Friday 25 August 2017

Mendaki Gunung Nuang..Tapi ....

Anak aku dah lama bising nak panjat gunung..nak panjat gunung.
Akhirnya laki aku nak bawak pi Gunung Nuang. Katanya, kalau lepas Nuang boleh lah berangan panjat Kinabalu. Aku macam gentar sebab lama dah tak hiking. Last 2 week pi Penang Hill yang ala-ala Broga pun aku dah separuh nyawa. Emmmmm..belasah je laaa.

Hari yang dinantikan tiba. Bangun pukul 4 pagi. Mandi bersiap. Dalam pukul 5pagi gerak ke sana. Tiba di Ulu Langat dalam pukul 5.50 gitu. Banyaknya kereta. Tiba subuh tu pun dah susah nak cari parking. OK. Memula pergi tandas lepas tu pergi surau. Wowwww. I is kagum. Tandas dia ok. Tandas dia ada 4 tandas, 3 shower dan 1 changing room. OK sangat sebab free tau.  Surau dia pula super OK. Cantik. Rekabentuk rumah lama. Kemas dan bersih. Pengguna dia pun (masa itu) ok laa..xde laa tidur bergelimpangan ke, sepah-sepahkan telekong ke. Saya jatuh cinta.

Di sini, cuma perlu bayar RM1 je untuk masuk. Register tulis nama dalam buku log dia. Dalam pukul 6.30 pagi, kami pun mula bergerak.

Dalam 1km pertama, jalan berturap. Senang je laaa. Tapi still kena bukak torchlight. Lepas tu jalan denai. Pun masih senang. Kemudian, sampai lah kami ke satu kem perkemahan. Tak tau nama dia apa. Selepas itu, baru laluan agak mencabar la sikit. Sikit je laa.

Akhirnya kami sampai ke Kawasan Perkhemahan Lolo. Ramainya orang berkhemah. Patutlah parking penuh. Lama giler dah aku tak berkhemah. Sayang nak tinggalkan tilam yang sedap. huhuhu. Kami pun rehat sekejap kat sini. Laki aku sebok nak masak maggie. Makan dengan bekal nasi goreng yang aku dah masak pagi-pagi buta tu. Anak aku dah teruja nak mandi air terjun. Nasib baik masih terkawal.

Selepas rehat sambung hiking. Ok..Selepas kem lolo ni memang semput. Baru mendaki sedikit. Tapi dia punya tak la sehebat Gunung Datuk yang hampir 90degree mencanak. Setakat dalam 45degree jek. Masa ini anak aku dah start drama. Sebab dia teringat air terjun tu. Dok wirid dia tak nak naik..nak turun..nak turun..adeh. Tapi lega gak aku dalam hati sebab aku pun macam dah pancit. Ishh letih bebeno rasanya. Diam tak diam..akhirnya sampai jugak kami ke Dataran Pacat dalam pukul 12 gitu.

Lepak sekejap, amik-amik gambar dan turun balik. Tapi rasa ralat gak tak dapat naik sampai puncak. Lain kali je laa. Dah..jom turun balik. Masa turun ok..tapi makin lama makin sakit. Adoiii dia tangkap lutut wehhhh. Sengsara giler rasanya. Memang mencabar betul. Pepelan akhirnya sampai semula ke Kem Lolo. Masa aku sampai anak aku dah masuk dalam air dah. Laki aku plak sambung masa maggie lagi. Aku berehat je laaa. Serius sakit lutut.

Dah siap mandi, makan...kami sambung turun. Jumpa ada awek ni macam bertongkat. Tergelincir gamaknya. Emmm macam sengsara gak laa..Sebab aku yang sakit lutut ni pun rasa hazab nak mati. Akhirnya kami sampai kat bawah dalam pukul 3.30 petang gitu. Mandi kat toilet tu, solat dan balik. Masa dok tunggu2 tu..baru dapat line. Rupanya berkilo missed call. Masa kat atas tu, memang xde line. Rupanya ada kes internet down kat opis. Pass bilik server aku pegang. Dalam letih-letih tu, terpaksa laa jugak aku layan. Terus pergi opis..pung pang..pung pang... pukul 7 lebih aku sampai rumah. Adoiiii penatnyaa laaaaa. Dugaan sungguh laa.

Kesimpulan aku bagi Gunung Nuang. Rasanya dari segi route, memang ok sebab jalan dia clear. Lepas tu, banyak marking / tanda2 di pokok. Kiranya, kebarangkalian nak tersesat adalah sangat rendah. (Teringat Gunung Angsi...ada banyak juga area yang mencurigakan). Tahap kesukaran pun rasanya terkawal. Tapi aku rasa nak mati sebab dah lama berehat hiking. Rasanya Datuk dan Angsi lagi susah. Apapun, yang penting semasa hiking jangan lupa doa banyak-banyak, stay alert, jaga diri dan elakkan kecederaan. Dan lagi satu yang penting, JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA. issshhh masih ada yang berperangai tak paham bahasa ni. 


Di awal-awal perjalanan
korang nampak apa?


Sila baca signboard yang dipaparkan

Banyak sangat sampah sampai melimpah. Kalau camping, bawak la turun separuh. Jangan letak kat sini sampai melimpah

Dah mula jumpa air terjun

Campsite pertama

Route..tak berapa clear

Ni aku cilok dari internet, clear skit kan




kawasan ni sebenarnya cantik sangat

Masak maggie

Comel tak kulat nie

Ehhh dah sampai Dataran Pancat

Banyak je gazebo gini..nama Buluh Kasap laa buluh apa laa



Masa turun baru leh amik. Masa naik gelap


Sekian.

No comments:

Post a Comment