Friday 10 May 2019

[North Africa & Andalusia] Sahara Desert Tour


Antara misi utama ke Morocco ini adalah untuk Sahara Desert Tour
Maka, kami perlu buat pilihan yang betul. Lepas tu, pilihan ni yang akan tentukan itinerary trip kali ni. 
Memula, kami macam nak pilih untuk ambil pakej 3hari 2malam. Rasa macam lama pulak. Takut tak selesa atau macam mana kan..susah plak kat tetengah desert tu.
Lepas edisi kajian tempatan dilakukan, kami decide untuk ambil 3hari 2malam dari Fez ke Marrakesh. Ramai yang kata laluan ini antara yang tercantik. Alang-alang datang dari jauh, rempuh terus je laa.
Kemudian, mencari agen pula. Kebanyakan agen meletakkan harga 250 euro per person. Ntah macam mana, kawan aku jumpa pakej yang agak murah iaitu 205 euro per person. Lepas compare dan tanya-tanya semua, kami tekadkan hati untuk ambil dengan agen ni. Semua dibuat menerusi emel je. Deposit depa amik 100 euro je. Korang pun kalau nak try tanya boleh ambil contact kat bawah ni:
Dengan 205 ni, apa yang kami dapat?
  • Breakfast dan dinner (2x)
  • Hotel (2 malam)
  • Pengangkutan
  • Naik Unta

Lepas settle bab agen, kami tukar route lain (chefchaeouen dan spain) ikut date sahara tour nie.
Aku buat summary je laa ye. Sebab kemalasan agak tinggi di saat ini:
  1. Perjalanan bermula 7am (driver ambil di riad, fez). Tapau makanan breakfast dari hotel (ujung-ujungnya tak makan sangat pun huhuhu)
  2. Breakfast pertama tak disediakan oleh agen. Singgah breakfast kat Ifrane. Sejuk giler kat sini ok. Ada snow siut. 
  3. Singgah sekejap kat Ben Smim... Tengok Barbary Monkey. Katanya ada di Morocco je. Tapi kat Gibratar pun ada hihihik. Free je. Kalau nak bagi monyet makan, boleh beli kekacang dengan penjual kat sana. Aku xde selera dengan haiwan ni. Dah laa agak busuk, dicampur dengan sejuk nak mati. Sekejapan je aku menjeling monyet tu.
  4. Singgah di penempatan orang Berber. Depa ni gypsy. Takde rumah khas. Jadi penternak keldai / unta / kambing. Orang besar dia memang tak akan pandang camera. Bebudak tu mau laa juga. driver kami pun dah pesan, jangan ambil gambar depan2. So ambil gambar dari jauh je..kalau dekat pun, bukan amik gambar orangnya.
  5. Singgah makan kat restoren yang driver kami rekemen. Sebelum pergi, ramai yang kata makanan di sepanjang Sahara Tour ni mencekik darah. Kedai pertama kami kena dalam 250dinar je. Hampir sama dengan harga di Fez dan Meknes. So, tak rasa laa mahal sangat. Terkawal
  6. Sampai Merzouga. Tempat nak naik unta. Sebelum tu, aku dah siap2 beli scaft kaum Berber tu. Minta driver tu yang pakaikan. Sekali dia buat macam orang lelaki nye jek. emmmm. Tapi dalam internet macam lebih kurang je lelaki ngan perempuan. hahaha. halal je laaa
  7. Naik unta dalam sejam lebih. Jangan risau. Naik unta selamat je. Takde sakit montot. Cuma saspen masa nak naik ngan turun je..sebab unta tinggi kan.. heheh. Dan yang penting, unta tak berak-berak masa berjalan macam kuda (usshh teringat kuda kat Kashmir...bucuk tauuu)
  8. Singgah kat tengah-tengah padang pasirun nak posing. Cakap je ngan guide tu. Nanti dia pun tolong amikkan gambo.
  9. Nampak je khemah tengah padang pasirun terus meroyan. Sebab cantik sangat. Lagi meroyan sebab cuma kami berlima je malam tuuuu.. yeeehaaaaaaaaaaaaaa
  10. Sampai-sampai dapat welcome drink. Sembang kejap ngan orang khemah tu. Lepas tu mandi, solat dan dinner. Depa siap serve tau makan tu, tetiba terasa macam VVIP..hihihik. Hidangan pun datang berperingkat gitu.
  11. Lepas makan, depa paksa dok kat unggun api tu. Masa ni sejuk nak mati. Pakai selimut ala karpet pun tak dapat menghilangkan kesejukan. Depa bergendang menyanyi bagai.. syok laaa. Tapi kesejukan tu lebih menghantui diri.
  12. Sila ambil peluang tengok langit. Stargazing sangat. Cantik. SubhanaAllah. Kena ada camera mahal laa kalau nak ambil gambar. Disebabkan pakai handphone je, kita capture guna mata je laa.
  13. Malam tu aku tak lena tido sebab terlampau sejuk. Tak de heater ye kawan-kawan. Cuma ada hotbag je. Bag yang isi dengan air panas tu. Boleh laaa tapi tetap tidak mencukupi. Memang rasa nak menangis sejuk dia.
  14. Lepas subuh, kami bertiga pergi panjat padang pasirun nak tengok sunrise. Kesejukan pagi tu masih terbunuh. Sorang surrender. Tinggal laa kami berdua. Lama giler nak tunggu sun tu rise. Sampai kami ingat cuaca mendung dan mentari tidak muncul. Ooooooooooooo rupanya kami yang terawal. Kalau tau, kami keluar laa lambat. Sesia menahan kesejukan pagi tu.
  15. Dari khemah ke kereta, kami ambil keputusan naik kereta je la. Malas dah nak naik unta. Kalau nak naik unta lagi, boleh je tau ngan orang resort tu.
  16. Kami meneruskan perjalanan lagi ke Ait Ben Haddou. Jauh tau. Ni pun dah masuk pakej. Tapi ada bayaran tambahan 100 dirham untuk tengok rumah asli orang Berber. Emmm sebenarnya takde apa pun dalam tu. Lebih kepada sedekah la. Tapi ok laa..kalau nak tengok macam mana kehidupan mereka. Rumah mereka simple je dan tak de apa sangat pun dalam tu. Hampir sama dengan rumah yang kawan aku masuk di Marakesh. Gamaknya memang depa hidup sederhana cenggitu jek.
  17. Kat sini kami sentap sebab guide kami tu macam kelam kabut paksa jalan cepat-cepat. Lepas tu kami tak dibenarkan naik sampai atas. grrrrrr.. menyesal plak dengo kata dia. hihik
  18. Lepas tu, kami pergi Todra Gorge pulak. masyaallah, cantik sangat. Setinggi-tinggi bukit tu, dan kita ada di bawah. Kalau masa spring lagi cun rasanya sebab ada sungai tepi tu. masa kami pergi tu, air sikit je. Tu pun dah cukup buat kami menganga. Kat sini banyak peniaga tepi-tepi jalan yang agak annoying skit. Kata percuma, tapi lepas tu mintak-mintak duit. So, sediakan duit kecil kalau memang berniat nak bersedekah.
  19. Akhirnya, selepas mengharungi hari yang panjang, Kami sampai ke riad kami. Ya Allah...cantiknyaaa. Nama dia Riad Tazawa. Seperti sebelumnya, kami tetamu VVIP. Hanya kami dan 3 orang dari Hong Kong. Yahuuuuu. Sampai-sampai je terus ada welcome drink, chai laaa apa lagi. Minum pula kat taman belakang dia (backyard). Ni kalau masa spring sure meroyan. Ada macam-macam pokok, gazebo bagai. Nak tengok rupa dia macam mana, sila google.
  20. Lepas mandi dan berehat sekejap, terus aku rasa sihat. Sebelum ni, rasa demam tak demam. Dengan batuk selsema je. Serius aku rasa sihat. Sebab cuaca di Ouarzazate ni nyaman je. Air dia pun laju sangat dan kuat. Perggghh best giler dapat mandi cenggitu. Selama ni rasa ais je.
  21. Kami di bawa melawat kawasan sekeliling. Dapat lagi tengok sunset. Cantik sangat. Guide pun baik sangat.
  22. Dinner seperti biasa, ala-ala vip semua kena serve. hehhe
  23. Esok pagi-pagi dah kena keluar dari Riad ni. Sedih sangat. Uwaaaa..Rasa tak puas. Bestnya kalau dapat stay semalam dua lagi.
  24. Lepas check-out dari Riad, kami singgah sekejap si Rose Valley. Kami yang request driver tu untuk singgah. Sebab semalam masa nak masuk riad, nampak signboard dia kan. Tapi memandangkan sekarang winter, memang tak de la bunga ke apa ke. Cuma singgah kedai je laa..hhehehe. Terus laa shopping kawan-kawan aku ni. 
  25. Kemudian kami naik gunung ke puncak Mt Atlas. Punya laa jauh aku rasa. Pejam celik pejam celik..tetap tak sampai-sampai. Dengan jalan dia yang banyak contruction nye. Tapi korang diingatkan supaya jangan tidur je. Sebab sepanjang perjalanan tu, banyak pemandangan yang cantik.
  26. Rupanya niat dia selain dari tengok pemandangan yang cantik, adalah untuk lunch di sana. hahahha. Sibbaek laa makan kat situ tak mahal mana. Cuma punya la letih memanjat gunung tu.
  27. Kemudian, kita turun semula. Ok mulakan pejam celik kembali. hahaha. Setelah beberapa jam, akhirnya kami sampai ke tempat yang bertamadun dan agak moden iaitu Marrakech. Ini juga bermakna yang tour kami ini akan tamat. uwaaaaaaaaaaaaaa sedihnya. 
  28. Baik abam supir kami, tunggu sehingga orang hotel datang jemput kami. Dia juga pesan agar berhati-hati dengan barang dan juga pencopet. Babai abam. Kami akan merinduimuuuuu. Kami sampai sana lebih kurang pukul 4 pm waktu tempatan
  29. Maka, berakhirlah Sahara Desert Tour kami. fuhhhhhh

Nota Tambahan:
  • Harga makanan di sepanjang tour ini tidaklah terlalu mahal. Sebab sebelum aku datang sini, rata-rata aku baca kata harga mencengkam jiwa. Tapi Alhamdulillah, rasanya harga dia terkawal. Hampir sama je harga di Fez, Meknes, dan bandar lain yang kami singgah. Ini disyaki atas sebab low season.
  • Surau/Masjid jarang nampak. Atau mungkin tak singgah. Kebanyakkannya kami menumpang solat di restoren yang kami singgah. Adalah proper toilet dan bilik untuk solat. Alhamdulillah dipermudahkan. Sila rajin bertanya pada abam supir atau owner kedai makan tu.
  • Disebabkan tour ni banyak di kawasan pendalaman dan banyak orang gypsi, kekadang depa akan berniaga dan paksa-paksa beli sambil mengekor kita. Tapi tak laa keterlaluan. Boleh je diabaikan.
  • Public toilet semua OK. 
  • Di Sahara Desert, malamnya sangaaaaat sejuk dan tak de heater. Kalau pergi masa winter, sila bawa cukup kelengkapan ye. 
Maka, ini sajalah. Sekian.

Map pejalanan sepanjang tour 
Sapa kata Morocco negara paneh..4 season okeh.

Ben Smim. Tengok monyet. Ni dia penjual kekacang untuk bagi kat monyet tu

Tempat kaum Berber

Singgah sini sekejapan. Buang air je pun ngan shopping..haha

ehh tetiba dah naik unta. Aku ler tu

Kami berlima naik unta
yeahhhh khemah kami di tengah padang pasirun

Unggun Api

Tengok kami semua berselubung dengan selimut karpet. Tetap sejuk


Sesat di tengah Gurun Sahara
Menunggu Sunrise

Ait Ben Haddo dari kejauhan

Tudra Gorge - Tinggi giler. Amazing sangat

Bilik di Riad Tazawa

Riad Tazawa

Pandai tak guide kami ambil? terus fefeeling model

Ehhh tetiba nak tunjuk hasil dagangan masa dalam perjalanan ke Ait Ben haddou

Dia buat lukisan guna bahan semulajadi, lepas tu bakar. Baru naik color dia

List pengammbaran yang pernah di buat di Ait Ben Haddou nie

Ait Ben Haddou dari kejauhan

Makan di atas puncak gunung Atlas

opocot..dah sampai Marrakesh!





2 comments:

  1. Your blog is incredibly fascinating! We are delighted to learn about your wonderful experience in Morocco. Thank you wholeheartedly for sharing it with us.

    ReplyDelete