Mengimbau kenangan lalu

Assalam

Antara tempat percutian yang menjadi pilihan aku adalah pulau dan tanah tinggi.Tapi pulau lah yang paling teruja sekali. Pantai pun ok cuma kena tengok area mana. Kebanyakan pantai sebelah pantai timur semuanya cantik-cantik.

Dulu, semasa menuntut di selatan tanahair, tempat yang selalu menjadi port untuk berkhemah ke atau apa-apa program adalah Air Papan, Mersing. Tapi nak pergi ke sana tu....memang kena tabah sebab jauh dari Johor Bahru. Dengan jalan dia yang tak menarik. Seingat aku, ada 3kali kot camping/lepak di Air Papan. Best giler ok pantai dia. Landai, pasir halus dan bersih. Akhir sekali pergi ke sana tahun 1999. Lepas final exam dan sebelum semua memulakan hidup masing-masing, kami ambil keputusan ke sana. Sewa chalet. Semua awek pulak yang pergi tu. Puas hati dapat mandi lama-lama.

Minggu lepas, saya ada tugasan ke Mersing. Petang tu ada masa lapang, ajak driver pusing Mersing sampai ke Air Papan. Oh...nasib baik pantainya nampak masih bersih dan cantik macam dulu. Kali ni cuma pusing-pusing je laa..tak mandi pun. Orang kata, ambil angin jek. Bestnya kalau dapat mandi dan lepak lama-lama kat pantai. Dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Teringin kalau 'banyak duit', nak aje beli tanah tepi pantai sebelah pantai timur..hehhe berangan. free je. tak kena bayar.

Sempat snap-snap sikit. Sebenarnya aku memang malas nak bergambo. Kena ada geng yang rajin pegang camera baru la banyak gambar. kalau tak, simpan dalam hati je kenangan tu..hhehehehe
Air Papan, Mersing

Air Papan, Mersing


Tata


Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan