Scandinavia Trip 2016 - Part1

Peringatan:
Penuh laporan bergambar. Harap Maklum


Setelah segala persiapan dibuat, hari yang ditunggu telah tiba. Berdebar campur eksaited yuolls.
Berikut adalah chklist dalam beg:

  1. Seluar 3 (satu pakai)
  2. Baju tshirt 3 (1 pakai)
  3. Baju kelawar 1 (fav baju tido)
  4. legging 1 (guna untuk mandi nanti)
  5. Short sleeve tshirt 1 (saja bawak)
  6. winter jacket 1
  7. fleece jacket 1
  8. disposable panties
  9. tudung 3
  10. snowcap, mafla, glove 2 psg semua
  11. accessories (socks dan ntah apa2 ikut suka hati aku je)
  12. botol air aka bidet terbaek di dunia
  13. toiletries   

Total berat : 7 kilo.
Tak boleh bawak barang gedik lebih2 sebab beg ni tak berapa best. Dia cuma 35L takde ++
Maka, terpaksa pasrah
nonomomok
Back-Front-Packer - Aku namakan kerana ada beg di depan jugaaaa 

nonomomok
Nampak tak beg aku sangat sendat dan padat

Flight pukul 0110. Jumpa geng dulu di KLIA around pukul 10.. lepak dan sembang2. Naik Emirates AIRBUS A380-800. Dua tingkat uolls. I is jakun lagi..hahahha. Kami akan terbang dulu ke Dubai..transit 4 jam. Lepas tu baru sambung ke Copenhagen. Just nice boleh tumpang solat kat airport Dubai.
nonomomok
Rasa lama je lagi

nonomomok
Syok tv dia beso dan banyak channel tapi rasanya sebok bersembang ngan tido je kot

nonomomok
best dapat makan. dah kebuluran rasanya
nonomomok
Surau di Dubai Airport. Takde telekong ye kawan2
nonomomok
Jalan-jalan dalam Dubai Airport

Then sambung lagi terbang.

nonomomok
Breakfast...sedap!!

nonomomok
Dari Dubai ke CPH pemandangan sangat ohsem!!

nonomomok
Layan Bajrangi Bhaijaan..best super gilerrr. Mula2 aku layan..kawan aku sebelah tumpang jeling. lama2 dia bukak sendiri. Sorang lgi pun tengok juga. akhirnya semua mengalirkan air mata... huhuhuhu

nonomomok
Budak ni ngan mak dia mmg terbaek sesangat

nonomomok
Lagi-lagi pemandangan ohsem!

nonomomok
Tengah semangat semua mende nak amik gambo

nonomomok
Lunch yang sedap juga kecuali roti tu..keras dan x sedap.

nonomomok
Hello Copenhagen!!!
nonomomok
Our Flight!!! I am happy. TQ

nonomomok
Sweet je...ni masa tunggu beg makanan. agak lemau jugak

Agak lama menunggu beg. Lepas tu terus cari kawan aku kat Arrival Area. Hahahah happy jumpa Trip Leader from Dubai. Kemudian kami mencari tempat simpan luggage. Cari sana sini tak jumpa-jumpa. Last2 katanya tutup sebab sedang renovation. Cisss. Penat badan mengangkut barang ke sana sini. Dah la airport dia macam kecil dan ramai orang.

Lepas tu, terus decide bawak je kotak makanan ke hotel. Pikul la gilir-gilir. Berat dalam 13 kilo. Beli ticket train ke bandar CPH. Semua canggih aku rasa. Tak de announcement tak de sapa check tix masa masuk train.

nonomomok
Tak ingat ni kat airport ke atau dekat Central Station. Sama je rupa dia

nonomomok
Bersih dan tak riuh

nonomomok
Bilik kami yang simple dan MAHAL. Heheh. Bilik air kat luar. sharing. Bilik air pun bersih
nonomomok
Lobby area..simple je dan kecil

Hotel kami di CPH, City Nebo Hotel. Dekat je dengan CPH Central Station. Dalam 50meter. Masa memula sampai tu sesat la jugak sebab tak berapa pandai baca map kan. Semua takde data, agak-agak je laa..nasib baik dua orang kawan aku pandai baca map.
Lepas selesai urusan check-in, solat segala bagai, jom...turun pusing-pusing bandar CPH. Sejuk nak mamposss... Suhu lupa..dlm 2-3 celcius kot. Tapi lain macam sejuknya. kebanyakkannya aku main snap2 je..x tau nama bangunan tu apa.

nonomomok

nonomomok

nonomomok
Makan..x tau kedai melayu ke indonesia

nonomomok
Area dekat hotel nie

nonomomok
Tempat wajib pergi, Nyhavn. Sangat cantik, bersih dan tenang. 
nonomomok
Nyhavn lagi
nonomomok
Dan lagi..masa ni dah nak sunset..bertambah laa cantik. Subhanallah!

nonomomok
Kami ambil canal tour dalam RM50 gitu. Sejuk semakin menggilaaaa

nonomomok
Pemandangan sepanjang tour

nonomomok
Lepas canal tour, terpaksa lepak minum2 sebab dah menggigil keras. Comel coffee shop dia kan

nonomomok
dan lagi

Lepas tu, kami terus balik bilik. Penat. Lagipun esok niat nak keluar awal, jalan-jalan sekitar CPH. Balik bilik, mandi makan dan rehat. Tapi agak bising kat luar. Dia tak laa ramai orang cuma ada yang buat bising. Tak tau laa gaduh ke apa. Lantak laa kome...nite2


Post terdahulu:

  1. Introduction
  2. Persiapan


Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8