Tuesday 6 September 2016

Banda Acheh - Pulau Weh Part 2

Ok sambungan.

Untuk ke Iboih Inn tu, kena naik lagi boat kecil. Dekat je. Tak sampai pun 5 minit. Nak jalan kaki pun boleh tapi sebab tak tahu arahnya dicampur dengan dah petang dah penat segalanya, baik laa naik boat. Boat tu pun free je pun. Ok babai Agus. See you on Monday. Hehehe

Wowww cantiknya pemandangan kat sini. Makin lama makin cantik. Haaaa tu dia Iboih Inn. Trademark dia jetty kayu dia tu. Sampai-sampai je terus ditanya tentang dinner. Sebab sini dia akan tanya dan prepare. Kalau tak, kebuluran la korang. Dan dia tak terima ala carte tak tentu pasal. Ada masalah chef depa nie..hehehhehe

Kami terus ke bilik. Wowwww best sangat sebab mengadap laut. Lepas tu, depan tu ada pulau-pulau kecil. Makanya tak la terasa sangat dengan laut lepas dia. Siap ada hammock lagi tergantung. Bilik dia biasa je laa. Basic je. Tapi untuk kategori resort tepi laut, bagi aku ok sangat dah. Aku boleh lupa plak amik gambo dalam bilik. Korang pi gugel je laa..banyak dalam google. Semua bilik ada kelambu sebab kekadang ada nyamuk. Masa kami pi tu, takde pun nyamuk. Pressure air dia pun ok, tandas pun ok. Cumanyaaaa..air dia ada perisa garam skit la. Tapi masih terkawal. Teringat aku Mabul, Sabah. Sana lagi teruk kalau nak dibandingkan dengan Sabang. Heheheh.




Jeti yang sangat trending

Tu rumah kami...nampak kewwww

Reception area, cafe

Lega dapat mandi dan tuko baju. Dah berlemuih lepas trekking ke air terjun tadi. Pukul 7.30 kami ke cafe untuk makan. Bestnya dapat lepak kat cafe sebab ada wifi..hehehhehe. Kan dalam bilik tu takde tv, bosan la jugak. Kat cafe pun tak de tv. OK. Marilah kita mengadap henpon je sambil bersembang. Kami makan malam tu sotong tepung, ikan dua jenis dan sayur. Nasib baik sedap masakan dema. Licin kami makan. Ni pun sebab lapo satu hal la.

Dah kenyang perut kami balik bilik. Mata dah nak tertutup sangat sebab hari ni penat sangat dari Malaysia terkejar-kejar. Aku tidur dalam pukul 10-11 malam gitu.

lauk dinner kami

sotong dan ikan tu sedap
Dah pagiiii
Syok pepagi mengadap laut. Matahari pun nak terbit. Tapi sebenarnya bunyi ombak kuat sangat. Kekadang rasa takut pun ada. Disebabkan aku dah terbangun awal dan tak tahu nak buat apa, kami ambil keputusan nak lepak kat cafe. Walaupun tahu, breakfast ready pukul 8pagi. Apa???? Pukul 8 baru boleh makan. huhuhu. Sini dah laa awai sejam dari waktu Malaysia. Aku rasa pukul 8 memang dah lewat sangat. Patut pukul 7 laa...apa pun mak pasrah je. 

Saujana mata memandang
Ni di bawah bilik tu.

Pemandangan dari balcony bilik
Dari dalam bilik pun jadiiii

hai mataharikuuuu

Dalam pukul 7 lebih skit kami dah pegi cafe. Boleh gak aku berwifi. Hehehe. Aku syak mesti stress bebudak resort ni tengok kami datang awal. Macam tak faham bahasa plak ye kome ni eh. Sambil berwifi..sambil berposing. Masa ini ombak makin mengganas. Abis basah jeti tu kena pukul ngan ombak. Budak resort tu pun kata, selalunya orang start mandi / snorkeling dalam pukul 11. Ok. 

Bila breakfast ready, alamak.....saspender nyee. Korang tau, depa hidang coet-coet tauuu. maksud coet tu sedikit-sedikit. Aku lupa nak amik gambar. Tapi serius sikit sampai ko risau nak amik banyak. hahahha. Adeh. Kalau tengok gambar kat bawah tu, sebenarnya nasik tu macam sesudu jek. Ok. Pasrah sekali lagi. Tapi Alhamdulillah sedap dan kena dengan selera aku. Dan sebenarnya kenyang je pun. Biasa laa..Tamak haloba napsu napsi ni kan.

Ni breakfast aku.

Sukaaa sangat view ni



Lepas makan, kami tak tau nak buat apa. Memandangkan trip untuk snorkeling start pukul 2 petang, makanya kami ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar kampung. Hehehe. Plan asalnya nak ke jeti masa datang hari tu. Situ agak happening. Tapi baru separuh jalan, kami dah jumpa pantai yang cantik sangat. Sebab dia ada pantai terus kami buat keputusan lepak sini aje la. Iboih Inn tu sebab dia takde pantai. Tu yang agak mengerikan. Terus survey-survey peralatan snorkeling blaa..blaaa.

Murah je sewa kat sini. Cuma membazirlah. Patutnya kami sewa je terus kat resort tadi sebab petang pun nak pakai lagi. Tak pe laa. Memang konsep pasrah dan redhooo sangat diperlukan disini. Mask 15K dan jacket 15K. Ikan kat sini banyak dan macam-macam rupa. Karang je kurang sikit. Tapi best laa sebab pantai dia landai je. Tak de tekanan pun nak berenang kat sini. Dalam 2 jam jugak kami kat sini. Lepas tu kami kembali ke resort. Balik bilik mandi dan makan maggie. Kebuluran kot. Jangan risau. Dalam bilik ada disediakan air panas dan sejuk tu. Guna air tu je untuk rendam maggie. Cerek tak disediakan ye. Lepas mencekik..Mata pun kuyuuuuuuu


Pantai berhampiran dengan Iboih Inn. Walking distance dalam 5 minit je kot

Bila ada matahari, laut lagi nampak cantik

Our lunch - maggie tomyam

Sekitar resort

Tu dia rumah kami..yang hujungggg sekali tu

Kami dah booking untuk snorkeling trip. Dia hanya boleh jalan kalau ada 8 orang atau lebih. Boat dia besar la sebab tu dia kena ada minimum passenger.  Betul ke besar boat dia?? Betoi. Ada tandas lagi. Ada atap. macam gambo kat bawah ni. Tapi bukan yang ikat kat jeti tuu..yang jauh tu laa. Harga yang dipaparkan dalam web / ig tu dah tak releven. So better korang tanya dulu dengan owner resort ini untuk kepastian. Macam kami, kena RP300K / seorang termasuk peralatan snorkeling. Rasa macam mahal tapi malas nak fikir. Ikut perancangan, ada 5 pit stop untuk snorkeling termasuk tengok tempat ikan lumba-lumba. Oh yaaa..dan lagi satu, pakej trip ni hanya trip semata tau. Jangan mimpi nak dapat mineral water ke snack ke apa. Disebabkan kami tak tau dan takde apa, staf resort ni bawak pi jeti masa datang tu untuk pergi kedai dan beli sesuatu. Abis 100K je untuk jajan. 

Pertama, kami berhenti kat tempat volcano. Situ sebenarnya tak de apa kecuali bau busuk sulfur. Hahaha. Kami berenang laa juga. Cuma nampak bubble-bubble je. Air kat situ macam sejuk. Tetiba ada rasa panas-panas suam gitu. Bila pandang ke bawah tu memang gelap semata. Tak de ikan ke apa. Tetiba aku nampak sesuatu. Berdebar sendiri. Aku rasa tak puas hati..Aku telek semula. Ooooo rupa-rupanya para divers kita. Hahahaha. Saspendder sungguh laaa.

Kedua, Ok. Tempat ni cantik dan banyak ikan. Aku siap nampak octopus. Sib baik dia dok diam je. Kalau dia datang serang aku, memang aku buat sotong goreng tepung je malam tuuuu. Lama juga kami kat sini. Oh. Kat sini pertama kali aku pakai fin tu. Lepas turun je..terus aku cabut..Tak sesuai dan selesa. Aku kan jaguh kampung. Tak boleh pakai fin-fin nie. Ada kejadian dramatic berlaku kat sini. Masa nk terjun bot tu, kami gatal nak terjun. Tak mahu guna tangga. Lama gak aku decide nak lompat ke apa. Setelah 5 minit berkira-kira..tetiba aku gedebusssshhhh. Macam dugong terjon. Sukses. Bila tiba turn kawan aku, dia pun sukses. Tetapiiiiiii...mask dia plak hilang. Haaa sudah. Aku cuba jeling kat bawah. Memang gelap laa sebab boat kan parking kat tempat dalam sikit. Kalau kat tempat banyak ikan tu, memang akan nampak sampai ke dasar. Kawan aku dah stress dan rungsing. Gigih abang tu menyelam mencari dan akhirnya jumpa!! Bravoooo sangat. Save 100K duit kawan aku. hehehe.

Lepas dari sini, cuaca dah gelap-gelap dah. Lepas tu rasa jauh je bot ni belayar. Dia nak cari dolphin. Lama tauuu. Masa tu dah renyai-renyai jugak. Dia punya sejuk rasa nak mati. Dah pucat lesi tangan aku. Dan dolphin tidak dijumpai. Dia stop kat satu area ni. Hanya 3 orang je yang turun. Mat salleh depan aku ni dah loya sebab tadi masa bot laju tu, laut berombak-ombak. aku pun dah naik pitam. Maka, lantak laa korang. Malas aku nak turun. Dengan sejuk nya lagi dan laut pun bergelora agak kuat. 

Keempat. Di sini dikatanya coralnya cantik. Ramai yang turun. Aku dah surrender sebab sejuk sangat. Aku tak mampu dah nak terjun laut. Aku tengok sekitar..ehh..ehhh tu resort kami!!! hahahahah. Bengong. Sebelah je kot. Kiranya kalau aku nak terjun esok lusa, boleh je kot. Cisss berdebah. Kenapa laa depa x bagi tauuu. Kalau tak, pukul 11 tadi boleh aku try berenang kat situ. Tapi sebenarnya memang ok je kalau nak snorkeling depan resort ni. Memang boleh nampak je ikan macam-macam rupa.

Dan berakhirlah trip kali. Leganyaaaa..sebab aku dah tak sanggup kesejukan dah. Pukul 6 lebih sampai jeti. Turun jeti terus bagitau kami nak makan pukul 7.30 malam. Kebuluran sangat. Malam ni makan ala carte. Elok je sampai bilik, ujan selebat alam. Alhamdulillah laa. Kalau ujan lebat masa dalam bot tu...tak tauu laaa. 


Ni dia boat yang akan bawak kami pi snorkeling (yang jauh tu ya)

Dah start naik bot untuk snorkeling

Masa ni ujan renyai-renyai dah

Hujan renyai, awan bergulung, bot laju = MENGGIGIL

dah berat sangat langit ni

Ehhh elok je sampai bilik..ujan lebat giler

Dinner - nasi goreng lupa nama hehe

Ingat ya. Kalau order ala carte, jangan nak pilih pelik-pelik sangat. Kalau nak jugak, kena pakat dengan kawan-kawan order yang sama. Kalau tak, dia tak layan. Kuciwa disituuu. Makanya, kami order 2 sama menu..heheh senang cerita. Nasib baik laa sedap. Kalau tak, aku mengamuk satu pulau. Harga berapa nasik ni aku dah lupa. Ini sebab aku bukan bendahari makanan. Aku cuma bendahari supir. hehehhe

Lepas makan, takde masa nak poya-poya. Badan dah letih. Esok pagi dah la kena bangun awal. Janji ngan Mas Agus 6.30 pagi di jeti. Tapi orang resort kata lewat sikit pun tak pe. Tengok laa keadaaannya macam mana nanti. Balik bilik terus packing cepat-cepat dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Good Nite Pulau Weh.

No comments:

Post a Comment