Thursday 20 July 2017

9 Things You’ll Regret in 10 Years

Jumpa ni dalam facebook: 9 Things You’ll Regret in 10 Years




Ada 9 perkara tetapi gambar di atas yang paling terkesan. hahahha. camne nak cakap eh. Sebenarnya aku bukan laa tak suka kerja aku. Rasanya aku memang suka dengan kerja aku. Tapi aku menyampah dengan persekitaran dan orang-orang yang aku hadap hari-hari. Rasa macam nak bagi penampo jek. Emmmm maka, sebenarnya apa masalah aku nie? huhuhu

Orang yang menyakitkan hati ni sememangnya ada di mana-mana kerja pun. Tapi cara nak hadapi dan berdepan dengan mereka ni yang kena ada ilmu. Aku ni senang sangat tertekan dengan perangai pinggang  pinggan mangkuk mahkluk-mahkluk nie... rasa macam nak bawak diri dan bercuti je terus..ehhhhh

Sekian, bebelan di pagi hari yang mulia ini.


Tuesday 11 July 2017

MAKSUD SEBENAR GELARAN DATO', DATUK, TUN, TAN SRI DAN SEBAGAINYA

Apa sebenarnya perbezaan gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri dan Sebagainya? Sebahagian besar pembaca mungkin masih kurang arif mengenai maklumat dan protokol berkaitan gelaran kehormat yang digunapakai di negara kita.

Jadi di sini penulis kongsikan sedikit pengetahuan yang ada secara ringkas kepada pembaca. Mungkin bermanfaat sebagai pengetahuan am dan info tambahan.


1. Mana Satu Ejaan Yang Betul? Datuk atau Dato’?



Persoalan ini sangat popular. Sebenarnya kedua-dua ejaan tersebut betul iaitu bergantung kepada Darjah Kebesaran yang dianugerahkan.



Bagi Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Melaka, ejaan gelarannya adalah Datuk.



Sementara penerima Darjah Kebesaran selain daripada 5 negeri/wilayah di atas, ejaan gelarannya adalah Dato’.



Walau bagaimanapun, bagi tujuan penyelarasan dan memudahkan pembacaan, kebiasaannya di media massa seperti akhbar dan televisyen, ejaan ‘Datuk’ digunakan secara umum.



Info tambahan: Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan tambahan Darjah Kebesaran Negeri yang baharu dan ejaan gelarannya adalah Dato tanpa tanda ( ' ) dihujungnya.



2. Gelaran “Tun” dan “Tan Sri” Hanya Dari Persekutuan



Gelaran “Tun” dan “Tan Sri” merupakan Darjah Kebesaran Persekutuan yang hanya dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.



“Tun” merupakan gelaran anugerah tertinggi negara dan lazimnya dikurniakan kepada Yang Dipertua Negeri, Ketua Hakim Negara, dan mantan Perdana Menteri. Isteri kepada "Tun" akan bergelar "Toh Puan".



Panggilan hormat bagi penerima anugerah ini dan pasangannya adalah Yang Amat Berbahagia (YABhg).



Bagi “Tan Sri” pula, ia merupakan gelaran kedua tertinggi dan panggilan hormat bagi anugerah ini sama seperti “Datuk” iaitu Yang Berbahagia (YBhg.). Isteri kepada "Tan Sri" akan bergelar "Puan Sri".



3. Panggilan Hormat Bagi Darjah Kebesaran Datuk atau Dato' Kurniaan Negeri



Secara umumnya, panggilan hormat bagi semua penerima Datuk atau Dato’ dari Persekutuan mahupun Negeri adalah sama iaitu Yang Berbahagia (YBhg.) Datuk/Dato' kecuali di dua buah negeri iaitu Johor dan Pahang.



Johor: Di Johor, bagi penerima Darjah Kebesaran Negeri Johor yang membawa gelaran Dato’, panggilan hormatnya ialah Yang Berhormat (YB) Dato' iaitu seperti panggilan hormat yang digunakan oleh Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh negara.



Pahang: Di Pahang, bagi para penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Dato' Sri atau Dato’, panggilan hormatnya ialah Yang Hormat (YH) Dato' Sri/YH Dato'.



4. Gelaran Dato’ Hanya Untuk Penerima Lelaki, Bukan Wanita



Benar. Tetapi hanya di Negeri Johor dan Selangor sahaja. Di kedua-dua negeri ini, gelaran Dato’ hanya digunakan oleh penerima lelaki.



Sekiranya yang menerima Darjah Kebesaran tersebut merupakan seorang wanita, gelaran yang digunakan adalah Datin Paduka (termasuk juga Datin Paduka Seri dan Datin Paduka Setia di Selangor).



Oleh yang demikian, di Johor dan Selangor, wanita yang bergelar Datin Paduka merupakan individu yang menerima sendiri Darjah Kebesaran tersebut dan bukannya bermaksud pasangan mereka mempunyai gelaran Dato’ Paduka.



5. Tiada ‘Datin’ Untuk Isteri Dato’ di Terengganu



Secara lazimnya, isteri kepada individu yang bergelar Datuk atau Dato’ akan memakai gelaran Datin. Namun begitu, bagi penerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu, isteri kepada Dato’ akan memakai gelaran To’ Puan (jangan keliru dengan gelaran ‘Toh Puan’ yang digunakan oleh isteri kepada suami yang bergelar ‘Tun’).



Info tambahan: Di Negeri Johor, gelaran rasmi bagi isteri yang suaminya bergelar Dato’ adalah Datin Dato’ (nama suaminya) dan bukannya menggunakan namanya sendiri.



6. Sarawak Antara Negeri Yang Banyak Gelaran Kebesaran Berbeza



Di Negeri Johor, bagi penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama mahupun Kelas Kedua, kedua-duanya membawa gelaran yang sama iaitu YB Dato’.



Begitu juga dengan Negeri Kelantan yang menggunakan satu sahaja gelaran iaitu YBhg. Dato'.



Tetapi di Negeri Sarawak, terdapat tujuh (7) Darjah Kebesaran yang membawa gelaran yang berbeza-beza iaitu:

  1. Pehin Sri
  2. Datuk Patinggi
  3. Datuk Amar
  4. Dato Sri
  5. Datuk
  6. Dato
  7. Datu


Nota: 'Datu' di Sarawak merupakan gelaran kehormat dan berbeza dengan penggunaan nama Datu yang diwarisi secara turun temurun oleh sesetengah keluarga di Sabah.



Antara gelaran yang digunakan di negeri-negeri lain adalah seperti berikut:

  • Kedah: Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri Diraja, Dato’ Seri Wira, Dato’ Seri, Dato’ Paduka, Dato’ Diraja, Dato’ Wira, Dato’
  • Selangor: Dato' Seri, Dato' Setia, Dato’
  • Perak: Dato’ Sri Diraja, Dato’ Seri Panglima, Dato’ Seri, Dato’ Pahlawan, Dato’
  • Pahang: Dato’ Sri Diraja, Dato’ Sri, Dato’
  • Negeri Sembilan: Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri, Dato’
  • Perlis: Dato' Seri Diraja, Dato' Seri Setia Diraja, Dato' Seri, Dato' Paduka, Dato' Wira, Dato' Pahlawan, Dato’
  • Pulau Pinang: Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri, Dato’
  • Sabah: Datuk Seri Panglima, Datuk
  • Melaka: Datuk Seri Utama, Datuk Seri, Datuk Wira, Datuk
  • Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Utama, Datuk Seri, Datuk


7. Hanya Dato’ Brunei Gelaran Dari Luar Negara Yang Diiktiraf Kerajaan



Darjah Kebesaran yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah yang dikurniakan oleh Ketua-ketua Negara Asing yang berdaulat, sembilan (9) DYMM Raja-raja Melayu serta empat (4) Yang Dipertua Negeri sahaja.



Oleh yang demikian, hanya Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Sultan Brunei sahaja merupakan satu-satunya dari luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.



Penutup



Oleh itu, gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh individu yang mengaku dirinya sebagai waris keturunan Maharaja Nusantara, Raja Majapahit, Sultan Negeri Pasir Berdengung, Raja Negeri Isketambola dan sebagainya merupakan satu penipuan dan pemberi serta penerima yang menyalahgunakan gelaran kebesaran tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Semoga memberi manfaat.


p.s.: maklumat ini saya copy paste dari babab.net. Tapi tengok banyak je web yang share info ini, maka tak pasti dari mana sumber asalnya.

Friday 7 July 2017

[Funweh Europe] Bunga-bunga Cinta

Sebenarnya ini kali pertama aku travel musim bunga / spring. Maka memang jakun lah juga tengok bunga cantik-cantik je tepi jalan ataupun taman. Aku bukan lah minah bunga, tapi suka je tengok bunga cantik-cantik nie. Rumah aku pun takde pokok bunga. Hehehe. 

Paling teruja tengok tulip. Ada je merata orang tanam tepi-tepi rumah. Cuma paling puas hati di Mirabell Garden di Salzburg. Banyak tulip dia termasuk lah bunga-bunga lain. Dan taman tu free je masuk. Paling mengecewakan adalah Tulip and Lemon Garden di Schonbrunn Palace. Dah la kena bayar 3.8eu, lepas tu bunga dia sikit je. Taman tu pun kecil. Kalau tahu... tak yah masuk sebab city selepas tu, bersepah je tulip. huuuuuu

Cuma sayang tak jumpa pokok cherry blossom. Seminggu sebelum pergi tu tengok kat IG, banyak kat Prague tengah kembang mekar. Agaknya, dah abis ataupun kami tak masuk taman dia kot. Sebab di tepi jalan, macam takde jek.

Ok. Lepas ni adalah amarah keras. Sebab semua bergambar je. Malas nak menulis panjang. Selamat melihat bunga.

Pariser Platz - Berlin
Teruja giler tengok tulip hitam / dark maroon
Museumsinsel - Berlin

Spandauer Vorstadt - Berlin. Tepi-tepi jalan je ni

Spandauer Vorstadt - Berlin. Tepi-tepi jalan je ni

Spandauer Vorstadt - Berlin. Tepi-tepi jalan je ni

Spandauer Vorstadt - Berlin. Tepi-tepi jalan je ni

Neuer Garten - Potsdam Berlin

Lucerne @ Luzern

Lucerne

Lucerne

Lucerne

Lucerne


Lucerne


Lucerne

La Vallee Paris

Disneyland Paris

Disneyland Paris

Prague

Dijual di Flea Market Prague. Macam jarang tengok kan bunga ni

Prague

Matching kan warna depa..tapi bunga tu rupanya plastik - Prague

Tumbuh liar di tepi train station Vienna

Tumbuh liar di tepi train station Vienna

Ini yang kena bayar masuk tengok tulip dan lemon - Vienna

Ini yang kena bayar masuk tengok tulip dan lemon - Vienna

Ini yang kena bayar masuk tengok tulip dan lemon - Vienna

Schonbrunn Palace Vienna

Vienna

Tepi jalan di Salzburg

Stadt Garten Salzburg

Tepi tingkap salah satu rumah di Hallstatt

Bunga di kuburan di Hallstatt

Bunga di kuburan di Hallstatt

Hallstatt

OK ini sangat chomeiii - Hallstatt

Mirabell Garden - Salzburg

Mirabell Garden - Salzburg

Mirabell Garden - Salzburg

Mirabell Garden - Salzburg

Mirabell Garden - Salzburg

Mirabell Garden - Salzburg

Mosquee de Paris

Mosquee de Paris

Mosquee de Paris

Mosquee de Paris

Mosquee de Paris

Menagerie du Jardin des Plantes - Paris

Menagerie du Jardin des Plantes - Paris

Lourve Museum Paris

Sekian.