Wednesday 30 November 2016

Travelog ET - Kembara Afghanistan

Yeahhhh
Buku pertama yang diborong sempena Black Friday lepas telah selesai aku khatam. Buku Kembara Afghanistan oleh Siti Noridah Ab. Rahman. Buku yang berharga RM25 tapi ada diskaun 15% dan setebal 181 mukasurat.

Review aku:
Pertamanya...dennnng..Aku tak suka sebab nipis sangat. Aku tak puas baca dan tak dapat FEEEEEEEEL sedalam-dalamnya.

Pada pendapat aku, buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan aku suka. Sebab senang faham. Aku ni kalau bahasa berbunga sangat payah nak hadam sebab tu la buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Huhuhuhu. Membacanya aku seakan-akan dapat memahami perjalanan dan pengalaman yang dialami oleh ET. Part yang paling aku kagum adalah kegigihan beliau berusaha untuk mendapatkan visa Iran bagi membolehkan dia ke Iran menggunakan laluan Islam Qala. Ia memang saat yang sangat berat, penat dan menguji kesabaran fizikal dan mental. Kalau lah aku, semua orang dah cakap bahaya, memang laju je aku tukar fikiran. 

Keduanya, aku kagum bagaimana seorang wanita berseorangan berjalan di negara yang 'bahaya' sambil cuba-cuba mendekati rakyat tempatan. Ia bukan calang-calang kerja aku rasa. Memang dia mempunyai azam yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, beliau bertuah kerana dikurniakan Allah orang yang baik-baik yang sentiasa membantu. Contoh semasa di airport. Beliau dapat menumpang wifi kedai dan dapat menyemak yang penerbangannya dibatalkan. Begitu juga pemuda yang membawanya ke tempat pembuatan jubin di kawasan masjid jama'.

Ketiga, disertakan sedikit gambar berwarna di Afghanistan yang membolehkan kita lebih memahami keadaaan di sana. Tak dinafikan ia sangat cantik dan istimewa.

Cadangan:
1. Seperti yang aku nyatakan di atas, aku tak suka sebab nipis sangat. Aku tak puas baca dan tak abis mendalami perjalanan beliau.
2. Penceritaan beliau kekadang terlampau 'surface'. Banyak persoalan semasa aku membacanya. Mungkin lebih elok kalau dia detailkan sedikit kisah tersebut.

Sekian saja ulasan berkenaan dengan buku ini. Kalau berminat, boleh cuba dapatkannya di MPH. Heheheh
cover depan buku Kembara Afghan

Antara gambar berwarna di dalam buku....i like

Dalam banyak-banyak buku travelog yang aku baca, buku HATIKU TERLUKA DI BUKHARA tulisan Wan Hashim Wan Teh adalah yang terbaik. Aku baca pada tahun 2008 kot atau 2009. Sehingga sekarang aku terbayang-bayang cerita di dalam buku tersebut. Aku boleh membayangkan bagaimana cantiknya tempat-tempat yang dilawati penulis sepanjang berada di Moscow dan menuju ke Bukhara. Selain itu sejarah di sesuatu tempat, seni budaya dicerita dengan agak detail. Ntah laaaa. Tapi buku tu sangat best. Nak beli di MPH dah takde stok. Rasanya penulis baru boleh cari buku tersebut untuk dijadikan ilham menulis travelog.

No comments:

Post a Comment