Broga Kesekian Kalinya Dengan Laluan Baru

Dalam banyak-banyak bukit / gunung yang hendak didaki, aku memang nak elakkan Broga ni. Sebab utamanya level dia untuk beginner. Bila untuk beginner, ramailah makhluk yang hendak mendaki. Keduanya, ia dekat dengan Kuala Lumpur, Putrajaya dan lain-lain. Walaupun parkir disediakan agak luas, ia penuh sesak sampai ke luar. Cuma kena bayar RM3 per entry.

Tapi memandangkan minggu ini bosan dan rasa malas nak pergi jauh, kami terjah juga sebab nak merasa new trail yang diceritakan. Kami bertolak selepas subuh dan parking ditepi jalan. Gratis. hehe

Apa perbezaan new trail dengan yang lama:
  1. Lalu kawasan kebun getah sekejap
  2. Kemudian, semuanya padang rumput
  3. Track bertangga telah dibuat. Memudahkan untuk mendaki. 
  4. Track juga jelas cuma perlu ikut sahaja. Dan jangan memandai nak buat laluan sendiri
  5. Agak senang banyak berbanding trail terdahulu.


Memandangkan Broga ala-ala hot untuk beginner yang baru nak mencuba untuk hiking, ni akak nak bagi pesanan sikit ye. Ini berdasarkan pemerhatian akak ye, bukan tuduhan melulu. Ia mungkin betul atau mungkin tak betul pada sesetengah keadaan.
  1. Ikut laluan yang telah ditetapkan. Kalau terasa macam konfius, jangan terjah je. Tanya-tanya la pada pendaki yang lain untuk confirmkan. Setakat Broga, ramai je orang. Jangan segan nak bertanya ye.
  2. Jangan nak tunjuk hero buat laluan sendiri. Nanti sesat, semua orang susah.
  3. Belajar lah bersabar. Akak tau korang muda, bersemangat. Kalau orang depan korang slow, jangan laaa tak menyempat-nyempat nak potong. Selalunya orang akan faham dan bagi awak laluan. Kalau jenis yang tak faham juga, korang cakap je excuse, insyaallah dia bagi laluan.
  4. Jalan tu bukan nenek korang punya. So tak yah laa bersembang bertiga berempat sebaris sampai menghalang orang nak turun ataupun yang nak potong q.
  5. Jangan laa bersembang macam kat kedai mamak. Kita nak hiking ni nak tenang tengok alam sekitar. Bukan nak dengo citer ko tu pun. Akak pun tak kenal ko dik.
  6. Yang ini paling penting. Jangan nak ambil gambar macam awak tu America Next Top Model ye. Tolong sangat. Ni ambil gambar sampai 500juta takes. Tengok laa kiri kanan. Kalau ada yang tengok-tengok dan tunggu nak ambil giliran, bertimbang rasalah. Kalau memang time tu ko sorang je..boleh laa nak posing sampai besok pun.
  7. Jangan ambil risiko bukan-bukan. Tau jaman sekarang korang suka viral gambar paling hot la kan. Duduk kat batu hujung-hujung konon nak hasilkan gambar yang awesome. Tapi kalau jatuh gaung acaner? Awesome jugak ke? Beringat ye dik.
  8. Ini pun penting. Jangan buang sampah merata. Korang masa naik, larat nak pikul air dalam botol tu. Dah kenyang perut korang, kenapa tak reti nak bawak sampah tu turun? Berat ke? Stress tau aku perangai mangkuk cenggini.

Sekian bebelan akak..heheh. Jom layan gambar.

Pintu gerbang baru sebelum mendaki

Matahari semakin meninggi

Ramainya mahkluk
Yeeee..semakin ramai..merenyuts. Nampak tak laluan seperti padang rumput

Pemandangan di puncak

Dipuncak..dah tak nampak apa yang ditulis

Nampak..dah siap bertangga..jalan pelahan-lahan.

Masa balik...lalu hutan dan kebun sekejap

Ehhh..dah nak balik.

Nota:
Pada hari yang sama, rupanya ada pendaki yang hilang di sini. Aku baru sedar sehari selepas tu. Tu pun sebab kawan aku yang cerita. Alhamdulillah dia dah selamat ditemui.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya