Showing posts with label Oslo. Show all posts
Showing posts with label Oslo. Show all posts

Wednesday, 29 June 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 11 - Oslo yang panas

Assalamualaikum

Hari ke sepuluh.
Cuaca di Oslo sangat baik. Sangat memihak kepada kami. Walaupun terang menderang dan cahaya matahari memancar-mancar, tetapi janganlah kita terpedaya. Suhu masih 1 darjah celcius dan kami masih tidak mampu untuk tidak memakai jaket.

Pukul 9 lebih kami telah keluar dan pergi ke hadapan Central Station berhampiran dengan statue Harimau. Di sini terdapat agak ramai gipsi dan pelancong. Setelah 8 hari kami tenang, Oslo pencetus ummah..eh pencetus suasana ramai orang. Mungkin musim bunga/panas yang bakal menjelang. Maka semua rakyat bergumbira.

Kelihatan terdapat free-tourist guide bersedia pukul 10. Kami ambil keputusan untuk turut serta. Aku dah survey berkenaan dengan free-tourist guide ini. Maka, percaya sedikit. Free tetapi diakhirnya dia minta tips. Maka berilah seikhlas hati.

Seperti negara Scandinavia yang lain, bandar mereka tersusun dan rupa bentuk bangunan mereka hampir sama sahaja. Susah aku nak ingat nama bangunan tersebut. Menariknya Oslo, terlampau banyak arca / statue. Malahan, teksi-teksi (baca: seksi) belaka. Menurut kata mereka, setelah bersejuk sekian lama, terbungkus dengan jaket, tibalah masanya mereka dapat melupakan jaket seketika. Boleh plak begitu. Heheh. Budaya masing-masing kan. 

Tempat menarik di sini semuanya walking distance. Kami juga berapa kali ntah tawaf di hadapan harbour dan HRC. Nasib baiklah cuaca sejuk dan tidak berpeluh. Ditambah dengan semangat tourist di dalam jiwa. Hehe.

Memandangkan post ini merupakan post bergambar, maka marilah kita semua mencuci mata. Jom!!!

Pemandangan di sekitar Oslo

Opera House dari kejauhan ditemani sinaran mentari

Join free-tour. Tourist guide tu dari Rusia

Lagi-lagi Opera House

Harbour Promenate

Borsen - Bangunan Stock Exchange. Ada cerita disebaliknya tapi saya tak focus pada cerita minah tu

Di sini banyak arca. ini gambar tangan

Salah satu arca


Saya suka capture gambar ini.

Ini di atas bukit. Ada tembok apa ntah.

Cherry Blossom baru nak keluar. Seminggu selepas balik tengok dalam internet dah penuh berbunga
Lupa lagi nama bangunan ni

Boleh aku lupa sungguh nama muzium ni. Dalam dia penuh gambar cenggituuuu
Ni lagi. Tak tahu nak menilai seni aku kalau dah gambo cenggini

Pemandangan dalamnya. Lukisan penuh dinding je. Tapi sebenarnya kosong saja dalam dia

Cantikkan penutup septik ni. Unik. Rasanya patut Malaysia pun ikut sama

Grand Hotel

University of Oslo

banyak arca cenggini kat sana. Sila tutup mata
The harbour

Sekali dia tulis arab daaa...tak fahampun. Saja je amik gambar

Masa ni abam police ke navy ke sedang berlatih kecemasan gamaknya
Pemandangan dari atas bukit

Norwegian Armed Forces Museum

Norwegian Armed Forces Museum

Pintu masuk ke Opera House - Operaen

Cantik plak mende ni tersusun

Sempena Esther Hol..hiasan dalam Opera House
Unik

Cantik dan unik kan

Dalam tandas pun nak enterprem. Nampak lawa je

hahaha pintu tandas pulekkk

Opera House
Opera House

tak tahu apa namanya..dia berada di luar Opera House

Harbour

Pemandangan Harbour dari atas Opera House

Comel je rumah burung merpati dia

Penunjuk arah

Jalan-jalan cari cenderamata

The Trolls

Royal Palace

Dah nak start berbunga..ni menuju ke Royal Palace

Jumpa pulak akak polisi berkuda depan HRC Oslo

Johan Sverdruv (1816-1892) - Perdana Menteri Norway yang pertama

Carl Johan Gate - Sebenarnya lorong/jalan. Kelihatan ramai orang di Oslo

City Tour di Oslo dikira berjaya dan menggembirakan hati. Teringat kes di Stockholm di mana cuaca hujan dan sejuk yang mencengkam. Terima kasih Allah di atas nikmat yang diberikan. Tiba masa untuk berangkat. Kami akan kembali ke Copenhagen menaiki kapal terbang. Pergi ke Central Station, beli tiket semacam ERL ke airport. Amat terkejut apabila melihat harga tiketnya NOK180. WHATTTTT!!!!!!!! Sakitnya tu disini. Sila pasrah. Apabila naik, sangat lah sekejap dan tidak berbaloi dengan harganya. Di sini juga semuanya layan diri. Tak mengapa. Alhamdulillah semuanya lancar. Airportnya besar dan selesa. Masih banyak masa. Kami mencari sudut untuk solat jamak. Ok. Sini bermulalah drama swasta minggu ini.

Selesai solat, sorang kawan aku nak ke toilet untuk memerut. Maka, kami bertiga jalan dulu di gate. Janjinya tunggu depan gate. Apabila sampai di gate, flight sebelum kami (katakan pukul 4 delayed). Flight kami pukul 6 seperti yang dijadualkan. Agak confused juga sebab ingatkan dia akan lepaskan yang pukul 4. Rupanya tidak. Semasa kami sampai di gate tu, gate dah open dah ramai dah queue. Memandangkan dah last call, kami beratur masuk. Call kawan aku lagi sorang. Tak dapat. Masa ni dah dup dap dup dap. Ok kami selamat masuk. Tetapi kawan aku tak muncul-muncul sehingga orang terakhir masuk. Muka memasing dah panic masa ini. Pergi terjah pada paramugari yang bertugas. Kata kat dia yang kawan kami lagi sorang tak masuk lagi. Sambil tersenyum dia suruh duduk aje. Bila kapten bagi tau pintu dah tutup dan akan terbang tak lama lagi, kami dah tak mampu berbuat apa. Tapi memang panic bercampur baur. Macam mana laa kalau dia tertinggal. Dah la akan sampai malam di Copenhagen. 

Tetiba, di saat akhir...betul-betul saat akhir. Kawan aku muncul. YA ALLAH. Lega dia hanya tuhan yang tahu. Dia duduk di seat lain. Maka tidak dapat bergosip.

Rupanya, semasa kami dah masuk tu. Tak lama kemudian, kawan aku sampai. Tetapi masa tu, notice di gate telah tukar flight lain. Kawan aku ingatkan flight kami tu tak check in lagi. Dia lepak je depan gate tunggu kami. Disebabkan suasana kecoh diluar disebabkan flight delayed tu, ada la minah tu tanya kawan aku flight bila. Bila dia cakap flight tu dah masuk, terus kawan aku gabra jumpa minah kaunter tu. Memula dia tak bagi masuk sebab pintu dah tutup. Nasib baik minah salleh tu tolong kepohkan bagi pihak kawan aku. pung-pang-pung-pang, akhirnya kawan aku diberi masuk. Memang rezeki. 

Ini kes jadi bila tiada announcement last call ke apa ke. semua bergantung pada notice board tu. hehehhe..Ada juga baik buruknya kan. Jadi pengajaran. Kena rajin bertanya juga pada minah kaunter gate tu. Tu pun nasib baik ada minah. Selalunya mesin jek. Apapun lega sebab kawan aku tak kena tinggal. heeeeeeeeeeeee

Oslo Central Station - Menunggu keretapi ke lapangan terbang
NOK180 = RM80++ = SENTAP!!!

Selamat datang ke Oslo Airport (yang penuh drama)

Selamat  tinggal Norway. Negara yang indah dan aman. Saya berdoa agar dapat kembali ke bumi ini lagi. Insyaallah.

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6
  9. Part 7
  10. Part 8
  11. Part 9
  12. Part 10

Wednesday, 8 June 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 8 - Kembali ke Stockholm

Selamat pagi...
Bangun pagi wajib tengok jendela...emmm tak sabarnya nak sampai mainland. Itupun rasa macam waktu tak berputar jek. Bila dah cerah sikit, nampak la cruise lain melintas. Ada macam-macam nama dan macam-mana destinasi. Untuk ke Helsinki boleh je naik flight, tapi kami yang saja naik cruise. Kalau tak, tak tau bila aku nak merasa naik cruise.

Lepas siap makan, kemas bag segalanya...kami lepak berborak je sementara nak tunggu sampai. Urusan check out berjalan lancar sebab guna tiket je untuk keluar. Terus kami naik bas Viking Line nak pergi ke City Terminalen. Guna tiket yang beli masa datang hari tu. Kalau hilang kena la beli lain. Tiba je di City Terminalen, kami terus cari tempat simpan barang. Luggage Locker. Kami ambil yang Large Box harga SEK90 untuk 24jam. Yang large box tu muat 2 backpack saiz sederhana. Backpack kami saiz lebih kurang 36L ++.

Lepas settle semua urusan, kami keluar dan cari 7E. Di Stockholm kami memang dah niat nak naik HOHO. Tiket HOHO ada jual di 7E. Harga 28EU. Memandangkan cuaca suram semacam jek..Kami memang bertekad la naik HOHO. Kebanyakkan gambar ni aku amik dari dalam HOHO. Memula naik tu teruja naik ke atas sebab nak tengok pemandangan konon. Ishhhhh memang tak mampu laa..punya la sejuk. Rasa nak menangis sejuk dia. Tak lama kemudian, hujan renyai-renyai..terus aku rasa lagiii nak menangis. Turun ke bawah, mostly seat penuh. Ada pun tak cukup menarik. Arrggh belasah je laa. Serius tak menarik. Agak malang juga sebab tak tau kenapa banyak sangat construction kat sini. Nampak gambar tiang2 pembinaan je kalau duduk bawah. Belasah je laa labu. Dari duduk kat atas tu yang super duper sejuk.

Last kami buat keputusan turun HOHO bila sampai di shopping mall. nama dia Faltoversten, Karpalan. Nikmatnya masa masuk situ. PANAS. Lega sesangat. Kami niat memang bukan nak shopping. Nak menumpang panas jek. Dah alang-alang masuk tu, terus laaa ajak ngopi dulu. Kasi adjust badan dulu.

Lepas jeling-jeling kami masuk Thelins. Amik kopi dan roti je dah kena 62SEK. Lebih kurang RM30. Jalan kat europe ni, kena pejam mata je. Kat Malaysia, RM30 aku boleh makan pagi petang malam untuk kopi dan roti cenggitu. Pasrah. Best giler lepak dalam tu sebab panas. Rasa malas giler nak keluar. Masa kami mula masuk tadi, ujan makin lebat. Maca dah sejam lebih gitu, kami pergi jeling luar, hujan dah berhenti. Malasnya laa nak merempuh sejuk kat luar tu. Memang tak shopping apa pun dalam mall tu.

Masa keluar tu nak menuju ke bus stop HOHO, pemandangan kat luar cantik. Seperti biasa, kami posing-posing laa. Bunga pun banyak jual. Cantik sangat. Sebab kat sini, ada kawasan yang panas, dan ada kawasan yang masih sejuk. 

Lepas ni kami nak menuju ke Gamla Stan. Kira tempat wajib pegi kalau datang Stockholm ni. 
Gamla stan, until 1980 officially Staden mellan broarna, is the old town of Stockholm, Sweden. Gamla stan consists primarily of the island Stadsholmen - wikipedia

Kami berjalan lebih kurang sekitar Gamla Stan tu. Tak berapa nak menghayati sebab sejuk sesangat. Sebelum pergi, aku rasa macam banyak perkara menarik untuk dilawati di Stockholm. Dah sampai ni, dengan faktor sejuknya langsung aku tak berapa nampak. Hahaha. Tapi memang menarik je pemandangan dan bangunan di Stockholm ni. 

Satu cabaran, menggagau nak mencari jalan kembali ke City Terminalen tu. Macam nak sesat juga awal-awal tu. Tanya orang sana sini, akhirnya sampai juga kami. huhuhu. Masa tu aku dah agak-agak saspen jugak. Jalan jangan cakap laa..memang bukak langkah. Fuuuh...


Merenung keluar jendela..sunrise

Jumpa jiran melintas di sebelah

Lampu ni nampak cantik je..ni di City Terminalen 
Pemandangan di depan central station Stockholm



Salah satu sudut Central Station

Gamla Stan

Djurgarden

Djurgarden

Lunch kami di Thelins Faltoversten

i loooove yellow rose
Acah-acah nak beli bunga tulip

Kalau summer mesti best boleh ngopi-ngopi kat luar

Kat luar Faltoversten

Suka tengok teksi kat sana...semua menawaaan ..hehe

Eh...Jamie Oliver punya restoren

Mamat kacak tolak stroller..auuum
Satu perkara yang sangat ketara semasa pergi ke negara Scandinavia ni, mostly single parent (tak pastilah mereka single ke tidak) tolak stroller anak. Macam gambar kat atas tu, mak tolak stroller. Bawah tu bapak tolak stroller. Ada yang satu rombongan mak-mak tolak stroller. Jaraaaaaaang sangat nampak mak-pak yang jalan sama-sama tolak stroller. Rasanya sekali ke dua kali aku nampak couple yang tolak stroller.

Seperkara lagi, depa bawak anjing mereka jalan. Masa naik cruise tu bukan main ramai yang dukung anjing. Buat macam anak. Sampai kekadang aku kena jeling betul-betul nak tau anak ke anjing. Macam begitu sekali depa sayangkan anjing. Anjing kat sana pun baik-baik belaka. Tak de pulak macam anjing kita ni. Asal ada stranger je...dia melalak. Kiranya, kehadiran anjing di sana disenangi oleh semua pihak. heheh

Gamla Stan

Kawasan Gamla Stan jugak laa..ini masa nak balik ke Central

suka bandar dia..teratur dan tak serabut

hi HOHO

Kami sampai agak lewat juga di City Terminalen. Rushing pi amik luggage dan nak mencari train lagi. Tapi kawan aku sempat singgah 7E nak beli fridge magnet. Kat situ agak murah juga. Aku malas nak fikir. Bila dah jumpa track mana..lega rasa. Baru boleh bernafas secara normal. Sempat laa posing dulu. Heheheh tak abis-abis posing. Stesyen keretapi dia ni..sama je mana-mana negara. Sama gak dengan bangunan. kalau sekali panjang, jenuh nak fikir ni gambar kat mana. Nasib baik laa hp aku ni boleh show location.

Lagi satu, di 5 negara Scandinavia aku pergi ni..semua tempat takde buat announcement. Kalau kita..kat KLIA, KL Central..ada je announcement. Sampai kekadang aku rungsing dengar. Tapi sini, langsung tak de. Maka sila alert ye dengan notice board dan time train/flight. Kalau tak sesia je terlepas.

Oh. Kami ni nak menuju ke Norway. Train pertama ke Oslo. Lepas tu train lagi satu ke Bergen. Stockholm - Olso kami naik SJ High Speed Train. Harga SEK355. Lebih kurang RM180 masa tu. Bergantung pada currency la kan. First Class katanya..ehem..ehemmmm..

Tengah tunggu train

Acah-acah posing

Time table..sila cek selalu mende ni. Kot laa dia tukor track.

Pemandangan menuju ke Oslo

kering...kuning

Standard rupa bentuk rumah di sana

Free refreshment dalam train..sedap

Ni semua gambar snap dari dalam train. Kami bertiga pilih seat yang berempat. Lagi sorang dia dok sebelah seat berdua. Tapi memandangkan train tak penuh, aku dok tukar tempat duduk sebab nak duduk tepi tingkap. Maka seronot laa sepah-sepahkan beg di kerusi. hehehe.

Bestnya train ni, bersih dan seat pun besar. Rasanya banyak kali ke tandas aku dalam train ni. hahah. Tapi bukanlah sebab best sangat. Ntah kenapa asik nak terkucil je rasanya. Ada disediakan pula lite refreshment. Sedap muffin dan buah oren dia. Jadi la buat lapik perut. Last makan roti kat dalam Faltoversten. 

Train ni sepatutnya ada wifi. Tapi awal-awal tu macam tak dapat. Maka, kami pun rilek dan lihat luar tingkat je la. Tiba-tiba..eh aku dapat wifi weh!!!!! sangat teruja. Kawan-kawan aku jaki je. Lepas cuba macam-macam masih tak dapat. Hahhahah mungkin ini reward sebab dalam cruise aku sorang je tak dapat. Kali ini aku sorang je dapat. Alhamdulillah.

Keretapi ni punya cermin pun bukan main mengerlip bersih. So ambil gambar pun cantik. Tak de la berkerak cermin tu macam cruise Gabriella tu..hehehhe. Tapi gambo aku x berapa cantik sangat ni..masa ni tak reti nak pakai burst lagi..Sedehhhh. Sepanjang Stockholm ke Oslo, pemandangan agak kering. Warna kuning-oren je sepanjang jalan. Tapi masih menarik untuk dipandang. Jangan terpedaya sangat apa yang aku tunjuk ni.




haaa..ni rupa train SJ tu. Dalam train x de plak gambarnye.

Kami sampai Oslo pukul 8.30pm. Next train pukul 11.30. Harga tiket keretapi dari Oslo ke Bergen ni dalam 74EU. Emmm...Ada lagi 3 jam nak melangok di Oslo Central Station (Central Stasjon) ni. Sampai je, kami terus cari terminal untuk ke Bergen nanti. Besar tempat ni. Takut tersesat ke salah tempat tu nanti. Lepas dah tau kat mana, kami nak mencekik dulu. Banyak pilihan tapi entah laa...macam pening. Mungkin sebab dah malam, maka pilihan yang ada tu agak lunyai. Maka, makan laa ala kadar. Sekadar mengalas perut.

Yeh...dah sampai Oslo

Sila lihat jadual train anda sentiasa

Ok. Train dah sampai..jom cari coach dia pulak

Abaikan serabut tu sebab baru teringat nak ambik gambar

Rupa katil bawah

Masuk je train ni..macam kekaguman sangat. Lebih kepada jakun. Sebab kemas bersih. Ada satu sinki, face towel dan sabun rasanya. Aku cepat-cepat basuh muka cuci gigi segala bagai. Lepas tu terus zzzzzzzzzzzzzzzzz. Sebab rasa mengantuk giler. Badan pun dah penat. Aku tido selena-lena umat malam tu. Langsung tak terganggu bunyi gerabak ke apa. Bangun elok-elok time nak solat subuh. Alhamdulillah. Selamat kami sampai ke Bergen pukul 7 pagi.

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6
  9. Part 7