Monday, 9 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part2

Hello Denmark!!!


Seperti yang dirancang, kami bangun awal pagi esoknya. Hari kedua di CPH
Kami makan siap-siap dibilik.
Tentulah Brahims...yang dibawa khas dari Malaysia
Siap dengan air nescafe
oh ye...mostly hotel di sini atau lebih tepat hotel yang kami duduk tiada kettle
so hanya guna air paip
kawan aku kata air paip kat sini boleh minum direct je
insyaallah tak sakit perut
aku apa lagi..bismillah terus minum
teringat jaman dulu-dulu
aku suka minum air paip bila balik sekolah masa panas terik tu
fuhhh nikmat je
tapi sekarang tak berani laa...air paip kat Malaysia ni dah tak sebaik dulu
asyik berwarna jek

ehhhh melalut plak
lepas siap breakfast, packing semua, kami keluar
ooh kami makan apa ye breakfast tu? semestinya Nasi Brahims
dan juga roti gardenia..sedap
ok sambung...
kami keluar dalam pukul 8 pagi rasanya
kosong..lengang...sunyi sepi
ehhh depa ni tak pi kerja ke
ehh chop...kelihatan 2-3 orang mamat dan minah hitam kat tepi jalan
cakap kuat-kuat
ooooooh depa ni la yang bising malam tadi
emmm bersembang cakap kuat-kuat
rasanya depa ni cari pelanggan ke apa ke..
tu yang bising ...aku syak laaa

Kami bakal menapak dalam 7km kot
nak mencari mermaid tuuu
Little Mermaid Statue kat Copenhagen Harbour
Semalam masa naik canal tour tu..nampak dah..tapi melintas je laaa
emmm memula tu bising gak...kenapa laa susah-susah menapak hanya sekadar nak tengok patung mermaid tuuu...tapi layan kan je laaa

Ya Allah, 
Semakin kami menapak semakin seronok
cantik sangat pemandangan pagi di CPH
dah la bersih (kecuali ada sedikit tanda botol2 pecah...mabuk kot depa malam tadi)
lengang...sunyi...kereta ada sebijik dua je lalu
sesekali kami jumpa orang berjoging, cycling, jalan-jalan
bandar dia tersusun rapi
takde terlalu tinggi..sekata jek
aku dah mula jatuh cinta nieee

Bila dah sampai satu area ni..
taman dia laa..cuma tak tau nama apa
kalau ikut dalam hp aku ni...Osterport katanyaa..
subhanallah...lagi cantik
bersih sangat
kami dok laa pulun bergambar sana sini

Jom layan gambar dulu ye 


Ni area hotel kami. Nampak lengang kan...masa ni dalam pukul 8 pagi kot

Tak tahu apa maksud dia..saja je aku amik gambo..huhuhu

teksi mereka semua kereta mewah

Kosong dan lengang sepanjang jalan

Ada la nampak orang sirang dua..ke kawan aku sebenonye tuuu..hahahha

Hello bird. Awak sorang je ke

Muzium rasanya ni. Pasti belum buka sebab masih awal pagi

Motif aku amik gambar ni???

Ambil gambar tapi tak faham apa dia tulis

itu aku!

Subhanallah...Cantik sangat!

Dah dekat harbour...Syok ada matahari tapi sejuknyaaaa..hanya tuhan yang tahu

Comel kan tempat parking basikal ni

Lagi sekitar taman

Ni area mermaid tu tapi di mana mermaidnyaaa???

ok aku citer sikit laa pasal mermaid ni
tak de apa laa yang menarik gambo mermaid tu
korang semua boleh google jek
aku pun tak baca sejarahnya kenapa mermaid ni glamer sangat
nasib baik sangat laa sekitar taman ni sangat cantik
kira tak menyesal jalan jauh
kalau setakat nak tengok mermaid je..memang kesal laa rasanye..hehe

bangunan apa ntah

Aku lagi!!
suka sangat taman dia
ini pun suka sangat


church

church dari sudut lain

Sapa ni? sila gugel sejarah dia..saya tolong snap jek..heheh

Hello Abam Guard!!!

Ni Kawasan istana. Tu Guard tu tengah berbaris

Masa kami melintas kawasan istana ni, memang ada pertukaran guard dia
Tapi entah kenapa aku kurang teruja menda cenggini.
Ada la aku rekod
Pastu aku pun bergambo la dengan guard tu
Masa kawan aku bergambo tu..dia kena sound ngan guard tu jangan rapat sangat
kakakakkakakah
sakit perut aku gelak
tu la..dah pesan jangan menggedix ngan guard tu
dia pun rimas lama tak bergerak dari tempat dia tu.

Masa on the way balik tu
rasanya dah dekat pukul 11
tapi masih tak nampak orang ramai ke apa
isshhh tak kerja ke orang CPH ni
ke time kerja depa tak sama ngan orang lain
ataupun bukan tempat perumahan rakyat dia
sangat-sangat mushkil
emmmmmmm


Sampai je hotel
kemas sikit-sikit dan terus check-out
kami nak ke CHP Airport semula.
dah tau cara nak beli tiket dan jalan nak ke Station Central
kita senang laaa
cuma tak senang satu jek..nak pikul kotak makanan tuu
hahahh pasrah laaaa
tu pun nasib baik laa kotak tu muat dalam beg merah kawan aku tu
kalau dak..lagi susah nak pikul

sengsara weh..beg depan belakang...tangan pun ada jugekkk


oooh harga tiket dari Station Central ke Airport hanya 36.00DKK (dalam RM22 heng laa gitu)
banyak mesin dia kat dalam Station Central tu
swipe je..kalau ada duit krone boleh juga guna

Ok, ada kejadian agak trajis semasa nak ke airport tu
Kawan aku dah siap tengok ke screen nak pegi track mana..
kami seperti biasa follow je laa
pastu naik train
tetiba...rasa lain macam
kenapa pemandangan tak sama dengan masa datang.
makin lama makin pelik.
pastu kawan aku pi tanya orang kat situ...
sah..kami salah train..uwaaaaaaa
kami terus je melompat keluar bila train tu berhenti
dah laa masa tu masa makin singkat nak ke aiport
rasanya lagi sejam - sejam setengah for the next flight
adoiii sakitnya perut aku
station yang kami berhentu tu plak, penuh tangga
adeeh..nak memikul beg makanan lagi...kusut kusut
bila dah confident and tanya-tanya orang, tunggu laa next train
rasa lama giler kot baru train tu sampai
hahahah sebenonya dah tak sedap hati....seminit pun rasa sejam
ya allah..alhamdulillah laa sampai jugak kami ke airport..
jalan laju-laju sebab belum check in
kami naik flight WOW AIR
ini lah satu-satunya yang tak boleh buat web check in.
jeng..jeng...jeng...bersambung
kami nak ke mana lepas ni??? tunggggguuuu


Post terdahulu:

  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1










Tuesday, 3 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part1

Peringatan:
Penuh laporan bergambar. Harap Maklum


Setelah segala persiapan dibuat, hari yang ditunggu telah tiba. Berdebar campur eksaited yuolls.
Berikut adalah chklist dalam beg:

  1. Seluar 3 (satu pakai)
  2. Baju tshirt 3 (1 pakai)
  3. Baju kelawar 1 (fav baju tido)
  4. legging 1 (guna untuk mandi nanti)
  5. Short sleeve tshirt 1 (saja bawak)
  6. winter jacket 1
  7. fleece jacket 1
  8. disposable panties
  9. tudung 3
  10. snowcap, mafla, glove 2 psg semua
  11. accessories (socks dan ntah apa2 ikut suka hati aku je)
  12. botol air aka bidet terbaek di dunia
  13. toiletries   

Total berat : 7 kilo.
Tak boleh bawak barang gedik lebih2 sebab beg ni tak berapa best. Dia cuma 35L takde ++
Maka, terpaksa pasrah
nonomomok
Back-Front-Packer - Aku namakan kerana ada beg di depan jugaaaa 

nonomomok
Nampak tak beg aku sangat sendat dan padat

Flight pukul 0110. Jumpa geng dulu di KLIA around pukul 10.. lepak dan sembang2. Naik Emirates AIRBUS A380-800. Dua tingkat uolls. I is jakun lagi..hahahha. Kami akan terbang dulu ke Dubai..transit 4 jam. Lepas tu baru sambung ke Copenhagen. Just nice boleh tumpang solat kat airport Dubai.
nonomomok
Rasa lama je lagi

nonomomok
Syok tv dia beso dan banyak channel tapi rasanya sebok bersembang ngan tido je kot

nonomomok
best dapat makan. dah kebuluran rasanya
nonomomok
Surau di Dubai Airport. Takde telekong ye kawan2
nonomomok
Jalan-jalan dalam Dubai Airport

Then sambung lagi terbang.

nonomomok
Breakfast...sedap!!

nonomomok
Dari Dubai ke CPH pemandangan sangat ohsem!!

nonomomok
Layan Bajrangi Bhaijaan..best super gilerrr. Mula2 aku layan..kawan aku sebelah tumpang jeling. lama2 dia bukak sendiri. Sorang lgi pun tengok juga. akhirnya semua mengalirkan air mata... huhuhuhu

nonomomok
Budak ni ngan mak dia mmg terbaek sesangat

nonomomok
Lagi-lagi pemandangan ohsem!

nonomomok
Tengah semangat semua mende nak amik gambo

nonomomok
Lunch yang sedap juga kecuali roti tu..keras dan x sedap.

nonomomok
Hello Copenhagen!!!
nonomomok
Our Flight!!! I am happy. TQ

nonomomok
Sweet je...ni masa tunggu beg makanan. agak lemau jugak

Agak lama menunggu beg. Lepas tu terus cari kawan aku kat Arrival Area. Hahahah happy jumpa Trip Leader from Dubai. Kemudian kami mencari tempat simpan luggage. Cari sana sini tak jumpa-jumpa. Last2 katanya tutup sebab sedang renovation. Cisss. Penat badan mengangkut barang ke sana sini. Dah la airport dia macam kecil dan ramai orang.

Lepas tu, terus decide bawak je kotak makanan ke hotel. Pikul la gilir-gilir. Berat dalam 13 kilo. Beli ticket train ke bandar CPH. Semua canggih aku rasa. Tak de announcement tak de sapa check tix masa masuk train.

nonomomok
Tak ingat ni kat airport ke atau dekat Central Station. Sama je rupa dia

nonomomok
Bersih dan tak riuh

nonomomok
Bilik kami yang simple dan MAHAL. Heheh. Bilik air kat luar. sharing. Bilik air pun bersih
nonomomok
Lobby area..simple je dan kecil

Hotel kami di CPH, City Nebo Hotel. Dekat je dengan CPH Central Station. Dalam 50meter. Masa memula sampai tu sesat la jugak sebab tak berapa pandai baca map kan. Semua takde data, agak-agak je laa..nasib baik dua orang kawan aku pandai baca map.
Lepas selesai urusan check-in, solat segala bagai, jom...turun pusing-pusing bandar CPH. Sejuk nak mamposss... Suhu lupa..dlm 2-3 celcius kot. Tapi lain macam sejuknya. kebanyakkannya aku main snap2 je..x tau nama bangunan tu apa.

nonomomok

nonomomok

nonomomok
Makan..x tau kedai melayu ke indonesia

nonomomok
Area dekat hotel nie

nonomomok
Tempat wajib pergi, Nyhavn. Sangat cantik, bersih dan tenang. 
nonomomok
Nyhavn lagi
nonomomok
Dan lagi..masa ni dah nak sunset..bertambah laa cantik. Subhanallah!

nonomomok
Kami ambil canal tour dalam RM50 gitu. Sejuk semakin menggilaaaa

nonomomok
Pemandangan sepanjang tour

nonomomok
Lepas canal tour, terpaksa lepak minum2 sebab dah menggigil keras. Comel coffee shop dia kan

nonomomok
dan lagi

Lepas tu, kami terus balik bilik. Penat. Lagipun esok niat nak keluar awal, jalan-jalan sekitar CPH. Balik bilik, mandi makan dan rehat. Tapi agak bising kat luar. Dia tak laa ramai orang cuma ada yang buat bising. Tak tau laa gaduh ke apa. Lantak laa kome...nite2


Post terdahulu:

  1. Introduction
  2. Persiapan