Thursday 26 January 2017

Menjelajah Bukit Batu Putih, Port Dickson

Banyak kali juga nampak orang post mendaki Bukit Batu Putih di Port Dickson. Eh...tapi kat signboard tulis Melaka. Sekarang ni PD ke Melaka? Hehehe. Sempadan sangat dah ni. Pembuka aktiviti mendaki tahun 2017 kami mulakan ke sana. Seperti biasa, memang tiada perancangan awal. Bangun subuh baru buat keputusan nak ke sana. Bila dah sampai PD baru buka waze sebab tak tau kat mana. Waze bawa kami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Ooooh ramai yang parking tepi jalan. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni bersebelahan dengan Ilham Resort.  Di kaki bukit tu, ada penjaga hutan rekreasi dan kena bayar RM1 seorang ye. 

Disebabkan aku takde buat kajian pun pasal Bukit Batu Putih ni, macam tak de apa-apa expectation pun. Layan kan je dan ikut je ramai-ramai makhluk kat sana tu. Permulaan tu, jalan berturap elok je. Tak sampai dalam 1km dah sampai ke rumah api Tanjung Tuan. Berkunci. Tengok-tengok dari luar je la. Lepas tu kami terus mara ke hadapan. Tengok sign-board tunjuk ke 'Rintis Ke Pulau Intan'. Emm jom la layan. dah separuh jalan, tanya-tanya laa orang lain yang dari bawah, ada apa di sana. Rupanya dia turun ke pantai. Trek yang ini agak sukar juga. Masa pergi menuruni tangga sebab nak ke pantai kan. Aku dalam hati tertanya juga di mana Bukit Batu Putih nya. Bila sampai ke sana, lawa juga pantainya tapi macam takde orang mandi manda.

Tengok-tengok lebih kurang kami naik semula. Haaa..part ni aku menyampah sebab kena mendaki. Nasib baik dah memang trek dia bertangga. Semput juga la mak. hehehe


Awal-awal masa mula masuk ke Tanjung Tuan
Ada gazebo sebelum naik ke Rumah Api

Haaa..ni la rumah apinya. Tutup ye.

Sepanjang laluan ke Pulau Intan

Kalau rajin baca ye..aku tak baca pun.heheh



Signboard yang aku susah nak baca..heheh
Dah boleh nampak pantai dari sini

Ada pemegang juga di kebanyakan trek

Tempat berehat sekejap pun ada

Sesetangah pokok ada bertanda. Dapat lah kenal jenis pokok

Laluan ke pantai


Curam sebenarnya laluan ini. 

Cuma seketul je kulat. Musim panas masa ni

Dah sampai area pantai

Cantik juga pemandangan pantai dia

Lawa kan

Air pun bersih. Cuma takde rasa nak mandi

Bila dah sampai atas, kami ingat nak sambung trekking ke sebelah kiri (semasa naik). Nampak ada laluan ke sana. Mungkin kat situ kot Bukit Batu Putih nya. Tapi depan gazebo Rumah Api tu, aku nampak orang keluar dari celah hutan tu. Aku pun tanya la adik-adik tu, ni laluan ke mana. Kata mereka ini la laluan ke Bukit Batu Putih. Laaaaaa..dengan takde signboard nya. Nasib baik aku gatal mulut tanya. Kalau tak sesia datang jejauh tak dapat ke sana. hehehe. Tapi jangan risau, memang ada laluan dia. Macam kebun getah je. Senang je. Kiranya tak mencabar langsung. Penat lagi turun tangga naik tangga ke Pulau Intan tadi. 

Laluan ke Bukit Batu Putih

Ehhh Dah sampai. Tu je tanda kita dah sampai. Kalau tak mendongak tak nampak tauuu

Pemandangan dari puncak Batu Putih

Banyak pokok bunga ni kat sana. Lawa...

Laluan balik dari Batu Putih

Ehhh Kami dah nak balik.


Kemudian, kami sambung balik ke laluan di sebelah kiri tu pula. Jalan dia elok je la. Separuh jalan jumpa orang. Tanya ada apa di sana. Dia kata ada pantai. Ramai orang mandi dan lawa. Emmmmm di sebabkan dah penat, kami decide balik je la. Hahahhaa. Sebab nampak macam jauh je lagi. Mau macam nak ke Pulau Intan tadi tuuu. Lain kali laa datang semula. Keseluruhan kami berjalan / trekking dalam 5km. lenguh juga la kaki nie. Sebenarnya cantik pemandangan di Batu Putih tu. Tapi disebabkan masa tu agak ramai orang di puncak tu, aku malas nak ambil gambar. Cantik sebab boleh nampak pantai dan laut kan. Ini masalah yang aku selalu hadapi bila hiking terutamanya di bukit-bukit yang menjadi tumpuan ramai ni (aka agak senang untuk hiking). Kebanyakkan mereka sangat suka bergambar. Sampaikan ambil 500juta kali gambar. Macam bukit tu mereka yang punya. Langsung tak sensitif dengan keadaan sekitar. Pada pendapat aku, bergambar la ala kadar. Tengok laa kiri kanan. Kalau nak ambil sampai 500 juta kali tu boleh. Kasi laa orang lain dulu, lepas tu korang sambung laa balik. Lagi satu, dah tau area puncak tu sempit, beringat lah. Jangan laa nak posing canggih-canggih sangat. Kang terjun gaung baru tau. Emmmm macam-macam manusia ni.

Sekian, adios.


No comments:

Post a Comment