Keperluan Berbeza, Nafsupun Berbeza

Jika diberikan seorang RM1000, apa yang kita akan buat?

Si A --> Nak beli beg tangan coach
Si B --> Nak beli sportrim
Si C --> Oh...saya nak simpan dalam ASB jek
Si D --> Dah lama tak belanja mak ayah. Kali ini turn saya pulak belanja mereka makan

Contoh ini biasa kan. Macam bila boss umumkan bonus. Dalam kepala masing-masing ada perancangan sendiri. Ikut keperluan dan kehendak sendiri la kan. Makanya, jangan lah kita pertikai atau persoalkan kawan kita jika kita lihat dia melakukan apa yang dia suka:

'Eh ko nie..2 bulan lepas dah beli handbag coach..ni beli MK pulak..banyaknya duit ko'
'amboi ko...asyik bejalan je kerja nyaa..ni haaa..kasut bila nak ganti'
'Aku pelik laa ko ni..rumah punya la cantik tapi nak beli tudung fareeda pun x mampu'

Haaa..ni contoh ayat-ayat biasa yang bisa menikam kalbu. 

Cuba kita bersihkan hati. Setiap orang ada keperluan sendiri, ada minat tersendiri. Janganlah kita kutuk atau persoalkan mereka jika tidak melakukan sesuatu. Jika memang minatnya menghias rumah, dia memang akan menghabiskan duit dan masanya untuk membeli perabot kesukaannya, pasu idamannya daripada membazirkan wang tersebut makan di restoren mewah. Ada juga yang melancong sana sini setiap tahun tanpa memikirkan kelengkapan rumahnya .

Isunya di sini, marilah kita raikan perbezaan. Bersihkan hati dan gembira dengan apa yang kita ada dan gembira dengan apa yang kawan-kawan kita lakukan. Barulah kita dapat hidup dengan jiwa dan hati yang tenang.

Sekian.


Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8