Rayani Oh Rayani!

Tetiba ternampak post di bawah di fb. Hehehe. Aku antara mangsa keadaan yang terjebak. Alkisah bermula apabila memang ada niat nak ke Kota Kinabalu. Terlihat promosi yang agak munasabah di samping ingin mencuba airline baru. Katanya syariah compliance. Maka kena lah kita mencuba kan. Memang murah. KUL-KK-KUL RM198. Payah nak dapat offer cenggini dah. Nak berebut masa Airasia buat promotion, kekadang tiada keperluan.

Kusangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Tidak kesampaian hendak mencuba syarikat penerbangan baru. Malah apabila kedengaran 'digantung perkhidmatan' pun saya dapat merasakan bahawa duit tersebut akan lebur. Walaupun begitu, saya masih membuat permohonan untuk refund. Manalah tahukan. 

Takpe laa..cuma diharapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di negara kita. Diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. 




#RedhaDanPasrah

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan