Tuesday 16 August 2016

RoadTrip to Jerantut: Misi melantak deroyan

Tahun ini agak suram. Sebab kampung aku dah takde pokok durian. Semuanya mati disebabkan Banjir Tenang tahun lepas. Kalau ada pokok yang selamatpun, dia mengalami gangguan perasaan. makanya memang tiada musim deroyan di kampung aku. Oh sedihnya.

Memandangkan harga durian di KL agak tidak munasabah mahupun munasarawak, makanya nafsu untuk makan deroyan dipendamkan sahaja. Nasib baiklah ia terkawal. Rilek je aku anak beranak. Nak pergi pesta yang makan percuma bagai tu, selalunya malas. Lagipun laki mak memang tak suka tempat sesak ni.

Dijadikan cerita, ada officemate laki mak...baik hati jemput kengkawan dia datang ke rumahnya untuk makan deroyan. Apakah ini???? Yessss....makanya aku pun ikut serta sekali dengan anak aku. Kami bertolak jumaat malam selepas kerja. KL - Jerantut memakan masa 3 jam sahaja. Kami pergi 2 kereta yang membawa muatan 12 dewasa dan 1 kanak-kanak. 

Sampai di sana pukul 1am. Dengan tak malunya, terus melahap durian yang sedia ada di rumah ittew. Ya Allah..sedapnya. Lepas tu terus tido..korang mampu? hahahhaha

Paginya, baru lah aku dapat menikmati rumah kampung Pahang ni. Simple tapi sangat menarik. Ada rumah yang dikelilingi pokok-pokok. Macam pokok durian, rambutan, mangga. Ok. Hampir sama je dengan kampung aku. Cumanya halaman dia kemas giler kot. Dalam rumah pun kemas. Memang mereka jenis pengemas ni..hehehe. Ehhh dibelakang rumah ada pula reban ayam. Ada ayam hutan, dan ayam belanda. Adehhh rupanya ayam belanda tu sangat mesra dan kepochi. Bila kita gelak..dia pun menyahut gelak. Kelakar tau suara ayam tu. 

Lepas sarapan pagi, kami bersiap-siap hendak ke kebun. Nak kutip durian. Dekat je, tapi masih kena naik kereta atau motor. Kutip durian dan terus makan di situ juga. Nikmatnya. Apa yang best, rasanya tiada durian yang busuk. Kagum aku. Dan semuanya sedap-sedap. Teringat aku kebun durian bapak aku. Banyak jenis yang tak berapa sedap dan cepat busuk..emmmm nasib-nasib.

Lepas kenyang makan durian, kami turun ke bawah sedikit. Di situ ada sungai pahang. Amboiii..bestnya sungai dia ni..ada pasir-pasir kasar yang cantik dan menjadi pantai. Kebetulan masa kami datang ada pakcik tu sedang menarik jaring. Kami tumpang posing dengan ikan dan bot beliau. Tak lama lepas tu, laki mak pun menjala. Jala tu memang dibawa oleh tuan rumah. Tapi memang tiada ikan beso..hanya anak ikan je. Yang paling happy anak aku laa..asal ada air..memang dah cukup pun. Dia pun mandi walaupun air tu macam Teh Tarik. Ok laaa..jangan air kopi sudah. Lagipun air mengalir agak deras. Mandi kat tepi-tepi je pun cukup.

Makan tengah hari pula, makcik sediakan ikan patin. Perhhhhh. Sedap ikan dia...tak berasa hanyir langsung. Anak aku pun suka..abis seketul. Dan lauk-pauk makcik tu pun habis licin kami bedal. Adehhhhhh. Hahahah

Petangnya kami pergi lagi ke dusun untuk makan durian. Kemudian lepak di tepi sungai pahang sambil tengok sunset. Cantik sangat. Disebabkan kekenyangan yang agak melampauuu, malam tu kami makan simple-simple je. Perut aku memang macam dah nak meletop makan deroyan pagi-brunch-lunch-petang-malam. Memang insaf sungguh rasanya. Pagi esoknya, langsung aku tak makan durian. Cuba bersimpati dengan perut sendiri.

Pagi ahad tu, hanya lelaki je yang kutip durian di kebun. Kami gadis-gadis desa mengemas barang/rumah. ehhh bukan kemas rumah pun..hahahhaha. Sambil tu tengok tuan rumah ikat rambutan. Dalam pukul 10 kami pun berangkat pulang ke KL. Thank you tuan rumah atas layanan baik sepanjang kami di sana. Maaf jika menyusahkan. 

Kesimpulannya:
1. Durian jerantut memang sedap. dia menjadi super sedap sebab free kot..hahahhaha
2. Suka suasana kampung di sana. Lebih kurang kampung aku..cuma sungai kampung aku dah pupus. Hutan pun dah banyak menjadi ladang sawit
3. Masakan tuan rumah semuanya sedap-sedap juga
4. Aku happy sebab dapat bawak balik durian. Nasib baik tiada yang pitam sepanjang perjalanan balik



Rumah kampung

Dusun durian






belakang rumah ada haiwan ternakan

i looooove sunset


Menjala dan mandi sungai

Bergosip sambil duduk2 dalam air

ps: ini merupakan cerita durian tanpa gambarnya. durian malu.

No comments:

Post a Comment