Posts

Showing posts from July, 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 15 - Selamat Tinggal Dubai...Abis dah holiday ...uwaaaaaaa

Image
Hari ni agak sentimental Perasaan bercampur-campur. Seronok sebab nak balik rumah..yahuuuu. dah rindu sangat kot dengan si kenit ngan bapak si kenit tu. Tapi yang tak syok nya, nak kene kembali ke alam realiti. Masuk kerja dan menerusi hidup seperti biasa. Uwaaaaa
Maka, hari ini marilah kita membeli belah barangan sedikit di samping membuat lawatan ke Dubai Mall sekali lagi. Tujuannya adalah untuk mengambil gambar Burj Khalifa ni. Haritu kan malam. Ni kita cuba siang pula. Nak makan atau melawat ke atas tu, dah tak mampu dah. Kekeringan tahap maksimum. Pasrah je laa. 
Selesai ambil gambar di Burj Khalifa, kami ke Naif untuk membeli abaya Dubai. Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, kekurangan bajet menyebabkan aku shopping ala kadar sahaja. 6 Abaya sahaja. Tiada yang lain. Kain-kain, shawl ke apa ke memang tiada. Disebabkan kawan aku ni dah lama duduk di Dubai dan kenal dengan beberapa peniaga di sana, harga yang diperolehi agak murah juga. Tetapi disebabkan currency duit Malaysia …

Scandinavia Trip 2016 - Part 14 - Singgah Di Dubai 2

Image
Hai... Hari kedua di Dubai, kawan aku bawa berjalan ke Dubai Miracle Garden dan juga Desert Safari. 
Dubai Miracle Garden.  Tiket masuk dia 30AED seorang. Besar sangat kawasan dia. Aku rasa aku tak melawat habis kot. Disebabkan cuaca nyaman, sangguplah aku berjalan-jalan menikmati pemandangan indah. Masa ini teringat Floria di Putrajaya. Konsep yang hampir sama tetapi rasanya Floria laaaaagiii happening. Cuma masalahnya adalah cuaca. Di Malaysia, selalu Floria macam tidak kena dengan masa ataupun takdirnya begitu. Pernah sekali masa jerebu, musim hujan lepas ataupun panas berdenting. Tapi ia tidak mematahkan semangat pelawat datang. Aku pun pernah 2-3 kali datang Floria masa awal-awal tu. Lepas dah ada anak, aku tak kuasa sebab susah nak cari parking dan terlampau ramai sangat orang. Ehhhh menceceh ke Floria plak aku ni. Nak citer pasal apa sebenarnya ni...heheh
Tapi nak cerita apa ye...Jom laa layan gambar je la. 



















Sebenarnya banyak lagi rekaan dan design bunga-bunga di sini. Tak lara…

Scandinavia Trip 2016 - Part 13 - Singgah Di Dubai 1

Image
Assalamualaikum


Nak sambung cerita di Dubai. Saya tiba di airport Dubai dalam pukul 11 lebih malam. Dengan rasa dag dig dug nye sebab keseorangan kan. Aku ikut je semua orang dengan beranggapan semua nak check-out. Dah laa dari tempat aku berpisah dengan kawan aku tadi..kena naik turun lif, escalator bagai baru laa sampai ke tempat check-outnya. Fuhhhh #lappeloh. Punyalah ramai makhluk. Semua dari kapal yang sama gamaknya. Ni laa masalah kalau naik Airbus A380. Merenyut manusia. Terus masuk q yang panjang. Lepas tu aku macam tak berapa paham sistem airport sini. Macam ada 2 seksyen. Tetiba aku assume sendri yang side sebelah warganegara dan lagi satu untuk foreigner. Tapi..selepas lama aku beratur, aku tengok kiri kanan..macam bukan je. Masalahnya, yang sebelah sana agak laju..comparekan dengan lane aku ni. Ishh benci betul lah cenggini. Tetiba teringat masa check-out kat jeddah...penyakit sama jugak. Serius aku pening masa beratoq ni, dah laa couple mat salleh depan aku niee..melese…