Assalam
Ini satu kisah biasa. Cuma agak kelakar bila dikenang-kenang. Tapi kekadang boleh juga baran bila mengenangkannya. Eh kejap kelakar kejap baran..mana satu nie.
Kami datang ke sebuah restoren. Agak baru di Putrajaya. Port orang-orang mengeteh katanya. Ok. Kamipun order menu yang ditawarkan. Saya order tosai tisu. Dari minggu lepas teringin tosai. Waiter kata 'mungkin' lambat sedikit. Takpe...saya tidak mengejar masa. Borak-borak dengan suami dan anak. Ok. Menu suami sampai. Saya menumpang sekali sebab dah set dalam minda tosai saya sampai lambat. Abis kiew tiau suami, datang budak yang saya jeling masa order tadi adalah pembuat roti canai. Sebab konsep dia lebih kurang open kitchen. 'Maaf kak..tosai tadi saya buat tak menjadi. Akak nak order makanan lain'. Terus saya kata takpe la..saya nak cancel. Sebab sebenarnya saya bukan lapar..saja nak menerai kawasan baru. 'Maaf kak..tak boleh cancel'. Eh engkauuuuuu.. ok saya order makanan yang sama harga. Senang cerita nanti. Nasib masa nie mood saya ok. Kalau tidaaaaaakkk..bergegar putrajaya..hahahah.
Ok. Korang nampak tak point aku kat sini.
1. Macam mana kedai boleh offer makanan yang diketahui pekerjanya tak boleh deliver? Ke..harini je tosai dia tak menjadi. Sebelum ni meletopsss tosai tisu dia habaqhang *cuba bersangka baik
2. Kedai/majikan tak boleh ke sediakan dasar boleh cancel. Sebab dah sah2 aku tak bersalah. Macam ko beli baju anak...balik rumah tersenteng..boleh je pulangkan dengan syarat jangan buang tag..jangan basuh ect. Ini bayang tosai pun aku tak nampak..ko paksa aku beli mende lain
3. Kalau aku cancel...ko rugi ke...jatuh bangkrap ke? Tolong lah...aku paling menyampah kalau peniaga berkira. Aku perati..kalau peniaga berkira hidup dia memang tak lama..kakakakah. tapi ada jugak yang hidup lama tapi mati tak mahu macam peniaga buah dekat kampung aku. Apasal tadi saya sekarang dah aku???? Hahahhaha iyee..bila makin gereeemmm lain jadi bahasa aku.
Aku sambung la citer peniaga buah kat simpang 3 kampung aku tuuu...seingat aku dari kecik sampai laaaaa ni gerai buah tepi jalan mcm tu jek..takde pembesaran..barang yang dijualnya pun sama je dari zaman dulu. Ok contoh...jual buah rambutan. Ada yang macam baru petik..sebelahnya ada yang dah start kecut..ada yang dah hampir hitam. Pernah sekali kakak aku singgah beli. Saja akak aku tunjuk buah yg dah kecut tu..ni berapa? Boleh dia cakap harga dia sekian..sekian...weh...tak boleh ke ko sedekah jek. eh..kakak aku bukan la hadap sangat nak rambutan free..saja je nak try test. Aku tau ko tak sedekah ..sebab ko rela dia sampai hitam kat atas meja dari ko bagi orang.. tiap kali aku balik kampung sentiasa adaaaa je buah2 yang hampir busuk ko letak ataih meja. Adoiiiyaiiii. Kenapa la berkira sangat.
Eh..aku kat mana tadi. Melalut plak aku.
Nampak nya jauh lagi laaa Malaysia nak mencapai negara maju kalau mentaliti orangnya masih kelas ketiga.
Tapi...tak semua laa..aku pernah makan restoren baru kat puchong...ala western..makanan lambat sampai..tetiba datang makan lain plak..terus dia kata maaf puan..makanan yang puan order tadi lambat. Ini boss saya kasi percuma. Haaaa...tak ke sejuk hati mak ni deknon...
Dah sekian. Tetiba malas
Friday, 29 August 2014
Thursday, 28 August 2014
Sultan Muhammad Al-Fateh
Dan pemilihan Imam yang pertama untuk Masjid Aya Sophea dibuat. Sultan Muhammad menitahkan semua orang berdiri dan berkata siapa yang pernah meninggalkan solat fardu untuk duduk. Tiada siapa yang duduk kerana tiada yang pernah meninggalkan solat fardu. Beliau meneruskan lagi, siapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib untuk duduk. Maka sebilangan lagi daripada merekapun duduk. Beliau meneruskan lagi, siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud untuk duduk. Dan Syeikh Syamsudin al-Wali pun berkata, tuanlah yang selayaknya menjadi Imam. Pada ketika itu, hanya Sultan Muhamad sahaja yang kekal berdiri. Diriwayatkan Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan 3 perkara tersebut sejak mula akhil baligh. Maka, selayaknya baginda menakluk Kota Konstatinopel yang berlandaskan Hadis nabi S.A.W bahawa ia akan ditakluk oleh raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.
Subhanallah.
Subhanallah.
Monday, 11 August 2014
Online Shopping
Assalamualaikum
Sapa sini suka online shopping? Sila angkat tangan sambil senyum sorang-sorang.
Eh...awak yang di sana tu kenapa tak senyum? Apaaaaaa....tak suka!!!! Kenapa...kenapa...kenapa?
Ok. Saya bukan nak cerita baik buruk membeli belah secara maya. Saya nak ceritakan satu kedai nie..saya sangat suka. Sebab dia sangat PANTAS dan TUNTAS. eh...tagline sapa nie..hahhahahha..ampun ye..saya kopipes. Nak tau kenapa dia best? Saya order jumaat...lepastu tak sempat nak bank-in. Isnin pagi baru bank-in tengah hari dah sampai barang..hahaha. Mana nak dapat seller macam tu. Ok. Sebenarnya dia kawan saya. Makanyaa..boleh la dia pos atas dasar trust dengan kengkawan. Dengan seller lain..rasanya idok laa kan. eh..korang nak tau tak seller mana ni? nah..pi skodeng www.iyman.my. Tapi elok korang polo dia kat fb.. ni fb dia iyman.my lagi best kot. Melainkan korang takde fb. Nanti dia bagitau la ada sales kaa..ada product baru kaa..ada clearance sales kaaa.... Ikut pepandai korang laa..dan ikut juga kemampuan poket korang.
Macam-macam dia jual. Tapi yang terlajak laris adalah quilt bedspread. Dulu dia macam biasa je aku rasa. Tetiba macam nak jadi usahawan berjaya je ni. Dengan adanya post aku puji dia berbakul-bakul nie..harapnya dia tak lupa taja penginapan aku bila aku datang Kedah..dan tak lupa juga belanja makan...hahahahhahaha..ok tu tipu..Tapi kalau bebetoi dia nak belanja..rijiki jangan ditolak la.
Ok sekian. promosi ini dibuat tanpa sebarang udang disebalik mee mahupun disebalik batu. Good luck n all the best my bresprenggg yang jauh di utara nuun.
Wasalam.

![]() |
| Cadar yang dah sampai pkl 11 tadi.. I is terujaa..tapi malasnya nak pikul bawak balik |
Macam-macam dia jual. Tapi yang terlajak laris adalah quilt bedspread. Dulu dia macam biasa je aku rasa. Tetiba macam nak jadi usahawan berjaya je ni. Dengan adanya post aku puji dia berbakul-bakul nie..harapnya dia tak lupa taja penginapan aku bila aku datang Kedah..dan tak lupa juga belanja makan...hahahahhahaha..ok tu tipu..Tapi kalau bebetoi dia nak belanja..rijiki jangan ditolak la.
Ok sekian. promosi ini dibuat tanpa sebarang udang disebalik mee mahupun disebalik batu. Good luck n all the best my bresprenggg yang jauh di utara nuun.
Wasalam.
9 Pembaziran Tanpa Disedari
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
1. Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan dibazirkan jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan
2. Amalan
Amalan dibazirkan jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas
3. Kekayaan
Kekayaan dibazirkan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T
4. Hati
Hati dibazirkan jika kosong daripada kasih kepada Allah S.W.T
5. Tubuh Badan
Tubuh bada dibazirkan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T
6. Cinta
Cinta dibazirkan jika dicurahkan kepada selain Allah S.W.T atau melebihi cinta kepadaNya
7. Masa
Masa dibazirkan jika tidak diurus sebaiknya
8. Akal
Akal dibazirkan jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama
9. Zikir
Zikir dibazirkan jika tidak memberi kesan kepada hati
Alamak...macam tergolong kepada orang-orang yang melakukan pembaziran nie. Kena muhasabah diri selalu nie. sob..sob..
Untuk bacaan lanjut boleh refer pada http://blog.islamicparentingnetwork.net

Thursday, 7 August 2014
Apa Aktiviti Cuti Lama-lama nie
Assalam
Bestnya dok kampung...lepak-lepak..baring-baring, jalan-jalan..tak yah masak (hehehe ok saya menantu tak berapa rajin). Dan yang paling penting tak yah fikir pasal kerja. Yang tak best cuma masalah air. Never ending story. (mana DUN/Parlimen Lawas ni, please take note ya)..Tapi sebenarnya Alhamdulillah juga. Sebab kali ini macam ok sikit. Pukul 4am ada...pukul 7 putus. Pukul 10 ada balik. Maka, tak la terasa sangat. Cuma ada sekali dua je kot yang lama sikit jarang putus air dia. Yang pastinya, mak mencuci baju guna tangan je uolls. Malas nak guna washing machine, sebab air slow pressure. So lagi cepat guna tangan.
Disebabkan aku agak malas nak menaip, moh tengok gambar yang aku snap-snap semasa kat kampung.
Isi dalam kelupis tu isi pulut yang dah dikukus separuh masak. Lepas tu gaul dengan santan. Bungkus dengan daun tak tau nama tu...kukus semula sampai masak. Sedap dimakan dengan rendang..heheh. Sama je kan konsep dia.
Buah tarap tu sedara mara cempedak laa..rasa dia macam masam manis. Aku kurang gemar. Yang bulat-bulat tu, macam buah bacang, depa panggil mampangan. Kulitnya tebal. Isi nya buat sambal macam bacang laa. Boleh juga dimakan macam tu sahaja.
Ok. Sekian.

| Hasil tangkapan en suami..segar dari sungai |
![]() |
| Makanan tradisi - Kelupis. Rasa macam lemang / pulut panggang |
Isi dalam kelupis tu isi pulut yang dah dikukus separuh masak. Lepas tu gaul dengan santan. Bungkus dengan daun tak tau nama tu...kukus semula sampai masak. Sedap dimakan dengan rendang..heheh. Sama je kan konsep dia.
![]() |
| Ok. Ni cara makan kelupis nya |
![]() |
| Musim durian.. ni durian merah yang saiz kecik. Yang beso tu durian biasa |
![]() |
| Style budak-budak sekarang beraya. Semua ada sling bag you |
![]() |
| Pasar/Tamu...i like. Tu buah Tarap, mampangan |
Buah tarap tu sedara mara cempedak laa..rasa dia macam masam manis. Aku kurang gemar. Yang bulat-bulat tu, macam buah bacang, depa panggil mampangan. Kulitnya tebal. Isi nya buat sambal macam bacang laa. Boleh juga dimakan macam tu sahaja.
![]() |
| Yang hitam tu dabai / kembayau. |
![]() |
| Jagung taiwan katanyaaa...x beli pun. Tak tau rasa macam mana |
![]() |
| musim doyan |
![]() |
| Suka tengok muka ko dik |
![]() |
| Jalan-jalan pusing kampung |
![]() |
| kampung lagi |
![]() |
| eh sesat pulak gambo ni. pasaraya glamer kat brunei..hehhe |
![]() |
| Pesanan kakak aku.. |
Ok. Sekian.
Wednesday, 6 August 2014
Buku Seterusnya Adalah ....
Ok. Dah settle baca buku Abu Ayub. La ni baru start baca buku ni plak.
Muhammad Al-Fateh. Dah tak sabar dah. Kene baca ikut aturan. Aku dah la buta sejarah.
"Kamu akan membuka Kota Konstantinopel, (di tangan) sebaik-baik pemerintah pada waktu itu, dan juga sebaik-baik tentera adalah tentera pada waktu itu (yang membebaskan Konstantinopel)"
Wasalam.
![]() |
| Cover Buku *sumber enchek gugel jugak. |
Muhammad Al-Fateh. Dah tak sabar dah. Kene baca ikut aturan. Aku dah la buta sejarah.
"Kamu akan membuka Kota Konstantinopel, (di tangan) sebaik-baik pemerintah pada waktu itu, dan juga sebaik-baik tentera adalah tentera pada waktu itu (yang membebaskan Konstantinopel)"
Wasalam.
Tuesday, 5 August 2014
Abu Ayub - syahid di konstantinopel
Ulasan Buku
Rentetan baca buku Ahmad Ammar menyebabkan hati teruja nak mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan sejarah turki. Dalam buku tersebut banyak dinyatakan Abu Ayub sahabat rasulullah yang syahid di turkey. Maka kita baca buku ini.
Abu Ayub, di kalangan sahabat nabi menjadi orang yang istimewa kerana semasa hijrah nabi ke Madinah, rumah beliau yang terpilih menjadi penginapan sementara Rasulullah. Unta yang ditunggangi Baginda berhenti dan memilih rumah beliau.
Beliau juga merupakan sahabat yang panjang umurnya sehingga mencecah 80tahun ++. Oleh itu, beliau melalui semua zaman sejak penghijrahan Rasulullah ke Madinah, zaman pemerintahan 4 Khalifah Arrasyidin dan akhir sekali ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau juga menyertai hampir kesemua perang di Madinah hingga ke Mesir dan berakhir di Konstantinopel.
Malangnya, buku ini tidak memperincikan kisah Abu Ayub. Cuma pada peringkat awal dan akhir buku sahaja. Dipertengahannya lebih diceritakan kisah tentera Islam melebarkan sayapnya diseluruh tanah Arab.
Pada penghujung buku, digambarkan Konstantinopel sebuah kota yang kuat dan kukuh. Tentera Islam sudah beberapa kali gagal menaklukinya termasuk semasa zaman Khalifah Ali lagi. Apabila mendengar Muawiyah ingin mencuba menakluki Konstantinopel, Abu Ayub menawarkan diri walaupun ketika itu dia berusia 80an. Ini berdasarkan hadis nabi yang mengatakan 'berperanglah ketika senang dan susah'. Oleh itu, anaknya tidak mampu menahannya lagi.
Semasa di sana, Abu Ayub jatuh sakit. Apabila ditanya Panglima Yazid apa pesanan dia yang terakhir, beliau meminta agar dikebumikan di dinding kota Konstantinopel. Ini adalah bersandarkan beliau pernah mendengar Rasulullah mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok itu dan Abu Ayub mahu menjadi orang pertama yang mendengar derap tapak kaki kuda yang membawa sebaik baik pemerintah yang mana dia akan meminpin sebaik-baik tentera seperti yang disyariatkan oleh Baginda.
Ketika dikebumikan, terdapat rakyat tempatan yang melihat dan menanyakan apakah yang dibuat oleh musuh disitu. Yazid segera memberitahu yang mereka sedang mengkebumikan sahabat nabi yang dimuliakan sambil memberi amaran agar tidak mengganggu kubur tersebut. Jika tidak tentera Islam akan hapuskan semuanya sehingga loceng gereja tidak lagi kedengaran di Konstantinopel.
Pernah Maharaja Konstantinopel cuba mengorek semula kubur Abu Ayub, tetapi didapati mayatnya tidak reput walaupun telah berbulan berlalu. Sejak itu, mereka tidak lagi berani mengganggu kubur tersebut.
Maka dengan ini saya beri 2 setengah bintang. Ini disebabkan tajuknya tidak seperti yang diharapkan dengan isi kandungannya. Jika tidak berdasarkan tajuk buku, saya beri 3 setengah bintang untuk keseluruhan.

| cover buku *sumber enchek gugel |

Thursday, 24 July 2014
al-Qadr
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Sumber:
Monday, 21 July 2014
jauh perjalanan luas pengalaman
Assalam
Ok saya dah start bercuti uolls...uolls masih keje ke? Bestnyaaaa cuti..baring2..tido2....
Kali nie turn balik kampung enchek suami. Tiap kali balik..harus laaa ada drama kan. Mula dengan sampai airport lambat...queue panjang. Dia tengok ada baby..dia suh pindah tempat lain..pendek tapi tak bergerak gerak...sentap dah niee...nak drop bag je pun..adoiiyai..disebabkan agak lemauuu..aku selamba pi terjah kaunter sebelah cakap aku dah lambat..sib baik MAS prihatin. Alhamdulillah dia kasi. Tu beza MAS ngan yang lain. Kalau yang lagi satu tuuu..mau dah hai hai bai bai. Tapi aku admit laaa memang aku dah lambat tapi still lebih dari sejam. Tak sangka ramai orang pagi pagi tuuu..
Ok. Settle semua..terus masuk. Fuhhh lega. Naik flight dengan ada budak kecik memang mencabar. Dengan dia takmau duduknya..tak mau pakai belt..nak jalan sana sini. Sib baik cabin crew x marah aku..aku cuba pegang dia..melalak..masa tu laa...rasa lama bebeno nk hilang signal belt tu.. hehe
Lepas kasi anak makan je..tetiba dia nk landing kat bawah
Ini bukan sebarangan landing...ada makna nie...dia yayak..selalu kat rumah dia nyorok bawah kerusi la..balik pintu..dalam katobang x tau nak kemana...sib baik laa mau dia pi toilet dengan baiknya..kalau kat rumah berperang nak basuh yayak.
Sampai miri agak awai dari jadual. Next flight dah la pkl 2++. jenuh laa menunggu. Dengan posa nya..tak tau nak buat apa...nganga je laaa pandang kiri kanan.
Cukup masa kita naik focker. Dah 2 tahun tak balik..tetiba tengok focker macam dah baru... iyee..memang baru. Ada aircond..dulu kipas bulat kecil tu..kemain panas. Nampak kipas kat bawah tu..kemain kuat dia berputar. Naik bergegar telinga aku..sebab aku dok bebetoi sebelah kipas ni.
Ok saya dah start bercuti uolls...uolls masih keje ke? Bestnyaaaa cuti..baring2..tido2....
Kali nie turn balik kampung enchek suami. Tiap kali balik..harus laaa ada drama kan. Mula dengan sampai airport lambat...queue panjang. Dia tengok ada baby..dia suh pindah tempat lain..pendek tapi tak bergerak gerak...sentap dah niee...nak drop bag je pun..adoiiyai..disebabkan agak lemauuu..aku selamba pi terjah kaunter sebelah cakap aku dah lambat..sib baik MAS prihatin. Alhamdulillah dia kasi. Tu beza MAS ngan yang lain. Kalau yang lagi satu tuuu..mau dah hai hai bai bai. Tapi aku admit laaa memang aku dah lambat tapi still lebih dari sejam. Tak sangka ramai orang pagi pagi tuuu..
Ok. Settle semua..terus masuk. Fuhhh lega. Naik flight dengan ada budak kecik memang mencabar. Dengan dia takmau duduknya..tak mau pakai belt..nak jalan sana sini. Sib baik cabin crew x marah aku..aku cuba pegang dia..melalak..masa tu laa...rasa lama bebeno nk hilang signal belt tu.. hehe
![]() |
| Suka sangat tengok awan |
![]() |
| Baring kat lantai...ko mampu |
Ini bukan sebarangan landing...ada makna nie...dia yayak..selalu kat rumah dia nyorok bawah kerusi la..balik pintu..dalam katobang x tau nak kemana...sib baik laa mau dia pi toilet dengan baiknya..kalau kat rumah berperang nak basuh yayak.
![]() |
| Macam beruduuu..uolls nampak tak. I dah sampai borneo ni |
Cukup masa kita naik focker. Dah 2 tahun tak balik..tetiba tengok focker macam dah baru... iyee..memang baru. Ada aircond..dulu kipas bulat kecil tu..kemain panas. Nampak kipas kat bawah tu..kemain kuat dia berputar. Naik bergegar telinga aku..sebab aku dok bebetoi sebelah kipas ni.
![]() |
| Kipas focker tepi telinger..eh sedap pantun 2 kerat ni |
![]() |
| Kampungkuuu dari kejauhan |
![]() |
| Sapa tak kenal focker..ni la rupanyaaaa. Muat 18 orang kot |
![]() |
| Abang pilot depan mata. Semua dah digital uollss. |
Pungpang..pungpang..pukul 4 lebih sampai kampung. Adooiyai..start pkl 4.30 am sampai 4.30 pm. Memang lunyai rasa badan.
Malam tu ada tahlil kat umah arwah nenek.. lewat jugak balik umah....akhirnyaaa..ntah pukul berapa aku tido .letih giler rasanya. Nasib baik anak tak meragam tempat baru.elok je tengok dia main. Legaaaa.
Sekian trip perjalanan balik ke kampung. 2 minggu betapa di sini. Inteenet pun slow. Bertabah je laaa
Babai
#prayformh17
#prayformh370
#prayforgaza

Friday, 18 July 2014
Menghitung hari...detik demi detik
Assalam
Lagi seminggu lebih dah nak raya kan. Lagi 10 hari gitu.. esok dah start cuti..yahoooo.. bestnya nak cuti.
korang start cuti bila? Berapa lama?
tik...tok..tik..tok....
Semoga perjalanan kami dirahmati dan selamat dari mala petaka. dengan berita MH17 ni, sedikit sebanyak terasa risau la pulak. Harap dapat amalkan adab-adab bermusafir. Doa-doa jangan lupa baca nanti.
Tata

#PrayForMH17 #PrayForGaza
Assalamaulaikum
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(At-Taghaabun:1)
![]() |
| Pic Source: Iradaarts |
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(At-Taghaabun:1)
"..Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,
ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu
nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku
diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada
padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian
nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."
(Az-Zumar:49)
"..Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah
Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya
Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
(Al- Baqarah:153)
“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji
kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya
jiwa, dan sedikitnya buah-buahan"
(Surah al-Baqarah : 155)
"..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku
berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar".
(At-Taubah:129)
"Dengan nama ALLAH yang pengasih dan penyayang.
Segala puji bagi
ALLAH seru sekalian alam. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas penghulu
kami NABI MUHAMMAD dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.
Ya ALLAH kami
pohonkan kepada-MU kemaafan dan afiat dan kesejahteraan selama-lamanya, dalam
agama, dunia dan akhirat.
Ya ALLAH elokkan
kesudahan kami pada semua perkara, dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan
siksaan akhirat.
Ya ALLAH kami
bermohon kepada-MU segala apa yang baik samada (datangnya) lambat atau cepat,
yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada-MU
dari segala apa yang berbahaya samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami
ketahui atau yang tidak kami ketahui.
Ya tuhan kami
kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan, dan
jauhkanlah kami dari siksa neraka.
Dan ALLAH
sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD dan sejahtera ayat keluarganya dan
sahabat-sahabatnya."
Amin...amin..ya rabbal alamin...
**doa masa akhir tarawih.
Thursday, 17 July 2014
Heboh satu dunia
Assalam
Terkenang zaman dulu-dulu. Sedihnya hati bila kena tinggal berjauhan dengan keluarga. Balik pun sekali sekala bila cuti sekolah atau semester break. Bila pulang, adik yang dulunya kecil..sekarang dah melonjong. Anak sedara yang dulu baru lahir, sekarang dah pandai berjalan. Kawan-kawan jangan cakap lah. Memang tak tau apa ceritanya. Kalau terjumpa di pasar malam, baru lah tau cerita dia. Dulu kurus tetiba dah berisi. Dah hampir tak kenal.
Seiring dengan masa, sekarang semuanya dihujung jari. Tak kira tua muda, miskin kaya, boleh dikatakan semuanya mempunyai talian internet. Dan boleh dikatakan juga, semua mempunyai akaun laman sosial. Dengan ini, kita dapat melihat perkembangan berita terkini mengenai insan-insan yang kita kenali. Jika terdapat dikalangan kita yang 'open minded', abis rakan kepada rakan pun beritanya kita boleh ketahui. Malah applikasi tersebut memang bertujuan memaparkan berita-berita terkini walaupun kita tidak mengenalinya.
Jika tersalah taip, semua orang perasan. Malah akan ada yang menegur secara terbuka. Jika terhantar gambar yang 'tidak senonoh', laju je pihak lain simpan dan sebarkan tanpa rasa bersalah. Allah Ya Allah.. kita nak salahkan siapa laa agaknya. Salah teknologi ke, salah manusia ka, atau memang begitu takdir kita. emmmm entah lah.
Apa yang pasti, kita sebagai empunya diri perlulah mengetahui batas-batas di dalam alam maya ini. Berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu ghairah menyebarkan berita yang ingin dikongsikan. Fikir dalam-dalam sebanyak 20kali. 100kali pun tidak mengapa. Bukan apa. Sekali kita dah publish, tiada harapan untuk menarik balik apa yang diterima oleh orang. Kita mungkin mampu menarik semula dengan menghapuskan bahan tersebut. Tetapi mampukah kita menutup mata dan mulut orang lain yang menyebarkannya seolah-olah semacam pesta.. Abis satu donia tauuuu...
Beginilah kalau teknologi digunakan tanpa kawalan. Lepas tu macam seronok dapat menyampaikan berita ke media sosial. Lagi cepat lagi bangga agaknya. Semoga aib kita dan aib mereka sama-sama terjaga. Insyaallah.

Tuesday, 15 July 2014
Raya tahun ini pasti berbeza dengan sebelumnya
Assalam.
Setiap yang hidup pasti akan menemui tuhannya. Cuma bila, di mana dan bagaimana tiada siapa pun yang tahu. Sapa yang ada baca post aku yang lepas (hahah ada ke yang baca pun), cerita pasal nenek belah husband meninggal dunia.
Ahad yang lepas, dalam pukul 3 pagi gitu terima call dari mak mertua. Katanya, atuk pula dah meninggal. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dalam tempoh 40hari lebih...atuk menyusul nenek. Kesedihan lampau pun tak sempat pulih.
Atuk dan nenek memang dah uzur. Last saya balik sana 2012, memang ketara sangat uzurnya. Kemudian, tahun 2013, kami tak balik kampung. Ada hal. makanya, dah 2 tahun kami tak jumpa atuk dan nenek. Husband la paling terasa. Apa nak buat, tak de rezeki. Hanya Al fatihah yang dapat dihadiahkan. Hubungan kita di dunia memang telah terputus..tidak dapat memberi jasa pada saat-saat akhirnya.. tetapi doa anak soleh..insyaallah...dapatla kita meneruskan bakti kepada mereka.
Semoga arwah arwah atuk dan nenek aman di sana. Semoga ia dapat memberi keinsafan dan membuka mata hati insan-insan yang terdekat. Mati merupakan ingatan Allah kepada masih hidup. Jangan la kita bersedih saja. Lepas seminggu kita leka dengan duniawi semula.
Minggu depan..kami menyusul ke kampung. Harap-harap semuanya dalam keadaan baik-baik belaka.

Subscribe to:
Comments (Atom)