Tuesday 27 December 2016

An Evening In Bandaraya Kuala Lumpur

Di Malaysia sekarang, jangan ada cuti yang bersambung. Pasti akan sesak terutamanya di jalan raya. Sempena hujung tahun ini dan cuti krismas serta tahun baru jatuh pada ahad, maka Isnin adalah hari cuti. Disebabkan ia hanya berselang empat hari, ramai yang ambil cuti panjang. Dicampur pula dengan cuti sekolah. Kesannya, jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur agak lengang dan terasa sangat ohsem. 

Kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda di Kuala Lumpur sempena hari Krismas yang lalu. Jalan di KL memang lengang. Sehinggakan kalau tersesat dan terasa nak buat illegal u-turn pun boleh. haaaaa cenggitu sekali kesan lengangnya kan. 

Destinasinya simple-simple sahaja:

1. Masjid Negara
Memang ingin menunaikan solat zohor di sana. Parking pun senang dicari. Hahahah parking staff sebenarnya. Lama giler tak solat sini. Masih cantik dan tesergam indah seperti dulu. Selesai solat, ternampak pula Makam Pahlawan. Ehhh sebelah sini je rupanya. Disebabkan memang tak ramai orang, tanpa segan silu saya menjenguk makam pahlawan tersebut. Terdapat 7 tempat makam disediakan. 4 daripadanya telahpun mempunyai penghuni. 2 bekas Perdana Menteri dan 2 bekas Timbalan Perdana Menteri. Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Ghaffar Baba, Tun Dr Ismail dan Tun Hussin On. Al Fatihah kepada mereka. Di sebelah kanan Makam Pahlawan, terdapat pusara lain. Tidak terdapat papan tanda maka saya tidak pasti ianya pusara siapa. Pastinya orang kenamaan dan pembesar negara juga.


Menara Masjid Negara

Simple je hiasan dalaman masjid tapi stunning kan

Makam Pahlawan

Label posisi makam

Pusara yang berada di sebelah Makam Pahlawan..tersusun rapi

2. Dataran Merdeka
Dari Masjid Negara, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Dataran. Ini kerana cuaca yang agak redup serta jalan yang tenang. Perjalanan lebih kurang 1km sahaja. Kami dapat melewati Bangunan Dayabumi. Masih kukuh seperti dahulu. Semasa melalui salah satu terowong ke sana, terdapat lukisan mural di dinding. Cantik dan simple sahaja. Saya juga terjumpa penutup tangki septik yang cantik sangat. Kalau berjalan ke luar negara, saya memang sukakan penutup tersebut. Terdapat pelbagai corak mengikut negara. Tak sangka Malaysia pun ada. Cantik pulak tu. Memang tak sia-sia kami menapak..hehehe. Dataran macam kami yang punya. Senang nak berposing sesuka hati. Tiada gangguan. 


Dari jauh dah nampak Menara Dayabumi

Mural di salah satu laluan terowong

Ohhh saya sukaaa..saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Cantik sangat
Sekitar Dataran Merdeka. Apapun fahaman mereka selepas mentadbir negara, tidak sepatutnya jasa mereka dilupakan begitu sahaja

360degree - Dataran Merdeka yang aman tenang

Tiang Bendera setinggi 95 meter mengibarkan Jalur Gemilang

3. Muzium Muzik
Bersebelahan dataran, terdapat Muzium Muzik. Saya pun baru tahu kewujudannya. Tak pasti bila kali terakhir menjejak kaki di Dataran. Apatah lagi merayau-rayau di sekitarnya. Hehehehh. Masuk adalah percuma. Kecil sahaja muzium ini. Di dalamnya memaparkan alat-alat muzik tradisional dan moden yang ada di Malaysia. Tiada pula gambar di ambil. 

4. KL City Gallery
Ini pun aku baru tau kewujudannya. Puncanya terdapat sign I <3 KL. Di sini rupanya tempat dia. Sebelahnya pejabat KL City Gallery. Nak bergambar di situ kena beratur. Moh ler beratur sementara tak ramai orang. Nak tunggu lain kali, entah zaman bila pulak kan. Jangan segan-segan nak posing ya. Sebab orang yang sedang beratur memang akan tengok kome posing. Hahahahhaha. Percuma je pun. 

kalau korang rajin, boleh masuk ke bangunan dia. Dalam tu tempat macam promosi nak pergi mana, tempat-tempat menarik di KL/Selangor. Nak beli tiket Hop On Hop Off pun di sini. Dah lama teringin naik HOHO di KL cuma tak berkesempatan. Disebabkan dah petang, malas laa nak beli HOHO nie.

Baca dulu sementara menunggu giliran bergambar

Gambar: ikhsan dari google

5. Muzium Tekstil
Muzium ini pun baru tau kewujudannya. Sederet dengan KL City Gallery tu. Disebabkan ianya percuma juga, jom la terjah. Memang dalam perjalanan balik ke Masjid Negara pun. Muzium ini memaparkan segala jenis tekstil yang popular di Malaysia. Seperti batik canting, songket, kain pua dan pelbagai lagi. Cantik susun atur dalam dia. Muzium ini dua tingkat di mana tingkat atas lagi banyak galeri kain/tekstil yang dipaparkan. Terdapat juga tayangan video bagi yang berminat.

Tekad Benang Emas

Aku suka kebaya nyonya dan mesin jahit tuuuu..nampak klasik sangat


6. Tugu Negara
Akhir sekali, jom singgah Tugu Negara. Saja nak tunjukkan askar / pejuang negara kat hero sorang ni. Budak lelaki kan suka main tembak-tembak. Kasi dia semangat sikit. Di sini agak ramai orang. Penuh dengan bas pelancong tapi masih terkawal. 
Baca sikit sejarah pejuang negara yang gugur

Yeahhhh..Ini lah Tugu Negara

Baca ini untuk senarai nama yang gugur di medan juang

7. Tea Time di RSMY House of Real Beriyani, Medan Tunku
Setelah penat, jom la mengisi perut di sini. Kasi pekena nan cheese dia. Ramai yang kata sedap. Meh cuba dulu. Kami order nan cheese dan garlic butter. Wehhhh serius sedap laa wehhhhh. Cheese dia sepenuh-penuh roti. Rotinya lembut. Tapi sayangnya, saiznya sangat la kecil berbanding nan yang aku pernah makan...Dengggg tak cukup laaa. Nak order lagi dah rasa malas plak. Lagi pun langit semakin gelap. Apapun, syukur sebab sedap. Oh yaa...Garlic butter dia pun sedap tau.

Garlic Butter Naan


Maka, tamatlah acara jalan-jalan di Kuala Lumpur kami. Lega sangat sebab cuaca aman nyaman sahaja. Asalnya takut juga hujan akan turun, tapi ianya hanya turun semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Begitu juga dengan kurangnya kenderaan di jalan raya serta makhluk lain yang semuanya pergi bercuti atau bersantai dirumah. Ia menambahkan lagi keseronokan aku berjalan-jalan di sini. Sebenarnya banyak lagi kawasan yang ingin kami lawati seperti stesen KTM, Central Market tetapi memandangkan membawa budak kecil. Banyak lah ragamnya. 

Semasa perjalanan balik, kami dapati jalan agak sesak di tempat tumpuan orang seperti shopping mall (KLCC, Pavi, Bukit Bintang). Fuuuhh nasib baik kami tak terniat nak ke sana.

Sekian, Tammat.

Tuesday 20 December 2016

Hudud

Minggu lepas saya mendengar ceramah berkenaan dengan RUU 355. Adakah RUU 355 berkenaan dengan hudud? Maka di dalam ceramah tersebut diterangkan apakah hudud tersebut. Ya Allah, rasa dah lama giler aku tak membaca/dengar ceramah sampaikan hudud pun aku dah lupa. 

Berikut adalah kesalahan yang dilakukan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud:
1. Murtad
2. Mencuri
3. Merompak
4. Zina (bujang)
5. Zina (bagi yang telah berkahwin)
6. Menuduh orang Islam lain berzina
7. Minum arak


Laaa...rupanya hanya 7 kesalahan ini sahaja yang dikategorikan di bawah hudud. Dan kita kena faham bahawa bukan sewenang-wenangnya ia boleh dijatuhkan hudud. Kena memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Selain hudud yang dinyatakan di atas, lain-lain hukum boleh dikategorikan dalam qisas ataupun takzir.

Ini je aku nak tulis. Nak tulis detail tak berani kerana takut salah fakta. 

Thursday 15 December 2016

Meranti Park Suites, Bukit Tinggi

Cuti minggu lepas, kami ke Bukit Tinggi. Ada family day family aku. 6 bilik telah siap kami tempah. Ini kali kedua kami menginap di sini. Dulu pun, kami buat family day di sini. Senang. Abang aku member Berjaya Club. Sebenarnya niat nak buat family day ni dah lama. Tapi nak mencari tempat yang sesuai tu yang payah. Semua dengan bajetnya, lokasi dan fasiliti yang disediakan.

Banyak perubahan di Meranti Park Suites ini. Apartment dia banyak yang sedang di dalam pengubahsuaian. Disebabkan itu, bilik yang kami dapat berbagai aras. Ada aras 1, 2, dan 3. Pengsan. Jenuh laaah menapak turun naik. Dah la majoriti aras 1. Di bawah sekali nunnnn.. Memang lenguh kaki nak turin naik bangunan tu. Tekanan tauuuu. Nak-nak bila tertinggal barang dalam kereta. Rekabentuk dalamannya lebih elok lah sebab baru ubahsuaikan. Terdapat juga peralatan memasak yang dipertingkatkan. Ada periuk, kuali, cawan, pinggan sudu sudip. Pisau pun ada. Kira senanglah kita nak memasak yang simple-simple kalau datang sini. Yang lainnya, biasa jek. 

Disebelah petangkan, kami mandi di kolam renang yang besar itu. Bertambah happy sebab tak de orang lain. Ye laa..Kami sampai jumaat petang. Takde orang datang lagi. Selepas makan malam, kami adakan perlawanan bowling di kalangan ahli keluarga. Terletak di Bukit Tinggi Golf & Country Club. RM6 untuk satu game dan kasut pula RM2 sepasang. Stokin pula RM3. Di sana ada 12 lanes. Masa kami buat tempahan, dikatakan ada 8 lanes yang ok. Tapi masa kami sampai tu, hanya ada 6 lanes yang berfungsi. Agak sedih la jugak keadaan di sana. Lane yang ok tu pun asyik-asyik sangkut. Tu belum lagi bab bola bowling yang tak berapa elok. Abis kuku jari saya pecah-pecah. Eh bukan saya je tauuu. Ramai yang kata bola tak best. Walaupun begitu, kami sekeluarga tetap happy sebab bukan pro sangat pun. Hahahaha. Saja je suka-suka terutamanya kanak-kanak dan juga yang 1st timer main. Disebabkan tempat ini tutup pukul 11malam, kami tak dapat abiskan kira-kira lagi 2 games. Halal je la. Semua pun dah letih yang benonya...maka jom laa balik dan berehat.

Keesokkan harinya, kami adakan sukaneka pula. Tiada tempat khusus. Hanya buat dihujung jalan mati. Playground yang ada di situ pun ala-ala je. Tengok rumput yang tinggi. Emmmmmm. Apapun sukaneka masih tetap berjalan dengan lancar. Hahahah. Ala...suka-suka jek pun. Lepas habis sesi sukaneka, kami berkemas dan check-out. 

Ingatkan nak terus balik. Rupanya anak-anak nak sambung mandi kolam pulak. Layankan je laaa. Semua singgah di kolam dulu. Disebabkan makanan masih banyak, kami dengan muka tak malunya, bawak makanan dan berkelah di tepi kolam. Memang seperti yang dijangka, akhirnya pak guard datang dan sound tak boleh makan di sana. Hahahahhaha. Alaaa..rileks laa pakcik. Kami bukan cuci tangan dalam air kolam pun. Tapi kami akur je laa...sebab memang dah tau salah pun kan. 

Selesai di sana, kami berniat nak naik ke Colmar. Sebenarnya memang malas nak naik, tapi saja bagi bebudak best. Aku dah tak lalu nak pergi sana sebab dah banyak kali kan pergi. Dah alang-alang tu, layan kan je laa. Selepas selesai solat di sana, kami tunggu tram. Kenapa naik tram? Sebab senang naik ramai-ramai dan pasti lah lagi meriah kan. Ada jadual tram tu. So, boleh check dengan kaunter di sana. Free je sebab kami memang stay di Meranti Parks kan. Kalau naik tram ni, nanti tak perlu bayar masa lalu guard tu nanti sebab memang entitle untuk naik Colmar. Bukan ada apa kat Colmar tu pun. Kalau pertama kali, memang la terujaaaa.. ni dengan ramai orang dan dah berapa kali kami datang, sekadar jalan-jalan tengokkan bebudak je. 

Risau juga masa nak balik tu. Takut tram penuh sebab tengok q panjang. Saja pi tanya dengan guard yang jaga tram tu. Cakap nak balik Golf Club dalam 30 orang. Tetiba dia kata OK. Siap satu tram besar dia sediakan. Alhamdulillah..lega sesangat. Tak laa lama menunggu. Dalam 10 minit je kot. Rezeki. Sampai di sana, kami salam-salam dan membawa haluan masing-masing. Tamat lah sudah percutian untuk hari keluarga kami bagi tahun 2016 ini.

Ehhhh..ingatkan habis. Anak nak tengok rabbit pulak. Jom singgah. RM5 per person. Ko masuk lah sorang-sorang ye. Mak malas. Hahahahha.. Lepas penat dia layan, ajak balik. Ok kompom tamat. Sekian. 


Disambut oleh monyet2 liar semasa nak ambil kunci bilik

Pemandangan dari luar balkoni

Tempat main bowling

Balkoni kayu yang reput dimakan usia..ngeri plak aku tengok

Pagi yang sejuk mencengkam

Berkabus

Pemandangan di Colmar

Tuesday 6 December 2016

Ulasan Buku: Cerita Korea Kami

Assalamualaikum

Ini buku yang ketiga aku baca. Cerita Korea Kami oleh Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad. Iya. Buku ini mempunya 4 orang penulis yang pernah menetap di Korea.

Saya mengenali Ummu Hani secara maya dengan membaca tulisan beliau di Universiti MKI. Saya memang suka ceritanya di sana. Malangnya, mungkin beliau sibuk dengan tugasan seharian menyebabkan jarang tulisan beliau dipaparkan di sana. Disebabkan nama beliau ada di dalam buku tersebut, saya pun mencubalah untuk membeli. 

1. Penulis Pertama - Ummu Hani
Disebabkan perkara di atas, saya sangat menyenangi gaya bahasa dan penulisan beliau. Simple tetapi menyerap masuk ke dalam jiwa. Sesuatu cerita akhirnya dikaitkan dengan kebesaran Tuhan. Selain itu, saya dapat memahami sesuatu perkara dari sudut pandang yang berbeza. Kadang kala apabila bermusafir, kita selalunya melihat sesuatu perkara yang tersurat je. Jarang kita memikirkan perkara yang tersirat. Ini yang menyebabkan saya suka sangat dengan penceritaan beliau.

Sebagai contoh, beliau menceritakan pengajaran tentang sampah. Bagaimana sampah diuruskan di negara Kimchi ini. Mesti diasingkan mengikut jenis, di dalam plastik yang tentu juga. Malah, bagi barang tertentu seperti peralatan elektrik perlu mendapat kebenaran bertulis. Jika tidak, denda akan dikeluarkan. Dan pelbagai jenis peraturan/undang-undang lain yang mana ia membina bangsa itu sendiri. Pastinya apabila ada undang-undang, penguatkuasaannya juga agak tegas yang telah menyebabkan rakyatnya patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan.

Rakyat Korea juga sangat berkiblatkan Amerika, atau sebenarnya lebih Amerika dari Amerika sendiri. Remajanya sanggup berhabisan melakukan pembedahan plastik untuk 'membesarkan mata'. Mereka tidak yakin bermata sepet. Bagi lelaki pula, sangat menjaga penampilan. Malah ramai yang memakai bb cream. Hehe

Sebenarnya banyak lagi cerita Korea dari sisi yang lain yang sedikit sebanyak dapat membuka mata dan hati kita untuk lebih memahami bangsa Korea. Walaupun saya tidak pernah menjejak kaki lagi ke sana, saya sudah dapat membayangkan betapa Korea di arus pembangunan yang sangat pesat.

2. Penulis Kedua - Norhayati
Penulisan Pn Yati ini hampir sama dengan Ummu. Mudah dan senang difahami lenggok bahasanya. Cumanya, dia datang melancong ke Korea melawat anaknya di sini. Maka, penulisan beliau adalah berdasarkan pembacaan/kajian sendiri dan pemandangan mata hati beliau. Di dalamnya, disertakan juga panduan yang berguna jika ingin melawat Korea.

3. Penulis Ketiga - Hanafi
Merupakan bekas pelajar di Korea. Beliau memang berminat dengan tulisan kreatif. Membacanya saya dapat mengetahui beliau masih baru dalam bidang ini tetapi tetap mempersonakan. Perkara yang melekat di hati saya adalah persepsi beliau terhadap pokok gingko. Di mana seorang wanita Korea menyatakan kepadanya "manusia hanya menilai sesuatu dari luaran saja. dari jauh, apabila melihat pokok gingko cantik, mereka hampiri. apabila mendapati baunya busuk, kamu tinggalkan. kemudian, apabila mengetahui buahnya yang berbau busuk itu mempunyai banyak khasiat, kamu dekati semula".
Mendalam bukan. Saya teringin sangat nak menikmati pemandangan pokok gingko yang dikatakan berada di seluruh Korea terutamanya pada musim luruh.

4. Penulis Keempat - Ahmad Fouad
Penulis yang seorang ini sangat istimewa. Beliau menyambung pengajian di Korea. Apa yang istimewanya? Tulisan beliau sangat humor. Kelakar habis..setidak-tidaknya saya lah yang terhibur. Dalam penuh humor pastilah terselit pandangan sinis beliau terhadap sesuatu perkara. Tidak berhenti saya ketawa sampai anak saya asyik bertanya kenapa gelak..kenapa gelak. Arrrghhh dia masih tak faham kenapa baca buku perlu ketawa.
"Bahu aku tersentuh bahu makcik di kiri aku. Sentuhan yang amat lembut ibarat pelepah burung jatuh ke atas bantal. Namun tindak balas makcik itu luar biasa. Ibarat pemain ragbi merempuh pemain yang cuba merampas bola darinya. Aku dikasari secara tidak langsung. Aku terasa diri aku begitu jijik sehingga diperlakukan sebegitu rupa".
Selepas membaca buku ini, saya cuba mencari buku tulisan beliau jika ada. Tetapi hampa. Sangat berharap beliau teruskan menulis sebab saya SUKAAAAAA.


Secara keseluruhannya, saya sangat menyenangi buku ini yang berharga RM25 (juga ada diskaun 15%) dengan 251 mukasurat. Rasa tidak puas membacanya. Saya mencadangkan anda membaca buku ini. Terbaik.

Muka depan buku - si comel itu la ummu hani
Kertas yang berkualiti dan cantik ada bunga-bunga

Muka belakangnya.

Monday 5 December 2016

Travelog ET - Namastee India

Fuhhh
Semangat membaca sungguh berkobar-kobar. Buku kedua ini masih buku Travelog ET oleh Siti Noridah Ab. Rahman. Buku yang masih berharga RM25 tapi ada diskaun 15% dan setebal 184 mukasurat. Ehhhh lebih kurang sama dengan buku pertama.

Buku kedua ini nampak peningkatan yang agak ketara. Walaupun muka surat hampir sama, tapi spacing nya berbeza. Maka, Namastee India ini lebih padat penceritaannya. Gaya bahasa dan pengolahan cerita lebih menarik.

Buku ini menceritakan kembara ET ke daerah-daerah di negara India. Kebanyakannya di daerah yang kurang popular. Aku pun banyak tak pernah dengar daerah tersebut. Tapi daerah tersebut nampak sangat menarik (berdasarkan gambar yang disertakan). Macam terus semangat nak pergi India. Tapi kebanyakan kawan-kawan saya tak bagi pergi. Letaklah India dan China di akhir 'bucketlist'. Emmmmmm Kesiankan. Yang pasti setiap tempat ada baik buruknya masing-masing kan.

Berbalik kepada buku ini, saya sangat kagum ada perempuan yang sanggup bersusah-susah kembara seperti di negara India yang kebanyakkannya beliau menaiki bas. Dah la bas, banyak yang long distance pulak tu. 5 - 10 jam. Ishhh susahnya nak mengggambarkan keadaannya. Berpanas berdebu bersesak-sesak. Tapi beliau memang gigih. Setiap daerah diceritakan apa keistimewaan dan apa aktiviti yang dibuat oleh beliau.

Komen peribadi:
Masih mengekalkan konsep ada ruangan khas bergambar dan berwarna di dalam buku ini. Saya sangat suka. Sila teruskan untuk buku-buku yang akan datang ye.

Ada banyak plot yang ditulis secara berulang-ulang yang menyebabkan saya agak bosan. Motif ko nak bosan apa hal??? hahahhaha. Contohnya: saya terpaksa menutup muka dengan selendang untuk mengelakkan debu / habuk. Banyak sangat kot dalam buku ni.

Selain itu, beberapa cerita yang tidak dihabiskan. Kecil je sebenarnya tapi aku kan jenis kaki sebok. Nak la tahu apa jadi kat Nathan. Sebab macam dia ditinggalkan begitu saja. Hahahha. Nampak tak aku kecoh. Sebab walaupun sekejap watak dia muncul tapi banyak jasa dia pada penulis ketika itu. Sama juga dengan Jules. Penulis berjanji nak jumpa semula di Jules tapi langsung tidak diceritakan.

Secara keseluruhannya, boleh la buku ini. Mungkin penulis kena meningkatkan lagi kaedah pengolahan cerita agar ia menjadi lebih menarik. Dan mungkin juga tidak perlu diceritakan secara detail setiap perjalanan tersebut untuk mengelakkan rasa bosan dan berulang. Contohnya, beratur beli tiket. Angkat 'backpack'. Panjat katil. Cuba fokus kepada perkara yang menarik di sesuatu daerah dari mengulangi cerita yang sama.

Ehhh sukatik je aku nak komen kan. Cuba tengok apa yang ko tulis kat sini. Macam la best sangat pun kan..hahahhahahha. So, korang boleh dapatkan di pasaran jika berminat dengan buku travelog ini.
Muka depan buku 'Namastee India'

Antara mukasurat bergamba dan berwarna