Nasi Kak Wok vs Warung Cikgu

Di Kelantan memang popular dengan Nasi Kak Wok
Dulu masa aku pergi sana, kiranya wajib laa makan nasi kak wok
Tapi bila aku tengok..simple je
Tak tau laa apa yang wajib sangatnya
Masa tu laa...masa tu aku tak menghargai sangat nasi kak wok ni
Sebab banyak lagi makanan yang sedap kat Kelate nuuunnn

Tu kisah dulu laaa
Semenjak dua menjak ni
wujudnya Warung Cikgu di area rumah aku..bandar bukit puchong 2
glamer sangat
masa tu aku tak berani lagi nak try
tapi setiap kali aku on the way ke kedai Tuan Faridah yang glamer dengan ayam kampung tu
mesti berbaris panjang kat warung cikgu tu
masalahnya macam sepanjang masa ler pulak panjangnyaa

Lepas suami aku dapat cerita dengan kawan-kawan dia kata kedai tu ok
maka kami pun mencuba laaa
serius wehhh..sedap
patut laa ramai yang sanggup beratur
bila aku fikir-fikir...apa la yang sedap sangat
sebab dia hanya nasi putih, kuah, ayam goreng dan sambal belacan
nasi panas, ayam baru goreng...berpeluh siut
makan pulak dengan coconut shake dia..perrrghhhh
memang terangkat
lepas try sekali tu, boleh katanya wajib kami makan kat sini every week
kekadang tu tiap hari
nak-nak bila aku malas masak

Bulan lepas, aku saja cadangkan jom laa makan tempat lain pulak
pi cyberjaya, nampak Nasi Kak Wok
moh laa try
alahaaaaaiiiii
rupa hidangan dia pun dah nampak sendu
nasik sejuk...ayam sejuk dan keras
memang tak de selera
daaaaann..harga lebih mahal dari warung cikgu
mende dia semua sama, nasi, ayam goreng, kuah dan sambal
memang menyesal laaa
datang jauh tapi senduuuu

tu je nak citer
apa2 pun kita makan, kalau masih panas berselera laa lebih sikit
kalau semuanya sejuk dan ko pun tak reti nak panas kan
memang agak sedih la disitu

hehhehee
maka..saya bagi 5 Bintang pada Warung Cikgu

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan