Wednesday 18 May 2016

Unik dan Jarang Dijumpai

Bila pergi ke tempat orang, perkara yang aku suka tengok adalah sesuatu yang unik. Yang mana tidak terdapat di tempat aku. Ataupun sesuatu yang nampak pelik. heheh

Baru-baru ini semasa ke Kuching, Sarawak aku terjumpa buah ini. Dia jual di tepi deretan kedai depan sungai tu. Alaaa..kedai-kedai cenderamata tu. Aku pun tak tau nama jalan tu. Sekali pandang aku dah tertarik. Warnanya merah cantik begitu. Tengok rupa macam buah/bunga roselle kan. Dekat meja tu ada dalam 5 ikat kot. Bersungguh-sungguh adik tu suruh saya beli. Sedap katanya. Aku minta cuba sebiji dia tak kasi. Disebabkan harganya murah saja. RM3 atau RM5 seikat, aku pun gamble je la beli. Tak sedap siap ko dek...

Aku dengan rakusnya kupas buah tu depan kedai tu jugak. Senang je...picit dan dia akan terbelah dua. Eh... macam rambai je rupanya. Aku pun makan. Ya Allah...sedap. Tak masam dan tak berapa manis. Kalau rambai kita selalunya masam kan. Namanya Belimbing Merah. Ada apa dengan nama kan. Ini lah kali pertama aku lihat buah ni. Tak pernah wujud kat Semenanjung. Walaupun aku pernah ke Kuching beberapa kali..ini kali pertama aku jumpa. Kira rezeki kita dapat berkenalan.



Buah Belimbing Merah
Isi dalamnya serupa Rambai

2 Tahun lepas, ada guru taska anak saya pesan sago bakar ni. Jenuh mencari di Lawas, tapi tak jumpa. Masa di Kuching pun tak jumpa. Mungkin sebab tak pergi ke Pasar Satok. Maka tak jumpa la makanan sebegini. Ditakdirkan masa makan pagi di hotel Pullman Kuching, saya pergi ke bahagian cereal. Dan jumpa makanan bulat-bulat kecil ni. Saya syak ini kot sago tu. Saya campur dengan cereal lain. emmmmm rasanya seperti sagun. Eh korang pernah ke makan sagon. hehehe. Ok boleh diterima tekak. Masa di lapangan terbang, jalan-jalan dan terjumpa. Yesss!!!! Saya pun belilah. Untuk diri saya sebab anak saya dah lama tukar taska. Sepeket kecil ni hanya RM5.

Sago Bakar @ Dalat Medong Sago

Ini buah tangan dari Boss saya. Dia beli di Terengganu. Pertama kali tengok kuih ni. Nampak macam menarik. Aku pun telan laa..Emmmm not really my taste. hehehe. Rasa dia macam sagon. Ehhh sagon lagi...hahaha. Motif sagon je plak. Cuma dia manis dan tajam. Nampak tak urat-urat tu. Sebenarnya gula. Bahan dia pun cuma gula, tepung, santan dan manisan. Tak mampu pun aku habiskan seketul tu. Maaf ye. Saya tidak dapat menerima awak seadanya.

Kuih Semang
Zoom In sikit


No comments:

Post a Comment