Wednesday 19 April 2017

Cara Melakukan Sujud Sahwi

CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI

Maksud sahwi adalah lupa.

Dari segi syarak bermaksud terlupa sesuatu ketika dalam solat.

Sebab-sebab diharuskan sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
  • Kerana kelebihan
  • Kerana ragu-ragu
  • Kerana kekurangan

Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.

Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.

[+] Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

[+]Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah satu sunat aba'ad seperti tahiyat awal atau doa qunut.

Cara Melakukan Sujud Sahwi

  1. Selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam, bersujudlah sambil mengucapkan takbir "Allaahu Akbar" dan ketika sujud baca ini:

    سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ 
    
    Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
    Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

  2. Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.
  3. Sujud sekali lagi sambil mengucap takbir, dan baca tasbih sujud seperti no 1.
  4. Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).
  5. Akhir sekali beri salam ke kanan dan kiri


Post ini saya copy paste dari http://www.adibsite.com