke town Jeju menuju ke Jeju Masil GuestHouse. Guesthouse ni glamer laa kalau sapa yang follow Kina Omar. Sebenarnya dari mula plan nak datang Jeju, memang kami aim nak datang sini. Nak sokong laa orang kita nya business. Tapi disebabkan itinerary tak mengizinkan, kami x jadi booking. Nak dijadikan cerita, ada drama last minit, last minutes jugak kami book guesthouse dia. Nasib baik laa masih ada kosong dengan harga mampu milik.
|
Kembang kempis hidung tengok bahasa Malaysia
|
|
Bahagia giler toilet kat Jeju semua besar dan luas
|
|
Tapi bilik agak comei hihik
|
|
Muat laa untuk kami bertiga. Bag je dah abis penuh bilik
|
|
Awai sangat prep untuk Xmast
|
|
Painting Si Kina ni |
|
Shared Kitchen. Ada asing untuk muslim nye utensil
|
Meh aku sambung kat bawah ni. Setelah berkurun aku melupakan blog ini.
Setibanya kami di town Jeju, hujan mula lebat dan berangin. Agak mencabar laa masa ni. Sebab town kan. Selama ni kat tempat lain, kira pekan kecik je. Kami tiba town kira petang, jalan agak jam + hujan. Susahnya ya rabbi nak cari parking. Tapi memang dimaklumkan area guesthouse tu memang limited parking dia. Kami stop depan guesthouse, pastu turunkan segala luggage dan barang-barang lain. Kawan aku berdua sambung drive nak parking kat area stadium. Masa tu hujan weh.. Basah lencun. Tapiiiii, bagus betul staff guesthouse dia. Awek cun tu menolong dan kuat plak tu. Angkat bag terus ke dalam bilik. Bilik kami kat aras 1. Dah laaa baik, ramah plak tu. Lupa dah aku nama dia.
Ok. Sambung lain kali laa pulak. Mungkin minggu depan atau tahun depan. Tengok la macam mana.