Posts

Showing posts from 2017

Menerjah Gunung Datuk, Rembau sekali lagi

Image
Minggu lepas dah pergi Angsi, minggu ni ke Gunung Datuk pula. Duluuuu...Datuk ni antara yang memang rasa nak mati bila hiking. Nasib baik laa minggu lepas dah prektis, maka minggu ini tahap kesusahan dia dapat dikawal. Alhamdulillah terasa OK kali ni. Takde la tahap sampai nak mintak nyawa sangat. Naik start pukul 8.55am. Sampai atas dalam pukul 10.50 gitu... dah 11.10 aku dah turun. Sampai bawah ngam-ngam pukul 12.30. Cuma masalah aku memang bila nak turun. Tak confident nak laju-laju...makanya sampai hari ni aku masih sakit kaki sebab menahan kan. Gunung Datuk ni tahap kecuraman dia agak menggila. Tu yang sakit kaki.
Alhamdulillah, masa pergi kali ni tak ramai orang. Maka, aman damai laa di puncak tu. Dan aku sangat best bila tengok tangga depa dah upgrade. Tahniah pada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sebab menggantikan tangga yang lebih stabil. Aku pun konpiden laa nak naik situ. Masa pergi kali pertama tu, aku tak naik puncak dia sebab ramai orang beratur nak panjang campur ag…

[Book Review] Lost in Sekutland oleh Irwan Dahnil

Image
Entah kenapa tiap kali aku sebut nama dia mesti nak tersebut Irwan Danhil (Dunhill). Ingat cap rokok plak aku ni.  Emmm apa nak cerita pasal buku ni ye? Aku beli sebab aku follow ID nye facebook. Tulisan dia di fb aku suka. Selalu ringkas dan focus. Makanya, buku ini pun aku suka sebab bahasanya mudah. Tak terlalu formal. Senang hadam. Buku ini fokus utama dia kepada orang yang nak berhijrah ke luar negara. Apa persiapan dan perkara yang perlu dilakukan, dipertimbangkan sebelum kita melangkah keluar dan berhijrah. Tapi cerita biasa, tentang travel pun ada terselit dalam tu. 
Kekadang ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa semasa travel. Perkara paling mudah contohnya adalah semasa menginap homestay. Kita jangan lah bayangkan homestay tu macam hotel. Ada orang yang akan kemaskan setiap hari atau kita boleh call untuk room service. Bertimbang rasalah sedikit hanya untuk membersihkan pinggan mangkuk ataupun mengumpulkan sampah di tempat yang sepatutnya. Hehehe. rasanya yang i…

Menawan Gunung Angsi Kali Ke-3 (Melalui Bukit Putus)

Image
Asalnya Encik Suami ajak pergi PD. Lepas subuh tu, aku tukar fikiran. Ajak dia hiking laa lagi baik. Sebab aku tengah nak diet ni. Kot laa mau kurus. hahahhaa. Tempat yang senang adalah Gunung Angsi ikut Bukit Putus.
Jom.
Disebabkan ini kali ketiga, takde sebarang persiapan sangat la. Bawak air dengan beli roti je la. Sampai je sana, eeehhh dah lain. Ada tandas. Wowww ini terbaik. Ye laa..Kan Jabatan Perhutanan kutip bayaran RM5 seorang. Apa salahnya tambahkan kemudahan untuk pengguna. Tahniah!!!
Disebabkan lama gilerrr dah tak hiking, rasa nak muntah aku..hahhahah. Dulu rasa kacang giler Angsi ikut Bukit Putus ni. Ini..dah macam nak mintak nyawa jek. Apa pun, alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Masa yang diambil 3 jam setengah. Cuaca elok je.. dan orang pun tak ramai. Aman damai rasanya hiking.
Sekian





Percutian Singkat ke Hatyai

Image
Haloooo Rasa simpati pula pada trip ke Hatyai ini. Sebab trip ke Seoul UP dulu sedangkan dia yang patut didahulukan. hehehe.  Trip ke sini dah lama dirancang. Maksud lama tu, ia mengambil masa bermula Jun. Kemudian, ia hampir pasti menjadi kenyataan selepas tiket ETS dibeli pada Ogos 2017. Selepas itu, semua orang sibuk dengan pelbagai urusan masing-masing sehinggakan ia dianaktirikan. Nasib baik jugalah PM trip ini telah selesaikan segala urusan sebelum dia menjadi sotong kurita yang banyak sangat tangan dan tugasan. huhuhu. #lebiumisspm
Maka, akhirnya selepas cuti Deepavali hari tu, kamipun mula melangkah ke KL Sentral. Malam tu menginap di Aloft. Kawan sponsor. Tq Allah. Ada je kawan yang berhati mulia nak belanja. 
Sesudah subuh kami terus ke KTMB sebab train pukul 7.05am kot. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Arau. Naik kematu jugaklah duduk dalam train tu. Kena rajin merayau-rayau nak hilangkan bosan dan sakit badan.






Kat hotel ni, korang jangan gatal-gatal ambil l…