Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Thursday, 10 August 2017

Mendaki Penang Hill

Aku ada kerja sikit di Penang. Memula memang tak de semangat nak pergi. Tapi lepas bergosipan dengan kawan aku yang berada di Penang, terus teruja. Mana tak nye, kami plan nak hiking kat Penang Hill. Kawan aku ni pun kaki hiking gak. Alamak...kaki kewwwwwww :P

Sebab aku dah lama nak mencuba Penang Hill ni. Alang-alang ada kerja dan ia start malam, afdhal sangat laa aku menjongket dulu. Selalu kalau ada kerja luar, aku pasti akan singgah pejabat dulu. Kali ni memang niat nak tak nak masuk pejabat. Ambil tiket pagi.

Sampai hotel, rehat sekejap sambil tunggu kawan aku datang. Dia tumpang solat dulu. Plan asal nak panjat awal laa..dalam pukul 2 gitu. Tapi disebabkan aku ajak lagi sorang kawan aku, dah dia tak sampai-sampai pulak. Tunggu je laa. Lepas tu kami mencekik maggie udang kat padang kota. Sebab kebuluran. Tak laa sedap sangat dan mahal. Pasrah.

Kawan aku sampai je..terus kami pecut ke Penang Hill. Sebenarnya hari ini macam suram-suram sikit. Renyai dan fogging. Kami start mendaki melalui MoonGate. Disebabkan kami start dalam 3.30 petang, dah tak berapa ramai orang. Adoiiii.. awal-awal dah tangga meninggi. Terus mak semput. Mana tak nyee. Dah la baru lepas makan, pastu badan pun penat sebab awal dari Putrajaya tadi. Lepas tu, berapa kurun dah aku tak hiking sejak puasa dan raya ni. Penuh lemak dalam badan. Rasa dah menyesal jugak awal tuu. Melangkah longlai aku nak menapak. 

Lepas station apa ntah namanya, dah masuk laluan hutan, Jantung aku dah start terkawal. Langkah pun makin laju. Bila dah nak makin sampai tu, aku semput balik. Sebab lalu belakang rumah orang dan jalan tar. usshh sakit jantung. 

Akhirnya kami sampai puncak dalam pukul 6.00 petang gitu. Sebenarnya masa kami datang ni, keretapi tutup sebab under construction. Maka, abislah semua tempat pun tak de ramai orang. Dicampur pula kedai semua tutup pukul 6. Buhsan giler laaaa. Nasib baik masih ada orang jual air tepi jalan tu. Lega. 

Kawan aku solat sekejap dan pukul 6.45 gitu kami turun balik. Masa ni laa agak frust kenapa laa train under construction. Dah aku kene turun sendiri. Hari dah mula gelap, maka kami ambil keputusan guna tar road jek. Masa ni laaa rasa nak terjun gunung jek. Jalan tar ni mencunam-cunam. Lepas tu kaki tak boleh asyik break je. Sakit wehhhh. Ikutkan aku memang prefer guna jalan hutan. Tapi sebab dah gelap tak mau. Bahaya. Sana memang tak de lampu jalan tau sepanjang turun tu. Pelik jugak aku kenapa dia tak buat lampu jalan.

Masa turun ni ada insiden sikit. Ada monyet ni mengacau. Acah-acah anje menyakat kami. Kawan aku laaa super power..dibalingkan iphone 7 hala ke monyet tu...tapi kena jalan tar laa..nasib baik juga laa tak hancusss. Hahahhahahhahah. Aku pun takut gak..tapi tak laa sampai nak balik henpong. Tapi yang benonya, aku dah tak mampu nak berlari. Sakit kaki wehhhh.

Kami sampai bawah tu dalam pukul 8 gituuu. OK laaa. Target sampai bawah pukul 7 asalnya. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke bawah. 



Naik Airasia dar KUL-PEN

Bayview Georgetown

Maggie Udang yang berharga RM8. 2 Ketoi je yeeee
Awal-awal tu dah tangga..dan aku terus semput

Pit Stop 1

Acah-acah mencabar

Nak baca pun tak berapa selera

dah nak sampai puncak

Haaai la ketapi..kenapa ko tutup time ni



700++ je ketinggian tapi aku semput juga

Love-love-love


Solat duluuu

Moongate di waktu malam

Kesimpulan:
Aku rasa Penang Hill ni biasa-biasa je. Mungkin dalam kategori easy (untuk laluan yang aku lalu tu la). Cuma disebabkan aku dah lama giler tak hiking, terasa sangat kesemputannya. Lagi satu, ia di jaga elok oleh komuniti di sini. Siap ada tempat pit stop. Kat situ ada tandas, dan tempat nak beli air minuman. Peralatan gym pun ada tau. Cuma satu je yang kurang. Takde penanda macam cat merah ke, tali ke. Kebanyakan gunung yang aku panjat ada tanda. Maka tak la rasa cuak. Tapi mungkin sebab dia tak tinggi dan tak susah, depa tak buat laa. Untuk aku yang pertama kali, terasa-rasa la cuak sikit. Kena cuba laluan lain dan kena buat pagi-pagi di lain masa.


Dihari lainnya, kami jalan pusing-pusing area chowrasta. Jumpa pulak lorong cantik ni. Ada Majestik dan boleh nampak Komtar dari jauh. Lepas tu kami minum ais tingkap tepi jalan. Saja nak cuba. Rupanya ais tingkap ni air sirap, ada selasih kot, dan soda. Aku minum sikit je buat syarat yang aku pernah minum. Sebab aku order cendol. Sibbaek cendol dia sedap. Nyummm

Komtar Penang

Majestic ... lawa kan

Kedai Ais Tingkap

Sekian.

Thursday, 15 October 2015

Penang Lagi - Jeruk Madu Pak Ali

Assalam

Last week aku pegi penang lagi
urusan kerja
kalau sebut penang, mesti terbayang jeruk pak ali kan
merata kat penang tu ada jual

tapi rupanya dia ada kompleks you
kat Simpang Ampat
aku bayangkan situ gudang jeruk
tapi rupanya kompleks dia tu macam-macam ada
bukan jeruk je..segala bagai
macam kedai serbaneka
hehehe

kami datang masa tu dah lewat
katanya ada kilang memproses buah
masa kami datang tu...kilang tu kosong jek
ada jugak muzium bagai..pun tak sempat aku nak jeling
beli jeruk sepeket dua..pastu blah

kata depa harga kat sini murah sikit dari kedai biasa
ntah laaa
sebab aku bukannya hafal harganya
beli pun jarang-jarang
ni saja beli buat syarat je sebab dah datang penang


Pintu masuk Kompleks Jeruk Madu Pak Ali

Dalam kedai..tengok segala bagai ada


Monday, 21 September 2015

Kemaruk Holiday - Roadtrip ke Penang Part 3 - Moh balik ke alam nyata

Kami masih semangat bangun awal
Nasib baik ahli rombongan tak de yang terlajak tido
Breakfast masih sama seperti semalam
roti wholemeal dan kopi/teh
sila bersyukur...jadi la buat lapik perut

harinie target utama adalah street art dan museum 3D tuuuu
masih menapak ke chowrasta untuk naik HOHO
semalam kan naik start pukul 9 lebih
so...masa tu baru pukul 9
sempat laaa
masa ni kami dah siap-siap check out
beg semua campak dalam kete

cuaca hari ni agak panas
sebenarnya panas...hahahaha
naik je bas dah x kuasa nk naik atas
duduk bawah je..semalam dah jemu naik kat atas je

turun kat padang kota..menapak skit
dah jumpa museum nya
dia ada dua tauuu
satu Penang Trick Art Museum dan Interactive Museum
dua-dua kami masuk
dan dua-dua kene bayo RM15 adult and kekanak RM10
sentap mak..sebab anak aku kecik laaaa..still nak charge
pasrah

fuhh...penat tau rupanya nak bergambo dalam museum ni
kene pandai dan betul gayanya baru menjadi
kena baring, menerap, melompat, mengangaaa..macam-macam
sebenarnya ruangnya agak sempit sebab dia bangunan dua tingkat
nasib baik laa off season
kalau peak season..memang menangis laaaa

ni skit gambo dalam museum tuuu
malas aku nak tempek semua, buat syarat je nie









Sebenarnya banyak sangat gambo
letih tauuuuu

dah selesai dua museum
nak mencari kedai makan
masa ni panas giler weh
macam dah tak nampak jalan
lastnye pi Restoren Kassim Mustafa kat Jalan Chulia
ok..kedai ni tak sedap
dan langsung tak mesra alam
aku kenyang makan apa ntah..so order pasemboq
biasa-biasa jek
laki aku masih setia dengan nasi kandaq
dia kata tak sedap
dan harganya memang murah laa compare ngan 2 kedai sebelum ini

dah kenyang makan..mata mula kuyu
dengan panasnya kat luar tuu
semua dah start malas
dok fikir nak ke mana lepas  ni
nak cari street art ke balik
last-last semua kata balik laa
dah tak sanggup menapak dengan panas teriknya nie

memang sedap kalau naik moto atau beskal
sewa murah je pun
tapi kawan aku x pandai naik moto
menapak laa kami balik hotel dan amik kereta terus calooooo
balik key - ell
saja gedik ikut jambatan kedua..rasa jauh bebeno
rasanya tak sempat abis jambatan aku dah tamat
heheh

kesimpulannya..konon nak cari street art..tak tercapai
pi dua museum tu pun dah nak loya tengok
lain kali laa datang
on the way balik tu...aku tido
ujan rasanya..laki aku drive
singgah kat R&R Tapah untuk makan dan solat
sampai Subang pukul 8 rasanya.
terus balik umah
alhamdulillah...

total duit hangus untuk aku satu famili = RM600
tak tau nak kata murah ke mahal..tapi boleh jek
siap cakap ngan laki aku..kene repeat lagi
sebab cendul tepi jalan tak makan lagi
street art tak jumpa lagi
tengok laaa bila ada rezeki

ok. wattammat
sekian.

Friday, 18 September 2015

Kemaruk Holiday - Roadtrip ke Penang Part 2 - Bukit Bendera

Hari kedua kami mulakan dengan senyuman
Alhamdulillah malam tadi ujan
Makanya, cuaca elok pagi ni
sejuk-sejuk nyaman
tambah teruja sebab nak naik HO-HO
almaklum laaa nak pegi Londong tak lepas-lepas
dapat naik kat penang pun dah terujaaa

Tempat beli tiket HOHO ni ada beberapa tempat
salah satunya kat Chowrasta. 
dari hotel tu jalan kaki kedepan skit je dari Line CLear tu..dah jumpa chowrasta
beli on-the-spot jek
Harga tix RM19 lepas tunjuk IC.
anak dapat free...yess..jimat
maka dengan jakunnya kami menyerang tingkat atas ..open air

Jakun laaaa kami berposing atas bas tu...suka bebeno
hahahah
Dari Chowrasta..kami turun di mana eh...interchain Gurney Drive
sbb yang ini untuk beach tour...nak ke Bukit Bendera kena naik city tour
ada banyak brochure pasal HOHO tu kat tempat beli tix tadi
so...terus kami ke bukit bendera

atas HOHO...sumpah teruja..hahha

nampak komtar..agak usang. 

ni pemandangan masa nak naik bukit
masa nak beli tiket, kene tunjuk IC juga
sama macam kat cable car langkawi
nak buktikan yang memang warganegara
macam RM10 kot tiket dia..lupa plak


yuuuuuhuuuuuuu...


tetiba teringat naik tram kat taksim istanbul..huhu

dekat dah...skit je lagiiii

sampai dah...stop

mengintai skrin driver

berkabus...sejuk..ada sisa-sisa jerebu skit

gelap gulita kat bawah nunnn. kat atas ni pun dah renyai2 skit

ambik je gambar..tak masuk pun..harga tiket pun tak tanya

apa motip laa kunci-kunci cinta nieee..
saja jek ambil gambar..nampak comel plak



anjung tinjau..kene bayar RM2 kot..aku kedekut..*berkabus. takyah buang duit

nak masuk aviary tu kene bayo RM5
sebab ada binatang..aku je masuk ngan anak aku
laki aku dan kawan-kawan aku malas
sib baik kecik je..jadi laaa..buat suka-suka
nak tunggu monyet ke apa ke kat luar tu..x muncul plak dia

ada mini zoo...aviary. banyak bunga dalam tu

lagi....

dan lagiii

ada beberapa jenis burung dan ayam dalam tu

Terjumpa plak kantan albino
haaaa..tengok gambar bawah
serius albino..puteh melepak
heheh

haa..ni laa kantan albino tu...cuma terlupa nak cium bau sama ke tak ngan kantan

Dah penat jalan-jalan...posing-posing
kami turun ke bawah semula
bas ni..dia punya time setiap 20-30 minit
so..kalau ko terlepas satu bas...bertabah laa tunggu next bus
tak leh stress-stress..holiday kena happy ;)

kami kembali ke pangkal jalan
kami plan nak solat dan makan
lapo...lapo
maka..makan dulu...
tengok apa restoren yang dekat-dekat
rupanya kami dok berpusing sekitar chowrasta tu jek..dekat hotel kami
cuma station kami turun tu yang lain..
aku bukan boleh..cepat konpius
lepas tengok map..maka kami menuju HAMEEDIAH


ok. yang ini kena beratur panjang
dah la kedai dia mengkonpiuskan
dia ada dua kedai yang selang 4 pintu kot
ko beratur dan beli kat kedai A..lepas tu kene pi kedai B untuk makan
nak beratur pun penat tauuuu
dengan kalutnyaa
tak sempat aku nak tanya terus kaut
sentap mak nok
tu aku amik..ayam goreng bawang
antara Hameediah ngan Line Clear
Aku suka lagi line clear sebab dia pedas terasa
yang ini pun sedap jugak..cuma banyak minyak
harga lebih kurang laa... bawah RM10..

Bukti kebuluran yang nyata
murtabak ni dia buat kat depan kedai
sebab kebuluran, kami beli dan makan sambil berdiri
rasa..ok je kot
tak la sedap giler babas

murtabak penang

Dah kenyang
kena pi solat plak
dari situ naik hoho..turun kat mana ntah
sebab lepas makan rasa macam turun naik bas
sampai adik tu malas dah nak check tiket
dah kenal sangat dengan muka kami
hehheh


ingatkan masjid.....
sekali makam daaaaa....



haaa
ini baru masjid
Masjid Kapitan Keling
ok..cantik dan bersih

Masjid Kapitan Keling

Entrance

Lepas solat
kami pikir nak kemana pulak
emmm kawan aku nak ke HRC
so..naik lagi HOHO
nak ke HRC kena amik beach tour
petang tu gelap dan mendung
kejap ok kejap renyai
ya allah..rupanya jauh giler route beach nie
menyesal plak rasa dalam hati
ce tengok map ni
hoho map route


sebab dah laa kenyang..sejuk plak
dah tak berapa mampu nak bukak mata
setia laa kami dok atas bas yang open air
tapi sebenar nya cantik pemandangan beach route tuuu
banyak area baru
rumah pun gempak-gempak
last-last kawan aku malas nak turun kat HRC
masa tu pun dah dekat pukul 7
kiranya petang tu memang atas bas jek
menggunakan sepenuhnya 24H tiket tu

bila dah abis tu
kami balik hotel, mandi, solat dan keluar makan
makan kat Padang Kota..naik kereta
sakit jiwa betul makan kat sini
ko masuk jek..terus kena serang dengan peniaga-peniaga ni
bukan nak lap meja dulu ke apa ke
nak duduk pun tak dan
helllooo..bersopan santun boleh tak
tekanan mak tauuuu
gambar makanan biasa jek..hahha
pasemboq.. char koew tiaw yang tak sedap. kerang rebus
habis makan balik terus
ngantuk....