Thursday 10 August 2017

Mendaki Penang Hill

Aku ada kerja sikit di Penang. Memula memang tak de semangat nak pergi. Tapi lepas bergosipan dengan kawan aku yang berada di Penang, terus teruja. Mana tak nye, kami plan nak hiking kat Penang Hill. Kawan aku ni pun kaki hiking gak. Alamak...kaki kewwwwwww :P

Sebab aku dah lama nak mencuba Penang Hill ni. Alang-alang ada kerja dan ia start malam, afdhal sangat laa aku menjongket dulu. Selalu kalau ada kerja luar, aku pasti akan singgah pejabat dulu. Kali ni memang niat nak tak nak masuk pejabat. Ambil tiket pagi.

Sampai hotel, rehat sekejap sambil tunggu kawan aku datang. Dia tumpang solat dulu. Plan asal nak panjat awal laa..dalam pukul 2 gitu. Tapi disebabkan aku ajak lagi sorang kawan aku, dah dia tak sampai-sampai pulak. Tunggu je laa. Lepas tu kami mencekik maggie udang kat padang kota. Sebab kebuluran. Tak laa sedap sangat dan mahal. Pasrah.

Kawan aku sampai je..terus kami pecut ke Penang Hill. Sebenarnya hari ini macam suram-suram sikit. Renyai dan fogging. Kami start mendaki melalui MoonGate. Disebabkan kami start dalam 3.30 petang, dah tak berapa ramai orang. Adoiiii.. awal-awal dah tangga meninggi. Terus mak semput. Mana tak nyee. Dah la baru lepas makan, pastu badan pun penat sebab awal dari Putrajaya tadi. Lepas tu, berapa kurun dah aku tak hiking sejak puasa dan raya ni. Penuh lemak dalam badan. Rasa dah menyesal jugak awal tuu. Melangkah longlai aku nak menapak. 

Lepas station apa ntah namanya, dah masuk laluan hutan, Jantung aku dah start terkawal. Langkah pun makin laju. Bila dah nak makin sampai tu, aku semput balik. Sebab lalu belakang rumah orang dan jalan tar. usshh sakit jantung. 

Akhirnya kami sampai puncak dalam pukul 6.00 petang gitu. Sebenarnya masa kami datang ni, keretapi tutup sebab under construction. Maka, abislah semua tempat pun tak de ramai orang. Dicampur pula kedai semua tutup pukul 6. Buhsan giler laaaa. Nasib baik masih ada orang jual air tepi jalan tu. Lega. 

Kawan aku solat sekejap dan pukul 6.45 gitu kami turun balik. Masa ni laa agak frust kenapa laa train under construction. Dah aku kene turun sendiri. Hari dah mula gelap, maka kami ambil keputusan guna tar road jek. Masa ni laaa rasa nak terjun gunung jek. Jalan tar ni mencunam-cunam. Lepas tu kaki tak boleh asyik break je. Sakit wehhhh. Ikutkan aku memang prefer guna jalan hutan. Tapi sebab dah gelap tak mau. Bahaya. Sana memang tak de lampu jalan tau sepanjang turun tu. Pelik jugak aku kenapa dia tak buat lampu jalan.

Masa turun ni ada insiden sikit. Ada monyet ni mengacau. Acah-acah anje menyakat kami. Kawan aku laaa super power..dibalingkan iphone 7 hala ke monyet tu...tapi kena jalan tar laa..nasib baik juga laa tak hancusss. Hahahhahahhahah. Aku pun takut gak..tapi tak laa sampai nak balik henpong. Tapi yang benonya, aku dah tak mampu nak berlari. Sakit kaki wehhhh.

Kami sampai bawah tu dalam pukul 8 gituuu. OK laaa. Target sampai bawah pukul 7 asalnya. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke bawah. 



Naik Airasia dar KUL-PEN

Bayview Georgetown

Maggie Udang yang berharga RM8. 2 Ketoi je yeeee
Awal-awal tu dah tangga..dan aku terus semput

Pit Stop 1

Acah-acah mencabar

Nak baca pun tak berapa selera

dah nak sampai puncak

Haaai la ketapi..kenapa ko tutup time ni



700++ je ketinggian tapi aku semput juga

Love-love-love


Solat duluuu

Moongate di waktu malam

Kesimpulan:
Aku rasa Penang Hill ni biasa-biasa je. Mungkin dalam kategori easy (untuk laluan yang aku lalu tu la). Cuma disebabkan aku dah lama giler tak hiking, terasa sangat kesemputannya. Lagi satu, ia di jaga elok oleh komuniti di sini. Siap ada tempat pit stop. Kat situ ada tandas, dan tempat nak beli air minuman. Peralatan gym pun ada tau. Cuma satu je yang kurang. Takde penanda macam cat merah ke, tali ke. Kebanyakan gunung yang aku panjat ada tanda. Maka tak la rasa cuak. Tapi mungkin sebab dia tak tinggi dan tak susah, depa tak buat laa. Untuk aku yang pertama kali, terasa-rasa la cuak sikit. Kena cuba laluan lain dan kena buat pagi-pagi di lain masa.


Dihari lainnya, kami jalan pusing-pusing area chowrasta. Jumpa pulak lorong cantik ni. Ada Majestik dan boleh nampak Komtar dari jauh. Lepas tu kami minum ais tingkap tepi jalan. Saja nak cuba. Rupanya ais tingkap ni air sirap, ada selasih kot, dan soda. Aku minum sikit je buat syarat yang aku pernah minum. Sebab aku order cendol. Sibbaek cendol dia sedap. Nyummm

Komtar Penang

Majestic ... lawa kan

Kedai Ais Tingkap

Sekian.

No comments:

Post a Comment