Scandinavia Trip 2016 - Persiapan

Tugasan seterusnya

Trip Leader kami...wah ko mampu bagi nama trip leader..ke tour leader lagi sedap
heheh
Dia garang ok...banyak menda kami kena buat sendiri
Aku ingatkan boleh lenggang kangkung jek..

First sekali..kena laa beli flight ticket
Tu pun saspender sangat
ye laa..guna cc..rege riban2..agak berdebar disitu
bila dah confirm beli flight tix..hati makin berbungaa
kami beli Emirates
tekanan tau..selalu tunggu-tunggu kot ada offer
makin lama makin naik
cisss..berdebah sangat
last-last beli je laaa..malas nak fikir
so..korang kalau dah ada plan nak pegi memana..asal ada murah je...terus je grab
jangan ikut perangai aku..tak de pendirian sangat
oh yaa...yg ni pergi ke Copenhagen, Denmark

Selepas settle issue flight tix, kami proceed dengan tix2 lain
macam dari Copenhagen ke Iceland, tiket keretapi dan lain-lain
kawan aku dah siap bahagikan tugas..kami cuma execute je laa

tapi secara generalnya...map trip kami:



boleh agakkan berapa banyak tiket yang nak dibeli
memang pening sesangat
tapi aku cuma beli 4 tiket sahaja
yang lain tu, tugasan orang lain. legaaa

Kesimpulannya:
Kami akan pergi ke 5 negara (aku pergi 6 sebab singgah Dubai)

Persiapan lain:
Kena beli backpack yang 35L ++ ..sebab takut tak lepas masuk kapal
Niatnya tak nak masuk luggage sebab transit...kawan aku kata banyak kes yang beg ntah ke mana
Bagi mengelakkan sebarang masalah, elok bawak masuk kapal je
Sebab esok tengah hari nya dah nak berangkat ke Iceland.
Barang lain..guna yang sedia ada jek
Oh..kawan aku suh beli kasut yang kalis air (gore-tex)
Sebab nanti ada hiking + snow + ujan..takut basah
Gigih laa mencari kasut..ingatkan nak redah je pakai Pinky

Makanan pulak kami isi dalam kotak
Kawan aku dah siap wrap.
Yang ini check in, sebab tak larat nak pikul
Kalau hilang..pasrah jek
Dalam tu penuh dengan Brahims..ada la skit maggi dan roti serta sambal2
Total harga dalam RM300++ rasanya

Post terdahulu:
Scandinavia Trip Part 1

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8