Friday, 10 October 2014

Rojak campur ABC

Assalam

Mood membaca buku ke laut dalam
Kerja pun berkilo-kilo..semuanya urgent. Yang tak urgent kita letakkan disisi
Maka, saya himpunkan semuanya sekali secara rawak

Bengkel diluar kawasan. Kawasan biasa-biasa saja
Untuk 'killing my time', siap-siap bawa pakaian sukan.
Gunakan untuk 'fun-walk' walaupun berseorangan
Baru nak 'fun-walk', gangguan makluk Allah pulak.
Ingat saya nak mengganggu dia..mintak mahap OK.
Tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.
Kita sambung 'fun-walk' di petangnya.
Tiada gangguan kerana makhluk bernama manusia lebih ramai daripada makhluk bernama anjing
Dia hanya mampu merenung dari jauh.
Subhanallah...mengintai dari tirai kamar

Di sisi yang lain

Nampak tak makhluk Allah tu..segerombolan tau

Fun Walk di petangnya

Kemudian.
Menerima kejutan
Suami kepada kawan meninggal dunia.
Semakin ramai yang pergi mengadapMu Ya Allah
Semoga saya diberi hidayah
Semoga saya sempat bertaubat
Semoga orang-orang disekeliling saya diberi rahmat
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Namun.
Rezeki Allah tiada yang tahu.
Selepas bersedih, kami diberi nikmat bergumbira
Berpeluang menaiki kapal KD Jebat.
Terasa seperti VIP.
Moga-moga berpeluang membawa anak ke sini nanti.
Dari jauh kulihatmu Jebat

Dekat sikit

Kemudian.
Turn menyambut raya dikampung sendiri.
Seronotnya.
Sedang sedap menikmati makan tengah hari di hari raya, dugaan datang
Terpaksa pulang ke kotaraya. Ada urusan pejabat.
Errrrrrkkkk....dugaan kecil sahaja.
Malamnya kita hiburkan hati dengan pergi ke dataran melihat gelagat orang ramai.

Siangnya, kita sambung kegembiraan dengan menerjah kotaraya yang sememangnya kota
KLCC!!! Aquaria lebih tepat.
Ini gara-gara membeli tiket di MATTA Fair tempoh hari.
Yang penting, kita sekeluarga bergumbira.
Hello turtle

Opocot mak kaaaau!!!!
Dory and Nemos


Saya seorang programmer dulunyaaa

Kemudian sekali lagi.
Menuju ke kedai nasi ayam kegemaran encik suami.
Sekali dia tutup daaaaa
Maka tetiba teringin makan nasi arab kegemaran ramai
Walaupun agak gentar menuju ke pintu masuk
Namun, kugagahi juga jebat
Tetapi...rupa-rupanya tekak saya lebih menggemari yang biasa-biasa saja
Oleh itu, bye-bye hadramawt
Kita tidak serasi bersama
Tiada niat memburukkanmu..cuma tiada jodoh antara kita

Berakhirnya cuti dengan aman
Walaupun masih terkenangkan kampung halaman.
Kasihan tau... melihat reaksi mak
Kita terkocoh kacah mengemas barang selama 15minit.
Panjang umur kita balik lagi ok.

Sekian

Monday, 22 September 2014

Mustafa Kamal Ataturk - Penegak Agenda Yahudi

Assalamualaikum

Ok. Buku Badiuzzaman Said Nursi dah abis baca. Kesimpulannya best. Rupanya dia tak pernah berkahwin. Hidup dia penuh dengan merantau, dipenjara dan dalam buangan. Alhamdulillah, dia dipanjangkan umurnya bagi meneruskan dakwahnya. 
Dia lahir 3 tahun lebih awal dari Mustafa Kamal. Tapi dengan perbezaan fahaman yang sangat ketara. Beliau juga dikategorikan sebagai wali kerana dapat meramal masa hadapan. Banyak yang diperkatakan oleh beliau benar-benar berlaku dengan izin Allah.

Minggu ini nak baca buku ini pulak. Dah tak sabar. 

cover buku Mustafa Kamal Ataturk

Selamat Membaca!!!

Wednesday, 17 September 2014

Badiuzzaman Said Nursi

Assalamualaikum

Saya sedang membaca buku ini tulisan Abdul Latip Talib.
Cover buku - source google

Agak lambat nak habiskan berbanding cerita Muhammad Al-Fateh. Tapi di hujung-hujungnya, baru saya tertarik. Kenapa? Kerana rupa-rupanya beliau adalah penulis Risalah An-Nur yang dibaca / dipelajari oleh arwah Ahmad Ammar. Ya Allah...memang saya buta sejarah. Sejarah negara pun tak lepas, apatah lagi sejarah negara luar.

Peringkat awal, dapat dibayangkan beliau memang seorang yang luar biasa. Mampu menghafal dengan cepat dan juga memang berminat dengan ilmu. Seawal 16 tahun telah mengembara pergi menuntut ilmu diluar daerah. Membaca kisahnya, memang sangat kagum dengan semangat yang dahagakan ilmu. Beliau juga seorang yang sangat lantang di dalam menyuarakan pendapatnya. ini dapat dibuktikan dengan melihat wajah beliau di cover buku.

Dan, rupa-rupanya, beliau juga hidup di zaman pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk yang kejam itu. Beliau beberapa kali dipenjara atas alasan yang tidak kukuh. Walaupun pada masa itu, beliau sudah tua. Saya memang ada masalah untuk menceritakan dengan lebih lanjut. Tak reti nak tulis. Boleh baca buku tersebut ataupun baca ini untuk mengetahui secara general.

Berbeza pemerintah di zaman Muhammad Al Fateh dan zaman Said Nursi. Memang manusia diuji dengan pelbagai ujian. Tapi amat sedih mengenangkan negara Islam yang melaksanakan sistem Khalifah pupus dengan kemodenan berteraskan barat. Tak sabar nak baca kisah Mustafa Kamal pula. Kenapa beliau menjadi sebegitu sesat sehingga berani mengubah azan ke bahasa turki. Bertambah tak sabar hendak ke Turkey juga!!

Allah Ya Allah, semoga beliau (BSN) ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

ps: terus buka google maps. hendak memahami perjalananan dan tempat-tempat yang dilalui Said Nursi.

Saturday, 13 September 2014

Matta Fair 2014

Assalamualaikum

Minggu lalu..terbuka hati nak menjengah matta fair. Tak tahu berapa kali pernah pergi..mungkin sekali atau dua kali..tapi tak pernah mendapat apa-apa hasil.

Kali ini agak bersemangat dengan beberapa perkara di simpan dalam hati...huhu. pergi agak lambat adalah satu kesilapan. Pwtc adalah tempat jam. Semak. Sesak. Faktor adanya matta fair gamaknya.

Setelah berpenat lelah mendapatkan parking..maka ayoh kita. Ok. Kena bayar rm4 seorang..dulu rasanya rm2. Jangan komplen..semua pun naik mana ada yang turun. Pusing pusing mencari hasil. Adoiiiii semaknya. Awal awal seronot..lama lama rasa nak mwngamuk.

Hasil target pertama..berjaya..target kedua berjaya...target ketiga...alamak..tersasar. benci. Ini ala ala window soping..sapa yang mulut terlebih manis..mak cepat terguuuda. Bencik tau...takpe..deposit semua rm50..kalau tak jadi..pasrah je laa.

Weiii apa target ko tu yang oiiiii
Alaaa..domestic jek pun. Masa beli tu bukan sebab dia murah sangat tapi lebih kepada kegatalan. Hahaha. Hasil pertama adalah aquaria...diskaun 50%. Murah laaa compare dengan harga biasa
 Tapi..macam teringat promosi ni selalu ada..memang 50% pun. Tak pe laa..dah alang alang datang..beli je laaa.

Hasil kedua. Hotel di utara...nampak macam murah. Ok sebab niat memang nak ke utara nanti. Rasa macam ok. Beli jek. Deposit rm50. Bila balik story mori dengan kawan. Dia dapat harga lebih kurang. Dia beli secara online...grrrrreeeeeee.

Kesimpulan.
1. Memang ada yang good offer cuma kena rajin survey and compare. Pastikan anda tau harga pasaran. Macam aku...tak kuasa sebab dalam tu merenyutttt orang. Memang bikin sakit kepala.

2. Pastikan ada matlamat. Kalau sekadar cuci mata..lupakan. ramai sangat umah. Semak tauuuu

3. Iman kena kuat. Jika tidak anda akan terpedaya dengan tawaran yang dibuat.

4. Secara am nya, taklah murah mana. Kalau dibandingkan dengan cost datang, parking, penat, semak...rasa macam kurang berbaloi. Beza dalam 50 je baik rak payah.

Agaknya sebab aku x berapa berduit gamaknya..aku tengok tiap tiap tahun penuh matta tu. Memang murah la kot..aku yg x berduit n tak reti nak bandingkan..hahahaha. tak pe. Nxt time aku rela belagak kaya dari pergi ke sana..huhuhuhuh.

Teksinyaaaaa orang sri langka nie

semua sesak nak kasi pamplet. Terpaksa laaa aku kutip

Tag tangan. Rasa macam tak de yang check. Tak pe..saya amanah.

Ok. Sekian

Tuesday, 9 September 2014

Mendidik Anak

Assalamualaikum.

gambar ehsan enchik gugel

Suami Isteri adalah datang dari dunia yang berbeza. Seorang dari utara dan seorang lagi dari selatan. Sebab itu, masih terdapat penceraian walaupun telah mendirikan rumah tangga puluhan tahun. Sedangkan kita dengan adik beradik seibu sebapa pun masih terdapat perselisihan faham.

Begitu juga di dalam menentukan arah tujuan mendidik anak. Si bapa inginkan anaknya pandai berbahasa inggeris, si ibu mengharapkan anaknya fasih berbahasa arab. Si bapa mahu anaknya mahir bermain bola sepak, ibu pula mahu anaknya menjadi pemain bowling profesional. Dan senarai ini akan menjadi semakin panjang.

Maka, jika terdapat perselisihan faham berkenaan dengan perkara ini. Mengadulah pada Allah. Tak perlu mengadu kepada insan lain. Janganlah memburukkan pasangan masing-masing. Tulisan ini sangat BETUL dan MENUSUK KALBU. Suami Tidak Sependapat Dalam Hala Menentukan Hala Tuju Mendidik Anak.

Semoga menjadi bacaan yang manfaat kepada semua.

Insyaallah.

Friday, 29 August 2014

Orang kita bila meniaga

Assalam

Ini satu kisah biasa. Cuma agak kelakar bila dikenang-kenang. Tapi kekadang boleh juga baran bila mengenangkannya. Eh kejap kelakar kejap baran..mana satu nie.

Kami datang ke sebuah restoren. Agak baru di Putrajaya. Port orang-orang mengeteh katanya. Ok. Kamipun order menu yang ditawarkan. Saya order tosai tisu. Dari minggu lepas teringin tosai. Waiter kata 'mungkin' lambat sedikit. Takpe...saya tidak mengejar masa. Borak-borak dengan suami dan anak. Ok. Menu suami sampai. Saya menumpang sekali sebab dah set dalam minda tosai saya sampai lambat. Abis kiew tiau suami, datang budak yang saya jeling masa order tadi adalah pembuat roti canai. Sebab konsep dia lebih kurang open kitchen. 'Maaf kak..tosai tadi saya buat tak menjadi. Akak nak order makanan lain'. Terus saya kata takpe la..saya nak cancel. Sebab sebenarnya saya bukan lapar..saja nak menerai kawasan baru. 'Maaf kak..tak boleh cancel'. Eh engkauuuuuu.. ok saya order makanan yang sama harga. Senang cerita nanti. Nasib masa nie mood saya ok. Kalau tidaaaaaakkk..bergegar putrajaya..hahahah.

Ok. Korang nampak tak point aku kat sini.
1. Macam mana kedai boleh offer makanan yang diketahui pekerjanya tak boleh deliver? Ke..harini je tosai dia tak menjadi. Sebelum ni meletopsss  tosai tisu dia habaqhang *cuba bersangka baik
2. Kedai/majikan tak boleh ke sediakan dasar boleh cancel. Sebab dah sah2 aku tak bersalah. Macam ko beli baju anak...balik rumah tersenteng..boleh je pulangkan dengan syarat jangan buang tag..jangan basuh ect. Ini bayang tosai pun aku tak nampak..ko paksa aku beli mende lain
3. Kalau aku cancel...ko rugi ke...jatuh bangkrap ke? Tolong lah...aku paling menyampah kalau peniaga berkira. Aku perati..kalau peniaga berkira hidup dia memang tak lama..kakakakah. tapi ada jugak yang hidup lama tapi mati tak mahu macam peniaga buah dekat kampung aku. Apasal tadi saya sekarang dah aku???? Hahahhaha iyee..bila makin gereeemmm lain jadi bahasa aku.
Aku sambung la citer peniaga buah kat simpang 3 kampung aku tuuu...seingat aku dari kecik sampai laaaaa ni gerai buah tepi jalan mcm tu jek..takde pembesaran..barang yang dijualnya pun sama je dari zaman dulu. Ok contoh...jual buah rambutan. Ada yang macam baru petik..sebelahnya ada yang dah start kecut..ada yang dah hampir hitam. Pernah sekali kakak aku singgah beli. Saja akak aku tunjuk buah yg dah kecut tu..ni berapa? Boleh dia cakap harga dia sekian..sekian...weh...tak boleh ke ko sedekah jek. eh..kakak aku bukan la hadap sangat nak rambutan free..saja je nak try test. Aku tau ko tak sedekah ..sebab ko rela dia sampai hitam kat atas meja dari ko bagi orang.. tiap kali aku balik kampung sentiasa adaaaa je buah2 yang hampir busuk ko letak ataih meja. Adoiiiyaiiii. Kenapa la berkira sangat.

Eh..aku kat mana tadi. Melalut plak aku.
Nampak nya jauh lagi laaa Malaysia nak mencapai negara maju kalau mentaliti orangnya masih kelas ketiga.

Tapi...tak semua laa..aku pernah makan restoren baru kat puchong...ala western..makanan lambat sampai..tetiba datang makan lain plak..terus dia kata maaf puan..makanan yang puan order tadi lambat. Ini boss saya kasi percuma. Haaaa...tak ke sejuk hati mak ni deknon...

Dah sekian. Tetiba malas


Thursday, 28 August 2014

Sultan Muhammad Al-Fateh

Dan pemilihan Imam yang pertama untuk Masjid Aya Sophea dibuat. Sultan Muhammad menitahkan semua orang berdiri dan berkata siapa yang pernah meninggalkan solat fardu untuk duduk. Tiada siapa yang duduk kerana tiada yang pernah meninggalkan solat fardu. Beliau meneruskan lagi, siapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib untuk duduk. Maka sebilangan lagi daripada merekapun duduk. Beliau meneruskan lagi, siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud untuk duduk. Dan Syeikh Syamsudin al-Wali pun berkata, tuanlah yang selayaknya menjadi Imam. Pada ketika itu, hanya Sultan Muhamad sahaja yang kekal berdiri. Diriwayatkan Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan 3 perkara tersebut sejak mula akhil baligh. Maka, selayaknya baginda menakluk Kota Konstatinopel yang berlandaskan Hadis nabi S.A.W bahawa ia akan ditakluk oleh raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

Subhanallah.

Monday, 11 August 2014

Online Shopping

Assalamualaikum


Sapa sini suka online shopping? Sila angkat tangan sambil senyum sorang-sorang.
Eh...awak yang di sana tu kenapa tak senyum? Apaaaaaa....tak suka!!!! Kenapa...kenapa...kenapa?

Ok. Saya bukan nak cerita baik buruk membeli belah secara maya. Saya nak ceritakan satu kedai nie..saya sangat suka. Sebab dia sangat PANTAS dan TUNTAS. eh...tagline sapa nie..hahhahahha..ampun ye..saya kopipes. Nak tau kenapa dia best? Saya order jumaat...lepastu tak sempat nak bank-in. Isnin pagi baru bank-in tengah hari dah sampai barang..hahaha. Mana nak dapat seller macam tu. Ok. Sebenarnya dia kawan saya. Makanyaa..boleh la dia pos atas dasar trust dengan kengkawan. Dengan seller lain..rasanya idok laa kan. eh..korang nak tau tak seller mana ni? nah..pi skodeng www.iyman.my. Tapi elok korang polo dia kat fb.. ni fb dia iyman.my lagi best kot. Melainkan korang takde fb. Nanti dia bagitau la ada sales kaa..ada product baru kaa..ada clearance sales kaaa.... Ikut pepandai korang laa..dan ikut juga kemampuan poket korang.

Cadar yang dah sampai pkl 11 tadi.. I is terujaa..tapi malasnya nak pikul bawak balik

Macam-macam dia jual. Tapi yang terlajak laris adalah quilt bedspread. Dulu dia macam biasa je aku rasa. Tetiba macam nak jadi usahawan berjaya je ni. Dengan adanya post aku puji dia berbakul-bakul nie..harapnya dia tak lupa taja penginapan aku bila aku datang Kedah..dan tak lupa juga belanja makan...hahahahhahaha..ok tu tipu..Tapi kalau bebetoi dia nak belanja..rijiki jangan ditolak la.

Ok sekian. promosi ini dibuat tanpa sebarang udang disebalik mee mahupun disebalik batu. Good luck n all the best my bresprenggg yang jauh di utara nuun.

Wasalam.

9 Pembaziran Tanpa Disedari

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

1. Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan dibazirkan jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan

2. Amalan
Amalan dibazirkan jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas

3. Kekayaan
Kekayaan dibazirkan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T

4. Hati
Hati dibazirkan jika kosong daripada kasih kepada Allah S.W.T

5. Tubuh Badan
Tubuh bada dibazirkan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T

6. Cinta
Cinta dibazirkan jika dicurahkan kepada selain Allah S.W.T atau melebihi cinta kepadaNya

7. Masa
Masa dibazirkan jika tidak diurus sebaiknya

8. Akal
Akal dibazirkan jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama

9. Zikir
Zikir dibazirkan jika tidak memberi kesan kepada hati

Alamak...macam tergolong kepada orang-orang yang melakukan pembaziran nie. Kena muhasabah diri selalu nie. sob..sob..

Untuk bacaan lanjut boleh refer pada http://blog.islamicparentingnetwork.net

Thursday, 7 August 2014

Apa Aktiviti Cuti Lama-lama nie

Assalam

Bestnya dok kampung...lepak-lepak..baring-baring, jalan-jalan..tak yah masak (hehehe ok saya menantu tak berapa rajin). Dan yang paling penting tak yah fikir pasal kerja. Yang tak best cuma masalah air. Never ending story. (mana DUN/Parlimen Lawas ni, please take note ya)..Tapi sebenarnya Alhamdulillah juga. Sebab kali ini macam ok sikit. Pukul 4am ada...pukul 7 putus. Pukul 10 ada balik. Maka, tak la terasa sangat. Cuma ada sekali dua je kot yang lama sikit  jarang putus air dia. Yang pastinya, mak mencuci baju guna tangan je uolls. Malas nak guna washing machine, sebab air slow pressure. So lagi cepat guna tangan.

Disebabkan aku agak malas nak menaip, moh tengok gambar yang aku snap-snap semasa kat kampung.

Hasil tangkapan en suami..segar dari sungai

Makanan tradisi - Kelupis. Rasa macam lemang / pulut panggang

Isi dalam kelupis tu isi pulut yang dah dikukus separuh masak. Lepas tu gaul dengan santan. Bungkus dengan daun tak tau nama tu...kukus semula sampai masak. Sedap dimakan dengan rendang..heheh. Sama je kan konsep dia.

Ok. Ni cara makan kelupis nya

Musim durian.. ni durian merah yang saiz kecik. Yang beso tu durian biasa

Style budak-budak sekarang beraya. Semua ada sling bag you

Pasar/Tamu...i like. Tu buah Tarap, mampangan

Buah tarap tu sedara mara cempedak laa..rasa dia macam masam manis. Aku kurang gemar. Yang bulat-bulat tu, macam buah bacang, depa panggil mampangan. Kulitnya tebal. Isi nya buat sambal macam bacang laa. Boleh juga dimakan macam tu sahaja.

Yang hitam tu dabai / kembayau. 

Jagung taiwan katanyaaa...x beli pun. Tak tau rasa macam mana

musim doyan

Suka tengok muka ko dik

Jalan-jalan pusing kampung

kampung lagi

eh sesat pulak gambo ni. pasaraya glamer kat brunei..hehhe

Pesanan kakak aku..


Ok. Sekian.

Wednesday, 6 August 2014

Buku Seterusnya Adalah ....

Ok. Dah settle baca buku Abu Ayub. La ni baru start baca buku ni plak.
Cover Buku *sumber enchek gugel jugak.

Muhammad Al-Fateh. Dah tak sabar dah. Kene baca ikut aturan. Aku dah la buta sejarah.

"Kamu akan membuka Kota Konstantinopel, (di tangan) sebaik-baik pemerintah pada waktu itu, dan juga sebaik-baik tentera adalah tentera pada waktu itu (yang membebaskan Konstantinopel)"

Wasalam.

Tuesday, 5 August 2014

Abu Ayub - syahid di konstantinopel

Ulasan Buku

Rentetan baca buku Ahmad Ammar menyebabkan hati teruja nak mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan sejarah turki. Dalam buku tersebut banyak dinyatakan Abu Ayub sahabat rasulullah yang syahid di turkey. Maka kita baca buku ini.
cover buku *sumber enchek gugel

Abu Ayub, di kalangan sahabat nabi menjadi orang yang istimewa kerana semasa hijrah nabi ke Madinah, rumah beliau yang terpilih menjadi penginapan sementara Rasulullah. Unta yang ditunggangi Baginda berhenti dan memilih rumah beliau.

Beliau juga merupakan sahabat yang panjang umurnya sehingga mencecah 80tahun ++. Oleh itu, beliau melalui semua zaman sejak penghijrahan Rasulullah ke Madinah, zaman pemerintahan 4 Khalifah Arrasyidin dan akhir sekali ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau juga menyertai hampir kesemua perang di Madinah hingga ke Mesir dan berakhir di Konstantinopel.

Malangnya, buku ini tidak memperincikan kisah Abu Ayub. Cuma pada peringkat awal dan akhir buku sahaja. Dipertengahannya lebih diceritakan kisah tentera Islam melebarkan sayapnya diseluruh tanah Arab.

Pada penghujung buku, digambarkan Konstantinopel sebuah kota yang kuat dan kukuh. Tentera Islam sudah beberapa kali gagal menaklukinya termasuk semasa zaman Khalifah Ali lagi. Apabila mendengar Muawiyah ingin mencuba menakluki Konstantinopel, Abu Ayub menawarkan diri walaupun ketika itu dia berusia 80an. Ini berdasarkan hadis nabi yang mengatakan 'berperanglah ketika senang dan susah'. Oleh itu, anaknya tidak mampu menahannya lagi.

Semasa di sana, Abu Ayub jatuh sakit. Apabila ditanya Panglima Yazid apa pesanan dia yang terakhir, beliau meminta agar dikebumikan di dinding kota Konstantinopel. Ini adalah bersandarkan beliau pernah mendengar Rasulullah mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok itu dan Abu Ayub mahu menjadi orang pertama yang mendengar derap tapak kaki kuda yang membawa sebaik baik pemerintah yang mana dia akan meminpin sebaik-baik tentera seperti yang disyariatkan oleh Baginda.

Ketika dikebumikan, terdapat rakyat tempatan yang melihat dan menanyakan apakah yang dibuat oleh musuh disitu. Yazid segera memberitahu yang mereka sedang mengkebumikan sahabat nabi yang dimuliakan sambil memberi amaran agar tidak mengganggu kubur tersebut. Jika tidak tentera Islam akan hapuskan semuanya sehingga loceng gereja tidak lagi kedengaran di Konstantinopel.

Pernah Maharaja Konstantinopel cuba mengorek semula kubur Abu Ayub, tetapi didapati mayatnya tidak reput walaupun telah berbulan berlalu. Sejak itu, mereka tidak lagi berani mengganggu kubur tersebut.

Maka dengan ini saya beri 2 setengah bintang. Ini disebabkan tajuknya tidak seperti yang diharapkan dengan isi kandungannya. Jika tidak berdasarkan tajuk buku, saya beri 3 setengah bintang untuk keseluruhan.