Thursday 25 August 2016

Hasil Kerja Anak Bujang Saya

Setiap anak ada keistimewaannya masing-masing. Semasa kecil, saya dapati dia cepat mengingati sesuatu. Sangat cepat menghafal dan meniru pelakuan orang dipersekitarannya. ABC dan 123 dia sudah hafal semasa umur setahun lebih. 

Apabila dia masuk ke playschool, saya perhatikan dia kurang berminat dengan buku. Maksudnya di sini, dia tak suka belajar yang mengadap buku. Kalau belajar sambil bermain tu baru dia teruja. 

Kini, dia dah masuk 5 tahun dan pergi ke tadika. Kiranya dah start belajar secara formal sedikit. Dah mula belajar membaca, mengira dan menulis. Baru saya dapati masalah dia. Tulisan dia banyak terbalik. a kaki ke belakang. g terbalik. Adehhhh.. Aku dah start risau nie. Tapi kawan-kawan aku kata biasa budak-budak macam tu. Ok nak..kita tunggu sehingga hujung tahun ni. Kalau macam tiada perubahan. mak akan ambil tindakan selanjutnya. Risau wehhh risau. Lepas tu, aku perasan semasa mengajar dia, dia tak boleh tulis kalau aku sebut A. Dia perlukan contoh baru dia boleh tulis. Sedangkan dia sebenarnya kenal huruf A. Ohhh sungguh menakutkan. 

Berikut merupakan hasil kerja dia:


A dan E wajib terbalik

K dia masih tak betul

Sangat cantik..heheh

Tengoklah cara dia menulis..bikin hati mak goyang

No comments:

Post a Comment