Friday 21 December 2018

Incredible India - Part 4 : Srinagar

SRINAGAR

Berikut adalah beberapa tempat yang sempat kami terjah semasa di Srinagar. Kami pusing pekan ini pada hari pertama sampai dan juga hari terakhir di Srinagar. Hari pertama tu agak suram-suram sikit cuaca. Tapi alhamdulillah sangat hari terakhir tu cuaca sangat baik.


1. Nehru Memorial Botanical Garden
Bayaran masuk cuma 24rp. Tempatnya lawa, cuma winter baru je dah nak abis, maka pokok-pokokpun baru laa tumbuh. Kalau datang masa Spring ni, confirm meroyan tengok bunga-bunga. Kami pusing dekat-dekat je sebab penat baru sampai kan.




lawa sangat!

2. Heritage Mughal Garden Nishat
Bayaran masuk pun 24rp. Sama je rupa semua taman sini. Togel sebab pokok baru nak muncul. Sebenarnya lawa je sebab background dia gunung ganang kan. Lepas tu dia mengadap Dal Lake lagi. Memang lawa la. Ni pun kami tak naik sampai jauh-jauh. Hahah penat laa wei. Kalau cross jalan raya, jumpa Nishat Shopping Complex. hihik.



3. Pari Mahal Mughal Garden
Bayaran masuk adalah 24rp. Tentera adalah biasa di sini. Ada di mana-mana. Pegang senapang je sokmo. Jangan pulak kita buat muka panic ke apa. Watlek je ye. Di sini pemandangan dia memang ohsem. Gambar aku je yang kurang ohsem. Dengan gunung ganang, bangunan dia...memang masuk laa. Kira ini tempat wajib pergi. Taman botanical ngan Nishat tadi cuma sunat je tau. hahaha





Pakcik tu tengah solat tau


4. Masjid Hazratbal
Masa pergi sini, aku rasa dia macam sama je dengan masjid-masjid lain. Ada ruang untuk orang perempuan di belakang. Terletak bersebelahan Dal Lake. Ini aku baru baca pasal sejarah masjid ini. 

"Ramai penduduk di sini percaya masjid ini mengandungi rambut Nabi Muhammad . Kata Hazrat bererti suci atau megah. Bal bermaksud tempat. Menurut lagenda , rambut Nabi Muhammad tersebut pertama kali dibawa ke India oleh Syed Abdullah, seorang keturunan Nabi Muhammad yang telah meninggalkan kota Madinah dan menetap di Bijapur, dekat Hyderabad pada 1635. Apabila Syed Abdullah meninggal dunia, anaknya Syed Hamid telah mewarisi relik rambut suci tersebut. Lantaran penaklukan Empayar Mungal ke atas kawasan tersebut, Syed Hamid telah meninggalkan estet kepunyaan keluarganya turun temurun. Beliau juga merasa sukar untuk menjaga relik suci tersebut lalu menjualkannya kepada seorang saudagar Khasmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai".
Sumber : wiki







5. Masjid Shah Hamadan
Dikatakan masjid tertua di kashmir. Memang kalau tengok rekabentuk dia pun nampak macam tradisional. Guide kami cakap, dia baru lepas kena petir. Dia percaya Allah bagi amaran pada semua orang Islam. Masjid ni perempuan tak boleh masuk. Maka kami lepak kat luar je la.

"Khanqah-e-Moula, also known as Shah-e-Hamadan Masjid and Khanqah mosque in Jammu and Kashmir. This mosque is situated on the right bank of River Jhelum in Zainakadal (earlier known as Alauddinpora) and can be approached through the road as well as the river.

The Khanqah-e-Moula was the first mosque to be built in Srinagar and stands atop the ruins of the original Kalleshwari Temple"
Sumber: wiki





Kesan kena petir

6. Masjid Jamia
Masjid ni cantik sangat dan terasa aman damai je. Dalam dia ada banyak tiang macam masjid nabi.

"Jamia Masjid (Urdu: جامع مسجد سرینگر‬‎) is a mosque in Srinagar, Jammu & Kashmir, India. It is situated at Nowhatta in the middle of the Old City, and was built by Sultan Sikandar Shah Kashmiri Shahmiri in 1394 CE, under the order of Mir Mohmmad Hamadani, son of Mir Sayyid Ali Hamadani.[1] Sultan Sikhandar's son Zain-ul-Abidin extended the Jama Masjid by including turret. It has similarities to Buddhist pagodas and is constructed in Persian style. Jamia Masjid is located in a historical area (famous as "Downtown AreaS) which also was central zone to the religio-political life in Srinagar."
Sumber: wiki




7. Badam Vaer / Badamwari Garden
Sebenarnya tempat ini langsung takde dalam kepala aku. Dan aku pun tak pernah terbaca. Selalu terbaca yang tulip garden je. Lebih kesal sebab talip garden tu tutup. Dia bukak selepas seminggu kami balik ke Malaysia. Masa dapat tau date tu, sedih laa jugak tapi pasrah. 

Lupa harga masuk dia berapa. Tapi rasanya sama je 24rp. Masuk je taman ni terus mulut aku melopong. MasyaAllah cantik giler. Terus fefeeling cherry blossom youalls. Dengan cuaca yang sedang elok. Bunga-bunga tengah mula nak kembang. Orang pun tak ramai sangat. Mungkin early Spring kan. Maka puas laa kami meroyan sesama sendiri. 

Taman dia cantik. Well maintain. Semua tersusun. Lepas tu jangan gatal-gatal nak pegang bunga tu ye..ada yang kena preeeettt dengan abam jaga yang tetiba je ada. hihik. 

Cantik giler kan. picnic best nie

Saujana mata memandang


Sila baca sejarah dia..
Hello Cik Rama...



Langit membiru, gunung ganang dan bunga-bunga..subhanallah!

Dan lagi

Ehhhhh tetiba jadi cam retis kawan aku nie
Masa dah nak balik tu, dah mula ramai orang. Tetiba ada pulak station tv mana ntah tahan kami. Dia nk interview pasal taman ni laa. Ai is OhMyEnglish sangatkan. Maka, tolak laa awek yang persis retis ni mewakili Rakyat Malaysia. Bukan ni saja tau. Ada 2-3 lagi station tv nak interview. Tapi kami rijek laa yang lain tu. Kasi peluang kat orang lain plak..hahahahah. Sayang tak tau masuk tv mana. Kalau tak boleh record..kakakah.

8. Dal Lake / Shikara Ride
Ni kira macam wajib pergi laa kalau datang Kashmir. Walaupun dia cuma sampan biasa je yang kat Malaysia pun banyak. Harga berapa? Ikut nasib korang sebenarnya. Ada yang dapat murah ada dapat mahal. Kalau terkena mahal tu, korang niat je laa sedekah.. hihihik. Kesian tau tengok muka pakcik-pakcik ni mendayung tau. 

Masa ni rasa panas giler. Hangus kot muka aku. Tetiba aku rasa sampan ni lambat giler bergerak. Niat nak naik masa sunset tapi abam supir malas nak layan. Kita terjah je la tengah2 hari rembang nie. Tapi pemandangan dia, memang lawa sangat. Ohsem ok. Pakcik tu siap petik bunga teratai bagi kami. Layan kan je laa. Tapi aku tak boleh tengok ke bawah tasik tu. Scary!!! terbayang-bayang je ada benda tarik aku ke bawah. Sebab dia penuh dengan akar / batang pokok teratai tu.



bukan nak tunjuk sangat teratai tu..sila focus pada cincin yang baru beli tu ye





Sebenarnya banyak juga tempat lain yang kami singgah. Macam kedai-kedai dried fruits, kain-kain, cenderamata. Abam guide bawak sana. Ikut je laaa. Kalau mampu beli, tak mampu tengok-tengok je la. 


No comments:

Post a Comment