Irau, Cameron Highland

Lamanya tak bersiaran. Sibuk serta dicampur penyakit M.
Ok. 1 April yang lalu, kami ke Cameron Highland. Niat utama adalah untuk menawan Gunung Irau. Untuk mendaki Irau ini, kena dapatkan permit dulu dengan Jabatan Perhutanan Pahang. Disebabkan Incik Suami pernah mendaki Irau tahun lalu, makanya dia ada contact person. Ikutkan, tarikh berkenaan telahpun penuh. Kalau dah penuh quota, memang dia tak bagi hiking. Suamipun pergi buat wang pos dan hantar surat ke Jabatan Perhutanan. RM10 je uolls. Kira mahal lah kalau nak dibandingkan dengan Gunung Datuk ke apa ke yang dekat-dekat sini. 

Pukul 12 malam kami bergerak ke Cameron. Seperti biasa aku tidur je sepanjang jalan. Sedar-sedar dah sampai Tanah Rata pukul 4 pagi. Sejuk giler weh. Sambung lagi tidur kat dalam kereta di parking masjid. Masuk je subuh, pergi solat. Ya Allah, bersih sangat masjid ni. Tak tau apa namanya (sebab lupa). Serius bersih. Tandas bersih, ruang solat bersih. Terus jatuh chenta.

Selepas solat, pergi makan nasi lemak. Anak aku dah ternampak plak sosej. Adehhhh..beriya dia nak. Dah tak dapat nak dihalang-halang lagi..Dalam hati dok kata..abis laaa. (dia alergik ayam. kalau makan kompom naik gatal/eczema dia). Selesai makan terus ke Mossy Forest. Nak pergi sana sama macam nak pergi Boh Tea Plantation Sg Palas. Cuma dia lagi ke dalam. Silap-silap gaya kalau tak berapa pandai bawak kereta, boleh terbabas. Sebab laluan dia macam muat satu kereta je.

Posing lebih kurang, kami terus mula hiking pukul 8 pagi gitu. Sebabnya masa tu dah mula banyak kereta / truck datang. Aku malas laa kalau ramai-ramai. Nanti sesak. Alhamdulillah pagi ni cuaca nampak ok. Sebab seminggu lepas asyik ujan je (tengok ramalam). Bismillah.

***
Dua bulan kemudian....
uaaarggghhhh
aku dah x leh membebel dalam tulisan dah. langsung xde idea. yang pastinya jangan laa panjat Irau kalau musim ujan. Sengsara dia hanya tuhan yang tauuu. Melawan selut tu...memang hilang sabar. Rasa berat segala badan. Kami sampai puncak dalam pukul 12-1. Rehat kejap dan turun balik. Masa naik ok lagi. Masa turun tu...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Memang abis satu badan rasanya. Sampai parking dalam pukul 5-6 petang. 

Masalah utama naik Irau ni ialah, dia takde tandas ke paip ke kat starting point tu. Punya laa leceh. Macam aku dah penuh selut satu badan. Pepandai laa nak adjust supaya tak kotor kereta. Lepas tu tumpang cuci kaki masa laluan turun tu. Ada alur kecik. Masa tu dah petang dan ujan. Tuhan je tau betapa sejuk nya air tuu. Ingat nak air panas je masa ni..Otak tak boleh proses.

Eh dah laa..aku penat dan tak larat menulis. Posa ni.hahahahha. Tengok je la gambo. Gambar pun ala-ala je..sbb tak boleh nak keluarkan hp. tangan penuh selut.


Lupa plak nama masjid ni..area tanah rata

Dah sampai starting point

Penting ni...dah boleh start panjat tangga

Banyak signboard ni sepanjang track berkayu ni

Selamat Pagi Cameron!

ok... 2000M dah..heheh

haaa ni la laluan berkayu tu. dalam 1km kot

awal-awal dah ada pemandangan cenggini

Pokok tumbang.

Pondok ni..masa balik punya la berkurun nak jumpa. terasa jauh giler

ok..ok..jangan putus asa

Ohhh igauan ngeri sungguh...dah mula jumpa kawasan berlopak

Adehhh..kat mana-mana ada je yang kurang beretika..grrr

Penuh lumut kat pokok

Ok...jangan risau..x lama je lagi

Sebenarnya nak amik gambar bunga merah tu..

Ehhh..ni gambar kat puncak dah nie..selamat makan selut

Periuk kera pun banyak kat atas tu. kera je tak de

aku suka pokok ni

Periuk kera lagi

lawa plak rasanyaa

Lawaaaaa

Lawa juga

Super lawa

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya