Wednesday 30 November 2016

Travelog ET - Kembara Afghanistan

Yeahhhh
Buku pertama yang diborong sempena Black Friday lepas telah selesai aku khatam. Buku Kembara Afghanistan oleh Siti Noridah Ab. Rahman. Buku yang berharga RM25 tapi ada diskaun 15% dan setebal 181 mukasurat.

Review aku:
Pertamanya...dennnng..Aku tak suka sebab nipis sangat. Aku tak puas baca dan tak dapat FEEEEEEEEL sedalam-dalamnya.

Pada pendapat aku, buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan aku suka. Sebab senang faham. Aku ni kalau bahasa berbunga sangat payah nak hadam sebab tu la buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Huhuhuhu. Membacanya aku seakan-akan dapat memahami perjalanan dan pengalaman yang dialami oleh ET. Part yang paling aku kagum adalah kegigihan beliau berusaha untuk mendapatkan visa Iran bagi membolehkan dia ke Iran menggunakan laluan Islam Qala. Ia memang saat yang sangat berat, penat dan menguji kesabaran fizikal dan mental. Kalau lah aku, semua orang dah cakap bahaya, memang laju je aku tukar fikiran. 

Keduanya, aku kagum bagaimana seorang wanita berseorangan berjalan di negara yang 'bahaya' sambil cuba-cuba mendekati rakyat tempatan. Ia bukan calang-calang kerja aku rasa. Memang dia mempunyai azam yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, beliau bertuah kerana dikurniakan Allah orang yang baik-baik yang sentiasa membantu. Contoh semasa di airport. Beliau dapat menumpang wifi kedai dan dapat menyemak yang penerbangannya dibatalkan. Begitu juga pemuda yang membawanya ke tempat pembuatan jubin di kawasan masjid jama'.

Ketiga, disertakan sedikit gambar berwarna di Afghanistan yang membolehkan kita lebih memahami keadaaan di sana. Tak dinafikan ia sangat cantik dan istimewa.

Cadangan:
1. Seperti yang aku nyatakan di atas, aku tak suka sebab nipis sangat. Aku tak puas baca dan tak abis mendalami perjalanan beliau.
2. Penceritaan beliau kekadang terlampau 'surface'. Banyak persoalan semasa aku membacanya. Mungkin lebih elok kalau dia detailkan sedikit kisah tersebut.

Sekian saja ulasan berkenaan dengan buku ini. Kalau berminat, boleh cuba dapatkannya di MPH. Heheheh
cover depan buku Kembara Afghan

Antara gambar berwarna di dalam buku....i like

Dalam banyak-banyak buku travelog yang aku baca, buku HATIKU TERLUKA DI BUKHARA tulisan Wan Hashim Wan Teh adalah yang terbaik. Aku baca pada tahun 2008 kot atau 2009. Sehingga sekarang aku terbayang-bayang cerita di dalam buku tersebut. Aku boleh membayangkan bagaimana cantiknya tempat-tempat yang dilawati penulis sepanjang berada di Moscow dan menuju ke Bukhara. Selain itu sejarah di sesuatu tempat, seni budaya dicerita dengan agak detail. Ntah laaaa. Tapi buku tu sangat best. Nak beli di MPH dah takde stok. Rasanya penulis baru boleh cari buku tersebut untuk dijadikan ilham menulis travelog.

Tuesday 29 November 2016

Black Friday - MPHOnline

Jumaat lepas kan kecoh-kecoh black friday sales. Ehhh macam laa ko kesah sangat ngan black or white sales ni kan. Cumanyaa...asek la melintas-lintas kat IG aku dan juga emel. Memandangkan bulan ini agak 'KAYA' dan belum buat pelaburan yang besar ke atas buku-bukuan yang penting semasa nak buat e-hasil nanti. Maka aku pun jeling la juga. Dah terjeling harus lah terbeli. 15% untuk non-member dan 20% untuk member. Ehhhh kenapa aku bukan member. Terus selidik..rupanya dah expired bulan 8 hari tu..dengggggg!!!! Apakah ini semua???? Uwaaaaaaaaaaa

Tapi rupanya ia tidak mematahkan semangat aku. Aku target cuma 3 buku. Dah ada pulak offer lain. Kalau beli lebih dari RM100, dia akan automatik renew membership. Kalau lebih RM120 pulak, dapat calendar. Dah kenapa laa wanita ni suka sangat mende-mende free ni...Ohh tekanan sungguh rasanya. Dan aku terpedayaaaa tergodaaaa..pilih-pilih...ngam RM120.80. Sepantas kilat aku submit. Dan hasilnyaaaaaa....taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa:

6 buah buku dan percuma kalendar 1

Dan ini buku yang aku niat nak baca dulu.


#cintaiilmu
#budayamembaca

Monday 28 November 2016

Cendol mana paling sedap?

Cendol?
Orang Malaysia mesti suka minum cendol. Tak pun ABC. Kalau musim panas, dapat minum cendol..perrrghh nikmat giler kot. Aku paling suka minum cendol kat  tepi-tepi jalan dan bawah pokok. Sekali dengan makan laksa / pasemboq. 

Tapi sekarang ni, macam susah nak dapat cendol yang betul-betul sedap. Macam dulu glamer Cendol Bakar. Ingatkan dibakarnya cendol tu. Rupanya nama pemilik kedainya Bakar. Cisss...bedebah sungguh. Aku dah makan..ala-ala je rasanya. Tak tahu kenapa panjang sangat orang beratur. Aku sekali tu je laa. Rasa macam tak la mengelupor nak repeat. Cuma, hari tu aku ambil yang cendol durian. Serius OUT durian dia. Dia pakai pes tu tak pe laa..Faham sebab bukan senang nak cari durian fresh sepanjang masa. Tapi rasa dia memang tak termampu ditelan tekak akak ni haaa...Cendol biasa dia..ok je laa.

Hari tu. Aku try cendol kat Hero Putrajaya. Yang berhadapan dengan Masjid Besi. Satu bangunan dengan Dorsett Hotel. Nama dia Go Lokal Cafe. Kat sana ada cendol, laksa, mee-mee. Kecit je booth dia. Kawan aku kata sedap. Moh laa cuba. Aku amik Cendol Durian. Perrrghh tak sangka sedap. Walaupun dia guna pes, tapi berasa la durian dia. Semangkuk RM6. Boleh layan. So, kalau korang teringin cendol tetiba, boleh cuba terjah sana ye.

nah..buat tatapan korang

Wednesday 23 November 2016

Kuih Keria Antarabangsa Melaka atau Kuih Gelang

Pernah dengar pasal kuih keria antarabangsa yang popular di Melaka?
Pernah? Apaa....tak pernah?? ok ini pelik.

Dulu masa pergi Melaka, aku main singgah je sebab ternampak di tepi jalan. Dah tulis Kuih Keria Antarabangsa Limbongan...Masa tu dah petang dalam pukul 5 lebih. Dah abis. Ok takpe..Kali ini, aku ke Melaka lagi. Memandangkan jadual agak kosong, jom laa pusing-pusing Melaka. Terus ajak suami pergi cari kuih keria tu. Masa tu baru pukul 2 petang. Mak aihhh punya la panjang beraturnya. Aku pun join sekaki. Mana tau kot laa laju. Setengah jam berlalu..aku tak nampak sebarang perubahan. Lepas tu ada budak belakang aku tu, dia pergi riki2 ke depan. Katanya dia tak buat keria untuk yang jual. Sebab tempahan dah terlampau banyak. Tak tau betul ke tak tapi aku memang dah tak sanggup. Panas + panjang. Boleh pitam aku cenggini. Moh ler kita belah. Sesia je aku berpanas selama 30minit. 

Jalan lagi ke depan. Niat nak pergi Klebang. Sebenarnya aku malas sebab macam tak larat. Lain macam pulak panas Melaka hari ni. Masa lalu tu nampak orang beratur lagi. Eh..ada lagi ke kuih keria. Kali ni dia tulis Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah pulak... Ahhhh sudah. Bila masa ko wujud. Tidak lah aku perasan. Aku tengok barisan tak la terlampau panjang dan kedai dia agak redup berbanding yang di Limbongan tadi. Laki aku offer nak singgah ke tak. Dalam keadaaan tak berapa sedia..jom laa..alang-alang dah melintas area nie. Beratur laa aku buat kali kedua. Memula laju gak bergerak...lepas tu stop agak lama. emmmmmm

Dia punya lama tu sampai aku bergaul mesra dengan awek di depan dan belakang barisan aku tu. Yang di depan tu kata..dia pernah datang dan sedap katanya. Laksa dia pun sedap (katanya). Awek belakang aku pulak, datang daytrip saja. Depa sengaja singgah sebabkan viral kuih keria ni laa. Happy go lucky je depa. Syok plak aku tengok. So..dia sanggup beratur laa demi memastikan kuih keria dapat dirasa..hahahha. Sementara menunggu tu, kami siap buat analisis sedikit. Sekali keluar kuih keria tu 2 talam. Seorang pelanggan hanya boleh beli 10 biji je sebab nak pastikan semua orang dapat. So kalau ko nak beli untuk sekampung, elok laa bawak 3-4 orang dalam kereta beratur sama. Satu talam tu boleh cover untuk 10orang pelanggan kot. Kira punya kira..kami trip talam ke-4. hahahah betul pulak tu kiraan kami. 

Masa dah hampir-hampir time kami..giler nebes sebab kot la salah kira ke apa..fuuuhh..sibbaik laa lepas. Itupun setelah beratur hampir 2 jam... 2JAM OKEH!!!! Mak rasa nak pitam sebenarnya. Dengan tamak aku beli 2 bungkus = 20 biji sebab teringatkan kawan mak yang menginap di hotel yang sama. Alhamdulillah dapat jugak membeli kuih viral ni. Lega sebenarnya sebab masa ni laki dan anak aku aman-aman je lepak dalam kedai sambil beli air tak tau berapa puluh kali. Kalau depa meragam kompom laa mak x sanggup nak meneruskan usaha beratur ni.

Dah dapat..jom laa ngap...emmmm ... emmmmm...cenggini eh rasa diaaa...macam mana nak cakap eh. Dia ok rasanya tapi tak laa terlampau sedap. Kiranya tak berbaloi aku beratur 2 jam untuk kuih yang cenggini rasanya. Adehhh serius pasrah. Kira selepas ni aku dah tak teringin laaa untuk membeli kuih ni melainkan aku sampai kedai terus dapat. Kalau kena beratur panjang..mak mintak ampun dan maaf laaaa... Sebijik rega dia 60 sen. Harga tu ok laa..xde masalah pun. Cuma aku tak pasti yang Limbungan punya rasa macam mana. Tapi aku syak lebih kurang je kot..hahahahha. Ehhhh kalau korang teringin laksa dia..ok. walk in jek..tak perlu beratur panjang. Sedap kata deme...mak tak makan pun lagi laksanya. Sebab masih kenyang.

Masa turn aku dah dapat tu..masih panjang q. Memang kagum laa semangat orang nak makan kuih viral nie. Good luck diucapkan pada semua termasuk aku yang gigih beratur. Tapi aku rasa aku ini kali pertama dan terakhir kot. Hahahah. 

Ni kat masjid limbungan tu..tengok dia punya panjang q nyaa
Ni tempat kedua - Hajah Rahmah..panjang jugak aku q
Waktu ni dah hampir niee...berdebar rasa jantung
Ni dah turn aku..cenggitu besar talam dia dan kuih kerianyaa
Zoom In skit rupa kuih keria nyaaaa





Tuesday 15 November 2016

Running vs Hiking

Nak berlari ke mendaki?
Ke nak dua-dua?

Aku sebenarnya bukan atlet pun. Tapi ok je la kalau nak pi berlari suka-suka. Mendaki suka-suka pun boleh. Tapi yang suka-suka je aku suka. Yang serius aku kurang suka masuk berlari ni. Kenapa?

Haaaa ini antara sebabnya:
  1. Fee untuk berlari sekarang dah macam hapaaa....fun run 5km pun dah cecah RM50. Grrrr...
  2. Bersesak-sesak ramai orang. Aku memang tak suka bersesak. Pening lemas. Ada plak bangsa yang nak berlari macamkan masuk olimpik. Kemain menolak orang. Dia nak cop depan sekali....Chill2 dah laaa
  3. Orang sesak haruslah parking pun susah. I dun like
  4. Rimas tengok orang tak beretika. Contohnya buang bekas air merata-rata. Tau laa ko penat berlari. Campak kat tempat yang disediakan boleh tak? dari aku nak berlari aman-aman. free-free je berdosa tengok perangai ko tuuu
  5. Ehhhh 4 je sebab aku x suka. Maka yang kelima ni...ko ingat ada orang kesah ke ko tak masuk berlari ...hahah puihhh. Blah la ko

Sekian bebelan mak limah hari ni.

Friday 11 November 2016

Bangsa Viral???

"Aku baru sedar yang kita ni bangsa viral, bangsa yang cepat percaya dan cepat share, dan cepat copy paste di media sosial. Dari satu grup Whatsapp ke satu grup Whatsapp. Kita tak kaji, selidik, bandingkan dulu berita tu sahih ke tak, kita share cepat-cepat supaya orang rasa kita ni ada jasa dalam grup. Kita copy paste cepat-cepat supaya dapat nikmat "aku orang yang tahu dahulu, kau lambat."
Itu sebab bila Ustaz mula cerita pasal hadis, starting dia "diriwayatkan daripada...." sebab itu sumber, itu akar cerita, itu sumber hadis.

Sekarang baru aku faham kenapa China block Youtube, Facebook, Twitter, malah Google. Sebab kerajaan dia tahu rakyat dia memang jenis main kongsi tak bertapis. Asal ada gambar yang sedap dia share, dia tak nampak pon benda tu photoshopped. Kerajaan dia tahu rakyat dia tak berapa bijak gunakan media sosial, jadi kerajaan terpaksa kawal untuk keharmonian negara.

Risau aku ni, bila kita semua terlalu bergantung dengan cerita orang lain dekat FB dan Whatsapp, kita tak bergantung kepada keupayaan kita untuk berfikir sendiri.

Kita buat keputusan untuk ketawakan budak Wechat sebab ada orang famous ketawakan English diorang, tapi kita tak ambek ikhtiar kita sendiri untuk perbaiki English budak Wechat, kita gelakkan diorang, kita hashtag diorang #silaMeninggal. Ye, kita ketawakan bangsa sendiri sebab kita bangsa viral yang ikut trend. Kalau kita tak gelakkan budak-budak Wechat ni, kita ketinggalan.

Kita bangsa viral yang takutkan Trump, tapi ketawakan Melayu Wechat. Kita bangsa viral yang takutkan Freemason tapi kita sendiri tak pandai guna media sosial. Bila ditanya "Dari mana sumber kau dapat ni?" Jawapan dia dari grup sebelah. Kita takut pada Yahudi Nasrani, tapi kita tak cuba perbaiki grammar orang kita, kita telanjangkan depa bulat-bulat dekat instagram.

Come on!
Bantu orang kita, support orang kita. Tendang diorang naik tangga kejayaan. Seret diorang belajar meniaga. Heret diorang belajar sampai ke universiti. Rentap rambut diorang belajar main ASB. Tolak diorang membaca, tolak diorang pergi mengkaji. Ajar diorang grammar yang betul.

Come on !!
Push them forward !!
Lead them !!"

https://www.facebook.com/muhammadadeebs?fref=ts

Ini aku copy paste sebijik dari fb adeeb. Sangat betul. Kekadang stress melihat menda berulang-ulang masuk dari semua group whatapps, lalu di newsfeed fb. Adeeehhh. Aku tak nafikan. Aku pun aku rajin gak forward2 mesej ni. Ntah kenapa ntah. Nasib baik la aku cepat insaf. Heheh. Baik aku bergosip untuk diskas perkara tersebut di dalam group yang kecil saja. Itupun kalau seronok sangat. Kalau tak, abaikan je laa. 

Jom...kita try berubah, Jangan jadi bangsa viral. Jangan cepat sangat nak tekan butang copy and paste. Jangan tekan butang forward sebelum kira 1 sampai 1000. Cuba ...cubaa..mana tau pelahan-pelahan penyakit ini akan sembuh.

Aku mohon keampunanMu Ya Allah!

Thursday 10 November 2016

Senarai Gunung dan Bukit di Malaysia

Kawan aku panjangkan senarai gunung dan bukit di Malaysia ni. Tak pasti sumber dari mana, sahih ke tak pun aku tak pasti. Tak pe laaa, yang penting boleh jadi garis panduan. Sejak aku terjebak ke alam pendakian ni, saja-saja la jeling. Elehhhh..Kecoh sangat kan. Hahahahha Baru je dapat tanda 3 daripada 242. Propa. 

Jom tengok senarai yang ada ;)

Ranking Mountain State Height (m) 

1 Mount Kinabalu Sabah 4,095
2 Mountain Trusmadi Sabah 2,642
3 Mount Tambuyukon Sabah 2,579
4 Mount Murud Sarawak 2,422
5 Gunung Mulu, Sarawak 2,376
6 Mount Tahan, Pahang 2,187
7 Mount Korbu Silver 2,183
8 Mount Yong Belar Border Perak-Kelantan 2,181
9 Mount Gayong Silver 2,173
10 mount chamah Kelantan 2,171
11 Gunung Yong Yap Border Perak-Kelantan 2,167
12 Gunung Ulu Sepat Border Perak-Kelantan 2,161
13 Gunung Batu Putih Silver 2,131
14 Mount Tama Abu Sarawak 2,112
15 Mount Irau Pahang 2,110
16 Mount Benum Pahang 2,107
17th Mountain Apd Runan Sarawak 2,103
18 Mount Sultry Border Perak-Kelantan 2,103
19 Bukit Batu Lawi Sarawak 2,092
20 Bukit Batu Buli Sarawak 2,092
21 Mount Sliman Batak Border Perak-Pahang 2,082
22 Mount Blade Border Perak-Kelantan 2,081
23 Mount Berembun Pahang 2,078
24 Mount Nieh Silver 2,073
25 Mount Belatok Silver 2,031
26 Mount Junction Perak-Pahang, Kelantan 2,071
27 mountain building Pahang 2,065
28 Bukit Batu Lawit Sarawak 2,046
29 Mount Batu Brinchang Pahang 2,031
30 Bukit Batu Iran Sarawak 2,018
31 Mount Ladder Pahang 2,014
32 Mount Swettenham Silver 1,961
33 Mount Shoid Kelantan 1,947
34 Gunung Hulu Kechau Pahang 1,945
35 Mount my old Sabah 1,943
36 Gunung Liang East Pahang 1,933
37 Gunung Liang West Silver 1,933
38 Mount Berhid Kelantan 1,931
39 Mount Challi Border Perak-Pahang 1,922
40 Mount Elbow Pahang 1,915
41 Gunung Tok Grandma Silver 1,904
42 Mount Noring Silver 1,888
43 Mountain star Perak / Kedah 1,862
44 Mount Noring Eastern Border silver - Kelantan 1,861
45 Bukit Pagon Sarawak 1,850
46 Mount Beremban Pahang 1,841
47 Mount Basor of Kelantan 1,840
48 Mountain North star Kedah 1,835
49 Mount Semangkok Selangor 1,824
50 Mount Penelope Pahang 1,800
51 mountain Tribe Silver 1,797
52 Mount Probes Silver 1,772
53 Gunung Ulu Kali Selangor 1,772
54 Bukit Bujang Pahang 1,771
55 Gunung Besar 1,748
56 Mount Warp Kelantan 1,745
57 Mount Rock Pahang 1,740
58 Mount Cecil Pahang 1,740
59 Mount Besah Silver 1,720
60 Gunung Chabang Silver 1.711
61 Mount outgoing Pahang 1,700
62 Gunung Jasar, Pahang 1,696
63 Gunung Rajah Selangor 1,684
64 Mount Titiwangsa Silver 1,680
65 Editor Border Selangor - Pahang 1,663
66 Gunung Hulu Semangkok Border Selangor - Pahang 1,668
67 Gunung Bubu Silver 1,657
68 Mount Bah Ivory Silver 1,621
69 Gunung Murud Kecil, Sarawak 1,620
70 Mount Rambong Silver 1,600
71 Mount Guest Renan Sarawak 1,585
72 Mount Tenampok Sabah 1,581
73 Mount Perdah Pahang 1,576
74 Gunung Ulu Jerneh Silver 1,576
75 Gunung Bintang South Silver 1,560
76 Mount Tera Kelantan 1,556
77 Gunung Ulu core Silver 1,549
78 Mount Rabong Kelantan 1,538
79 Ulu Titi Basah Silver 1,533
80 Bukit Hulu Bernam Selangor 1,526
81 Mountain bee Pahang 1,522
82 Mount Pallas Pahang 1,520
83 mount lawit Terengganu 1,519
84 Gunung Tapis Pahang 1,512
85 Gunung Ayam Kelantan 1,504
86 Mount Behrang, Perak 1,500
87 Mount Huang Selangor 1,493
88 Mount Bedung Pahang 1,469
89 Gunung Besar Hantu Border Pahang, Negeri Sembilan 1,461
90 Bukit Peteri Pahang 1,461
91 Gunung Mandi Angin Border Terengganu, Pahang 1,460
92 Pine Tree Hill Border Selangor-Pahang 1,456
93 Gunung Ulu Merah Perak 1,450
94 Mountain Green Silver 1,448
95 Gunung Ulu Perus Pahang 1,433
96 Gunung Bunga Buah Selangor 1,430
97 Gunung Stong Kelantan 1,422
98 Mount Chingkai Silver 1,397
99 Mount Diwangsa Pahang 1,395
100 Mount Hulu Bakar of Pahang 1,391
101 Mount Palas, Pahang 1,391
102 Khao Han Kut Silver 1,380
103 Mount Che Tahir Kelantan 1,379
104 Gunung Ulu Telang Pahang 1,376
105 Mount Gagau Border Kelantan - Malaysia - Pahang 1,376
106 Gunung Bintang False Silver 1,373
107 Bukit Selidang Sarawak 1,372
108 Mount Nonohan Sabah 1,366
109 Mount Squeeze Pages 1,362
110 Mount Talang Selangor 1,345
111 Gunung Ulu mangrove Border Selangor - Pahang 1,345
112 Mount Magdalena Sabah 1,346
113 Gunung Inas Border Perak - Kedah 1,341
114 Gunung Ulu Soh Silver 1,324
115 Mount Malalon Sabah 1,320
116 Mountain Burned Pahang 1,320
117 Bukit Fog Silver 1,318
118 Situgabug Terengganu 1,315
119 Mountain Depart Kelantan 1,297
120 Mount Saji Kelantan 1,284
121 Mount Tribulation Sabah 1,280
122 Mount Perdis Pahang 1,279
123 Gunung Ledang Johor 1,276
124 Mount bake Paku Pahang 1,266
125 Bukit Lata Papalang Kedah 1,266
126 Mount Paya Central Poi Sarawak 1,242
127 Mount Bujang Melaka Perak 1,234
128 Mount Surat 1,229
129 Mount Kenderong Silver 1,223
130 Mount Biong Silver 1,218
131 Gunung Jerai, Kedah 1,217
132 Mount Panggau Tray Sarawak 1,210
133 Mount Elephant Merom Terengganu 1,206
134 Bukit Ulu Laho Silver 1,203
135 Mount Jasar Silver 1,200
136 Mount Baubak Border Kedah - Silver 1,199
137 Mount palm Poor State nine 1,193
138 Mount Irong Pahang 1,191
139 Changkat Dairy Silver 1,185
140 Mount Chintawangsa Kelantan 1,184
141 Mount stomach Terengganu 1,180
142 Gunung Lang Silver 1,145
143 Mount Hulu Lenik Selangor 1,140
144 Mount Guak Rimau Silver 1,131
145 Mount Templer Sabah 1,120
146 Mount Kubang Badak Kedah 1,113
147 Mount Gabis Pahang 1,106
148 Mount Concentrator Pahang 1,094
149 Mount Unyok Tapang Sarawak 1,080
150 Mountain Top Pahang 1,075
151 Mount Terra Kelantan 1,068
152 Mountain Home Pahang 1,063
153 Mount Lookout Silver 1,058
154 Mount Serundum Pahang 1,055
155 Mount Lerek Pahang 1,049
156 Mount Kachang Terengganu 1,047
157 Gunung Tebu Terengganu 1,039
158 Mountain Trunk Pahang 1,038
159 Gunung Besar 1,036
160 Bukit Mersing Johor 1,019
161 Mount Tiong Johor 1,014
162 Mount Berlumut Johor 1,010
163 Mount Pari Johor 1,006
164 Mount Paragraph Border Kedah - Silver - Thailand 998
165 Mount Kubang Terengganu 980
166 Mountain last dip recorded Pahang 975
167 Mount Pukin Border Johor - Pahang 967
168 Mount Tembat Terengganu 960
169 Mount Brangsa Sarawak 960
170 Mount Bekok Johor 953
171 Mount Lubok Koi Sarawak 943
172 Mount Cherlak Pahang 934
173 Mount Furnace Pahang 928
174 Bukit Kobeh Silver 896
175 Mount Rembau, Negeri Sembilan 884
176 Gunung Raya Kedah 881
177 Mountain China had 881
178 Bukit Sharp Pahang 877
179 Bukit Tujuh Pahang 867
180 Gunung Perak Kedah 864
181 Gunung Hulu Pari Silver 860
182 Bukit Chergau Terengganu 855
183 Mount Hulu board Pahang 854
184 Mt. Chemendong Johor 846
185 Gunung Tok bidan Kedah 842
186 Mount Pertawai Johor 840
187 Mount Jua Pahang 829
188 Western Hill Penang 830
189 Gunung Angsi Negeri Sembilan 824
190 Mount Santubong Sarawak 810
191 Gunung Ulu Baranang Border Negeri Sembilan, Selangor 809
192 Mount Keledang Border Silver 808
193 Mount Raven Negeri Sembilan 807
194 Gunung Ulu Kaho Border silver - Thailand 792
195 Mount Boat Terengganu 790
196 Bukit Dung Pahang 781
197 Mount Silantek Sarawak 780
198 Bukit Ulu Tapah Perak 778
199 Monte Bayu Kedah 776
200 mt Bagahak Sabah 774
201 Mt. chain Pahang 768
202 Gunung Tampin, Negeri Sembilan 764
203 Bukit Derow Pahang 745
204 Mount Spaoh Sarawak 740
205 Gunung Perlis Border Kelantan - Pahang 733
206 Mount Wullerstorf Sabah 720
207 Bukit Tok Jenung Pahang 720
208 Mount Mat Chinchang Kedah 713
209 Situgabug Temambong Border Pahang -silver 701
210 Gunung Hulu Perak Lawit 679
211 Mount youngest Kedah 658
212 Janing Johor Mountain 655
213 Gunung Pulai, Johor 654
214 Bukit Chini Pahang 641
215 Jono Negeri Sembilan Mountain 640
216 Muntahak Johor Mountain 634
217 Bukit Batu Lawi Sarawak 624
218 Mount Sumalayang Johor 614
219 Bukit Damar Dua Silver 607
220 Perlis Bukit Pelarit 553
221 Johor Bukit Ma'okil 578
222 Mount Hatton Sabah 570
223 Pahang Bukit Beholder 566
224 Bukit Lubok Kawah Silver 560
225 Silver Hill Seluang 560
226 Mountain West Janing Johor 543
227 Mount Sirongol Sabah 541
228 Bukit Cemingat Pahang 524
229 Bukit Jenderus Pahang 520
230 Gunung Panti Barat Johor 513
231 Mountain Flea Johor 510
232 Mount Smile Pahang 486
233 Bukit bertangga Pahang 472
234 Gunung Panti, Johor 457
235 Bukit Takun Pahang 442
236 Mount Lubok Tedong Selangor 433
237 Bukit Johor trunk 427
238 Mt Lepo Selangor 427
239 Selangor Bukit Broga 400
240 Selangor Bukit Tabur 396
241 Johor Bukit Batu Tongkat 395
242 339 Bukit Pahang Gayong

Tuesday 8 November 2016

Menawan Gunung Angsi Sekali Lagi (Melalui Bukit Putus)

Setelah 2 minggu berehat dari hiking, kini kami kembali. Dari awal ditanya mahu kemana. Sila fikir dan saya hanya menurut perintah. Di awal pagi, siap semuanya. Dalam kereta cakap jom ke Broga. Broga??? Apa kerlass..heheheh. Tak de la. Aku kurang gemar Broga sebab parking susah dan ramai sangat orang.  Jom laa kita ke Gunung Angsi sekali mahu? Cuba laluan Bukit Putus pulak. Kan hari tu renjer tu kata sana lagi senang dari Ulu Bendul. Maka ke Senawang la kami...

Hari ni cuaca suram-suram je. Harap jangan lah hujan. Masa dalam kereta tu renyai-renyai halus saja. Kami sarapan dulu di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Nampak macam ramai orang. Settle semua terus menuju ke Bukit Putus. Kalau dari Senawang, akan ada sign-board ke Bukit Putus tunjuk ke sebelah kanan. Senang je cari. Di tepi jalan nanti ada pondok renjer dan banyak kereta parking.

Parking dan lapor diri di pondok renjer. Bayar sorang RM5. Masa tu pukul 8.10 pagi. Dia bagitau dah 100 mendaki. Hahhh!!!! 100? Biar betik. Dulu aku kat Ulu Bendul jadi orang pertama kot. Itu lah bezanya kalau naik di Ulu Bendul dan Bukit Putus.

Awal-awal terus naik tangga meninggi. Ok. Layankan jek. Lepas tu..ehhhh..ehhhhh...ok..jangan riak dan takabbur ye. Banyak rasa macam trekking la. Di sini, sebelah gaung mengadap jalan raya. Maka, tiada air terjun. Hutan dia pun tidak segelap mana. Track dia pun clear je. Dijamin tak sesat. So layan je laaa. Sedar tak sedar...2 jam kami dah sampai di puncak untuk 3.85km. Penat laa sebab 4km kan. Tapi tak sengsara laa berbanding naik ikut Ulu Bendul. Ikut sana, aku rasa nak menangis dah. Dengan cuaca yang sejuk-sejuk gitu, pertama kali air kami bawak tak abis. Sejuk kot campur dengan tak berapa penat. Kalau tak, berebut-rebut nak minum.

Memang ramai kat atas tu tapi terkawal. Kami masih boleh selfi2. Disebabkan ini kali kedua dan atas tu pun tak ada apa sangat pun. Kami bergambar ala kadar je la. 15 minit lepas tu kami pun turun semula. Masa turun tu, jumpa ramai lagi yang sedang nak mendaki. Ushh memang glamer la laluan ni. 

Sila bayar permit masuk ye. RM5 sahaja pun
Jom mendaki
Ni area yang mendaki sedikit..sedikit je tauuu
Laluan yang jelas dan terang. Jangan risau..takkan sesat punya

Ehhh ada pulak pondok kedai makan tapi tutup daaaaaa

Laluan pakis dan berpasir. Agak panjang jugak ni
Reservoir View...nampak gunung ganang yang cantik
Haaaa...nampak view ni. Cun kan.
Masih ada beberapa pokok tumbang di laluan ini
Part yang saya suka..tengok flora di sini. Cendawan oren
Cendawan putih
Bunga apa ntah

Pakis..paling banyak di sini
Comel kan bunga ni..membulat
Sapa tau ni bunga apa

Buah putih
Kulat putih. Geram je aku tengok

Laluan hutan pula
Lagi sudut pandang yang ada
Kulat lagi
Bunga ni banyak kat bawah kan. Aku x tau nama dia
6 minit tu tak tau laa ikut kaki sapa. Tapi memang happy nampak sign ni

Ehhh dah pun sampai puncak..yeaaah.

Anak aku dengki..sanggup dia tutup aku tengah nak posing
Mak acah-acah propa
Rhu dan pakis
laki aku kata buah kelubi..ye ke?
ni je air terjun yang ada..hahah bukan air terjun tapi mata air. ramai orang amik isi dalam botol
Disudahi dengan cik manis pepel.

Cuma saya nak cadangkan agar sign-board yang lebih boleh dipercayai diletakkan di sepanjang trail. Mungkin boleh ikut Gunung Datuk. Dari mula dah nyatakan berapa kilometer track. Dan dari masa ke semasa dia nyatakan KM nak sampai. Kalau main minit-minit ni payah laa. Sebab pace orang beza-beza kan.. Sekurang-kurangnya memberi motovasi kepada pendaki. 

Perjalanan turun mengambil masa sejam setengah saja. Kami sampai di bawah tepat pukul 12. Apapun kami happy dapat beriadah mendaki gunung. Sangat digalakkan bagi pendaki baru macam aku naik Gunung Angsi ikut laluan ini. Selepas laluan ini baru boleh cuba laluan Ulu Bendul. 

Ok. Selamat Mendaki!!

Monday 7 November 2016

Tanya Dulu...Janggan Assume

Ini adalah projek memasang tingkap di balkoni. Sepatutnya projek kecil-kecilan je la. Dah lama ia disebut-sebut dan diwirid-wirid semacam nak renovate satu rumah. Ruangnya sepanjang tingkap 3 panel dan selebar daun pintu je pun. 

Panggil orang datang sukat. Nyatakan nak tingkap jenis sliding dan grill melintang-melintang biasa tu je. Order hari khamis, ahad dah siap. Pukul 10 pagi dia datang dan pasang. Memula dia pasang tingkap. Ok laa..agak lama juga dia buat. Naik bosan plak menunggu nya. Kenalah tunggu sebab balkoni ni di master bedroom.

Bila tiba dia pasang grill..dia letak kat luar. Apa!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa kat luar? Sebab aku tengok semua rumah orang grill letak kat dalam. Dia pun terangkan. Kalau tingkap biasa, memang grill letak di dalam. Tapi disebabkan ini sliding, kena letak diluar. Nanti kalau tinggap tu tertolak, maka dia tak kan jatuh. Adoiiii dah cenggitu pulop. Ishh memacam laa. Aku ingatkan semua letak di dalam. Mana laa aku tau. Aku tengok orang taman aku semua pun letak kat dalam. Melainkan sliding door. Ehhh sejenis sliding laa tu..Denggggg!!! Baru aku nampak logicnya disitu. Menyampah tauuu. Memula tu paksa juga dia pasang kat dalam. Tapi memang tak boleh sebab dia sukat extra. Tak muat nak masuk dalam. 

Dah..aku malas nak pening-pening. Pasang je laaa. Dah laa nak pasang ni pun makan tahun. Nanti tertangguh lagi. Belasah je laa labu. Aku selalu macam ni. Masa renovate dapur pun cenggitu. Aku terangkan sikit-sikit je kat kontraktor. Hasilnya tak sama seperti yang diharapkan. GRrrrrr...

Moral of the story: Kita yang tak pandai dalam bidang ini, kena terangkan secara detail. Jangan anggap dia faham niat kita. Jangan ingat apa yang kita nampak tu kiranya standard untuk semua. Walaupun tak nampak macam penting, tapi mak sentap ok. Maka, jangan jadi seperti saya. :P


Tingkap sliding di dalam

Kecil je balkoni ni..niat nak buat stor je pun

Nampak tak tu...grill di luar. Jiran sebelah elok je grill di dalam..dengggggg