Thursday 15 December 2016

Meranti Park Suites, Bukit Tinggi

Cuti minggu lepas, kami ke Bukit Tinggi. Ada family day family aku. 6 bilik telah siap kami tempah. Ini kali kedua kami menginap di sini. Dulu pun, kami buat family day di sini. Senang. Abang aku member Berjaya Club. Sebenarnya niat nak buat family day ni dah lama. Tapi nak mencari tempat yang sesuai tu yang payah. Semua dengan bajetnya, lokasi dan fasiliti yang disediakan.

Banyak perubahan di Meranti Park Suites ini. Apartment dia banyak yang sedang di dalam pengubahsuaian. Disebabkan itu, bilik yang kami dapat berbagai aras. Ada aras 1, 2, dan 3. Pengsan. Jenuh laaah menapak turun naik. Dah la majoriti aras 1. Di bawah sekali nunnnn.. Memang lenguh kaki nak turin naik bangunan tu. Tekanan tauuuu. Nak-nak bila tertinggal barang dalam kereta. Rekabentuk dalamannya lebih elok lah sebab baru ubahsuaikan. Terdapat juga peralatan memasak yang dipertingkatkan. Ada periuk, kuali, cawan, pinggan sudu sudip. Pisau pun ada. Kira senanglah kita nak memasak yang simple-simple kalau datang sini. Yang lainnya, biasa jek. 

Disebelah petangkan, kami mandi di kolam renang yang besar itu. Bertambah happy sebab tak de orang lain. Ye laa..Kami sampai jumaat petang. Takde orang datang lagi. Selepas makan malam, kami adakan perlawanan bowling di kalangan ahli keluarga. Terletak di Bukit Tinggi Golf & Country Club. RM6 untuk satu game dan kasut pula RM2 sepasang. Stokin pula RM3. Di sana ada 12 lanes. Masa kami buat tempahan, dikatakan ada 8 lanes yang ok. Tapi masa kami sampai tu, hanya ada 6 lanes yang berfungsi. Agak sedih la jugak keadaan di sana. Lane yang ok tu pun asyik-asyik sangkut. Tu belum lagi bab bola bowling yang tak berapa elok. Abis kuku jari saya pecah-pecah. Eh bukan saya je tauuu. Ramai yang kata bola tak best. Walaupun begitu, kami sekeluarga tetap happy sebab bukan pro sangat pun. Hahahaha. Saja je suka-suka terutamanya kanak-kanak dan juga yang 1st timer main. Disebabkan tempat ini tutup pukul 11malam, kami tak dapat abiskan kira-kira lagi 2 games. Halal je la. Semua pun dah letih yang benonya...maka jom laa balik dan berehat.

Keesokkan harinya, kami adakan sukaneka pula. Tiada tempat khusus. Hanya buat dihujung jalan mati. Playground yang ada di situ pun ala-ala je. Tengok rumput yang tinggi. Emmmmmm. Apapun sukaneka masih tetap berjalan dengan lancar. Hahahah. Ala...suka-suka jek pun. Lepas habis sesi sukaneka, kami berkemas dan check-out. 

Ingatkan nak terus balik. Rupanya anak-anak nak sambung mandi kolam pulak. Layankan je laaa. Semua singgah di kolam dulu. Disebabkan makanan masih banyak, kami dengan muka tak malunya, bawak makanan dan berkelah di tepi kolam. Memang seperti yang dijangka, akhirnya pak guard datang dan sound tak boleh makan di sana. Hahahahhaha. Alaaa..rileks laa pakcik. Kami bukan cuci tangan dalam air kolam pun. Tapi kami akur je laa...sebab memang dah tau salah pun kan. 

Selesai di sana, kami berniat nak naik ke Colmar. Sebenarnya memang malas nak naik, tapi saja bagi bebudak best. Aku dah tak lalu nak pergi sana sebab dah banyak kali kan pergi. Dah alang-alang tu, layan kan je laa. Selepas selesai solat di sana, kami tunggu tram. Kenapa naik tram? Sebab senang naik ramai-ramai dan pasti lah lagi meriah kan. Ada jadual tram tu. So, boleh check dengan kaunter di sana. Free je sebab kami memang stay di Meranti Parks kan. Kalau naik tram ni, nanti tak perlu bayar masa lalu guard tu nanti sebab memang entitle untuk naik Colmar. Bukan ada apa kat Colmar tu pun. Kalau pertama kali, memang la terujaaaa.. ni dengan ramai orang dan dah berapa kali kami datang, sekadar jalan-jalan tengokkan bebudak je. 

Risau juga masa nak balik tu. Takut tram penuh sebab tengok q panjang. Saja pi tanya dengan guard yang jaga tram tu. Cakap nak balik Golf Club dalam 30 orang. Tetiba dia kata OK. Siap satu tram besar dia sediakan. Alhamdulillah..lega sesangat. Tak laa lama menunggu. Dalam 10 minit je kot. Rezeki. Sampai di sana, kami salam-salam dan membawa haluan masing-masing. Tamat lah sudah percutian untuk hari keluarga kami bagi tahun 2016 ini.

Ehhhh..ingatkan habis. Anak nak tengok rabbit pulak. Jom singgah. RM5 per person. Ko masuk lah sorang-sorang ye. Mak malas. Hahahahha.. Lepas penat dia layan, ajak balik. Ok kompom tamat. Sekian. 


Disambut oleh monyet2 liar semasa nak ambil kunci bilik

Pemandangan dari luar balkoni

Tempat main bowling

Balkoni kayu yang reput dimakan usia..ngeri plak aku tengok

Pagi yang sejuk mencengkam

Berkabus

Pemandangan di Colmar

No comments:

Post a Comment