Monday 31 December 2018

Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur

Ada yang panggil Taman Eko Rimba.. Ada yang panggil Hutan Simpan Bukit Nanas. 
Panggil lah apa saja, sama je tempat dia.

Disebabkan dia terletak betul-betul tengah bandar KL, agak susah kami warga yang jauh nak terjah. Disebabkan cuti Krismas hari tu, jalan semua kosong, maka moh laa terjah.

Masuk percuma je. Kami sampai pukul 8. Nak parking mencabar sikit sebab tak jumpa tempat parking. Disebabkan KL lengang je hari tu, kami belasah je parking belakang Maybank (dalam kotak parking la ye). Kalau bukan musim cuti, mau meraung nak pusing-pusing mencari parking. So kena laa berjalan jauh sikit nak ke sini. 

Rasanya tarikan utama dia adalah canopy walk tu. Ok laa..panjang juga canopy walk dia dan dijaga dengan elok. Ada juga denai-denai yang simple. Dah siap berturap, berkayu dan mudah untuk dilalui. Kat area tu ada juga tempat untuk berkhemah. Luas juga laa kawasan tu. 

Nanti-nanti akan nampak Menara KL. Sebab memang sebelah je pun Menara KL tu. Dan akan nampak juga Sek Men Keb Convent Bukit Nanas. Almaklum laa tengah bandar kan. hihihik

Masa balik tu kami singgah laa Galeri Interaktif kat pintu masuk utama sini. Percuma juga. Dah percuma tu, paham-paham laa..Tak de la besar mana. Cukup laa untuk berehat sekejap lepas penat berjalan tadi... heheh Penat ke? Keseluruhannya kami ambil masa sejam je untuk pusing-pusing semua denai tu. Canopy walk tu kami ulang sampai 2x. Masa balik tu baru ramai orang datang. 

Maka, ayoh warga kota kalau tak tau nak ke mana atau dah bosan joging kat keliling tasik, mai laa datang sini ambil udara segar sikit.


Pintu masuk utama

Signboard nak p mana dulu. Pilih je. Jangan risau...x kan sesat punya..insyaallah
Denai Penarahan

Denai Merawan

Area berkhemah

Area berkhemah

Oh I love this

Denai Bamboo rasanya

Denai Suboh

Cak... Menara KL

SMK Convent Bukit Nanas

laluan ke canopy walk

Tinggi juga tapi sebab dia tegap dan tak goyang-goyang ..maka x takut



Galeri Interaktif

Antara dalam galeri tu


Thursday 27 December 2018

Incredible India - Part 5 - Pahalgam

Hari ini kami akan ke Pahalgam
Katanya akan naik kuda / ponny dan salah satu tempat shooting cerita Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan tu.
Moh laa kita.

Cuaca pagi tu macam-macam suram je..harap cuaca baik laaa.
Sebelum sampai ke destinasi, banyak gak tempat lain yang kami singgah. Seperti kedai jual kekacang laa, pokok rhu laaa, sungai laaa.. dah semua tempat rasa cantik. Kena laa singgah. Tapi yang paling tak menahan adalah ladang mustard. Alaa pokok-pokok yang warna kuning tu. Cuma abam supir kata later..masa balik singgah. Ok..harap bersabar semua.

Di Pahalgam, abam supir dah bagitau awal-awal berapa harga yang kena bayar. Nak tambah pembantu tu (panggil apa ntah) kena la bayar lagi. Kami amik 3 orang je. Disebabkan kawan aku agak ketakutan, dia memang upah sorang jaga dia. Maka terpaksa laa aku acah-acah lagak Qabil Ambak. Bawak ponny tu bersendirian. Serius wehhh.. Dah laa ponny aku tu macam nakal sikit. Jalan tak tentu arah. Lepas tu suka ikut tepi-tepi lereng bukit. Sakit jantung mak. Memula tu memang stress sebab aku keras kan badan nak melawan si ponny tu. Tapi lepas tu aku dah pandai dah.. Aku ikut je lagak si ponny tu..Masa tu memang terbayang aku masuk sukan Olimpik je wehhh. Ganti Qabil..kakakkah.

Satu perkara yang aku tak suka naik ponny ni. Dia 'melepas' tak berhenti. Terganggu fikiran aku. Lagi terganggu bila tengok kawan dia yang depan tu melepas. Stresss tauuuuu. Dah laa aku bukannya pencinta haiwan sangat. #pasrah

Sampai kat puncak tu, ada tempat Baisaran Valley. Masuk tu kena bayar berapa ntah. Murah je la tapinya. Elok sampai sana ujan turun. Agak lebat juga. Nak tak nak terpaksa kami melepak kat kedai tepi tu. Order laa Kasmiri Tea ngan maggie buat buang-buang masa. Masa tu dia kasi Kashmir's Kangir (traditional fire pot). Tapi tak maunya rasa panas..hahahha. Masa ini jugak banyak penjual jual barang macam kashmiri scaves laaa, kain laa. Agak annoy laa juga sebab dah kata tak nak masih lagi memaksa-maksa. Emmmmmm. Dah abih ujan, kami posing laa sikit-sikit. Jangankan tidak. Cantik cuma baru lepas ujan, kurang laa skit umph dia.

On the way balik tu baru singgah ladang mustard tu. Tepi jalan je pun. Tapi dia punya happy tu macamkan hapeee...hahahaha. Dah lama aku mengidam nak posing ngan bunga kuning nie wehhhh. Lega dapat. hahah


Merenung keluar jendela kereta

Lagu yang abam supir pasangkan. Sedap2 tau lagu dia

Pokook semua togel sebab winter kan

pun togel kebun epal dia nie

Adik manis pergi sekolah

Saujana mata memandang

Kebun rhuuuu
Cantik sebenarnya area nie.

Kedai jual kekacang / dried fruits

borong jangan tak borong

yesss..akhirnya ladang mustard

Ya Allah..cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Aku makin meroyan

Ehhh tetiba ada orang kutip tol..hihihik

Heater kat restoren..pakai tong gas uolllsss (tapi x panas2pun..rosak agaknya)
ponny riding @ pahalgam

The Team

Lepak sekejap kat Baisaran ni. Sebab ujan. Sebelah tu heater tradisional ye

Tu kerusi hijau yang paling epic

Ada belon la apa la bawah tu..kami tak turun pun

Friday 21 December 2018

Incredible India - Part 4 : Srinagar

SRINAGAR

Berikut adalah beberapa tempat yang sempat kami terjah semasa di Srinagar. Kami pusing pekan ini pada hari pertama sampai dan juga hari terakhir di Srinagar. Hari pertama tu agak suram-suram sikit cuaca. Tapi alhamdulillah sangat hari terakhir tu cuaca sangat baik.


1. Nehru Memorial Botanical Garden
Bayaran masuk cuma 24rp. Tempatnya lawa, cuma winter baru je dah nak abis, maka pokok-pokokpun baru laa tumbuh. Kalau datang masa Spring ni, confirm meroyan tengok bunga-bunga. Kami pusing dekat-dekat je sebab penat baru sampai kan.




lawa sangat!

2. Heritage Mughal Garden Nishat
Bayaran masuk pun 24rp. Sama je rupa semua taman sini. Togel sebab pokok baru nak muncul. Sebenarnya lawa je sebab background dia gunung ganang kan. Lepas tu dia mengadap Dal Lake lagi. Memang lawa la. Ni pun kami tak naik sampai jauh-jauh. Hahah penat laa wei. Kalau cross jalan raya, jumpa Nishat Shopping Complex. hihik.



3. Pari Mahal Mughal Garden
Bayaran masuk adalah 24rp. Tentera adalah biasa di sini. Ada di mana-mana. Pegang senapang je sokmo. Jangan pulak kita buat muka panic ke apa. Watlek je ye. Di sini pemandangan dia memang ohsem. Gambar aku je yang kurang ohsem. Dengan gunung ganang, bangunan dia...memang masuk laa. Kira ini tempat wajib pergi. Taman botanical ngan Nishat tadi cuma sunat je tau. hahaha





Pakcik tu tengah solat tau


4. Masjid Hazratbal
Masa pergi sini, aku rasa dia macam sama je dengan masjid-masjid lain. Ada ruang untuk orang perempuan di belakang. Terletak bersebelahan Dal Lake. Ini aku baru baca pasal sejarah masjid ini. 

"Ramai penduduk di sini percaya masjid ini mengandungi rambut Nabi Muhammad . Kata Hazrat bererti suci atau megah. Bal bermaksud tempat. Menurut lagenda , rambut Nabi Muhammad tersebut pertama kali dibawa ke India oleh Syed Abdullah, seorang keturunan Nabi Muhammad yang telah meninggalkan kota Madinah dan menetap di Bijapur, dekat Hyderabad pada 1635. Apabila Syed Abdullah meninggal dunia, anaknya Syed Hamid telah mewarisi relik rambut suci tersebut. Lantaran penaklukan Empayar Mungal ke atas kawasan tersebut, Syed Hamid telah meninggalkan estet kepunyaan keluarganya turun temurun. Beliau juga merasa sukar untuk menjaga relik suci tersebut lalu menjualkannya kepada seorang saudagar Khasmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai".
Sumber : wiki







5. Masjid Shah Hamadan
Dikatakan masjid tertua di kashmir. Memang kalau tengok rekabentuk dia pun nampak macam tradisional. Guide kami cakap, dia baru lepas kena petir. Dia percaya Allah bagi amaran pada semua orang Islam. Masjid ni perempuan tak boleh masuk. Maka kami lepak kat luar je la.

"Khanqah-e-Moula, also known as Shah-e-Hamadan Masjid and Khanqah mosque in Jammu and Kashmir. This mosque is situated on the right bank of River Jhelum in Zainakadal (earlier known as Alauddinpora) and can be approached through the road as well as the river.

The Khanqah-e-Moula was the first mosque to be built in Srinagar and stands atop the ruins of the original Kalleshwari Temple"
Sumber: wiki





Kesan kena petir

6. Masjid Jamia
Masjid ni cantik sangat dan terasa aman damai je. Dalam dia ada banyak tiang macam masjid nabi.

"Jamia Masjid (Urdu: جامع مسجد سرینگر‬‎) is a mosque in Srinagar, Jammu & Kashmir, India. It is situated at Nowhatta in the middle of the Old City, and was built by Sultan Sikandar Shah Kashmiri Shahmiri in 1394 CE, under the order of Mir Mohmmad Hamadani, son of Mir Sayyid Ali Hamadani.[1] Sultan Sikhandar's son Zain-ul-Abidin extended the Jama Masjid by including turret. It has similarities to Buddhist pagodas and is constructed in Persian style. Jamia Masjid is located in a historical area (famous as "Downtown AreaS) which also was central zone to the religio-political life in Srinagar."
Sumber: wiki




7. Badam Vaer / Badamwari Garden
Sebenarnya tempat ini langsung takde dalam kepala aku. Dan aku pun tak pernah terbaca. Selalu terbaca yang tulip garden je. Lebih kesal sebab talip garden tu tutup. Dia bukak selepas seminggu kami balik ke Malaysia. Masa dapat tau date tu, sedih laa jugak tapi pasrah. 

Lupa harga masuk dia berapa. Tapi rasanya sama je 24rp. Masuk je taman ni terus mulut aku melopong. MasyaAllah cantik giler. Terus fefeeling cherry blossom youalls. Dengan cuaca yang sedang elok. Bunga-bunga tengah mula nak kembang. Orang pun tak ramai sangat. Mungkin early Spring kan. Maka puas laa kami meroyan sesama sendiri. 

Taman dia cantik. Well maintain. Semua tersusun. Lepas tu jangan gatal-gatal nak pegang bunga tu ye..ada yang kena preeeettt dengan abam jaga yang tetiba je ada. hihik. 

Cantik giler kan. picnic best nie

Saujana mata memandang


Sila baca sejarah dia..
Hello Cik Rama...



Langit membiru, gunung ganang dan bunga-bunga..subhanallah!

Dan lagi

Ehhhhh tetiba jadi cam retis kawan aku nie
Masa dah nak balik tu, dah mula ramai orang. Tetiba ada pulak station tv mana ntah tahan kami. Dia nk interview pasal taman ni laa. Ai is OhMyEnglish sangatkan. Maka, tolak laa awek yang persis retis ni mewakili Rakyat Malaysia. Bukan ni saja tau. Ada 2-3 lagi station tv nak interview. Tapi kami rijek laa yang lain tu. Kasi peluang kat orang lain plak..hahahahah. Sayang tak tau masuk tv mana. Kalau tak boleh record..kakakah.

8. Dal Lake / Shikara Ride
Ni kira macam wajib pergi laa kalau datang Kashmir. Walaupun dia cuma sampan biasa je yang kat Malaysia pun banyak. Harga berapa? Ikut nasib korang sebenarnya. Ada yang dapat murah ada dapat mahal. Kalau terkena mahal tu, korang niat je laa sedekah.. hihihik. Kesian tau tengok muka pakcik-pakcik ni mendayung tau. 

Masa ni rasa panas giler. Hangus kot muka aku. Tetiba aku rasa sampan ni lambat giler bergerak. Niat nak naik masa sunset tapi abam supir malas nak layan. Kita terjah je la tengah2 hari rembang nie. Tapi pemandangan dia, memang lawa sangat. Ohsem ok. Pakcik tu siap petik bunga teratai bagi kami. Layan kan je laa. Tapi aku tak boleh tengok ke bawah tasik tu. Scary!!! terbayang-bayang je ada benda tarik aku ke bawah. Sebab dia penuh dengan akar / batang pokok teratai tu.



bukan nak tunjuk sangat teratai tu..sila focus pada cincin yang baru beli tu ye





Sebenarnya banyak juga tempat lain yang kami singgah. Macam kedai-kedai dried fruits, kain-kain, cenderamata. Abam guide bawak sana. Ikut je laaa. Kalau mampu beli, tak mampu tengok-tengok je la.