Cendol mana paling sedap?

Cendol?
Orang Malaysia mesti suka minum cendol. Tak pun ABC. Kalau musim panas, dapat minum cendol..perrrghh nikmat giler kot. Aku paling suka minum cendol kat  tepi-tepi jalan dan bawah pokok. Sekali dengan makan laksa / pasemboq. 

Tapi sekarang ni, macam susah nak dapat cendol yang betul-betul sedap. Macam dulu glamer Cendol Bakar. Ingatkan dibakarnya cendol tu. Rupanya nama pemilik kedainya Bakar. Cisss...bedebah sungguh. Aku dah makan..ala-ala je rasanya. Tak tahu kenapa panjang sangat orang beratur. Aku sekali tu je laa. Rasa macam tak la mengelupor nak repeat. Cuma, hari tu aku ambil yang cendol durian. Serius OUT durian dia. Dia pakai pes tu tak pe laa..Faham sebab bukan senang nak cari durian fresh sepanjang masa. Tapi rasa dia memang tak termampu ditelan tekak akak ni haaa...Cendol biasa dia..ok je laa.

Hari tu. Aku try cendol kat Hero Putrajaya. Yang berhadapan dengan Masjid Besi. Satu bangunan dengan Dorsett Hotel. Nama dia Go Lokal Cafe. Kat sana ada cendol, laksa, mee-mee. Kecit je booth dia. Kawan aku kata sedap. Moh laa cuba. Aku amik Cendol Durian. Perrrghh tak sangka sedap. Walaupun dia guna pes, tapi berasa la durian dia. Semangkuk RM6. Boleh layan. So, kalau korang teringin cendol tetiba, boleh cuba terjah sana ye.

nah..buat tatapan korang

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya