Tuesday 31 January 2017

Broga Kesekian Kalinya Dengan Laluan Baru

Dalam banyak-banyak bukit / gunung yang hendak didaki, aku memang nak elakkan Broga ni. Sebab utamanya level dia untuk beginner. Bila untuk beginner, ramailah makhluk yang hendak mendaki. Keduanya, ia dekat dengan Kuala Lumpur, Putrajaya dan lain-lain. Walaupun parkir disediakan agak luas, ia penuh sesak sampai ke luar. Cuma kena bayar RM3 per entry.

Tapi memandangkan minggu ini bosan dan rasa malas nak pergi jauh, kami terjah juga sebab nak merasa new trail yang diceritakan. Kami bertolak selepas subuh dan parking ditepi jalan. Gratis. hehe

Apa perbezaan new trail dengan yang lama:
  1. Lalu kawasan kebun getah sekejap
  2. Kemudian, semuanya padang rumput
  3. Track bertangga telah dibuat. Memudahkan untuk mendaki. 
  4. Track juga jelas cuma perlu ikut sahaja. Dan jangan memandai nak buat laluan sendiri
  5. Agak senang banyak berbanding trail terdahulu.


Memandangkan Broga ala-ala hot untuk beginner yang baru nak mencuba untuk hiking, ni akak nak bagi pesanan sikit ye. Ini berdasarkan pemerhatian akak ye, bukan tuduhan melulu. Ia mungkin betul atau mungkin tak betul pada sesetengah keadaan.
  1. Ikut laluan yang telah ditetapkan. Kalau terasa macam konfius, jangan terjah je. Tanya-tanya la pada pendaki yang lain untuk confirmkan. Setakat Broga, ramai je orang. Jangan segan nak bertanya ye.
  2. Jangan nak tunjuk hero buat laluan sendiri. Nanti sesat, semua orang susah.
  3. Belajar lah bersabar. Akak tau korang muda, bersemangat. Kalau orang depan korang slow, jangan laaa tak menyempat-nyempat nak potong. Selalunya orang akan faham dan bagi awak laluan. Kalau jenis yang tak faham juga, korang cakap je excuse, insyaallah dia bagi laluan.
  4. Jalan tu bukan nenek korang punya. So tak yah laa bersembang bertiga berempat sebaris sampai menghalang orang nak turun ataupun yang nak potong q.
  5. Jangan laa bersembang macam kat kedai mamak. Kita nak hiking ni nak tenang tengok alam sekitar. Bukan nak dengo citer ko tu pun. Akak pun tak kenal ko dik.
  6. Yang ini paling penting. Jangan nak ambil gambar macam awak tu America Next Top Model ye. Tolong sangat. Ni ambil gambar sampai 500juta takes. Tengok laa kiri kanan. Kalau ada yang tengok-tengok dan tunggu nak ambil giliran, bertimbang rasalah. Kalau memang time tu ko sorang je..boleh laa nak posing sampai besok pun.
  7. Jangan ambil risiko bukan-bukan. Tau jaman sekarang korang suka viral gambar paling hot la kan. Duduk kat batu hujung-hujung konon nak hasilkan gambar yang awesome. Tapi kalau jatuh gaung acaner? Awesome jugak ke? Beringat ye dik.
  8. Ini pun penting. Jangan buang sampah merata. Korang masa naik, larat nak pikul air dalam botol tu. Dah kenyang perut korang, kenapa tak reti nak bawak sampah tu turun? Berat ke? Stress tau aku perangai mangkuk cenggini.

Sekian bebelan akak..heheh. Jom layan gambar.

Pintu gerbang baru sebelum mendaki

Matahari semakin meninggi

Ramainya mahkluk
Yeeee..semakin ramai..merenyuts. Nampak tak laluan seperti padang rumput

Pemandangan di puncak

Dipuncak..dah tak nampak apa yang ditulis

Nampak..dah siap bertangga..jalan pelahan-lahan.

Masa balik...lalu hutan dan kebun sekejap

Ehhh..dah nak balik.

Nota:
Pada hari yang sama, rupanya ada pendaki yang hilang di sini. Aku baru sedar sehari selepas tu. Tu pun sebab kawan aku yang cerita. Alhamdulillah dia dah selamat ditemui.

Thursday 26 January 2017

Menjelajah Bukit Batu Putih, Port Dickson

Banyak kali juga nampak orang post mendaki Bukit Batu Putih di Port Dickson. Eh...tapi kat signboard tulis Melaka. Sekarang ni PD ke Melaka? Hehehe. Sempadan sangat dah ni. Pembuka aktiviti mendaki tahun 2017 kami mulakan ke sana. Seperti biasa, memang tiada perancangan awal. Bangun subuh baru buat keputusan nak ke sana. Bila dah sampai PD baru buka waze sebab tak tau kat mana. Waze bawa kami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Ooooh ramai yang parking tepi jalan. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni bersebelahan dengan Ilham Resort.  Di kaki bukit tu, ada penjaga hutan rekreasi dan kena bayar RM1 seorang ye. 

Disebabkan aku takde buat kajian pun pasal Bukit Batu Putih ni, macam tak de apa-apa expectation pun. Layan kan je dan ikut je ramai-ramai makhluk kat sana tu. Permulaan tu, jalan berturap elok je. Tak sampai dalam 1km dah sampai ke rumah api Tanjung Tuan. Berkunci. Tengok-tengok dari luar je la. Lepas tu kami terus mara ke hadapan. Tengok sign-board tunjuk ke 'Rintis Ke Pulau Intan'. Emm jom la layan. dah separuh jalan, tanya-tanya laa orang lain yang dari bawah, ada apa di sana. Rupanya dia turun ke pantai. Trek yang ini agak sukar juga. Masa pergi menuruni tangga sebab nak ke pantai kan. Aku dalam hati tertanya juga di mana Bukit Batu Putih nya. Bila sampai ke sana, lawa juga pantainya tapi macam takde orang mandi manda.

Tengok-tengok lebih kurang kami naik semula. Haaa..part ni aku menyampah sebab kena mendaki. Nasib baik dah memang trek dia bertangga. Semput juga la mak. hehehe


Awal-awal masa mula masuk ke Tanjung Tuan
Ada gazebo sebelum naik ke Rumah Api

Haaa..ni la rumah apinya. Tutup ye.

Sepanjang laluan ke Pulau Intan

Kalau rajin baca ye..aku tak baca pun.heheh



Signboard yang aku susah nak baca..heheh
Dah boleh nampak pantai dari sini

Ada pemegang juga di kebanyakan trek

Tempat berehat sekejap pun ada

Sesetangah pokok ada bertanda. Dapat lah kenal jenis pokok

Laluan ke pantai


Curam sebenarnya laluan ini. 

Cuma seketul je kulat. Musim panas masa ni

Dah sampai area pantai

Cantik juga pemandangan pantai dia

Lawa kan

Air pun bersih. Cuma takde rasa nak mandi

Bila dah sampai atas, kami ingat nak sambung trekking ke sebelah kiri (semasa naik). Nampak ada laluan ke sana. Mungkin kat situ kot Bukit Batu Putih nya. Tapi depan gazebo Rumah Api tu, aku nampak orang keluar dari celah hutan tu. Aku pun tanya la adik-adik tu, ni laluan ke mana. Kata mereka ini la laluan ke Bukit Batu Putih. Laaaaaa..dengan takde signboard nya. Nasib baik aku gatal mulut tanya. Kalau tak sesia datang jejauh tak dapat ke sana. hehehe. Tapi jangan risau, memang ada laluan dia. Macam kebun getah je. Senang je. Kiranya tak mencabar langsung. Penat lagi turun tangga naik tangga ke Pulau Intan tadi. 

Laluan ke Bukit Batu Putih

Ehhh Dah sampai. Tu je tanda kita dah sampai. Kalau tak mendongak tak nampak tauuu

Pemandangan dari puncak Batu Putih

Banyak pokok bunga ni kat sana. Lawa...

Laluan balik dari Batu Putih

Ehhh Kami dah nak balik.


Kemudian, kami sambung balik ke laluan di sebelah kiri tu pula. Jalan dia elok je la. Separuh jalan jumpa orang. Tanya ada apa di sana. Dia kata ada pantai. Ramai orang mandi dan lawa. Emmmmm di sebabkan dah penat, kami decide balik je la. Hahahhaa. Sebab nampak macam jauh je lagi. Mau macam nak ke Pulau Intan tadi tuuu. Lain kali laa datang semula. Keseluruhan kami berjalan / trekking dalam 5km. lenguh juga la kaki nie. Sebenarnya cantik pemandangan di Batu Putih tu. Tapi disebabkan masa tu agak ramai orang di puncak tu, aku malas nak ambil gambar. Cantik sebab boleh nampak pantai dan laut kan. Ini masalah yang aku selalu hadapi bila hiking terutamanya di bukit-bukit yang menjadi tumpuan ramai ni (aka agak senang untuk hiking). Kebanyakkan mereka sangat suka bergambar. Sampaikan ambil 500juta kali gambar. Macam bukit tu mereka yang punya. Langsung tak sensitif dengan keadaan sekitar. Pada pendapat aku, bergambar la ala kadar. Tengok laa kiri kanan. Kalau nak ambil sampai 500 juta kali tu boleh. Kasi laa orang lain dulu, lepas tu korang sambung laa balik. Lagi satu, dah tau area puncak tu sempit, beringat lah. Jangan laa nak posing canggih-canggih sangat. Kang terjun gaung baru tau. Emmmm macam-macam manusia ni.

Sekian, adios.


Tuesday 24 January 2017

Sepetang di Taman Tasik Cyberjaya

Aktiviti hujung minggu kami adalah pergi ke taman-taman yang berhampiran. Salah tempat yang menjadi pilihan adalah Taman Tasik Cyberjaya. Ini kerana ia dekat dengan rumah kami. Selain itu, tamannya besar dan sesuai untuk anak bujang kami. Selalunya, suami temankan dia main dan aku pergi fun walk keliling taman. Satu round taman tu dapat lah dalam 1km. Jadi la...kena la buat 2-3 round kalau rajin.

Hujung tahun 2016 kami pergi dan dapati semakin meriah. Adehhhh..Penuh dengan sewaan / jualan pelbagai barang. Contohnya: sewa kereta / basikal. Jualan pelbagai mainan kanak-kanak lagi. Kalau sebelum ini hanya jualan giant bubbles, ice cream dan air saja. Parah nie.. Semua jualan tu menarik minat kanak-kanak. Selepas ini, ibu bapa, kena bawa duit lebih sikit kalau datang sini. Mana lah tau tetiba anak kita mengamuk nak juga naik kereta yang RM10 / 20 minit, ada lah duit nak membayarnya..hehehe

Seperkara lagi, taman ini menjadi tumpuan ramai famili berkelah pada hujung minggu. Masalahnya, tong sampah yang disediakan adalah bersaiz standard. Tak mampu menampung sampah yang sebegitu banyak pada hujung minggu. Diharapkan pihak MPSP ataupun pihak yang berkenaan dapat menyediakan tong sampah yang lebih besar di sekitar taman. Ini diharapkan dapat mengelakkan sampah berlonggok-longgok di luar tong sampah yang menyebabkan suasana tidak menarik di sana ya.

Jom kita amalkan gaya hidup sihat!! Sekian.

Sekitar taman permainan

Masih ada ibu bapa yang kurang prihatin. Jangan buang sampah merata-rata ye

Cuaca elok pada petang ni. Semua pun nampak cantik

cantik kan

Well Maintain. Tapi kekadang lambat juga rumput tu dipotong

Pemandangan dari atas Menara Tinjau

Sapa tau nama pokok ni? Pertama kali tengok rupa cenggini

Berbunga di bawah. Atas nya berdaun 
Cantik sangat bunga dia nieee



Monday 23 January 2017

AJL Dulu dan Sekarang

Tahniah kepada Dayang atas kemenangan lagu Lelaki Teragung dalam AJL31. Dan juga pemenang-pemenang lain.

Aku memang kaki Muzik-Muzik dari dulu. Kalau dulu, bukan final je yang aku tengok. Yang mingguan pun aku layan. Tapi sejak usia semakin kertu ni serta genre muzik yang dah berubah ni, tak kuasa laa nak layan yang mingguan. Aku layan AJL je laaa. Tu pun ambil syarat je.

Seperti yang dijangka, banyak lagu yang aku tak tau pun. So tak boleh nak sing along..heheh. Memang jarang aku dengar radio la nie. Kalau naik kereta pun, tengok CD cerita ultraman je. Dengan penyanyi nya pun aku tak tau kewujudan mereka. Tapi rasanya, malam tadi pengacaranya kurang membebel. Kalau yang sebelum-sebelum nie..naik rimas tengok pengacaranya membebel ntah apa-apa. Sampaikan penyampaian hadiah pun drag sampai melebihi pukul 12 tengah malam. Bab itu aku beri pujian. Bagus, Tak bingit telinga aku.

Dari segi tema, persembahan dan muzik, aku rasa macam biasa-biasa je. Tiada yang wowww sebab ada AJL lain yang sangat wow. Melainkan iklan CJ WOW jek..kakakaah. Persembahan artis pun biasa-biasa juga. Paling bosan kumpulan Khalifa laaa dan ntah kenapa ramai yang undi dia. Memang rezeki mereka laaa. Yang pasti aku memang tak pernah mengundi laa rancangan cenggini. Ehhh pernah kot. Hahahahhaha. Masa zaman Faizal Tahir dalam One in a million. Pernah laa aku undi sekali dua. Muzik pula aku rasa macam tak berapa clear..ke TV rumah aku yang dah nak rosak. Terasa macam timbul tenggelam.

Oh yaa... pilihan peribadi aku malam tadi sebenarnya lagu Sufian - Terakhir tu. Baru aku kenal penyanyi dia. Lagu tu aku rasa sedap didengar malam tadi. Lagu Hafiz n Misha pun sedap. Nasib baik la menangkan. Lain.....Shila Amzah dan Alif pun ok juga laa.

Persembahan Man Bai, Ameng dan Ella memang best. Suara mereka masih maintain dan best laaa. Paling suka tengok Ella. Comel je pakai tudung dan fesyen baju kelambu dia tu. Ntah kenapa nampak kena je dengan dia. Saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Eh dah laa. Saja je nak membebel pepagi nie. Dah..jom buat kerja