Monday 31 October 2016

Indahnya Berangan

Hati masih dikuasai dengan fahaman 'monday blues'
Tidak bagus sebenarnya tapi masih mengikut kata nafsu nafsi
Maka layankan jiwa yang ingin meneroka alam ciptaan Tuhan
Semuanya indah-indah belaka rumput di tanah orang
Tanah sendiri tidak terbela malah tidak dipelihara
Jika di dunia sudah merasa nikmatnya, mengapa harus melupakan keindahan yang abadi di syurga sana
Semoga kita semua berusaha untuk terpilih menikmati keindahan ini tanpa tanda di dahi.
Amiinnnn











ps: gambar semuanya iksan google.
tiada kaitan antara hidup dan mati. hanya memenuhi halwa mata. ;)
#beranganisfree

Wednesday 19 October 2016

10 Lokasi Treking Dan Hiking ‘Best’ Dalam Malaysia Untuk Kaki Gunung

Dah banyak kali berita thevocket berkenaan lokasi trekking dan hiking melintas-lintas dalam fb aku. Tak termasuk lagi yang share berita tu. Selama ni aku tak berapa kisah. Tetapi sejak menjadikan mendaki tu hobi yang agak galak (#galaknyaa hhahahahahah), saja-saja la aku baca. Ini dia list yang dia bagi:

1. Bukit Tabur, Hulu Kelang - DONE
2. Bukit Broga, Semenyih - DONE
3. Sungai Pisang, Karak - TAK PERNAH DENGO
4. Sungai Chilling, Kuala Kubu Baru - TAK PERNAH DENGO
5. Mossy Forest, Cameron Highland - sooooon
6. Lata Medang, Kuala Kubu Baru - TAK PERNAH DENGO
7. Lata Jerangkang, Maran- TAK PERNAH DENGO
8. Canopy Walk, Frim - sooooon
9. Bukit Batu Putih, PD - sooooooon
10. Bukit Gasing, PJ - DONE

Ini 10 senarai yang dibuat oleh penulis. Apa yang dia tulis tak semestinya sama dengan minat dan kemampuan kita kan. Tapi boleh lah dijadikan sebagai garis panduan.

1. Bukit Tabur. Macam yang aku tulis sebelum ni, pemandangan dari atas memang cantik sangat. Berbaloi laa hiking kat sana. Dengar cerita dah tutup trek ke sana. Tak pasti betul ke tidak. Terbayang-bayang betapa bahayanya hiking di sana jika kita tak bersabar.

2. Bukit Broga. Dah 3 kali aku sampai sana. Kali pertama paling horror. Pergi sebelum subuh. Drama mintak nyawa agak menggerikan. Hahahah. Ini sebab aku memang ada asma. Aku syak sebab sejuk. Ye laa. Dah sebelum subuh dah geraknya. Tapi selepas tu, kali kedua dan ketiga, hiking selepas subuh. Ok je laa cuma memang la penat.

3. Bukit Gasing. Ni pun zaman 2008 aku hiking. Sama jugak. Macam putus nyawa aku. Bukan sebab dia susah tapi sebab aku ada asma. Hiking siang tu. Hahahahaha. Lepas tu aku tak pernah lagi melawat Bukit Gasing. Suami aku kata tak best. emmmmm sabo je laaa. 

Ehhh cuma 3/10 dari senarai ni. OK la kan dari tak pernah langsung. Syok juga hiking ni dan aku tak sangka aku dah boleh hiking. hehehhee. Syukur Alhamdulillah. 

Sekian.

Monday 17 October 2016

Menawan Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan Pula

Nampaknya kemaruk hiking ini kian nyata. Dari awal minggu asyik tanya nak hiking mana..mana..manaaa. Maka, akhirnya keputusan untuk menakluk Gunung Datuk dibuat.

Gunung Datuk ni berjiran dengan Gunung Angsi. Terletak di daerah Rembau. Agak kuciwa kerana tidak kelihatan muka KJ di mana-mana...hahahah. Motip????

Rasa macam pertama kali melintas area Rembau ni. Banyak pula bangunan, rumah Minangkabau. Mak suka sangat. Nampak cantik dan kemas je bandar Rombau  nie .
#harap2KJbacayangsayapujidaerahdia nie

Dari jalan utama, tetiba tiada signboard untuk ke Gunung Datuk. Korang disarankan guna waze ye untuk mencari, takut terlepas pula simpang utama tu. Kemudian, dah ada semula signboard dia. Tapi diingatkan juga ye. Di sini parking area dia sangat kecik. Maka hanya sedikit je yang boleh dapat parking secara teratur. Yang lain, sila parking di tepi jalan yang kecik dan sempit itu. Tips: Datang awal pagi atau bila dah nak sampai tu, terus je korang parking kat tepi jalan. Jika ada usaha nak cuba-cuba parking kat area kaki gunung, merasa laa korang hazabnya nak patah balik. Kalau kereta kancil ok laa..kalau kereta beso..isshh I is seram ok. 

Kami parking lebih kurang dalam 700meter kot..ke lebih. Terpaksa la menapak jauh. Kami sampai sana dalam 7.45 gitu. Sampai-sampai kat sana, aku terus nak ke toilet. Ingat nak menumpang kasih dengan Petronas kat pekan Rembau, sekali dia tutup daaa. Adoii sedih aku tengok tandas dia. Tandas dia ok laaa tapi paip bocor. Melimpah-limpah air. Harap mereka dah panggil orang baiki. Sayang je air membazir. Dalam tandas semua takde paip. Baldi takde..cuma aku nampak ada gayung. Nasib baik jugak laa ada 2 gayung. Settle laa hajat aku. Masuk percuma je tandas tu. Harap ada lah orang yang menyelenggaranya. Iye laa..tempat awam kan. Susahlah kalau tiada kemudahan. 

Sebenarnya area situ, ada sebuah kedai runcit / kedai makan yang kecil. Ada juga ruang terbuka yang agak besar jugak. Beratap tapi takde dinding. Masa kami sampai tu, ada rombongan mana ntah tengah buat persiapan. Ntah kenapa aku x ambik gambar. Tapi boleh je korang google kalau nak membayangkan areanya. Hehehe. Dah aku dah nak mendaki ni.

Kalau ikutkan signboard dari awal tu, dia tulis 2100meter (lebih kurang sebab aku tak ambil gambar). Oooh pendek je laa. Bandingkan dengan Gunung Angsi, 5000meter hokeh. Tapi ketinggian gunung adalah 884meter. Lebih kurang sama je dengan Angsi. Bismillah. Jom. Jalan sekejap turun bukit, jumpa pondok pendaftaran. Sila bayar RM5 seorang tapi anak aku dapat free. Terima kasih ye bang. Hehehe. Berjalan sekejap je dah nampak hazab di hadapan. Uwaaaaa...Mencanak dia punya tinggi ok. Tetiba rasa tekanan. Dah la kawasan berbatu. Hampir 1km pertama, penuh dengan pendakian bersudut 50-70 darjah. Aku pun hampir-hampir kehilangan nyawa dan putus asa. Semput. Kenalah banyak berhenti untuk mengambil nafas. Tapi alhamdulillah, berjaya juga aku tamatkan 1km pertama tu. 1km terakhir selepas itu, agak biasa dan boleh dihadapi dengan tenang.

Masa dalam perjalanan naik, aku saing-saing dengan budak remaja 2 orang lelaki. Sorang tu semput. Bersaing-saing kami. Kejap aku depan..kejap aku kat belakang. Seronot pula. hahahha. Tak la terasa aku teruk sangat. Tapi di penghujung nak sampai atas tu, aku dah tak nampak mereka. Kemudian, aku saing pula dengan couple ni. Aku rasa couple laa. Isshh serius menyakitkan telinga aku. Depa bukan jiwang-jiwang gitu tapi gedik. Cakap kuat-kuat topik yang aku rasa macam nak sepak je. Ko boleh diam tak. Serius aku rimas. Lama gak aku kena hadap depa tu...Bila dia menghilang pun aku tak sedar.

Bila dah sampai puncak, dia ada kawasan yang agak lapang. Ada team yang pasang kanopi. Siap masak-masak lagi. Terasa lapar. Mintak sepinggan boleh bang..heheh

Eh..puncak yang ini belum betul-betul puncak ye. Kena naik tangga dulu untuk bebetoi sampai puncak. Puncak dia ni berbatu je.. Tangga dia tu diikat dengan tali. Maka, berhati-hati ye semasa naik tangga. Yang penting jangan berebut-rebut dan naik satu per satu. Kat atas tu ruang dia agak terhad. Korang posing la lebih kurang ye. Kasi la peluang orang lain sama untuk naik dan menikmati pemandangan di atas tu. Ada 3 peringkat tangga tau. So, tangga yang ketiga untuk yang memang puncak. Aku tak naik yang itu. Sebab aku tengok sesak dengan orang dan aku rasa macam seriau sikit. Hahahhaa. Alahhh tak banyak beza pun dengan area tangga kedua. 

menapak dari parking nak ke kaki gunung
Tandas awam yang agak hazab
Mercu tanda Gunung Datuk
Jom mulakan pendakian.
Pondok Kawalan dan bayar RM5 di sini
Simpan resit ni
Awal lagi ni..ada lagi 1930m nak dihadapi
Kering..seminggu tak hujan rasanya ni
Nampak tak curamnya laluan dia
Selepas nampak signboard ni dah boleh tarik nafas lega
Kemooon....u kenduit
Besar giler kot batu ni
Ehhh dah sampai
Pemandangan apabila mendongak ke langit
Tangga Pertama
Tangga ketiga. Tangga kedua tiada di dalam gambar
I Was There
Pemandangan apabila merenung jauh ke sana

Tak diketahui pokok apakah ini tapi rasa menarik pula
Dan lagiii
Ni pun tak tau apakah spesis nyaaa
Ehhh tetiba je gambar ni.
Perasaan yang tak dapat digambarkan bila jumpa batu besar ni dan nampak pondok. Yeaaah dah tamat


Kami start mendaki pukul 8.30. Sampai di atas lebih kurang 10.15 gitu. Dan sampai di bawah pukul 12 tengah hari. Ok laa sebab total perjalanan dalam 4km. Semasa perjalanan turun, area yang mencabar adalah 1km terakhir laaa...sebab curam sangat nak turun. Aku sangat berhati-hati sebab takut tersungkur ke jatuh ke apa. Seboleh-boleh nak elak kecederaan. Disebabkan perjalanan dia yang agak santai, seronok aku memerhatikan orang-orang yang aku jumpa. Ada couple tua yang sangat membantu pasangan masing-masing. Ada group perempuan muda yang sangat ceria. Mostly, semua akan cakap Selamat Pagi...Ok ke? ..Jauh lagi ke?...Hati-hati ye. Rasa diri disayangi pula..hehe. Tapi ok laaa trip hiking Gunung Datuk ni. Tahniah kepada diri sendiri.

Di akhir perjalanan, kami menuju ke kedai makan daging salai. Apa ntah nama kedainya. Lupa. Kami guna foursquare jek. Tapi serius sedap daging salai dia dengan sambal hijau apa ntah. Berpeluh2 makan. Carbo Loading katanya. 

Perut dah kenyang, hatipun riang. Jom balik rumah. 


Wednesday 12 October 2016

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Macam kemaruk hiking pula aku ni. Sebenarnya bukan kemaruk. Asalnya kawan aku ajak naik Gunung Angsi. Laki aku macam nak tak nak. Sebab dia malas kalau ramai-ramai. Leceh. Tetiba kawan aku tak sihat, dia tak jadi pergi. Disebabkan kami takde apa-apa aktiviti hujung minggu tu, dia kata pergi je la. 

Aku agak naif ni, buat persediaan macam naik broga je. Siapkan air, baju anak aku. Tu je. Gunung Angsi ni terletak kat area Senawang, Negeri Sembilan. Betul bersebelahan dengan Taman Rekreasi Ulu Bendul. Kami singgah sarapan di R&R Ulu Bendul tu. Pukul 8 pagi, mendaftar dengan Renjer Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri. Sila bayar RM5 seorang ya. Nanti dia akan bagi nombor telefon dan maklumkan pada dia kita selamat sampai puncak ataupun tidak. Kami menjadi orang pertama mendaftar dan mendaki. Untuk makluman, coverage line celcom memang teruk kat sini. line lain aku tak pasti. Memang dah sampai puncak baru ada line E. Hehe

Sebenarnya ada dua pintu masuk untuk mendaki Angsi ni. Satu di Ulu Bendul ni dan satu lagi di Bukit Putus. Mengikut renjer ni, ramai yang naik di Bukit Putus sebab trail dia pendek sikit. Dalam 4km. Kalau ikut Ulu Bendul ni 7km. Disebabkan perasan hebat, jom kita naik dari Ulu Bendul ni.

Awal-awal dah terasa agak kesentapan dengan trail dia. hahahahhaa. Jalan dia naik turun. Biasa la hutan kan. Ko nak rata macam jalan tar ke weh....3km pertama, memang mendatar je (walaupun turun naik atas faktor bukit kan). Menyelurusi air terjun memang rasa best. Tak sangka plak aku Ulu Bendul ni macam best pula air terjun dia. Ni pertama kali aku datang. Yang tak tahannya, disebabkan awal-awal dah jumpa air terjun, aku terpaksa dengo rengekan anak aku yang dia nak mandi dari mula sampaiiiii la ke sudah. 

Sepanjang jalan, banyak pokok-pokok berlabel yang boleh kita kenali. Begitu juga dengan cendawan / kulat yang pelbagai warna dan rupa. Yang menariknya, ada gonggok besar sangat. Terkejut mak. Besar ibu jari kot..isshhh geli mak. Selain itu, banyak pacat ye. Aku kena gigit sekor. Yang nampak sepanjang jalan tu jangan cakap la. Mungkin sebab semalam hujan. Maka pepagi semua dah keluar cari makan.


Permit memasuki hutan simpanan kekal
Di awal perjalanan, ikut paip air ni

Air terjun sepanjang jalan.

Air terjun lagi
batu besar
Kebanyakkan pokok berlabel. Boleh baca dan kenal ye

Petai pun ada
Merbau
Ehhhh nama kolej aku dulu - Kempas
Ni pun nama kolej pertama aku dulu - Meranti
Aku suka sangat area ni - semua pokok menegak lurus

Gonggok besar giler ok. Besar ibu jari dan panjang

Cendawan/Kulat banyak sangat ok. Musim hujan kan

Pelbagai jenis cendawan

Dan lagi
dan lagiiiiiii
Setelah berjalan kira-kira 3km, kami sampai ke Kem Tangga Batu.  Laaaa cenggini je ka. Aku ingatkan macam gempak hehehe. Ada gazebo di sini juga. Aku lupa nak snap. Tapi takde sebarang kemudahan pun. Rehat sekejap di sini. Nak amik nafas. Lepas tu kena teruskan usaha. Perjalanan selepas Kem Tangga Batu ni lagi mencabar ye tuan puan. Banyak pendakian tetapi masih terkawal. Boleh je naik pepelan. Trail pun besar dan selesa. Jalan sikit rehat..jalan sikit rehat. Bertabahlah wahai jantung dan kakiku.



Kem Tangga Batu....Batu je la yang ada

Tunggul pokok sebab banyak pokok yang tumbang


Untong laa sangat ada orang dukung dia

Aku paling tak tahan nak melepasi pokok yang melintang ni

Lagi 27 minit?? Ukuran kaki sapa la tuuuu?

Bukit Botak katanya. Ni yang kena bertali. Agak susah sebab takde tempat nak berpaut tapi tidak lah terlampau susah

Ehhh dah sampai puncak. 825meter ye korang
Dan lagiiii
Pemandangan di puncak

Sampai di puncak pukul 11.50 pagi gitu. Kami sekejap sahaja di puncak. Sekitar 10-15 minit je. Puncak dia agak kecil tapi selesa. Cuma atas tu tak de apa pun. Pemandangan pun biasa je. Tak macam Broga / Tabur. Pemandangan di sana ohsem sangat. Disebabkan itulah kami sekejap je kat atas tu. Pukul 12 tepat dah mula turun. Heheheh. Aku ajak laki aku turun lalu Bukit Putus. Dia tak nak pulak. Adeeehhh.

Perjalanan pulang terkawal. Cuma...cumaaa...kaki aku dah tak larat sangat. Rasa nak menangis je. Lepas tu kaki aku dah mula sakit. Sebab aku pakai stokin nipis. Sakit sangat rasanya. Dalam hati rasa bengkek jeeee sebab membayangkan kena menapak jauh lagiii...uwaaaaa..Dengan rasa sabar...akhirnya pukul 2.30 kami sampai di parking. Ya Alllah..rasa nak baring je terus. Tapi jangan haraplah. Sebab anak aku kan dah wirid nak mandi. Terus singgah kat tepi tu kasi dia mandi. Aku pun amik masa rehat je la kat situ. Nasib baik laa air terjun dia jenis selamat je kat situ. So, minimum supervise je laaa. 

Time ni aku rasa macam dah tak larat sesangat. Baju lencun. Baju extra pula tak bawa. Kalau tak mau aku terjun sama ngan anak aku. Ajak naik tak nak plak anak aku tu. Logik la kan...dari pagi dia wirid nak mandi..baru mandi dah suruh naik. Dalam pukul 3.30 baru dia nak naik. Tu pun sebab dah kecut kesejukan. Legaaaa

Maka, berakhirlah cerita hiking Gunung Angsi. Satu pengalaman yang tak disangka-sangka sebab aku ni bukan boleh dengan ketinggian. Dulu naik Broga pun rasa nak putus nyawa. Ni naik Angsi masih terkawal. Alhamdulillah.